|
Still banyak sunnah yang x diamal umat islam..Kalu kahwin sapa x nakkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
I respect Rabiah sbb die beribadat bukan kerna neraka dan syurga tp tuk mendapat keredhaan Allah semata2... |
|
|
|
|
|
|
|
aiyaa...
kahwin tu kan ada mcm2 hukum..mmg kawin tu sunah nabi, tapi sunah nabi ade brapa?, byk...
kawin tu hukumnya boleh jatuh haram, wajib, makruh...
bende2 basic cmni tkkn ada yg tk tau... |
|
|
|
|
|
|
|
Islam adalah ajaran yg dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup kepada seluruh umat. Allah swt menjadikan makhluk yg indah dan mulia di dunia ini terdiri daripada manusia lelaki dan wanita. Mempunyai darjat dan keturunan yang sama; daripada Adam dan Hawa. Manusia ini hanya dpt dibiakkan melalui cara perkongsian hidup.
Islam memandang serius terhadap perkongsian hidup di antara lelaki dan perempuan. Mereka bukanlah bersatu secara semberono, atau seperti binatang seperti budaya bagi sebahagian masyarakat di Barat, tetapi Islam mempunyai tatacara, peradaban dan hukum2 yg telah digariskan. Iaitu hukum munakahat.
"Dan demi sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul sebelum kamu dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan."
(maksud Al Quran : ar-Raad:38)
"Dan sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah iaitu Ia menjadikan untuk kamu jodoh-jodoh dari jenis kamu supaya kamu merasa tenteram hati dan hidup berkasih sayang."
(maksud Al Quran : ar-Rum:21)
Sabda Nabi saw pula; "Sesiapa yang suka kepada fitrahku, maka hendaklah ia melakukan sunnahku. Dan sebahagian dari sunnahku itu ialah nikah." (al-Baihaqi)
Dari Anas r.a, Nabi saw bersabda: “Nikah itu sunnahku, maka barangsiapa yang membenci akan sunnahku ia bukan dari kalanganku” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dari Sa'ad bin Abi Waqqas Nabi saw : "Berkahwinlah kamu Maka sesungguhnya aku dihari qiamat kelak akan bergembira dengan sebab banyak ummahku. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang Nasrani bertapa - hidup membujang".
Dari Anas bin Malik, katanya : Tiga orang sahabat datang berkunjung ke rumah isteri2 Rasulullah saw menanyakan tentang ibadat yang dikerjakan oleh Baginda. Setelah tiga orang sahabat tadi mendapat jawapan dari isteri2 Baginda, mereka merasa bahawa ibadat mereka itu bila dibandingkan dengan ibadat Rasullah s.a.w. adalah terlalu sedikit dan sangat-sangat "kurang."
Mereka berkata sesamanya: "Bagaimana ibadat kita? Padahal Baginda adalah orang yang ma'sum, dan Allah telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang?'' Maka salah seorang dari mereka itu berkata: "Aku akan sembahyang Tahajjud setiap malam." Dan seorang yang lain akan berkata: "Aku akan berpuasa sepanjang tahun, dan tidak akan berbuka." seorang yang lain lagi berkata: "Aku akan mengasingkan diri dari orang perempuan, dan aku tidak akan berkahwin selama-lamanya (hidup membujang)" Maka datang Rasulullah s.a.w., lalu bersabda:
Kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadang-kadang aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan dari kalangan ummahku). (Riwayat Bukhari dan Muslim)
At-Tabari berkata: "Sahabat Rasulullah s.a.w bernama 'Uthman bin Maz'un mengharamkan ke atas dirinya seorang perempuan, benda-benda yang baik dan semua benda yang sedap dan lazat. Dengan pengharaman tersebut, Allah Ta'ala menurunkan firman-Nya yg bermaksud:
''Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas'' (Surah al- Ma'iddah:87)
Seorang lelaki mengadu dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai orang yang membujang selama-lamanya, katanya: " Bolehkah aku berkasi?" Baginda menjawab dengan sabdanya:
Tidak ada dalam agama kita orang yang berkasi. (Riwayat Tabrani)
Dalam masalah ini, Sa'ad bin Waqqas berkata:
Rasulullah s.a.w. telah melarang sahabatnya 'Uthman bin Maz'un hidup membujang. Andainya Baginda mengizinkan 'Uthman bin Maz'un membujang (tanpa berkahwin), tentulah kita "harus" berkasi. (Riwayat Bukhari)
4. Hukum berkahwin itu ada empat :
1. Wajib - Orang yg cukup belanja dan tidak dapat menahan nafsunya.
2. Sunat - Orang yg cukup belanja dan ingin berkahwin.
3. Makruh - Orang yg cukup belanja tetapi tiada keinginan berkahwin.
4. Haram - Orang yg yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab (termasuk akan berlaku zalim kepada isteri/suami) |
|
|
|
|
|
|
|
So it is okay for a gay guy or les to live alone because of its inner problem.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam pada forumer
wah,terbuka cerita pasal rabiatul adawiyah ekk
sebenarnya, kalau nak tahu kisah sebenar, belilah buku rujukan
contoh mcm 100 tokoh wanita dlm sejarah Islam...ada kisah isteri nabi, isteri sahabat dan wali wali
cerita pasal rabiatul adawiyah tu memang benarr...
cuma akal kita sukar nak memahami
sebab cinta ni berkait rapat dengan rasa
tak semua akal kita boleh faham
dan tak semua ilmu didapati dgn akal fikiran
jadi pada yg ada rasa dan pernah merasa...fahamnya berlainan
seperti org yg dah berkahwin
fahamlah bagi mereka nikmat kelamin itu, fahamlah bagaimana susah mendidik anak
begitu juga mereka yg diberi kurnia tuhan dalam mendalami cinta rasa kpd Nya...
gula itu manis, tapi manis itu bagaimana?bentuk ketulkah?bentuk cairkah?susahkan bila nak dibentuk kan ilmu di akal?
oleh itu...membaca itu...adakah faham hati itu melihat dgn mata?
tidakkan?...adakah apabila kita berjauhan dari keluarga...sekelip mata terbayang ruang rumah di kampung halaman...walau jaraknya jauh kan?
begitulah...
nak sesuatu ilmu, bertanyalah pada ahlinya
sekian wassalam
rabiatul adawiyah ni ..banyakkkk rahsianya |
|
|
|
|
|
|
|
kalo gay / les tu takde lah pulak disebut dalam quran kecuali dilaknak dalam kisah umat nabi Luth.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada drpd kalangan mereka yg beriman dn beramal soleh still dilaknat ke..
Your words were so straight. |
|
|
|
|
|
|
|
baca betoi2lah dear...
kalo gay / les tu takde lah pulak disebut dalam quran kecuali dilaknat dalam kisah umat nabi Luth.
patek takde sebut pulak gay/les beriman tu kena laknak.... eh, ada ker golongan demikian disebut dalam quran...?
kalo golongan ni beriman n beramal soleh takde lah nak jadi gay/les lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang nak jd cam tu..Namun mereka diberi ujian sebegitu oleh Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada yang jd cam sbb didikan parents tp ada yang jd cam tu semulajadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo mereka tu beriman dan beramal soleh, mereka berusaha untuk merubahnya.. percaya dengan kuasa doa, kuasa pemulihan dari Allah... janga putus harap dariNya..
ramai di luar sana yg sudah pulih dgn sebenar2nya... bersungguh2 mengubati diri sendiri itu saja jalannya... |
|
|
|
|
|
|
|
1# Pe4RL
................taubat dan insaf memang mudah dilafazkan tetapi sukar untuk dilaksanakan........... |
|
|
|
|
|
|
| |
|