|
Komen Uncle Cina Ni Merendahkan Martabat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee?
[Copy link]
|
|
alesandra replied at 12-7-2016 03:52 PM
p ramlee neh kelemahan dia tak pandai manage diri dia sendiri.aku rase itu sindrom selalu berlaku ...
Yup, dan satu I perasan kalau orang macam pemurah/dermawan macam arwah ni memang jenis tak reti uruskan kewangan depa.
Dan disebabkan sifat pemurah nya tu lah, ramai orang ambil kesempatan dan akhirnya memakan diri sendiri.
Sebabnya dok tolong orang. Diri sendiri( kalau dah ada family anak beranak) susah takpa, tapi jangan orang sekelilingnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasenye dah banyak kali dah DT ni peringat retis2 muda ni...ade simpanan/melabur beringat zaman xlaku/tua nanti.... sebab die banyak jumpe retis2 veteran yg cam gitu sadis hidopnya.... aku rase ade retis2 veteran yg jumpe die nk job or pinjam duit kot.... sebab tu die kasi peringat retis2 muda... |
|
|
|
|
|
|
|
please la. p ramlee dah mati berpuluh tahun, tp xda sapa boleh lawan filem dia. p ramlee tu pandai melawak, nyanyi, belakon, main muzik. apek ni reti apa?
lagu nak dara rindu by p.ramlee mmg lejen.
filem p.ramlee ramai boleh quote. filem apek ni sapa quote?
bajet begus, puiiii |
|
|
|
|
|
|
|
lilydandelion77 replied at 12-7-2016 01:24 AM
Samdawan, parid kamil... Even razak mohaideen masa kolabrasi dgn heols pun mewah kan? Mana tidak.. ...
Itu namanya rejeki nok - ada retis ni ada nasib, luck, feng shui bagus, maka top la. Ada retis ni ala2 terlaknat ja hidup dalam industri hiburan buat apa pun tak menjadi, maka sendu la.
Aiol takda la rasa pilim2 aruah ini genius nak mampus. Sebenarnya pilim2 aruah pun banyak lawak bodoh stended MIG production jah. Yang ai ingat betul2 lawak cuma Ali Baba Bujang Lapuk jah. Pilim2 komedi aruah lainnya itu bila tengok balik sekarang ini ai rasa sendu jah. Pilim2 serius aruah pula takda satu pun yang ai suka dari kici hingga sekarang Tapi sebagai komposer, iya, aruah genius. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hzln at 13-7-2016 07:21 AM
isu royalti lagu dah selesai masa nasir masih hidup lagi, dan ikut pengakuan waris, memang depa dapat
ARKIB : 15/01/1999
Nasir gembira isu royalti selesai
Anak tunggal P. Ramlee, Nasir merasa lega dan gembira kerana isu mengenai royalti lagu ciptaan ayahnya dapat diselesaikan secara baik dengan syarikat rakaman EMI
Menurut Nasir, dia bersyukur kerana penantian lebih 20 tahun lalu akhirnya dapat diselesaikan dan dia dijangka akan menerima royalti itu pada Mei depan.
Isu royalti itu sudah lama diperkatakan dan selepas 26 tahun pemergian P.Ramlee, Nasir gembira kerana perkara tersebut telah mendapat perhatian pihak syarikat rakaman EMI di Malaysia dan juga Singapura.
''Segala-galanya sudah selesai dan kini saya telah melantik seorang peguam di Singapura untuk menyelesaikannya dengan syarikat EMI di sana,'' tegas Nasir.
Ujarnya lagi, dia akan mendapat royalti bapanya itu sehingga tahun ke 50 bapanya meninggal dunia. Selepas 50 tahun, dia sudah tidak berhak atas royalti tersebut.
''Semua hak cipta lagu-lagu bapa saya sudah saya perolehi dan ada pada saya. Saya tidak merancang apa-apa dengan royalti tersebut dan mungkin selepas memperolehinya, baru saya berbuat sesuatu,'' jelas Nasir.
Najua mirip P. Ramlee
...
....
Sebagai cucu seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, adakah Najua menerima apa-apa bentuk royalti atau dana daripada Amanah Raya Berhad melalui hasil karya-karya datuk?
Dalam dua atau tiga tahun lepas, saya ada menerima royalti daripada Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP). Ia dibayar setiap tahun mengikut faraid. Jumlahnya tidak perlulah saya sebut di sini. Namun, saya tidak memperoleh dana daripada Amanah Raya Berhad. Saya tidak tahu-menahu langsung mengenainya.
Abadi dalam lagu ‘Sazali’, anak P Ramlee hidup daif
...
...
Mesra disapa Jali Boy oleh bapanya, Sazali kini menetap di Semenyih bersama isterinya Hamidah Hitam, 53, yang menghidap penyakit tulang belakang reput.
Sazali bergantung kepada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM200 sebulan, selain royalti bapanya sekali setahun.
“Saya tidak bermaksud mendesak kerajaan tetapi jika dapat elaun RM500 sebulan sudah memadai.
“Apabila teringatkan daddy, saya percaya jika dia masih ada, mungkin nasib saya hari ini tidak begini,” katanya kepada akhbar itu.
cc: mek @alesandra
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by alesandra at 13-7-2016 09:28 AM
yang sazali neh apa kes pulak...bukan dia anak angkat ka??amboi kalo cucu kandung kemain ikut faraid.dahla dlm faraid cucu pompuan dapat sikit.anak angkat boleh pulak dapat |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 13-7-2016 09:27 AM
yang sazali neh apa kes pulak...bukan dia anak angkat ka??amboi kalo cucu kandung kemain ikut fara ...
biasala...hal duit semua nak ngaju sedara....sedara bau2 taik pun kalau boleh nak tumoang sekaki |
|
|
|
|
|
|
|
aku cuma nak komen..anak2 p.ramle kenapa tak ambik peluang belajor sungguh2 time kecik2 dulu..time tu kan mewah..katanya bawak duit belanja sampai 15 hengget...bila dah tua...hidup susah..salahkan orang pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hzln at 13-7-2016 12:08 PM
sazali dapat sbb nasir buat wasiat, sazali dapat bahagian dia, sama macam waris2 yg lain (dan waris lain setuju lah kot), tu yg sazali tu pun dapat juga
beria2 sazali tu ngaku anak kandung bagai, tapi kalu anak kandung ngapa sampai kena wasiat2 lak kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
psl petik nama p ramlee je punn...motif dia ckp gitu terus dilupakan..padahal nak kasi pelakon2 melayu ni kaya gakkkk..org melayu ni sensitip bebeno |
|
|
|
|
|
|
|
kaloaku tak sentap sebab takde harta aku dapat
kalo p. ramlee byk tinggal harta, takde la DT petik nama dia
|
|
|
|
|
|
|
|
apa guna harta berkepuk kepuk, jutawan hebat tapi bila mati orang ingat pada dia punya mulut hansuang, ingat pada dia punya kedekut, ingat pada dia punya manipulation dlm industri.
Maybe pramlee org tak nampak kayo raya, nampak miskin time mati, tapi semua ingat dia punya sumbangan dlm industry, semua ingat dia murah hati baik hati, ambil anak angkat ramai2 sbb hatinya lembut pada anak yatim dan orang susah.
dah 50 tahun mati tetap org titipkan doa. entahkan kesusahan anak pramlee tu satu nikmat Allah bg pada arwah agar anaknya mudah berdoa dan rapat dengan Allah.
Sekaya kaya hang David Teoh, mati sama gak keadaannya. Malaikat Maut yg sama juga datang rentap roh. |
|
|
|
|
|
|
|
wadiunong replied at 13-7-2016 12:46 PM
kaloaku tak sentap sebab takde harta aku dapat
kalo p. ramlee byk tinggal harta, takde la ...
Tak kena batang hidung boleh la sembang sis |
|
|
|
|
|
|
|
aku jawap jujur apa.
motip nak sentap? ini pendapat aku. pendapat ko, aku tak tau & tak penting pon aku nak tau
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hzln at 13-7-2016 02:04 PM
kenapa payah sangat utk telan kenyataan yg pahit?
title seniman agung itu utk penghasilan karya seninya sahaja
bukan meliputi seluruh aspek hidup dia dr ujung rambut sampai ujung kaki, dr mula keluar dr perut mak sampai dikebumi di liang lahat
dia bukan manusia sempurna sampai langsung tidak boleh disentuh kekurangan dia
bila disebut kekurangannya pun sudah dikata menghina, seumpama p.ramlee itu setaraf nabi sudah...nauzubillah
taksub sangat kah org kita, sampai tidak tahu beza dan pisahkan antara karya dan peribadi?
mmg sangat off tangent mereka yg bekap p.ramlee ini, tiada modal lain, diulang2 keagungan karya2 p.ramlee ini, dibanding dgn sampah2 sarap keluaran mig...ehhhh hello? yg dipertikai bukan dr segi karya, tapi dr segi pengurusan kewangan pengkarya
soal royalti dikaut shaw itu pun soal lain
mereka2 ini buat false assumption, as if kalau shaw tak kaut makan hasil sesorang, p.ramlee dan waris akan hidup senang lenang...huk alohhh...kalau dah tatau nak urus kewangan, byk mana pun dapat, tetap habih macam itu saja, seumpama duit gaji mengarah/berlakon yg puluh2 ribu tiap kali buat filem itu lah.
retis2 lain yg sezaman, yg top dan yg tak berapa nak top, filem2 mereka pun masih lagi ditayang hingga kini, tak dapat royalti dr shaw juga, tapi ada yg okay2 saja hidup depa, sebab depa hidup beringat, takde pulak nak merintih pedih sana sini, filem ditayang saban tahun di macam2 cenel, tapi hasil royalti tak merasa sesen.
hanya waris p.ramlee dan pemuja2 p.ramlee saja yg duk sibuk salahkan tk dpt royalti, sbb itu idup susah. huk alohhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Apai90 at 13-7-2016 02:13 PM
Rasanya point yg apek kacang ni nak sampaikan simple jew: masa tengah top,boleh buat duit,beringat la, kumpul aset,buat simpanan.. Jangan sampai bila dh tua tak popular or sendu, meratap hiba mintak bantuan bagai.. Cuma cara penyampaian jew tak berapa clear.. Aku tak nampak plak dia pertikaikan karya arwah ke apa..
And what he said actually mmg betol pun, tak payahla nak sentap or butthurt sgt.. retis2 or produser yg beria2 dok hentam apek ni sekarang poyo2 konon membela arwah,agungkan dan idolakan karya arwah, nak tanya la jgj kan, adake dorg semua ni bagi job dkt waris arwah yg bergiat dlm dunia seni skrg ni, si Najua tu??? Cakap berkobar2 melenting marah dgn statement apek ni tapi korg sendiri pun buat bodo je dgn cucu arwah tu.. lagi nak cakap banyak.. puiii :
Kalau betul hargai arwah, bagi peluang cucu arwah tu menyerlah, bagi dia lead drama ke filem korg sbb based on few dramas yg ada cucu arwah ni berlakon boleh nampak bakat besar si cucu arwah ni.. Ni cakap kobar2 balik2 pelakon kroni2 kau jgk kau panggil berlakon tiap2 drama/filem kau pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
kami berharap Jefri Zain boleh bagi sedikit komen mengenai pandangan beliau terhadap TS P.Ramlee, itu pun kalau tak terlalu nyanyuk berkongsi pengalaman. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg poyo
aku senyum sinis saja bila afdlin duk pertikai, semua hasil dimakan syarikat, filem/drama ulangtayang puluh2 kali pun kat tibi, pelakon/pengarah tak dapat apa pun, sbb hingga kini takde undang2 yg beri hak kpd retis utk klaim portion penat lelah depa mengarah/berlakon
ehhh afdlin, ko pun produser
meskipun tak diwajibkan oleh undang2, dlm kontrak perjanjian dgn para pelakon/krew teknikal, ada tak pasal perkongsian keuntungan?
apa2 saja hasil dikaut sesatu karya filem/drama ada portion katalah 5% ke 10% ka akan pergi kepada tenaga kerja yg terlibat dlm produksi itu?
kalu takde baik duk diam2 sajalah, jgn byk bunyi sangat, terserlah kehipokritan saja
|
|
|
|
|
|
|
|
p.ramlee dulu bukan kerja mkn gaji ker?
artis2 zmn depa mmg mkn gaji kan
so tak heran la depa ni tak kaya mana...
zaman depa..pemikiran depa...maybe tak tahu atau tak fight sgt bab2 royalty ni semua..
p.ramlee hamba seni...rasanya org yg hamba seni hanya tahu berkarya..bukan tahu jaga duit..dgn kata lain tak reti nak manage duit
kita org2 muda..x leh nak sgt nak salahkan org2 zmn p.ramlee...kita tak hidup zaman depa |
|
|
|
|
|
|
|
P.Ramlee memang MAKAN gaji sama macam Ahmad
Mahmod, Jamil Sulong, Saadiah, Rosnani, RumaiNoor,
Siput Sarawak and others. Mereka semua dapat gaji bulanan,
tak silap, Saadiah dapat Rm300..00. Selain itu, mereka juga
diberi alaun kalau filemnya ngetop.
Perbezaan antara mereka dengan P.Ramlee, selain daripada gaji
bulanan, P.Ramlee dapat bonos untuk setiap filem yang diarahnya.
Tak silap, dalam RM40K untuk setiap filemnya, bermula daripada
filem Antara 2 Darjat hingga ke siri Bujang Lapok.
40K dalam tahun 60han bersamaan 4 juta dalam tahun millinum....
Zaman tu, takda yang dapat income RM40 ribu untuk satu kerja.
Kalau 10 kerja dah rm400K = rm16 juta sekarang!
Zaman tahun 60han, rega gula rm5 sen sekati.
Sebuah banglo cuma antara 5-6 ribu sahaja.
Pelakon-pelakon lain yang takda keistimewaan macam P.Ramlee,
semuanya menyimpan untuk masa tua. Mereka juga berjaya mendidik
anak-anak jadi orang berjaya dalam kerjaya.
Tengok anak-anak Ahmad Mahmod, Jamil Sulong, M. Osman for example.
Kita bukan mempertikaikan kerja seni arwah tapi his lifestyle.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|