bug_vengeance This user has been deleted
|
bagus bagus
pegi pegi semua
aku skang ni promoter tanpa gaji bagi filem ni
kihkih |
|
|
|
|
|
|
|
Sepet lahir atas lafaz kejujuran
Sudah agak lama saya tidak memberikan ulasan filem sehingga mendapat teguran dari seorang guru filem mengenainya. Mungkin kerana dibuai fantasi Akademi Fantasia lalu saya melupakannya.
Saya berpeluang sekali lagi untuk menonton sebuah filem Malaysia bertajuk Sepet. Ini kali keempat saya menontonnya dan reaksi spontan saya masih sama sewaktu kali pertama saya menontonnya dalam versi rough-cut. Cuma tontonan kali ini lebih berbeza kerana skrin yang lebih besar dan tidak dilupakan potongan lapan adegan oleh Lembaga Penapisan Filem. Sekurang-kurangnya saya “acknowledge” kerja mereka. Sepatutnya saya mengeji tindakan mereka yang melepaskan Constantine untuk tayangan umum.
Walaupun berpeluang menonton versi tanpa suntingan, saya masih seperti sekarang. Tiada perubahan besar yang berlaku kesan dari adegan-adegan tersebut. Masih rajin memberi ulasan tentang Akademi Fantasia walaupun dalam salah satu dialog digambarkan Melayu itu sememangnya malas.
Sepet berkisar tentang Jason (Ah Loong) seorang penjual vcd haram yang lahir dalam sebuah keluarga Cina, meminati puisi dan telah jatuh cinta pandang pertama dengan Orked gadis dari keluarga kelas pertengahan yang terdidik dengan sempurna, fasih berbahasa Inggeris, gemar pelakon Takeshi Kaneshiro dan meminati filem Wong Kar-Wai dan John Woo. Secara tidak langung meraikan kepelbagaian bangsa yang ada di Malaysia tanpa rasa prejudis terhadap bangsa lain.
Kisah cinta, hubungan mesra dan kasih saying yang dipaparkan dalam filem ini jauh melangkaui dari hubungan sepasang kekasih. Ia turut memaparkan kemesraan sebuah keluarga, layanan seorang majikan terhadap pembantu rumahnya yang tidak dilayan seperti seorang pembantu rumah, hubungan suami isteri dan hubungan persahabatan. Perhatikan sahaja, opening title filem ini yang mana berakhir dengan separuh dari nama Yasmin Ahmad iaitu Ahmad. Jelas sekali filem ini didedikasikan untuk keluarga beliau.
Sepet menggunakan empat bahasa (Melayu, Inggeris, Hokkien dan Kantonis yang dicampur adukkan menjelaskan realiti cara rakyat Malaysia berbicara) dan mampu memikat minat orang Melayu untuk menonton malah kaum Cina dan India juga sudah pasti terpikat untuk mengikuti kisah filem ini.
Uniknya Sepet apabila saya seakan-akan melihat sebuah realiti hidup di hadapan mata saya sendiri. Tanpa dialog yang meleret-leret, Sepet terus mencipta momentum sehingga ke penamat filem tersebut.
Anda tidak akan menemui dialog seperti;
Orked : Jason, u can call me at home, tapi…(long pause)
Jason : (sambil merapatkan tubuhnya ke arah Orked) Tapi apa Orked ?
sambungan di http://sultanmuzaffar.blogspot.com
hehehehehehhee |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ashna at 26-2-2005 01:46 PM:
sorry kak tim...maybe dlm your family takde yg berkemban kat rumah...tapi dlm family saya..mmg benda tu berlaku...it's normal in my house. dan bapa saya juga adalah pesara guru, ada kalanye mm ...
aku setuju, kalau bapak-bapak lagi2 yg kat kg tu bukan setakat kat dlm rumah, lepak2 kat beranda pun pakai kain pelikat je. mmg ade bapak2 yg mcm tu.
kalau mak-mak pulak, aku jarang nampak yg sesaja berkemban kecuali lepas mandi la |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by imf at 2005-2-25 04:03 PM:
maybe it's really jason... kenapa? kadang-kadang bila kita sayangkan sangat seseorang, walaupun accident, tapi hati kita kuat nak jumpa dia or whatever... ada satu semangat yang kuat akan mendorong ...
when my fren tgk premier film ni kat Malaysia Video Award,yasmin ahmad pon ada sekali masa tu...n penonton lps tgk film tu tanye kat dia what is actually the ending part wanted to tell the audience..then yasmin ckp it's up to penonton nak visulaize sendiri ending dia...tp yasmin ckp dia nak buat happy ending...so..it's up to u nak imagine how is the ending...happy or sad ending
but for me,aku lbh suka buat assumption yg jason bebetul eksiden n yg berckp tu kind of like suara hati dia la...maybe orked terus study kat oversea n will get back to jason someday...:love::pray::pray:
anyway...cite ni mmg best...sweet sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
dah tengok dah last friday.. boleh la tahan.. time kelakar memang aku gelak gile.. time sedih, takde la sampai aku nangis hehe.. tapi ending boring giler.. hero mati plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
citer ni melayu boleh tgk, cina pun boleh tgk. barulah kata filem malaysia. masa aku gi tgk tu, ramai gak cina. ada yg pegi sekeluarga gi.
aku paling gelak sakan part jason menari dan masa diaorg ambik gambor kat studio. pastu aku suka citer ni pasal tak de dialog2 yg meleret2 setakat nak sedapkan citer, mesti ada point kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cluben at 28-2-2005 05:24 PM:
citer ni melayu boleh tgk, cina pun boleh tgk. barulah kata filem malaysia. masa aku gi tgk tu, ramai gak cina. ada yg pegi sekeluarga gi.
aku paling gelak sakan part jason menari dan masa diaor ...
Aku suka masa dia menari gak...part dia sembab muka dia(jAson) kat atas paha mak dia touching gak an.....
Tapi aku terkezut nengok HArith Iskandar pakai spender ekekekekek.....lol |
|
|
|
|
|
|
|
ramai jugak peminat filem independent kat board nih
sape ada tgk cheeman chemalai ?
aritu kawan joe tgk kat mid..dia kata dlm panggung tuh ada 8 org jer termasuk dia..2 mat saleh..dia sorang malay n other indians
malaysian rawks !
kalau citer takde modal tuh..penuh panggung |
|
|
|
|
|
|
|
ok larr...saya tak tertido pon kat panggung...kuang3x....
absorbing... |
|
|
|
|
|
|
|
patut la...menang kat luar negara....mmg ada nilai estitika... |
|
|
|
|
|
|
agogo This user has been deleted
|
Originally posted by loukas at 17-2-2005 11:36 PM:
"bitch, please!!
now continue watching those usop selam and mohaideen's movies until u vomit!!"
Don;t be stupid.
If I don't like Yasmin's work, doesn't mean I like prof's work...
...
loukas,
kenapa awak kata Yasmin's work superficial and self-absorbed? kan dia kata dia buat filem yang ikhlas & potray the true Malaysian scenario? |
|
|
|
|
|
|
|
terus terang aku cakap, citer ni hanya citer cinta remaja yang biasa je.. tapi cara pengolahan dia lain sikit tu yang dia agak berbeza dari citer2 cinta lain.. overall bagi aku biasa je.. |
|
|
|
|
|
|
|
once again, hari ni saya pergi menonton filem ni sekali lagi... kali ni dengan 2 orang coursemate saya... terkejut juga masa kitaorang masuk panggung... semakin ramai penonton cina yang ada... berpusu-pusu masuk ke panggung untuk menonton sepet... satu suasana yang berlainan dengan ketika tayangan filem-filem melayu lain... kali ni, saya cuba untuk menumpukan sepenuh perhatian pada dialog... dan apa yang saya dapat ialah, saya faham maksud di sebaliknya... dan untuk endingnya... saya juga sudah faham... ada cluenya... |
|
|
|
|
|
|
|
limau pun dah tengok , filem ni memang best gile! ramai jugaj chinese datang tengok.. rasa seronok sangat! tengok sambutan yang ada.. tapi last anding memang sedih.. lepas jason jawab call oked, dia kemalangan dan mati..oooh tidak? kenapa hero mati..
yang lucu babak Ah Keong.. masa dalam kedai tu..hahha.. last dia yang syok kat oked.. hihi.. filem ni memang best sesangat.. rugi kalau tak tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by limau at 2-3-2005 10:48 AM:
limau pun dah tengok , filem ni memang best gile! ramai jugaj chinese datang tengok.. rasa seronok sangat! tengok sambutan yang ada.. tapi last anding memang sedih.. lepas jason jawab call oked, di ...
iyer ke lepas dier jawap call..??:stp:
rasa nye die dh accident dulu sebelom sempat jawap call oked, kan..?!!
huhu.. part ending dier touching sket lar.. overall nye, boley lar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by chenta at 2-3-2005 11:40 AM:
iyer ke lepas dier jawap call..??:stp:
rasa nye die dh accident dulu sebelom sempat jawap call oked, kan..?!!
huhu.. part ending dier touching sket lar.. overall nye, boley lar..
memang dia accident sebelum jawab phone orked... kan 1st time dia tak angkat... when 2nd time orked call baru dia angkat kan... so, my opinion is, jason maybe dah hampir maut... but, because of perasaan cinta dia terlalu kuat pada orked... dia bangun untuk jawab phone tu je... i mean, when we love someone, and our hope tak tercapai lagi(kan jason nak sangat orked tu call dia and says that she loves him?), semangat untuk terus hidup tu akan jadi kuat... so, dia bangun jawab call tu, and after she says that she loves him... jason dapat 'tidur' dengan lena... perasan tak surat yang orked baca? jason said, dah banyak malam dia tak boleh tidur juz for waiting orked's call... and dia kata, plz call me, so i can sleep fully... itu dia punya clue... ni pendapat saya la... tak pasti orang lain rasa macam mana pula... terpulang pada kita nak nilai macam mana... |
|
|
|
|
|
|
|
Jas tengok ahad lepas.Boleh dikatakan melayu,cina dan india pun datang tengok.Penuh panggung!!!
Citer ni penuh simbolik dan untuk citer ni jas pasti beli cd yang original,he..he.. |
|
|
|
|
|
|
|
"sepet" ur review/opinion
apa pendapat u all tentang filem ni? laksa pegi tgk citer ni semalam, n i must say, this is a must see film.......bangga rasanya tgk setengah penonton dalam panggung tu semalam chinese......bukan senang chinese nak tgk film melayu, unless film tu benar2 bagus... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jasmine at 2-3-2005 11:53 AM:
Jas tengok ahad lepas.Boleh dikatakan melayu,cina dan india pun datang tengok.Penuh panggung!!!
Citer ni penuh simbolik dan untuk citer ni jas pasti beli cd yang original,he..he..
betul tu jas, kalau citer bagus mcm ni kita pun tak lokek nak beli yg ori. walaupun dah tgk kat wayang tetap nak bali buat koleksi. kalau cerita haprak, nak beli yg pirate pun aku tak hingin.
nampaknya kementrian perdaganagn kena tambah satu lagi cara menangani cetak rompak iaitu galakkan pembikin filem buat filem yg bagus dr segi kerja seninya bukan setakat tayang kereta mahal saja. ramai peminat2 filem dan drama korea dan jepun aku tengok sanggup berhabis ratusan ringgit utk dptkan cd/dvd ori padahal yg pirate pun senang gak nak dpt. janji puas hati dengan certa tu. lgpun cd movie ori citer jepun/korea tak mahal dlm rm15 je. kalau drama siri tu mmglah ada yg beratus jugak |
|
|
|
|
|
|
|
tak tengok lagi....tapi memang rasa nak tengok sangat2......sbb baca review dari semua paper kata cerita ni bagus...& lain dari yg lain... |
|
|
|
|
|
|
| |
|