CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nahnukutu

[Tempatan] Datuk Seri diculik ditemui mati [Update: EL dah kena tahan, polis kini cari Tham

[Copy link]
Post time 29-6-2020 10:03 AM | Show all posts
Warga asing pun terlibat. Berani sangat buat perangai kat negara orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2020 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
iols nak speku ada isu politik dlm kes ni yachh !
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2020 10:57 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 27-6-2020 08:45 PM
banyak sangat yang di mintak tu... dia ingat tu sape? bill gates
memang sampai ke kiamat la ...

e wallet ke kan? Bayar pakai grab pay
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2020 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
mawarika replied at 28-6-2020 04:22 PM
Nak jadi penjenayah kena la bijak.. phone, cctv melambak.. senang kena trace. Transport kau..penampi ...

sudah jd penjahat zaman sekarang.. sennag lg tahun 1800..keluar masuk. malaya takde sapa tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2020 11:20 AM | Show all posts

Gambar bawah yang suap kek tu macam geli je
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2020 11:38 AM | Show all posts
Buritan replied at 27-6-2020 11:58 PM
Akak.. sbb cun.. kalo tak.cun.. gigi jongang hitam gemuk.. nescaya taral sspe mau..

Ishh bahaya... zaman sekarang warga emas pun kena rogol
Gila sangat zaman ni bukan macam dulu
Orang minyak target anak dara je
Scary
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2020 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya org minta byk tu sbb dato ni mmg kaya...see??? Melalak bangsa K konon teraniaya di bumi Malaysia.. Dasar k..asalnya kesian. Dh tak kesian pula.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2020 12:16 PM | Show all posts
kiranya sheikh ni business angel lah ye? berapa juta melabur dalam bisnes di mangsa. bisnes apa ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2020 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
KUALA LUMPUR, 28 Jun  – Polis sedang berusaha mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes culik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang mayatnya ditemukan di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata lelaki berkenaan dikenali sebagai Sheikh Ismail Sheikh Hassan atau nama gelarannya ‘El’, berusia 26 tahun dan alamat terakhir di Bukit Beruntung MK Land, Rawang.

“Polis ingin meminta bantuan orang ramai untuk memberikan maklumat mengenai individu yang dikehendaki ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Bangladesh dan seorang individu bergelar Datuk pada Jumaat lepas bagi membantu siasatan berkaitan kes culik ahli perniagaan berusia 55 tahun itu.

Menurutnya kesemua suspek berusia 20 hingga 56 tahun itu direman antara lima dan tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaaan dan Seksyen 3 Akta Culik 1961.

Jelasnya lagi proses bedah siasat masih diteruskan dan akan bersambung pada 2 Julai nanti bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Mayat ahli perniagaan itu ditemukan kira-kira pukul 9.00 pagi semalam susulan penangkapan beberapa suspek kes berkenaan.

Siasatan polis mendapati salah seorang suspek telah membuat panggilan dan meminta wang tebusan S$50 juta (Singapore dollar) daripada keluarga mangsa namun tiada pembayaran dibuat.

Mangsa dipercayai diculik ketika bersenam di kawasan taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, pada 10.30 pagi, 10 Jun lepas.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2020 02:01 PM | Show all posts
baca tak dalang utama panah jadi calon dun selangor PRU13 kwn baik datok R ni jgk ....sapa wehhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2020 05:18 PM | Show all posts
awat tak laju ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2020 05:48 PM | Show all posts
EL dah kena tahan, polis kini cari Thamby
MyMetro Mutakhir



POLIS kini mengesan Vinekswarar atau Thamby@Vinod. FOTO ihsan polis

Muhaamad Hafis Nawawi
[email protected]


SUSPEK dikenali EL berusia 26 tahun yang diburu polis bagi membantu siasatan penemuan mayat ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di kawasan belukar di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, Rawang sudah ditahan polis malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, EL atau Sheikh Ismail Sheikh Hassan ditahan 7.30 malam di Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu dan direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Menurutnya, polis kini mengesan seorang lagi individu Vikneswarar Nagentiran atau Thamby@Vinod, 28, yang beralamat di New Green Park, Rawang.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat sila salurkan kepada pegawai penyiasat kes Asisten Superintendan Farouq Fakhzan Mohd Nordin, di talian 017-2251403," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan polis memburu seorang lagi suspek dikenali EL bagi membantu siasatan penemuan mayat Datuk Seri di kawasan belukar.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2020 @ 4:33 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2020 05:52 PM | Show all posts
noninah replied at 29-6-2020 02:01 PM
baca tak dalang utama panah jadi calon dun selangor PRU13 kwn baik datok R ni jgk ....sapa wehhhhhh

Dalang kes bunuh pernah jadi calon DUN Selangor
MyMetro Mutakhir


Safeek Affendy Razali dan Nor Azizah Mokhtar
[email protected]


AHLI politik bergelar Datuk yang pernah menjadi calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dipercayai menjadi dalang utama kes culik seorang ahli perniagaan yang mayatnya ditemui di kawasan belukar di Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya, semalam.

Sumber memaklumkan, suspek bersekongkol dengan seorang peguam (peguamcara dan peguambela) untuk melakukan penculikan itu bersama dua lagi suspek ketika mangsa sedang berjoging bersendirian pada 10 Jun lalu.

"Ketiga-tiga suspek menghampiri mangsa dan mendakwa mereka adalah anggota polis sebelum memaksa mangsa masuk ke dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) pada 10.30 pagi hari kejadian.

"Selepas diculik, mangsa dibawa bertemu dengan dalang utama sebelum disembunyikan di beberapa lokasi termasuk sebuah rumah teres di Taman Kosaso, Rawang," kata sumber.

Menurut sumber, beberapa saksi melihat kejadian itu dan barangan peribadi milik mangsa seperti telefon bimbit, cermin mata dan topi turut ditemui ditinggalkan di taman permainan berkenaan.

"Keluarga mangsa kemudiannya dihubungi satu nombor telefon tidak dikenali meminta mereka membayar wang tebusan berjumlah S$50 juta (RM154 juta) sebelum mereka membuat laporan polis.

"Suspek dipercayai melakukan penculikan itu kerana mahu mangsa memulangkan semula wang yang dilaburkan untuk satu projek perumahan yang dikatakan tidak dilaksanakan," kata sumber itu lagi.

Hasil siasatan polis, dalang utama berusia 50-an itu berjaya ditahan di kediamannya di ibu negara malam kelmarin bagi membantu siasatan.

Harian Metro semalam melaporkan polis menahan tujuh lelaki termasuk dalang utama berhubung kes culik dan bunuh ahli perniagaan yang juga seorang pemaju hartanah bergelar Datuk Seri itu.

Semua suspek termasuk seorang warga Bangladesh berusia antara 30-an hingga 50-an itu ditahan menerusi beberapa siri serbuan di sekitar Selangor sejak 11 pagi kelmarin.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2020 @ 5:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2020 05:55 PM | Show all posts
kayanya diaorg ni....business apalah agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 11:06 AM | Show all posts
Tak bayar ransom betul-betul kena bunuh..
Memang hati kering.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 11:42 AM | Show all posts
Ni ke Dato Seri tu..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2020 11:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 11:44 AM | Show all posts
husna_amal replied at 29-6-2020 10:03 AM
Warga asing pun terlibat. Berani sangat buat perangai kat negara orang.

sini lubuk duit..asal ada org bayar..
abg Presiden NK kena bunuh sini..
lecturer Palestin tu kena bunuh sini..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
benharungkar replied at 27-6-2020 09:20 PM
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1038332&mobile=2

Serioussss aaaa anak bongsu tu nama PUTERI UMNO????

Lagi satu... Sape lah video grafer dorang ni... Terlalu byk scene zoom jauh2..guna drone..  Smpai x focus event yg mewah tu... Mcm video yg laki bini naik kete mewah tu...  Gelaaaappp...  X nmpk kereta...  Dlm hall pun gelap....  Dah la dorg gelap2 belaka..  Pastu background music very the sivaji the bossss...  Bagus lagi video datin alyah... Alang2 nk show off.. show off bagi clear2...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 27-6-2020 11:59 PM
Bangla mmg budus.. dia ingat 154 juta.. 154 ribu kot..

Tp agak tertanya2 knp tebusan diminta dlm $50juta singapore
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.090609 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list