CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: niy

Malam 1001 Gemilang (Arabic Nusantara)

[Copy link]
Post time 18-12-2007 11:23 AM | Show all posts

Balas #179 me_shhiza\ catat

wa layaan aje karenah makcik2 ni tengok show mawi, sebab dah puas tengok gelagat pakcik2 miang yg tengok show mek ct dulu2..lagi haru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2007 11:37 AM | Show all posts
Aku takde hal tengok makcik-makcik ke pakcik-pakcik ke (abang adik kakak lagilah) havoc, sokong aje. Personally,  aku pemalu...rasa cam nak bersorak gak cam dorang (sebab nampak cam seronok aje ala "really get into the action" ) tapi tak terkeluar suara dan tak terangkat tangan untuk lambai-lambai . Paling-paling pun aku clap clap sakan . Kekadang kagum gak kat orang-orang yang extrovert ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by tikusmondok at 18-12-2007 11:23 AM
wa layaan aje karenah makcik2 ni tengok show mawi, sebab dah puas tengok gelagat pakcik2 miang yg tengok show mek ct dulu2..lagi haru



tuh lah awex cakap
memasing punya pendapat
memasing punya sikap

nama pun manusia

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 12:00 PM | Show all posts
Originally posted by ramura at 18-12-2007 11:37 AM
Aku takde hal tengok makcik-makcik ke pakcik-pakcik ke (abang adik kakak lagilah) havoc, sokong aje. Personally,  aku pemalu...rasa cam nak bersorak gak cam dorang (sebab nampak cam seronok aje a ...


Akak setuju. Kalau akak tengok show cam gini akak joint sekali Sebenarnya seronok kalau masa tengok show sama sama havoc.

Seronok ke kalau tengok show semua keras membatu kat tempat duduk dan tepuk tepuk malas. Cuba kita letakkan diri kita sebagai Artis orang tengok show kita tepuk tepuk malas. Mesti kita rasa dorang ni enjoy ke tidak?

Untuk Umi & the gang lain kali cuba pula tengok show mawi tepuk tepuk malaslah pula ya. Tengok apa reaksi Mawi
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 12:06 PM | Show all posts
maksudnya diorang nie tak hipokrit la ek.... mcm sesetengah yg control ayu hbis
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by dino at 18-12-2007 12:06 PM
maksudnya diorang nie tak hipokrit la ek.... mcm sesetengah yg control ayu hbis

a ah...tak hipokrit..bukan nak backing tapi bior lah depa melepaskan keterujaan....masing2 ada cara masing2....

tepuk2 malas pun salah....buat2 havoc pun salah.....so buatlah ikut cara masing2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2007 12:26 PM | Show all posts
kalau u ols tengok show cool & geng recently...waduuuh, auntie & uncle bangun..deme groove maaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 12:31 PM | Show all posts
Untuk Umi & the gang lain kali cuba pula tengok show mawi tepuk tepuk malaslah pula ya. Tengok apa reaksi Mawi

"OMG i've lost my touch..." kata mawi dalam bm dalam hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2007 12:34 PM | Show all posts
Originally posted by ramura at 18-12-2007 12:31 PM

"OMG i've lost my touch..." kata mawi dalam bm dalam hati


  terus lupa lirik dan nyanyi pun terus tertunduk tunduk
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 12:37 PM | Show all posts
  
Ja mata ....nak gi prepare lunch.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 01:08 PM | Show all posts
Trio Mawi, M.Nasir dan Jamal 'menjadi'
18-12-2007 12:31:02 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
GANDINGAN mantap tiga penyanyi popular tanah air, Asmawi Ani atau Mawi, M.Nasir dan Jamal Abdillah dalam Malam 1001 Gemilang yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada malam Ahad lalu memang 'menjadi'.

Kebanyakan penonton yang menonton persembahan trio ini berpuas hati apabila melihat reaksi mereka yang terhibur dan bersorak riang lebih-lebih lagi aksi M.Nasir yang mengajak penonton menari bersamanya ketika mengalunkan lagu Raikan Cinta.

Juara Akademi Fantasia 3 Mawi tidak ketinggalan memberi gelekan 'mesra' yang membuatkan penonton berasa lucu melihat persembahannya ketika menyampaikan lagu rancak seperti Gadis Melayu bersama Jamal dan Lagu Jiwa Lagu Cinta bersama M.Nasir.


Mawi menunjukkan bakat bergelek ketika mendendangkan lagu Gadis Melayu (Foto The Star oleh Azman Ghani)

Namun, persembahan Jamal boleh dikatakan paling 'menyengat' kerana lagu-lagu yang disampaikan bukanlah lagu kegemarannya yang biasa dinyanyikan dalam mana-mana persembahan sebelum ini.

Setiap kali beliau yang mendapat gelaran 'suara' oleh M.Nasir ini membuka mulutnya, pasti semua terpukau dan meremang bulu roma saat mendengarkan lagu-lagu seperti Seroja, Kekasih Awal dan Akhir, Keluhan Perantau, Berkorban Apa Saja ciptaan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Jeritan Batinku.

Persembahan majlis yang dihoskan oleh Aidiel Abdul Ghaffar itu dimulakan dengan alunan selawat oleh Mohd Muaz yang juga graduan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi memberkati majlis.

Walaupun kurang dikenali, namun suaranya boleh dikatakan menyedapkan halwa telinga melalui nyanyian lagu Kasih Sejarah Dua Hati menggunakan dwibahasa Arab dan Melayu, lagu tentang pembela anak yatim, seterusnya  lagu Khalifah Merdeka diikuti dengan lagu Amrullah yang mengisarkan perjuangan orang-orang di Palestin dan lagu untuk kaum ibu berjudul Hawa.


Gandingan trio Mawi, Jamal dan M.Nasir mampu membuatkan keadaan hiruk-pikuk dengan sorakan penonton

Majlis yang bermula pada jam 8.30 malam itu tidak lengkap sekiranya tiada cabutan bertuah di mana pemenang mendapat hadiah percutian ke Langkawi.

Tiba-tiba lampu dimalapkan dan penonton bagaikan mengerti penyanyi kegemaran mereka bakal beraksi selepas ini.

Selepas Mawi dan Jamal muncul di pentas utama yang berlatarkan warna ungu gelap dan putih menepati tema majlis, sorakan bergema lantaran iringan muzik lagu Kepadamu Kekasih dimainkan orkestra yang diketuai oleh pemuzik terkenal Edrie Hashim.

Tatkala Mawi dan idolanya berpadu suara menyampaikan lagu nyanyian asal Hattan ini, Sifu M.Nasir muncul di pentas lalu menyambung bait-bait lirik lagu tersebut maka semakin gamatlah sorakan penonton seakan 'berpesta'.

Ketiga-tiga trio yang memakai sut berwarna ungu gelap itu berjaya mendendangkan lagu itu bersama yang tiada cela seiring dengan suara mereka yang hebat dan sukar dibandingkan.


M.Nasir mengajak penonton menari semasa menyampaikan lagu Raikan Cinta

Seterusnya, kedua 'otai' Jamal dan M.Nasir meninggalkan Mawi di pentas bagi menyampaikan lagu Ya Salam serta Angan dan Sedar.

Vokal Mawi memang hebat tetapi dirasa bagaikan konsisten seperti persembahan yang pernah dilakukan sebelum ini, jadi tiada luar biasa lagi apabila mendengar suaranya itu.

Walaubagaimanapun, Mawi tetap melakukan yang terbaik bagi dirinya dan peminat kesayangan memang selalu teruja dengan setiap kemunculan penyanyi bersuara 'jantan' ini tanpa mengendahkan 'cacat cela' yang dilakukan.

Selepas Mawi menyanyikan dua buah lagu dalam album Doa, Berzanji dan Qasidah serta Satu Dalam Seribu, Jamal mengambil alih tempatnya dengan nyanyian dua buah lagu iaitu Samrah Mentari dan Seroja.

Mereka ibarat melakukan persembahan secara bergilir-gilir agar penonton tidak bosan tertumpu pada seorang artis sahaja kerana selepas Jamal beraksi, Mawi kembali mengambil tempat dengan mendendangkan lagu Aduh Saliha dan Cinta Zulaikha bersama iringan tiga orang penyanyi latar.


Vokal Jamal dalam lagu Jeritan Batinku membuatkan penonton terpaku akan kehebatannya

Penonton yang lebih puas menonton di dua buah skrin besar yang terletak di penjuru kiri dan kanan pentas selepas itu dihiburkan dengan vokal Jamal yang lantang melalui lagu Kekasih Awal dan Akhir, Keluhan Perantau, Berkorban Apa Saja serta Jeritan Batinku yang lebih memberikan nafas baru dan segar daripadanya serta membuatkan penonton terpaku mendengarnya.

Jika sebelum itu lagu Jeritan Batinku agak slow dan mendayu-dayu, persembahan kemudiannya dihangatkan dengan lagu rancak Terharu dan Gadis Melayu.

Mawi yang sudah bertukar sut putih kembali ke pentas untuk berduet lagu Terharu bersama Jamal yang sebelum itu memang sudah diagak oleh seorang penonton lantas dijeritnya nama lagu tersebut.

Selepas satu jam masa berlalu, barulah majlis menjadi gemilang dan penonton semakin seronok dan tidak sabar menanti bilakah M.Nasir akan muncul kembali.

Sebelum bunyian alat muzik dialunkan, Jamal berkata beliau ingin rehat namun 'didera' dan sampai hati Mawi mengenakannya.

Penonton akhirnya dapat melihat aksi M.Nasir  kembali melalui lagu Ghazal Untuk Rabiah bersama Jamal.


M.Nasir turut menari dalam Lagu Jiwa Lagu Cinta bersama Mawi

Selepas itu, ketawa daripada penonton menggamatkan suasana apabila M.Nasir membuat lawak dengan berseloroh "Dari kecil saya tengok Jamal dan tidak tahu siapa yang lebih muda" dan bercakap tentang siapakah lelaki sejati antara mereka bertiga.

Bagi peminat lagu irama keroncong, mereka berkesempatan mendengar lagu Keroncong Untuk Ana yang juga mendapat tepukan peminat yang disampaikan secara medley oleh M.Nasir.

Selain Keroncong Untuk Ana, M.Nasir turut mengajak penonton menyanyikan lagu Mustika bersama-samanya tetapi disebabkan perkataan 'Mustika' kurang kedengaran, M.Nasir berkata penonton tidak mengekpresi kegembiraan mereka.

Majlis yang dianjurkan oleh Sutra D'Mega Event & Entertainment Sdn. Bhd. itu semakin dihangatkan dengan lagu Raikan Cinta oleh M.Nasir yang mengajak penonton tidak kira tua atau muda menari.

Akhirnya, M.Nasir berjaya menarik ramai penonton bergembira sambil berdiri dan berjoget serta bertepuk tangan.


Persembahan trio pada permulaan persembahan mereka dan di pengakhiran memang menyengat dan mantap

Kehadiran M.Nasir di atas pentas memang menghiburkan dengan lawak 'antarabangsa' yang kadangkala tidak difahami motifnya dan mungkin sekadar berlawak.

Pada mulanya beliau mengatakan lagu seterusnya adalah lagu yang popular buat sementara waktu kerana dinyanyikan oleh 'budak AF' dan selepas itu lawak beliau menjadi-jadi dengan mengatakan ingin menyanyikan lagu Lelaki Ini sedangkan lagu yang sebenarnya adalah Lagu Jiwa Lagu Cinta bersama Mawi.

Selepas nyanyian pasangan duet ini berakhir, penonton bersorak dengan mengatakan Mawi semput dan Mawi membalas "Badan dah naik."

Jika di awal persembahan dimulakan dengan gandingan tiga trio maka akhirannya juga menampilkan trio tersebut di mana lagu ke 20 yang dipersembahkan adalah lagu Mentera Semerah Padi dan penonton sekali lagi diajak menyanyikan korus lagu asal nyanyian M.Nasir itu sehingga bergema.

Secara keseluruhannya lagu-lagu yang disampaikan pada hujung-hujung persembahan semakin mendapat perhatian dan sorakan penonton.

Sebelum majlis yang diketahui bertujuan untuk beramal itu berakhir tepat pada jam 11 malam, cek disampaikan kepada Yayasan Bakti Malaysia dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Abdul Hakim Borhan sebanyak RM8 ribu setiap satu.


--------------

ada byk ayat yg aku tak faham dalam artikel ni... dia perli mnasir buat lawak ke dia puji??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 01:11 PM | Show all posts

Reply #178 me_shhiza's post

kepada Iza bukan tujuan akak membalas posting awak untuk bergaduh tapi hanya untuk menengakkan kebenaran saja..seperti yang akak kata jangan hanya nak target group kitaorang sahaja biar fair n square.  Anyway akak terima pemohonan maaf awak tu... dan kepada yang terasa2 tu pun akak minta maaf jugak....KORANG MEMANG WORLD!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 01:19 PM | Show all posts

Reply #192 chebedah's post

yay...chebedah dah ok dah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 01:19 PM | Show all posts

Reply #191 mendonan's post

part yg lawak antarabangsa tu ke?
bunyi mcm menyindir kot


apa2hal pun
nak kena kagum ni...
Ketiga-tiga trio yang memakai sut berwarna ungu gelap itu berjaya mendendangkan lagu itu bersama yang tiada cela seiring dengan suara mereka yang hebat dan sukar dibandingkan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 01:20 PM | Show all posts

Reply #192 chebedah's post

chebedah pun WORLD jugak :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 01:27 PM | Show all posts

Reply #193 mendonan's post

akak ok no hal.. tapi jangan cari hal...l akak akan buat hal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2007 01:29 PM | Show all posts

Balas #196 chebedah\ catat

jgn mare ya akak hikhik........
akak takde stori ke psl ikin.... menganggu ketenteraman awam btul la ikin tuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 01:30 PM | Show all posts

Reply #197 dino's post

hhehehe.. baru nak tanya..dino dah tanyakan dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 01:45 PM | Show all posts

Reply #192 chebedah's post

chebedah pun world juga
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 02:07 PM | Show all posts

Balas #211 ahmad_dhani91\ catat

wakakaka...perrrgh punyalah desperate mamat ni..sanggup ulangtayang lagi tu usaha keras lg semoga berjaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.563437 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list