|
ARTIS LAMA YANG MASIH TIDAK BOLEH DITANDINGI OLEH ARTIS ARTIS SEKARANG
[Copy link]
|
|
Reply #180 Body_language's post
dia yang menang first juara lagu eh?
apa ke nama tu
ahh sekadar dipinggiran
ada tape dia -- sedap suara dia
burung mesti tau dia ni.. juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #181 dexa's post
aku rasa sape yg membesar di zaman 80s & 90s kalo x tau sape Francesca Peter ni memang kene ketuk la. dia byk lagu2 sedap dan popular. suke lagu dia Ooh La La Tropika. tp ada 1 lagu dia tajuk "Aku Kehilangan" aku x minat. sound hampir2 mcm lagu Hopelessly Devoted to You |
|
|
|
|
|
|
|
berckp psl fran.
aku nk tnya...
psl rakan duet dia... royston sta maria.
roy-'ratnaku' dgn royston sta maria tu org yg sama ke?
mcm lain. sbb roy yg selalu nyanyi lagu2 patriotik kt rtm (roy-'ratnaku') tu mcm melayu.
n rakan duet fran masa awal 80's dlu pon org panggil roy gak...tp nama sebenar royston sta maria-tp itu org serani(sama bangsa dgn fran).
kebetulan...roy(yg aku expect melayu) tu pon penah duet dgn fran gak.
sapa bley jelaskan mende ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Rakan duet Fran memang Royston Sta-Maria. dia memang org serani. dulu masa duet dgn Fran cuma guna nama Roy je. kalo x silap Fran memula dulu kuar album duet dgn dia kot. antara lagu2 popular dia dgn Fran. contohnya "Siapa Dia Sebelum Daku" dan "Tak Kenal Maka Tak Cinta"
Gamba Royston Sta-Maria dgn Fran
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #183 sayangidaku's post
roy sta maria now duduk oversea
(tanya kakak tadi)
and i dun think it is the same person
dia dah tak active lagi - cuma balik
malaysia last year or couple years ago
ada show kat TV.. (ngan fran juga)
i ada tape dia -- siapa dia sebelum daku -
sedap lagu tu -
so i reckon to roy lain yang sayang tulis tu...
(not sure nak panggil u apa -- sayang pun
sayang la eh.. ) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #184 Body_language's post
bodyyyyyy lawanya dia eh..
cute....aje -- tapi dah tua sekarang agaknya --
berapa umur dia eh ntah ntah dah 50 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #183 sayangidaku's post
sayang...
rasanya burung MUSTI and gerenti
tahu pasal ni - sebab dia ni sexpert
pasal penyanyi2 yang even kite tak
pernah dengar pun ( macam u and body gak ) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 9-5-2006 07:22 PM
roy sta maria now duduk oversea
(tanya kakak tadi)
and i dun think it is the same person
dia dah tak active lagi - cuma balik
malaysia last year or couple years ago
ada show kat TV.. (ngan fr ...
Yup :ah:. kalo x silap Roy duduk kat Australia. couple years ago balik mesia utk satu show. memang dah x aktif. Fran kalo x silap menetap kat mesia skrg ni (ke selalu balik mesia) sbb tgk dia skrg selalu muncul kat Tv. Fran ada buat album mini thn lepas. tp lagu dia, sebijik lagu2 Azharina. apasal la dia mintak Julfekar buat album tu:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 9-5-2006 07:23 PM
bodyyyyyy lawanya dia eh..
cute....aje -- tapi dah tua sekarang agaknya --
berapa umur dia eh ntah ntah dah 50
aku rasa 40s la. dia artis 80-an. kalo Fran pon dlm 40-45. Roy ni pon aku assumed mcm tu jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #184 Body_language's post
sahla royston n roy tu org yg berbeza.
yg membuatkan confuse tu bukan apa. royston tu pon guna nickname roy gak.
pastu roy yg melayu tu pon penah duet gak dgn fran. dah aku ingt diorang ni org yg sama.
tp sore royston tu mcm lembut sket... sore roy yg mly tu(sapa nama betul roy melayu tu btw?) jantan sket. |
|
|
|
|
|
|
|
ops...lagu roy tu tajuknya 'kau ratnaku'...not ratnaku. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #190 sayangidaku's post
Ida, sure ke Roy melayu tu penah duet dgn Francesca Peter? sbb dulu Royston ni masa duet dgn Fran guna nama "Roy & Fran". |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #192 Body_language's post
u mean roy melayu tu ker?
ntah.
tp penah nmpak diorang duet secara live.
i mean aku penah nmpak roy yg melayu tu duet dgn fran.
kan susah nama artis dekat2 sama ni. :kant: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sayangidaku at 9-5-2006 07:47 PM
u mean roy melayu tu ker?
ntah.
tp penah nmpak diorang duet secara live.
i mean aku penah nmpak roy yg melayu tu duet dgn fran.
kan susah nama artis dekat2 sama ni. :kant:
actually, aku pon dulu konpius jugak. bile buat kaji selidik baru aku tau, yg mana roy melayu, yg mana roy serani. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #194 Body_language's post
tau tak nama roy melayu tu yg sebenar?
suara dia lagi sedap dr roy serani tu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #185 dexa's post
roy tu balik malaysia utk duet dgn fran dlm ABP...nurul/ajai pun ada...
yg sedihnye sore dia dah tak sedap...the worst part is, dia dah tak fasih cakap melayu...tu la lama sgt duduk oversea...ada jumpe sket artikel psl dia...
Royston Sta Maria selepas 16 tahun menghilang - utusan malaysia 28/3/2004
APABILA seorang seniman muncul di atas pentas dengan kilauan neon, kita semua terpaku dan terhibur. Jauh di dasar hatinya, kita tidak pernah bertanya, bagaimana sebenarnya gambaran kehidupan mereka.
Apa lagi bagi seorang artis yang sudah lama tidak bersua muka dengan peminat-peminatnya, pernahkah kita bertanya, apa sebabnya dia menghilang diri tanpa khabar berita.
Lalu, pertemuan Pancaindera dengan penyanyi lama, Royston Sta Maria - teman duet penyanyi, Fran di Kuala Lumpur baru-baru ini memberi kesempatan untuk mendasari jiwanya.
Gambaran hidup serba gemilang yang pernah dilalui penyanyi berdarah campuran Portugis ini tidak pernah mendapat perhatian media semenjak dia menghilangkan diri dari dunia glamor.
Semuanya kerana Royston atau lebih mesra dikenali sebagai Roy belum pernah sekali mendedahkan kepada mana-mana wartawan sebab utama dia meninggalkan bumi tercinta Malaysia dan membawa diri ke Perth, Australia.
Baru-baru ini, beliau tampil dengan seribu kegembiraan dan keperkasaan demi khalayaknya.
Persembahan ringkasnya di sebuah majlis anugerah yang berlangsung di Genting Highlands, sedikit sebanyak mengubat rindu peminat-peminatnya.
Sebetulnya, Roy yang tidak kita kenali merupakan seorang yang masih cekal mencari ketenangan hidup seperti kita semua. Perjalanan dan hala caranya sahaja yang mungkin tidak serupa. Kulitnya mungkin berbeza. Isinya tetap tidak berganti, kata pepatah lama.
Pertemuan empat mata dengan Jamal di ibu pejabat Utusan Melayu yang diatur oleh Warner Music (Malaysia) telah memberi peluang yang jarang-jarang saya temui.
Anak seni yang sudah mencecah usia separuh abad begitu pemalu orangnya. Dia lebih banyak tersenyum ketika saya cuba mengembalikan ingatannya pada kenangan silam.
Namun, Roy, 52, sesekali serius apabila membicarakan soal kehidupannya hari ini.
``Sudah 16 tahun saya meninggalkan Malaysia. Namun begitu, hubungan itu tidak terputus begitu sahaja.
``Setiap dua tiga tahun sekali, saya akan kembali, tetapi ia sekadar kepulangan untuk mengubat kerinduan saya.
``Lazimnya, saya ke Pulau Pinang untuk menikmati makanan dan kemudian ke Melaka untuk bertemu saudara-mara yang masih menetap di sana,'' ujar Roy yang sedaya upaya berbicara dalam bahasa Melayu.
``Maafkan saya kerana bahasa Melayu saya hari ini tidak lagi sebaik dulu,'' kata Roy merendah diri.
Membuat keputusan untuk berhijrah ke Australia, kata Roy, bukanlah kerana mahu mengejar kehidupan serba moden atau sofistikated.
Sebaliknya, tuntutan hidup sebagai seorang anak mendesak Roy memilih untuk mengorbankan kerjaya seninya yang ketika itu sedang berada di era kegemilangan.
Ikatan kasih sayang yang begitu akrab dengan ibu bapa serta adik-beradiknya membuatkan Roy tidak berganjak daripada keputusannya.
``Walaupun kerjaya saya sedang berkembang ketika itu, namun saya sudah tidak mampu untuk membendung kerinduan dan rasa tanggungjawab untuk berada di sisi keluarga, lebih-lebih lagi ibu dan ayah saya.
``Ketika bersendirian di Malaysia, saya sering dihimpit oleh perasaan rindu dan merasakan saya serba kehilangan segala-galanya, lebih-lebih lagi apabila pulang ke rumah sebaik habis persembahan, saya benar-benar keseorangan,'' ujarnya memulakan cerita.
Lantaran tidak mampu menanggung rindu yang sarat bersarang di jiwanya, Roy menghubungi orang tuanya di Perth dan meluahkan gejolak rasanya.
``Mereka gembira kerana saya membuat keputusan itu dan mengalu-alukan saya untuk pulang mendampingi mereka.
``Saya juga tidak menunggu lama untuk meninggalkan bumi Malaysia untuk berada di samping mereka,'' Roy rancak bercerita.
Kini, sudah 16 tahun, Roy menetap di sana. Dia sekadar meninggalkan peminat-peminatnya nostalgia yang pernah dirakamkan dalam beberapa buah album solo dan duetnya dengan Fran.
``Saya bahagia dengan kehidupan saya di Australia. Saya juga masih lagi aktif bermain muzik,'' kata Roy sambil memberitahu dia juga pernah mengadakan persembahan dengan penyanyi kelahiran Sabah, Flora Santos di salah sebuah kelab di Perth.
Meskipun, hubungan Roy dengan Malaysia terpisah oleh faktor geografi, namun cinta dan kasih Roy pada muzik Malaysia tidak pernah pudar.
Kata Roy, sebaik dipelawa mengadakan persembahan baru-baru ini, hatinya tersentuh.
``Sebelum datang ke Kuala Lumpur baru-baru ini, saya mendengar semula lagu-lagu lama nyanyian saya dan Fran.
``Tanpa saya sedari, air mata saya mengalir kerana sudah lama saya merindukan peluang untuk menyanyi dengan teman lama yang begitu saya rindui,'' kata Roy.
Lalu, kepulangan yang penuh nostalgia ini kata Roy, begitu bermakna dan akan diabadikan di sudut yang indah dalam ruang fikirannya.
``Inilah kehadiran penuh nostalgia dan penuh emosi buat saya,'' Roy menyambung bicara.
Siapa Dia Sebelum Daku katanya, lagu yang cukup bermakna dalam kariernya sebagai artis.
``Bahkan, peminat juga menganggap saya dan Fran menjalin hubungan cinta ketika itu sedangkan hakikatnya, kami berkawan baik sudah seperti adik-beradik,'' akuinya lagi.
Andai ada `jodoh' dan kesempatan, Roy tidak mahu melepaskan peluang untuk berkarya seandainya ada pihak yang berminat untuk menjalin kerjasama dengannya.
Roy membina kemasyhuran bersama Fran dari tahun 1981 hingga 1983 sebelum kedua-duanya mengambil keputusan untuk bergerak secara solo.
Di Perth, Australia, Roy sedar biarpun kepuasan yang diperolehnya di sana tidak sehebat apa yang dinikmati di bumi bertuah Malaysia, setidak-tidaknya pemegang taraf kerakyatan negara itu gembira kerana, dia diberi tempat untuk meneruskan kariernya sebagai pemuzik dan penyanyi.
[ Last edited by iscol_klang at 9-5-2006 09:18 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #196 iscol_klang's post
iscolllllll
tytytytytyty for the article..
so -dia dah 52.... tua dah eh
tapi gambar yang body bagi tu lawa nye..
masa muda...
dia hensem lagi tak? |
|
|
|
|
|
|
|
ehh... iscol itu roy yg rambut kembang tu ke?? the one yg nyanyi Kau Ratnaku tu kan??
Dia non-muslim eh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #196 iscol_klang's post
pergh, 54??? kirenya hampir 10 thn jugak la jarak umor dia dgn Fran yerk. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #198 freekey's post
eh bukanla...tu roy lain...ada 2 roy...sorang roy yg nyanyi lagu kau ratnaku,lagu2 patriotik...sorang lagi roy yg duet dgn fran ni, yg ada kat artikel atas tu la... |
|
|
|
|
|
|
| |
|