CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Joe Hahn

~MERGED~ Parti Komunis Malaya/Komunis Malaya

[Copy link]
Post time 9-8-2006 10:20 AM | Show all posts
sesungguhnya yang Maha Pengampun adalah Ilahi........bukan Amerika, Bukan Melayu, Bukan Cina, Bukan India
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2006 11:02 AM | Show all posts
bagi aku komunis yg level bawah nih aku tk kesah sgt.but komander die cam chin peng tuh tk leh di maafkan beb sebab dierang dh tentang negara kite nih.
and bagi aku kalo bagi kalo maafkan chin peng tuh..tk mengenang jasa para perajurit yg dh terkorban time vs komunis dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 11:20 AM | Show all posts
Originally posted by peret at 9-8-2006 10:20
sesungguhnya yang Maha Pengampun adalah Ilahi........bukan Amerika, Bukan Melayu, Bukan Cina, Bukan India


Ehhmmm tapi kalau salah sesama manusia?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 11:50 AM | Show all posts
kalau salah sesama manusia pegi mengadap setiap waris askar2 yang kena bunuh dengan komunis dulu .. mintak maap.. tu pun kalau diaorang maapkanla..
komunis ni memang menyusahkan orang jer.. tengok lepas jepun serender, diaorang nak rampas kuasa, bunuh orang yang dikatakan jadi tali barut jpun.. habis negara  porak peranda..
memang tak boleh dimaapkan lansung komunis ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 03:52 PM | Show all posts
Originally posted by gelupur at 9-8-2006 01:42 AM
"sedangkan nabi ampunkan umat....."


ayat pelepas diri paling mujarab...apa kata kalau ketua komunis tu pelupuh kepala hang then kata macam tu..ada ker hang nak maafkan...

sebabnya hang dah hidup selesa, tak perlu nak bersengkang mata, tak perlu nak bermandi darah..tak pernah hidup zaman komunis. aku yang tak hidup zaman komunis ni pun tahu juga cerita yang tok nenek aku ceritakan..takkan la hang tak da tok nenek yang kena kacau komunis atau sekurang-kurangnya baca sejarah Malaysia?

bagi aku komunis yang tak menyerah diri secara sukarela tu masih lagi komunis. yang dah menyerah diri masa tengah insurgensi tu tak pa la..depa dah sedar yang perjuangan tu sia-sia. ni yang tak sedar diri lagi ni..dah negara maju baru hegeh nak minta balik. nak buat apa?

oleh sebab itu, jangan mengelupur sangat...

[ Last edited by  CharlieDale at 9-8-2006 03:55 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 06:37 PM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 9-8-2006 03:52 PM


ayat pelepas diri paling mujarab...apa kata kalau ketua komunis tu pelupuh kepala hang then kata macam tu..ada ker hang nak maafkan...

sebabnya hang dah hidup selesa, tak perlu nak bersengka ...


semua org penah buat salah...nobody's perfect
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2006 08:24 PM | Show all posts
Tapi Chin Peng tak perlu pulang ke Malaysia sebab dia tak pernah jadi rakyat
Malaysia. Dia rakyat China. Dia lahir sebelum tahun 1957 dan bapa dia pegang
kerakyatan China. Dia tak pernah jadi warganegara Malaysia. Orang Cina
yang lahir sebelum tahun 1957 hanya menjadi rakyat Malaysia dgn cara
pendaftaran dan Duli Yang Maha Mulia Agong ada hak mutlak bagi atau tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 11:47 PM | Show all posts
Originally posted by adnan_saidi at 6-8-2006 05:49 PM
nape lak DAP dan org2 cina terasa lak kalo kita hentam kominis...sepatutnya siapa  yg merasa diri kapitalist pasti tidak akan terasa apa2..hihi



...mngkin sbab mrk CHAUVINIS.:jeling:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2006 10:25 AM | Show all posts
Originally posted by herman at 6-8-2006 04:42 PM
Walaupun moyang dan anak lelaki saya telah dibunuh oleh orang cina kominis,
kerana menjual beras kepada askar Jepun, saya menyeru kepada rakyat Malaysia
melayu cina dan india, sempena menyambu ...




Minta maaf ,aku takan maafkan bangsa komunis ni walaupun mereka tu cina atau pun melayu
kerana dikala selepas perang habis melayu yang didapati berurusan dengan jepun semua
ditangkap dan sampai ke hari ni kami tak tahu mana kubur mereka, macam mana nasib anak bini mereka
dalam mengharungi kehidupan tanpa bapa dan keluarga tersayang mereka, aku tak heran kalau mereka
nak bunuh tali barut sekiranya mereka tu menganiaya bangsa mereka sendiri, tapi takanlah seorang kerani
atau cikgu jepun pun nak dibunuh juga.
kalaulah kita nak maafkan komunis ni lebih baik kita maafkan kumpulan militan yang ditangkap kerajaan dan
sedang ditahan di kamunting.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 10:29 AM | Show all posts
Originally posted by gelupur at 9-8-2006 05:37 PM


semua org penah buat salah...nobody's perfect




jawapan yang tak boleh dipakai, sepatutnya chin peng ,rashid maideen dan sebagainya
ditangkap dan dibicarakan sebagaimana yahudi menangkap jeneral jerman dan dibicarakan
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 01:20 PM | Show all posts
TV3 siar suka duka darurat
Oleh Zainuri Misfar


Dokumentari idea Pengerusi Media Prima Berhad bermula Isnin, 7.30 malam

TV3 akan menyiarkan dokumentari khas lapan episod mengenai darurat berjudul Jungle Green Khaki Brown

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 03:21 PM | Show all posts
org israel mmg x patut hidup,diaorg musuh ISLAM....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2006 11:47 AM | Show all posts


Judul : Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan
Pengarang : Mohammed Salleh Lamry
Penerbit : Penerbit UKM
Genre : Sejarah
Mukasurat : 204  halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 967942717x
Harga : RM35


Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, gerakan nasionalisme Melayu terbahagi kepada aliran kiri dan aliran kanan. Aliran kiri dipelopori oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM), diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS). Aliran kanan pula dipelopori oleh persatuan Melayu negeri-negeri dan diteruskan oleh United Malays National Organisation (UMNO) dan berjaya mencapai kemerdekaan.

Perjuangan nasionalisme aliran kiri memang tidak berjaya mencapai matlamatnya. Gerakan nasionalis kiri terpinggir dan terkeluar dari arus perdana kerana tekanan penjajah dan hanya mendapat sokongan daripada golongan minoriti Melayu. Namun, satu kelompok kecil dari kalangan pemimpin gerakan nasionalis kiri Melayu ini telah memilih jalan lain untuk meneruskan perjuangan mereka. Mereka menyertai perjuangan bersenjata mulai 1948 bersama Parti Komunis Malaya (PKM) setelah mendapati perjuangan secara damai tidak dapat diteruskan lagi. Perjuangan mereka ini hanya berakhir dengan termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989 di Haadyai.

Buku ini mengandungi 11 bab yang antara lain kandungannya melingkari topik berkenaan gerakan politik, perjuangan kemerdekaan dan tanggapan umum terhadap perjuangan bersenjata nasionalis kiri pada zaman penjajah. Untuk buku ini, penulis melakukan penyelidikan dengan menggunakan tiga sumber termasuk sejarah lisan. Penulis juga menemubual secara langsung tokoh-tokoh Melayu berkenaan.
  
MOHAMED SALLEH LAMRY, Ph. D adalah mantan Profesor Madya dan Sarjana Tamu di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kandungan
Singkatan
Prakata
Pendahuluan
Gerakan Antikolonial Sebelum Perang Dunia Kedua
Gerakan Politik Masa Pendudukan Jepun (1941-45)
Gerakan Politik Masa Aman (1946-48): Nasionalis Kiri Melayu
Gerakan Politik Masa Aman (1946-48): Parti Komunis Malaya
Darurat Dan Perjuangan Kemerdekaan Secara Bersenjata
Pengunduran Strategik Ke Selatan Thailand
Gerakan Awal Di  Sempadan
Perundingan Baling
Antara Baling Dan Haadyai

source : www.ujanailmu.com.my

[ Last edited by  Deff_Lepak at 12-8-2006 11:48 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 01:13 AM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 9-8-2006 03:52 PM


ayat pelepas diri paling mujarab...apa kata kalau ketua komunis tu pelupuh kepala hang then kata macam tu..ada ker hang nak maafkan...

sebabnya hang dah hidup selesa, tak perlu nak bersengka ...

CORRECT! :clap:

bila da senang, dah habis kesah sedih sengsara generasi dulu, maka semuanya dah lupa,
lupa dan lupa, then maaf maaf, then buat balik
perang balik, bunuh sane sini, then pusing balik jadi cam dulu, then aman,
then perang balik, then aman, then KIAMAT, baru padan muka semua orang!

p/s JANGAN bagi dia masuk Malaysia!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 08:29 AM | Show all posts
mungkin blm masa lagi nk maafkan komunis sbb masih baru & berdarah lg luka rakyat mesia akibat pemberontakan dorg.. masih baru lg dorg letak senjata

tunggulah lama sket.. mesti kita akan memaafkan komunis sbb dorg pong ada yg berjuang demi kemerdekaan negara kita..

kita blh memaafkan Japan, Belanda, Inggeris etc.. siap ngaku lg peminat Nakata, Luis Figo, Beckham, C Ronaldo, Van Persie................ Padahal dulu nenek moyang dorg laa yg bunuh Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 03:29 PM | Show all posts
kepada mereka yang nak suruh orang len minta maafkan komunis ni tolong tonton siri dokumentari Green Jungle, Khakis brown di TV3 jam 7 malam bermula hari ini. mungkin anda dapat something....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2006 04:23 PM | Show all posts
Malaysia tak perlukan orang macam Chin Peng tu.. huru hara dibuatnya...
bayangkan kalau komunis tak menyerah dulu.. apa agaknya terjadi kepada malaysia sekarang ni..?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 10:20 AM | Show all posts
Othman anggap sertai PKM perjuangan sia-sia
Oleh Isma Jamil


KANGAR: Setiap kali negara menyambut ulang tahun kemerdekaan, Othman Puteh, 77, akan menitiskan air mata mengenangkan perjuangan sia-sianya dalam Parti Komunis Malaya (PKM).

Katanya, beliau menyertai PKM pada 1948 selepas Kerajaan British mengisytiharkan darurat kerana yakin hanya parti itu boleh memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.


JADI KEBANGGAAN: Othman
mengibarkan Jalur Gemilang
sempena kemerdekaan ke 49
di gerainya di Kampung
Tersusun Padang Besar
Utara, semalam.

?Ketika itu, saya terlalu terpengaruh dengan semangat perjuangan kemerdekaan dan percaya hanya PKM yang boleh mencapai segala impian itu.

?Pada masa itu, orang Melayu lemah dalam segala-galanya terutama dari segi ekonomi dan saya menganggap mustahil untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,? katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tersusun Padang Besar Utara, dekat sini.

Othman yang berasal dari Kampung Sanglang, Kedah, berkata, sepanjang menjadi ahli PKM, beliau berazam memerdekakan Tanah Melayu dan kemerdekaan itu hanya boleh dicapai jika penjajah British dikalahkan dan dihalau dari negara ini.

Katanya, apabila Tanah Melayu diberi kemerdekaan pada 1957, beliau dan rakan lain tidak boleh menerima kenyataan itu dan menganggap ia bukan kemerdekaan sebenar selagi penjajah berada di Tanah Melayu.

Katanya, kerana pegangan itu, beliau dan rakan yang lain meneruskan perjuangan menerusi operasi sulit secara gerila menentang askar Tanah Melayu yang turut disertai tentera British.

"Hingga kini saya masih terkilan kerana lambat menikmati kemerdekaan negara berbanding orang lain," katanya.

Noktah perjuangan Othman sebagai anggota PKM berakhir apabila Pengerusi PKM, Chin Peng, menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Malaysia di Hatyai pada 1989.

Kerana tidak boleh menerima kenyataan Tanah Melayu sudah merdeka, Othman dan rakannya yang juga orang kuat PKM, Rashid Maidin, berpindah ke Narathiwat, Thailand tetapi pada masa sama, masih meneruskan perjuangan menuntut kemerdekaan.

"Selepas perjanjian ini, barulah perasaan rindu kampung halaman dan sanak saudara membara dalam diri saya. Setahun selepas itu, saya kembali ke tanah air bersama isteri Sofiah Bakar, 49, yang berasal dari Narathiwat dan juga bekas anggota komunis dalam kor perubatan," katanya.

Hasil perkongsian hidup Othman dan Sofiah, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Fadzilah Othman yang kini berumur 14 tahun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 10:28 AM | Show all posts
satu publisher kat msia dah keluarkan buku hardcover, photo book pasal Emergencies years dan PKM dari 40an sampai 70an.
Banyakkk gambar lawa2 zaman dulu, ada seratus dua ratus photos kot.
Tapi mahal giler ah buku2 gini..
nanti tunggu library keluar, bleh pinjam dan scan ekekeke.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 10:50 AM | Show all posts
al-fatihah kepada rawah rashi maidin yg kembali ke rahmatullah pd 1 sept 2006 jam 9pg. bg saya sesapa yg memperjuangkan kemerdekaan adalah seorang nasionalis. cuma cara meka ni yg berbeza. pkmm, api, awas, btm, amcja semunya anti penjajahan. namun, apabila dharuruat di isytiharkan pd jun 1948 kesemua parti berhaluan kiri telah diharamkan oleh pihak british. jadi, kite sekarang kena terangkan kpd golongan muda bahawa sebelum umno telah ada pertubuhan nasionalis melayu yg memperjuangkan kemerdekaan. kite kena uingat yg matlamat asal penubuhan umno ialah untuk memnentang malayan union pd tahun 1946.

jadi, terpulang kpd kite utk menilai seseorang tokoh nasionalis. kite kena tahu kenapa dia masuk pkm, kenapa dia lari dari tanah melayu, kenapa dia baut itu dan ini.

history was written by the victors -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.076961 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list