CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] Tiga Beradik Berpelukan Sebelum Di Telan Ombak

[Copy link]
Post time 31-12-2018 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 31-12-2018 03:11 PM
Ha`ah kesemua orang dewasa dalam kumpulan tu bertanggungjawab dalam kejadian ni..
5 kereta ..
sem ...

Kesian budak2 lain yg selamat ni pun...mst trauma & rasa bersalah if diorg je yg ada masa tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2018 04:07 PM | Show all posts
Nur_happy replied at 31-12-2018 03:55 PM
Yer... tapi paling geram bila ada family member (atuk, mak pak sedara) yg tak faham... nk jugak  ...

yg nibetul..xhabis2 mintak nk pinjam kejap je buat balik nk jga..sy mmg xbagi..kalau xbagi mmg kena kecam lah ckp kedekut ank lah..mcm2 lah..yg kecam plak yg xde ank lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2018 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua anak pergi sekelip mata - bapa

Tarikh kemaskini: 31/12/2018

DUNGUN, 31 Dis (Bernama) -- “Mereka sepatutnya ke sekolah esok tetapi ketiga-tiga anak kami telah ‘pergi’ sekelip mata”.

Demikian luah Zawawi Abd Wahad, 42, yang berdepan dengan insiden menyedihkan pada akhir 2018 apabila kesemua tiga anaknya Nurain Fatma Zawawi, 10, Nurain Sofia, 8, dan Nurain Sasabila, 6, ditemukan lemas pagi tadi di Pantai Sura Tengah di sini.

“Kali terakhir saya menatap wajah anak-anak kesayangan itu pada pagi semalam (Ahad) selepas menghantar mereka mengambil buku teks di Sekolah Kebangsaan Perol, Kelantan,” katanya.

Zawawi berkata beliau menerima perkhabaran sedih itu menerusi panggilan telefon daripada anggota keluarganya pada kira-kira pukul 7 malam hari yang sama dan bergegas ke tempat kejadian bersama isterinya, Nur Syahida Abdullah, 36.

Mereka sekeluarga baru sahaja pulang daripada bercuti di Hatyai, Thailand Sabtu lalu sebelum ketiga-tiga anaknya itu mengikut ibu saudara mereka, Suriani Abdullah, 41, serta beberapa anggota keluarga lain bercuti di Dungun.

"Saya serta isteri tidak turut serta kerana kepenatan dan menguruskan beberapa urusan kerja serta persekolahan anak-anak memandangkan sesi persekolahan Pantai Timur bakal bermula esok. Semua kelengkapan persekolahan telah disiapkan.

"Tak dapat digambarkan betapa hancur dan luluhnya perasaan kami apabila semua anak ‘pergi’ sekali gus," katanya dalam keadaan sugul ketika ditemui pemberita di Hospital Dungun.

Suasana sedih dan pilu itu bukan sahaja menyelubungi anggota keluarga tetapi juga pihak media yang turut sama berada di situ terutama apabila melihat ibu kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak bermaya dan terpaksa dipapah oleh keluarga.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 6.40 petang semalam, ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Kampung Peringat, Kelantan dihanyutkan setelah dipukul ombak besar ketika bermain di pesisir pantai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah berkata mayat Nurain Sofia ditemukan pada pukul 7.48 pagi lima kilometer dari lokasi kejadian manakala adiknya Nurain Sasabila dijumpai kira-kira pukul 9.40 pagi, satu kilometer dari tempat kejadian.

Mayat kakak mereka, Nurain Fatma dijumpai oleh orang awam terdampar di pesisir pantai pada kira-kira 11.03 pagi, lebih kurang lima kilometer dari lokasi kejadian.

"Jenazah tiga beradik berkenaan dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan akan dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung nenek sebelah ibu mereka di Rantau Panjang, Kelantan,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pantai Sura Tengah itu dijalankan oleh 73 anggota termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

-- BERNAMA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2018 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
'Hati luluh kenangkan mereka tinggalkan kami'
Oleh Rosli Ilham
[email protected]
Share

Tweet

Share
DUNGUN: “Biarpun sedih, saya kena terima ketentuan ini dengan tabah. InsyaAllah anak-anak saya itu akan mendoakan untuk bertemu dengan kami di syurga,” kata Zawawi Wahab, 42, selepas semua jenazah anaknya itu ditemui pagi tadi.

Zawawi berkata, dia menerima berita mengenai tragedi yang menimpa ketiga-tiga anaknya itu kira-kira jam 7 petang semalam.

“Saya dan isteri, Nur Syahida Abdullah, 35, sangat terkejut menerima berita sedih yang menimpa anak kami dan saya tidak putus berdoa supaya mereka ditemui selamat.


“Kali terakhir saya menemui mereka bertiga ialah pada pagi kejadian ketika saya membawanya mereka membeli buku pelajaran,” katanya.

Katanya, selepas menerima berita sedih itu, dia dan isterinya segera bertolak ke Dungun dan tiba di Dungun jam 1 pagi tadi.

”Ketika itu luluh hati saya dan isteri apabila mengenangkan semua anak saya pergi meninggalkan kami sekali gus dalam sekelip mata.

“Alhamdulillah semua anak saya telah dijumpai dan biarpun tidak bernyawa sekurang-kurangnya saya dapat melihat mereka semua,” katanya.

Zawawi berkata, mereka sekeluarga baru saja pulang bercuti di Hatyai Thailand sabtu lalu.

“Saya mengizinkan ketiga-tiga anak mengikut ibu saudara mereka, Suriani Abdullah, 41, serta beberapa ahli keluarga lain bercuti ke Dungun selepas dijemput kenalan di sana,” katanya.

“Saya dan isteri tak ikut kerana kepenatan serta terpaksa menyelesaikan beberapa urusan penting termasuk persekolahan anak-anak,” katanya.

Zawawi berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak berkuasa termasuk penduduk kampung yang bertungkus lumus membantu sehingga semua anaknya ditemui.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 04:20 PM | Show all posts
Remyda replied at 31-12-2018 04:15 PM
'Hati luluh kenangkan mereka tinggalkan kami'
Oleh Rosli Ilham
[email protected]

al fatihah... semoga diberikan kesabaran paling tinggi buat keluarga ini.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2018 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
NUR Syahida (dua dari kiri) dan Zawawi tidak dapat menahan sebak selepas mayat anak mereka ditemui oleh pasukan penyelamat di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Dungun. - Foto BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2018 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
3 dewasa nak jaga 2 budak kecik kat mall pun tak boleh..apa lagi nak dikata.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 31-12-2018 04:14 PM
Semua anak pergi sekelip mata - bapa

Tarikh kemaskini: 31/12/2018

So...suriani Abdullah ni kakak kepada mak arwah adik2 ni.....kenapalah kakak. ..sampai hati. ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2018 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 31-12-2018 12:08 AM
khueen
sah2 la skang musim monsoon bagai
jadahnya nk lepak kat pantai bagai

nk lepak klcc..boring ngadap muka bangla,indon.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mil i pesan. Hujung tahun tengkujuh jangan dekat dengan air. Sungai laut ke hapa. Jangan gatal nak pergi. Tapi parents2 ni degil
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya mmg mak sedara depa lah tak jaga btul2:. Mesti harap kakak sulung ja yg umur 10 thn tu. Kalau anak dia harus lah dia tak lepas bagi..  geram pula.. la nak cakap apa.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 04:34 PM | Show all posts
Iolss ex student uitm dungun tu. dulu iolss stay kolej tasik yang jauh sikit dari pantai, kena masuk dalam uitm tu. ktorg panggil kolej tasik. bayangkan dah masuk jauh ke dalam tu pun boleh dgr bunyi ombak berdentum2. mmg takut dgr la waktu musim tengkujuh ni. kalau stay kolej pantai plak, mmg boleh nampak ombak tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
3 orang anak sekaligus pergi...kalau tak kuat mmg boleh murung..
Life is so fragile...mmg dlm hidup setiap org akan ada peristiwa besar mcm ni akan berlaku..so kena siapkan diri dgn perkara yg dpt beri kekuatan di saat2 mcm ni..tapi kita tak ada dan tak tahu nak buat persiapan apa...takut juga...asyik busy shopping je..so kekuatan dalaman tu takde..huhu..ke kena tunggu benda berlaku baru tahu diri kuat ke tak..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 04:48 PM | Show all posts
moga mak ayh arwah bertiga ni tabah.. berat dugaan ni.. pd yg lain, ambik as pengajaran...jgn biarkn berita mcm ni berulang lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 04:48 PM | Show all posts
Semoga diberi ketabahan menghadapi dugaan ini
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Levespa at 31-12-2018 10:04 AM

Innalillahiwainnailaihirojiun..
tak terbayang macamana perasaan mak ayah diorang..
apapun me memang tak pernah percaya orang lain jaga anak2 me tak kira la siapa pun..biarlah org nak kecik hati pun..

benda dah berlaku tapi harap semua ambik iktibar.. musim macam ni memang tak patut pegi kawasan pantai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2018 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nonones replied at 31-12-2018 04:34 PM
Iolss ex student uitm dungun tu. dulu iolss stay kolej tasik yang jauh sikit dari pantai, kena masuk ...

Samalah..dlu msa study kat dungun, 5 tahun duk sana tak pernah berani nak main air wpun kat gigi air je. Ombak kuat sgt. Especially musim monsoon. Sekarang pun ada jugak pegi dgn laki n anak, tak bg juga anak dekat dgn air. Duduk berkelah je tepi pantai tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.. semoga syurga tempatmu adik2
Harap keluarga adik2 ni putuskan tali persaudaraan dgn makcik diorg yg cuai itu
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 05:18 PM | Show all posts
seriau ble baca kes2 camni disebabkn mak/pak sdara...aku mmg slalu jugak bwk ank sdara ke hulu ke hilir...aku klu bwk ank sdara yg kecik mmg mata tangan xlepaslh dr diorg...biorlh dieorg menangis dr aku yg menangis....xleh nk bayang perasaan mak bapak budak2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 05:21 PM | Show all posts
berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul...

semoga Allah SWT berikan kekuatan dan ketabahan kepada ibu & ayah.

Al Fatihah.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.123781 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list