CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: debab76

**^ HOUSE of ESTRANGED ^**

[Copy link]
Post time 30-1-2008 10:30 PM | Show all posts
Originally posted by crayzee at 30-1-2008 08:35 PM
andy lahir tahun berapa?
ai dengar sosej-sosej andy ni umur 25
tak boleh jadi anak ikang la macam ni,cuz ai lagi muda
so ai jadikan boifren sajalah okay


andy ni lahit thun 1983 kan?and his bday one day after me...
meaning dia 25 la this yr..

dia dah awek laa..my fren ckp awek dia chinese..tk tau la btol ke tak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2008 10:37 PM | Show all posts
arkib berita
mstar online
AJL22 milik Estranged!
28-01-2008 01:28:18 AM
oleh WAHIDA ASRANI  
BUKIT JALIL: Kumpulan muzik popular, Estranged muncul sebagai juara menerusi lagu mereka, Itu Kamu, pada Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Lagu ciptaan kumpulan itu sendiri yang diterajui oleh empat anak muda iaitu Azwin Andy Malik (dram), Solihuddin Hormat (gitar), Nor Hanafi Noor Hadi (gitar) dan Rich (vokalis) serta lirik hasil nukilan Rich itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 dan juga trofi.

Lagu tersebut turut muncul sebagai pemenang bagi kategori Pop Rock sekaligus menerima hadiah wang tunai sebanyak RM12,000 beserta trofi.

Sementara itu, Nora yang menyampaikan lagu Samudera ciptaan Johan Nawawi dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya serta Sahri yang menyanyikan lagu ciptaan Azlan Abu Hassan serta lirik oleh Sulu Sarawak berjudul Izinku Pergi masing-masing muncul sebagai pemenang bagi kategori Etnik Kreatif dan Balada serta menerima hadiah wang tunai sebanyak RM12,000 dan trofi.

Jaclyn Victor dan Lah Ahmad pula berjaya merangkul Vokal Terbaik menerusi lagu nyanyian mereka, Ceritera Cinta dan meraih hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 serta trofi.

Manakala, Mawi yang memberikan persembahan yang cukup menghiburkan menerusi lagu Angan Dan Sedar berjaya memenangi kategori Persembahan Terbaik dan menerima hadiah wang tunai RM10,000 serta trofi.

Hadiah disampaikan Pengerusi Media Prima Bhd, Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Seri Farid Ridzuan.

Bertemakan Music Magic, AJL22 berlangsung malam tadi menyaksikan finalis bagi 14 buah lagu untuk ketiga-tiga kategori tersebut berentap di mana enam lagu dipertaruhkan bagi kategori Pop Rock, lima untuk kategori Balada dan tiga buah lagu bagi kategori Etnik Kreatif.

Bagi kategori Pop Rock, lagu-lagu yang mara ke final malam tadi ialah Itu Kamu (Estranged), Destinasi Cinta (Datuk Siti Nurhaliza), Farhana Puteri Bumi Kenyalang (Jinbara), Sembunyi (Misha Omar & Andy), Angan dan Sedar (Mawi) dan Janjiku (Sofaz).

Kategori Balada pula menyaksikan saingan antara lima buah lagu ini iaitu Harapan (Fazli Zainal), Mahakarya Cinta (Fiq), Izinku Pergi (Sahri), Ceritera Cinta (Jaclyn Victor dan Lah Ahmad) dan Kasih Tercipta (Bob).

Manakala tiga buah lagu yang berentap bagi kategori Etnik Kreatif ialah Samudera (Nora), Kasihnya Balkis (Aishah) dan Dirgahayu (Ramlah Ram).
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 10:38 PM | Show all posts
mstar online
'Penangan' Estranged ungguli AJL22
28-01-2008 09:41:12 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ DAN WAHIDA ASRANI  
ADA yang mengatakan tidak rugi Rich kalah ketika memasuki program realiti Akademi Fantasia dahulu kerana kekalahannya berbayar apabila kumpulan Estranged yang turut diterajuinya itu telah memenangi kategori Pop Rock sekaligus menempa gelaran Juara Lagu dalam Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) semalam.

Melihat kepada persembahan lagu Itu Kamu, mereka sememangnya patut menerima gelaran tersebut sekaligus mengulang kejayaan kumpulan band Spider pada tahun 2004 melalui lagu Relaku Pujuk bagi kategori Pop Rock itu.

Kelainan susunan muzik yang ditonjolkan membuatkan kumpulan yang turut disertai oleh Azwin Andy Malik (dram), Solihuddin Hormat (gitar), Nor Hanafi Noor Hadi (gitar) ini menggamatkan Stadium Putra Bukit Jalil yang menghimpunkan ribuan manusia itu.

Pada mulanya irama dialunkan secara perlahan kemudian bertukar rentak menjadi pantas sepantas nafas lagu Itu Kamu yang kini menjadi siulan anak muda remaja dan tidak kurang kanak-kanak serta golongan dewasa.

Kemenangan Estranged bukan sahaja memberi evolusi baru kepada indie band lain untuk turut bangkit melahirkan banyak lagu yang bermutu dan mampu memikat hati peminat malah ia boleh dikatakan sebagai sirna baru kepada fasa muzik band Malaysia yang hampir lupus ditenggelami oleh band dari Indonesia.

Selepas menempah gelaran Juara Lagu dengan membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM25 ribu dan memenangi kategori Pop Rock dengan hadiah trofi serta hadiah wang tunai RM12 ribu, mereka sudah mampu menarik nafas lega dengan pengorbanan yang dilakukan sebelum ini.


Wajah ceria para pemenang bagi setiap kategori dalam AJL22

"Dengan hadiah wang tunai yang kami terima ini, kami merancang untuk membuat album baru.

"Selepas ini kami akan mula masuk studio dan mencipta lagu baru.

"Kami juga sudah merancang untuk membuat lima buah lagu Melayu untuk album kedua kami.


Estranged menjangkakan kemenangan kategori Pop Rock diraih oleh Sofaz

"Selepas kejayaan ini, bukan kami tidak mahu memuatkan semua lagu Melayu tetapi kami masih dikenali sebagai band Inggeris di Malaysia.

"Kami ingin peminat percaya dan kenali kami sebagai band Inggeris seperti dulu," ujar Rich selaku vokalis kumpulan tersebut ketika sidang media sejurus selepas pertandingan AJL22 itu berakhir.

Jika dilihat pada mata kasar, keenam-enam buah lagu bagi kategori Pop Rock memang menunjukkan persembahan yang mantap serta bertenaga.


Lagu Destinasi Cinta nyanyian Datin Seri Siti Nurhaliza yang datang bersama penarinya dengan konsep seperti pasukan askar Islam di medan perang menonjolkan persembahan yang menarik dan mampu menguja hati penonton dengan teriakan dan sorakan yang gamat di dalam stadium.

Ternyata, penampilan bertudung Siti langsung tidak 'menjejaskan' persembahannya malam itu. Malah, penyanyi nombor satu negara ini dilihat makin 'mengancam' dengan aksi lincahnya di pentas AJL22 itu.

Tidak kurang hebatnya dengan persembahan kumpulan band Jinbara dengan lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) yang memulakan persembahan dengan susunan muzik yang hebat serta mampu memukau penonton lebih-lebih lagi apabila bahagian korus lagu tersebut.

Kumpulan band Sofaz pula tidak ketinggalan menyanyikan lagu Janjiku dengan bersemangat dan lebih mantap dari persembahan ketika peringkat separuh akhir dahulu. Ternyata Amir dan rakan-rakannya mengotakan janji mereka untuk membuat yang terbaik pada malam itu.


"Kami jangka kumpulan Sofaz yang menang bagi kategori Pop Rock kerana lagunya yang catchy," komen Andy, pemain drum Estranged, lalu turut dipersetujui oleh rakannya yang lain.

Namun, persembahan Mawi melalui lagu Angan dan Sedar juga mendapat sorakan penonton di stadium dengan aksi magiknya disamping mempersembahkan tarian yang menghiburkan bersama beberapa budak sekolah dan seorang kanak-kanak kecil yang comel.

Jadi tidak hairanlah jika beliau mengungguli persembahan terbaik yang lebih berpihak kepada undian juri berbanding SMS kerana menurut Ketua Juri Azhar Borhan, persembahan magik Mawi menepati kriteria yang mereka inginkan.


Vokal duo lagu Sembunyi antara Misha Omar dan Andy Flop Poppy turut mendapat perhatian penonton yang gemar melihat aksi mereka berdua yang ringkas lebih-lebih lagi Misha yang dilihat 'agresif' setiap kali beradu dipentas.

"Nampaknya impian kami menjadi nyata apabila memperoleh kemenangan ini. Kami menyertai pertandingan ini sekadar untuk berseronok kerana kami merupakan pendatang baru dan pertama kali beraksi dalam AJL.

"Ketika berada dipentas, kami lebih menumpukan kepada audio supaya perjalanan nyanyian dan penyampaian lagu lebih lancar.


"Kami berharap band underground dapat diperkenalkan dalam arena muzik mainstream pada masa akan datang," tambah Andy lagi selepas kemenangan lagu ciptaan sepenuhnya oleh kumpulan itu sendiri dan lirik oleh Rich.

Sementara itu, Nora yang menyampaikan lagu Samudera ciptaan Johan Nawawi dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya serta Sahri yang menyanyikan lagu ciptaan Azlan Abu Hassan serta lirik oleh Sulu Sarawak berjudul Izinku Pergi masing-masing muncul sebagai pemenang bagi kategori Etnik Kreatif dan Balada serta menerima hadiah wang tunai sebanyak RM12,000 dan trofi.

Jaclyn Victor dan Lah Ahmad pula berjaya merangkul Vokal Terbaik menerusi lagu nyanyian mereka, Ceritera Cinta dan meraih hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 serta trofi.


Lagu Izinku Pergi dendangan Sahri tetap hebat walaupun tanpa Kaer

Manakala, Mawi yang memberikan persembahan yang cukup menghiburkan menerusi lagu Angan Dan Sedar berjaya memenangi kategori Persembahan Terbaik dan menerima hadiah wang tunai RM10,000 serta trofi.

Bertemakan Music Magic, AJL22 berlangsung malam tadi menyaksikan finalis bagi 14 buah lagu untuk ketiga-tiga kategori tersebut berentap di mana enam lagu dipertaruhkan bagi kategori Pop Rock, lima untuk kategori Balada dan tiga buah lagu bagi kategori Etnik Kreatif.

Bagi kategori Pop Rock, lagu-lagu yang mara ke final malam tadi ialah Itu Kamu (Estranged), Destinasi Cinta (Datuk Siti Nurhaliza), Farhana Puteri Bumi Kenyalang (Jinbara), Sembunyi (Misha Omar & Andy), Angan dan Sedar (Mawi) dan Janjiku (Sofaz).


Vokal Bob mempesonakan dalam Kasih Tercipta walaupun terlupa satu perkataan!

Kategori Balada pula menyaksikan saingan antara lima buah lagu ini iaitu Harapan (Fazli Zainal), Mahakarya Cinta (Fiq), Izinku Pergi (Sahri), Ceritera Cinta (Jaclyn Victor dan Lah Ahmad) dan Kasih Tercipta (Bob).

Manakala tiga buah lagu yang berentap bagi kategori Etnik Kreatif ialah Samudera (Nora), Kasihnya Balkis (Aishah) dan Dirgahayu (Ramlah Ram).

Selain Azhar Borhan, semua finalis telah diadili oleh Fauzi Marzuki, Editor Hiburan Berita Harian Hanizam Abdullah, Helen Yap, Amran Omar, Syafinaz Selamat, Arab, Farihin Abdul Fatah.


Fazli Zainal tidak kurang hebatnya

Komen pemenang

Kategori Etnik Kreatif


Nora pertama kali menang selepas tujuh kali bertanding dalam AJL

Nora:

"Sudah berada di final ini pun saya dah bersyukur sangat. Saya tak jangka akan menang kerana artis lain semuanya gah  seperti Aishah dan Ramlah Ram. Memang tak nampak yang lagu ini akan menang. Jadi kemenangan ini lebih menampakkan kepada dimensi baru.

"Harapan saya semoga etnik kreatif tidak diketepikan dan anak muda akan terus berjuang untuk berkarya."


Fiq dengan stail tersendiri yang bersahaja

Johan Nawawi:

"Hari bersejarah buat suami isteri kerana dapat masuk final. Ini merupakan kali ketiga atau keempat lagu ciptaan saya masuk final tetapi pertama kali menang, Alhamdulillah. Nora pula sudah tujuh kali masuk AJL juga meraih kemenangan yang pertama.

"Bagi saya lagu ini sedap didengar kerana susunan muziknya serta lirik oleh Fedtri dan nyanyian Nora."


Aishah hebat dengan konsep penceritaannya

Fedtri Yahya:

"Kemenangan ini merupakan tanda persahabatan dan minat saya terhadap Nora kerana beliau merupakan penyanyi pujaan saya. Tak semestinya saya melihat kepada lenggok lagu yang menarik tetapi juga melihat kepada kehebatan vokal Nora."


Ramlah Ram kembali dengan tariannya

Kategori Balada

Azlan Abu Hassan:

"Saya dah cukup gembira apabila dapat masuk final tetapi apabila memenangi kategori, itu adalah bonus.

"Suara Sahri ada keunikannya dan beliau juga rajin berlatih. Melodi lagu ini nampak senang tetapi susah apabila nak nyanyikan."


Jaclyn Victor dan Lah Ahmad serasi menyanyikan lagu Ceritera Cinta

Sahri:

"Bersyukur walaupun orang kata saya hanya penyanyi gantian dan bukannya penyanyi asal. Sekurang-kurangnya saya sudah menjalankan tanggungjawab berat yang diberikan oleh Kaer ini. Alhamdulillah, rezeki memilih kami."

Vokal Terbaik

Jaclyn Victor:

"Saya rasa vokal semua penyanyi yang beraksi pada malam ini sangat bagus disertai dengan persembahan yang sangat bagus.

"Saya benar-benar memberi emosi kepada lagu itu kerana sebelum ini orang kata saya kurang beremosi apabila menyanyi.

"Saya terima kalau ada peluang dan komposer nak tulis lagu duet untuk kami."

Lah Ahmad:

"Memang terkejut dan tak jangka untuk menang apa-apa pun.

"Saya mengaku yang tak boleh buat seperti penyanyi asal Rio Febrian. Saya buat mengikut stail saya sendiri dan tidak terlalu over ketika berduet."

Persembahan Terbaik (Mawi)

"Saya memang tak sangka menang. Saya juga tak tahu yang ada undian SMS. Mungkin kemenangan ini sebab ada budak sekolah dan penari lain.

"Jurulatih tarian Syazlan banyak mengajar gerak tarian supaya saya kurang kaku."

[ Last edited by  mzr at 30-1-2008 10:41 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 10:43 PM | Show all posts
mstar online
Estranged bukan sekadar muzik underground
12-12-2007 12:03:11 PM
oleh WAHIDA ASRANI  
RAMAI yang berpendapat, jika bukan kerana populariti vokalisnya, Rachael Lawrence atau lebih dikenali dengan panggilan Rich yang mula mengukir nama sejak menyertai Akademi Fantasia musim keempat (AF4) kira-kira dua tahun lalu, pasti band underground ini tidak mampu berada di tahap sekarang.

Namun, Estranged yang diterajui oleh empat anak muda iaitu Azwin Andy Malik (dram), Solihuddin Hormat (gitar), Nor Hanafi Noor Hadi (gitar) dan Rich sendiri berjaya membuktikan pencapaian band mereka ketika ini juga sebenarnya banyak bergantung pada muzik hard-rock yang mereka perjuangkan.

Meskipun tinggal berempat setelah pemain bass, Chow Ken Chung atau Ken mengundur diri bagi memberi fokus terhadap kerjaya sendiri, itu tidak melumpuhkan perjalanan Estranged untuk terus membawa muzik mereka ke peringkat yang lebih tinggi.


Estranged, antara band yang semakin mendapat perhatian ramai (Foto The Star oleh Chua Kok Hwa)

Terbaru, kumpulan ini yang sedang popular dengan lagu ciptaan mereka, Itu Kamu berjaya terpilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-22 yang bakal berlangsung tidak lama lagi bagi kategori Pop Rock menerusi lagu tersebut dan bakal berentap dengan artis-artis hebat seperti Mawi, Datin Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Andy Flop Poppy, Jinbara serta Sofaz.

Satu pencapaian yang cukup membanggakan bagi kumpulan yang mula dikenali oleh peminat-peminat muzik underground sejak tahun 2005 ketika album sulung mereka, In Hating Memory dipasarkan.

Mengimbas semula perjalanan seni Estranged, sebaik muncul dengan album pertama mereka, kumpulan yang memenangi kategori Artis Inggeris Tempatan Pilihan di Anugerah ERA 2006 ini kemudiannya mengambil keputusan untuk repackage album tersebut terbitan label mereka sendiri, EAD Entertainment dengan kerjasama syarikat rakaman Life Record.

Jika album In Hating Memory yang asal hanya dipenuhi dengan lagu-lagu Inggeris, tetapi album repackage itu dimuatkan juga dengan dua buah lagu Melayu iaitu Itu Kamu dan Kembali.  

Ternyata, percaturan itu berjaya apabila lagu Itu Kamu berjaya mendapat sambutan ramai dan sekaligus melonjakkan nama Estranged di persada muzik tanahair.

"Bukan jalan yang mudah untuk kami sampai ke tahap ini. Sejak mula lagi kami struggle dan berusaha kuat untuk capai impian kami selama ini.  

"Tidak nafikan Rich telah membuatkan nama Estranged lebih dikenali apabila dia sertai AF4 dulu. Tetapi, muzik kami juga adalah salah satu faktor yang membuatkan kami terus bertahan setakat ini.

"Kejayaan kami terpilih ke final AJL22 juga sudah bermaksud muzik kami mula diterima ramai hari ini. Apapun, kami tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang kerana kami sedar kami akan bersaing dengan nama-nama besar.

"Yang penting, kami akan pamerkan satu persembahan yang terbaik dan andai kata nasib menyebelahi kami malam itu nanti, pastinya ia akan menjadi satu platform untuk Estranged pergi lebih jauh lagi di dalam bidang ini," kata pemain dram kumpulan ini, Andy.


Estranged bakal bersaing dengan nama-nama besar seperti Mawi dan Datuk Siti Nurhaliza di final AJL22 bagi kategori Pop Rock

Tidak dinafikan, peluang untuk mereka melebarkan sayap Estranged memang ada terbentang di depan mata, tetapi bagi kumpulan yang ditubuhkan sejak tahun 2001 ini, mereka tidak mahu dilihat terburu-buru dan lebih selesa melakukan segalanya secara perlahan-lahan.

"Kami juga ada ditawarkan untuk sertai program IKON untuk musim terbaru. Memang ini merupakan satu platform yang cukup bagus untuk perkenalkan muzik dan band kami di peringkat yang lebih tinggi.

"Tetapi, kami buat keputusan untuk tidak sertai kerana merasakan belum masa yang sesuai untuk kami berbuat demikian. Kami mempertimbangkan banyak faktor sebelum buat apa-apa keputusan

"Mungkin bagi sesetengah pihak merasakan kami lepaskan peluang yang cukup berharga, tetapi setelah berbincang sesama sendiri, kami berpendapat untuk teruskan dengan keputusan kami.

"Mungkin pada masa hadapan kami akan lebih berkeyakinan dan jika ada peluang lagi, pastinya kami akan terima," ujar Andy yang juga merupakan hos Hitz.TV.

Ditanya mengenai perkembangan karier seni Estranged, jelas Rich pula, ketika ini selain sibuk memenuhi undangan show, kumpulan ini juga sedang di dalam proses pembikinan album kedua mereka.


Band ini bakal muncul dengan album kedua tidak lama lagi

Masih mengekalkan identiti Estranged, album kedua ini bagaimanapun akan menampilkan sedikit kelainan dari segi muziknya.

"Seperti mana yang kami buat pada album repackage dulu, kali ini kami juga akan memuatkan beberapa buah lagu Melayu yang kami hasilkan sendiri. Memang satu cabaran buat kami untuk tulis lagu Melayu sendiri kerana sebelum ini kami sering hasilkan lagu-lagu berbahasa Inggeris saja.

"Ada juga peminat yang minta kami buat album yang muatkan lagu-lagu Melayu saja, tetapi itu bukan perkara mudah untuk kami. Sebab itulah kami buat secara perlahan-lahan dulu dan tidak mustahil satu hari nanti kami akan hasilkan sebuah album Melayu khas untuk peminat.

"Proses rakaman semua lagu kemungkinan akan siap pada akhir Januari atau pun awal Februari nanti. Jika tiada sebarang masalah, bulan Mac album tersebut akan mula berada di pasaran.

"Sudah tentu, kami harapkan yang lebih baik untuk album kali ini," kata Rich yang juga menambah kumpulan ini mengimpikan untuk membuat showcase khas demi peminat yang sentiasa menyokong Estranged.

Jelas jejaka berusia 25 tahun itu, mereka juga ketika ini sedang di dalam proses mencari pemain bass yang baru bagi menggantikan tempat Ken.

"Kami dengan Ken tiada apa-apa masalah. Dia keluar dengan cara yang baik dan kami terima keputusannya untuk terus dengan pilihannya sendiri.

"Setakat ini, kami ada buat ujibakat dan memang sudah ada beberapa nama yang kami rasakan sesuai. Selain memandang kepada bakat, kami juga kalau boleh ingin mencari individu yang ada keserasian dengan kami," tutur Rich lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 10:47 PM | Show all posts
malay mail
Estranged elated by Juara Lagu win
NUR AINNE JOHAR and JOE LEE
REALITY TV stars made their presence felt on the 22nd Anugerah Juara Lagu stage at Putra Stadium in Bukit Jalil last night.  


From Estranged, who won the overall title and the Pop Rock category with their composition, Itu Kamu, to Best Performance winner Mawi, it was obvious Akedemi Fantansia talents dominated the night.

Estranged抯 win dashed many hopes that predicted Izinku Pergi (performed by Sahri) and Destinasi Cinta (Datuk Siti Nurhaliza) to grab the overall Juara Lagu title.

揥e are here to have fun and wanted to give a memorable performance to our fans that have supported us. So we dedicate our win to all our beloved supporters,
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 10:56 PM | Show all posts
berita harian
Magik muzik Estranged terserlah
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff dan Serimah Mohd Sallehuddin


Estranged
http://www.bharian.com.my/Tuesday/Hip/20080129081521/mainpix

Kemenangan buka pintu muzik underground

LAGU Itu Kami ciptaan Estranged sementara lirik nukilan vokalisnya Richael Lawrence Gimbang atau Rich yang diangkat sebagai pemenang keseluruhan Anugerah Juara Lagu (AJL 22) dan kategori pop rock, membuka pintu yang lebih luas kepada muzik underground yang kini semakin diterima.

Baru menembusi arus perdana, Estranged membuktikan kumpulan baru seperti mereka juga mampu menyerlah dan seterusnya mengenepikan komposer dan penulis yang lebih berpengalaman sekalipun menyandarkan penyanyi nama besar.



Lagu itu juga menghadapi saingan sengit daripada Destinasi Cinta lagu ciptaan Lin Li Zhen, lirik oleh Rozie Abd Razak dan didendangkan penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza. Turut bertanding di dalam kategori itu ialah kumpulan Jinbara menerusi lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) dan Sofaz bersama lagu mereka Janjiku.

Gabungan Misha & Andy Flop Poppy yang membawakan lagu Sembunyi ciptaan Aidit Alfian sementara lirik oleh Loloq. Angan dan Sedar dendangan Mawi, lagu ciptaan M Nasri dan lirik juga oleh Loloq diketepikan dengan mudah oleh Estranged yang dianggotai Solihuddin Hormat selaku pemain gitar, Azwin Andy Malik (dram), Noor Hanafi Noor Hadi (gitar) dan Chow Ken Chung (bass).

Di arus perdana, Estranged masih baru tetapi mereka sebenarnya sudah bergelumang di dalam bidang ini sejak tujuh tahun yang lalu. Barangkali idea baru yang disuntik ke dalam lagu serta kekuatan lirik dan populariti lagu berkenaan menyebabkan juri tidak dapat menidakkan kehebatan kumpulan itu.


GANDINGAN MANTAP: Ally, Fara, Cheryl dan Faizal menghidupkan suasana.



Estranged yang ditemui sejurus selesainya majlis gilang gemilang itu masih tidak mempercayai anugerah besar itu menjadi milik mereka memandangkan persaingan yang cukup sengit. Memang menjadi harapan Estranged untuk melihat sebuah band muncul sebagai juara tetapi jangkaan mereka ia menjadi milik Sofaz.

"Kami memang tidak menjangkakan Estranged akan menang kerana melihat dari pelbagai aspek. Antaranya barisan finalis yang bersaing serta kemantapan vokal mereka. Sebagai pendatang baru, kami datang untuk bergembira dan memberikan persembahan yang terbaik.

"Kami menitik beratkan sistem bunyi, itu yang paling penting buat kami. Tapi tidak sangka kemenangan berpihak kepada kami, ia umpama mimpi menjadi kenyataan dan kami berasa sangat dihargai dengan semua sokongan yang diberikan kepada band Indie seperti kami.

"Dengan kemenangan ini, kami berharap lebih banyak ruang akan diberikan kepada band Indie. Kami juga berharap band Indie mendapat fokus meluas," kata Andy.


Kemenangan itu melayakkan Estranged membawa pulang wang tunai bernilai RM37,000 iaitu RM25,000 untuk Juara Lagu sementara RM12,000 lagi untuk kemenangan kategori Pop Rock.

Menurut Rich, wang kemenangan itu akan digunakan Estranged bagi membiayai pembikinan album kedua mereka. Ditanya apakah dengan kemenangan Itu Kamu, Estranged akan memperbanyakkan lagu bahasa Melayu di dalam album mereka, vokalis kumpulan itu bagaimanapun berkata, Estranged dikenali sebagai sebuah band Inggeris dan mereka mempunyai ramai peminat underground yang masih setia menyokong mereka. Justeru, Estranged harus memikirkan faktor berkenaan.

"Kami sudah merancang untuk menyelitkan lebih banyak lagu Melayu di dalam album kedua nanti. Sebanyak lima buah lagu Melayu akan diselitkan.

"Seperti pernah kami katakan sebelum ini, kami adalah sebuah band Inggeris. Jadi kami tidak boleh melupakan peminat yang menyokong kami ketika di arena underground. Bagaimanapun, kami akan menseimbangkan antara lagu Inggeris dan lagu Melayu," kata Rich yang mencipta lagu Melayu pertama, Itu Kamu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2008 11:01 PM | Show all posts
harian metro

Percubaan menjadi



Rap
PADA Ahad lalu, Estranged melakar 憇ejarah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 11:03 PM | Show all posts
harian metro

Bintang realiti kuasai AJL22
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]

Rap
http://www.hmetro.com.my/Tuesday/Rap/20080129104131/mainpix
KEJAYAAN lagu Itu Kamu ciptaan dan nyanyian kumpulan baru, Estranged sebagai juara keseluruhan, sekaligus juara kategori Pop Rock di Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22), kelmarin, dianggap satu perkembangan baru kepada industri muzik tanah air.

Kalau sebelum ini anugerah yang mempertandingkan lagu-lagu ciptaan komposer dan penulis lirik tempatan dikuasai orang lama, ternyata juri kali ini mahukan satu perubahan dalam penghasilan lagu-lagu yang lebih segar.

Kumpulan yang dianggotai Richael Lawrence Gimbang atau Rich, Azman Andy Malik, Areet Salimi dan Norhanafi Noor Hadi, membawa pulang hadiah bernilai RM37,000. Sebagai juara pop rock, mereka menang RM12,000 manakala juara keseluruhan RM25,000.

Sebagai kumpulan baru bertapak dalam industri muzik tempatan, kejayaan Estranged satu pencapaian cukup membanggakan kerana menewaskan lagu ciptaan komposer terkenal seperti Angan Dan Sedar ciptaan M Nasir dan lirik Loloq, Sembunyi (Aidit Alfian/Loloq) dan Destinasi Cinta (Lin Lin Zhen/PSNN).

Turut bertanding kategori pop rock, Farhana Puteri Bumi Kenyalang (Denai/Andi Rahman bersama RD Razi) dan Janjiku (Taja & Tass/Taja & Tass).

Untuk kategori balada dimenangi lagu Izinku Pergi ciptaan Azlan Abu Hassan. Ia kemenangan berturut-turut bagi Azlan selepas kejayaan besarnya di AJL21 tahun lalu menerusi lagu Terlalu Istimewa yang menang kategori balada dan juga juara keseluruhan.

Izinku Pergi yang disampaikan Sahri menggantikan penyanyi asalnya, Kaer yang kini melanjutkan pelajaran di Jakarta, Indonesia, menewaskan Ceritera Cinta (Ross Ariffin dan lirik Habsah Hassan dan didendangkan secara duet oleh Jaclyn Victor bersama bekas anggota kumpulan V.E, Lah, Kasih Tercipta (Ajai/Shuhaimi Baba/Bob), Mahakarya Cinta (Audi Mok/Shah Shamsiri/Fiq) dan Harapan (Hazami/Hazami/Fazli Zainal).

Jac dan Lah menang Vokal Terbaik menerusi paduan suara mereka menerusi lagu Ceritera Cinta yang asalnya disampaikan Jac bersama penyanyi Indonesia, Rio Febrian.

Mawi pula menang Persembahan Terbaik menerusi lagu Angan & Sedar kerana persembahannya bersama kumpulan penari kanak-kanak serta silap mata yang ditampilkannya mendapat tepukan gemuruh penonton di Stadium Putera, Bukit Jalil.

Untuk kategori etnik kreatif, Samudera ciptaan Johan Nawawi diumumkan juara mengalahkan Kasihnya Balkis (Adnan Abu Hassan/Mohariz Yaakub) dan Dirgahayu (Eddie Hamid/Hairul Anuar Harun). Juara setiap kategori menerima hadiah RM12,000.





AJL22 juga kejayaan penyanyi baru yang lahir dari program realiti hingga ada yang berpandangan sinis mengatakan AJL22 yang menyaksikan persaingan 14 lagu bagi kategori balada, pop rock dan etnik kreatif, terlalu dikuasai bintang yang dilahirkan oleh Akademi Fantasia (AF).






Untuk menggantikan tempat Faizal Tahir yang tidak dapat menyanyikan dua lagu popularnya, Kasih Tercipta dan Mahakarya Cinta kerana isu buka baju, diserahkan kepada bintang AF3, Yusrizan Yusof atau Bob manakala Mahakarya Cinta kepada juara Mentor musim kedua, Fiq.

Ajai yang disebut-sebut menyanyikan lagu ciptaannya sebelum ini, dikatakan masih mempunyai urusan di Jakarta, Indonesia dan tidak dapat pulang pada malam AJL22 berlangsung.

Juara AF musim ketiga, Mawi menang Persembahan Terbaik manakala bintang AF musim pertama, Sahri yang menggantikan tempat rakannya, Kaer mendendangkan lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik Stanley Bunggang atau Sulu Sarawak, Izinku Pergi, membawa kejayaan kepada lagu itu apabila menang kategori Balada. Vokalis Estranged, Rick juga bekas peserta AF4.

Pengurus Besar Sukan, Hiburan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan, berkata pandangan seperti itu tidak seharusnya ditimbulkan kerana industri muzik perlukan golongan pelapis daripada generasi baru termasuk mereka yang lahir dari program realiti.

揔ita tidak dapat lari daripada hakikat itu. Apabila Audi Mok memilih Fiq menggantikan Faizal untuk lagu Mahakarya Cinta, Fiq adalah juara Mentor. Pembabitan Jaclyn Victor mempertaruhkan lagu ciptaan Ross Ariffin dan lirik Habsah Hassan, Ceritera Cinta, dikaitkan dengan Malaysian Idol.

揂pa yang penting, AJL22 cuba mengetengahkan bakat penyanyi dan komposer tanah air dalam satu pertandingan prestij. Kalau mereka memang berbakat, apa salahnya kita membuka ruang dan beri peluang kepada mereka, tidak kiralah mereka penyanyi baru atau lahir dari program realiti.

揗engambil contoh semasa raptai untuk Kasih Tercipta, Bob hadir menggantikan Ajai buat sementara. Ternyata Bob mampu membawakan lagu itu dengan baik dan pihak penerbitan rasa lebih baik beri peluang kepadanya menyanyikan lagu itu dan ia dipersetujui Ajai.

揥alaupun menggantikan tempat Ajai pada saat akhir, saya hormati usaha dilakukan Bob sehingga dia benar-benar mahu lagu Kasih Tercipta menang. Saya akui vokalnya bagus tetapi sayang pada malam AJL22 rezeki tidak berpihak kepada lagu itu,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2008 11:09 PM | Show all posts
star online
Triumph for Estranged

By AZHARIAH KAMIN

A great show, surprise winners, magic and lots more made the 22nd instalment of the Anugerah Juara Lagu memorable indeed.

It was a night full of surprises at TV3's 22nd Anugerah Juara Lagu on Sunday. And the night undoubtedly belonged to the 搖nderdog
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 11:40 PM | Show all posts
Andy ni ada berlakun Astana Idaman tahun lepas ( yg ada Leez AF4, Zach X factor, Syed Aiman, Maria Farida etc)

dia jadi kawan Zach tp keluar satu dia episod jer...tak bnyk lines pun
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 08:23 AM | Show all posts
Andy :kiss:
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 08:23 AM | Show all posts

Reply #177 Incanto's post

selamat datang kaka Incanto!!!!:pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 08:24 AM | Show all posts

Reply #178 myralupilato's post

selamat datang myra!!!:pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 08:24 AM | Show all posts
Originally posted by pinky_nana at 30-1-2008 10:30 PM


andy ni lahit thun 1983 kan?and his bday one day after me...
meaning dia 25 la this yr..

dia dah awek laa..my fren ckp awek dia chinese..tk tau la btol ke tak..

oh macam itu ke,aku lahir tahun 84
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 08:31 AM | Show all posts
situ sana sini Azwin Andy Malik..

yeeehaaaaaaaaaa.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 09:00 AM | Show all posts
(((kak tweet)))

abetar baru nampak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2008 09:58 AM | Show all posts
Originally posted by tirasha at 31-1-2008 09:00 AM
(((kak tweet)))

abetar baru nampak...


huhuhuhuuu.. iols memang minat music.. instrument nya purcussion.. iaitu drum
jadi andy sama rob ni pemain drum yang bagus
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 10:26 AM | Show all posts

Reply #190 Incanto's post

aku penah tgk
andy jd photographer
huhu
smart gle andy dlm tew
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 10:29 AM | Show all posts
sbnrnye tyme andy jd peserta tok vj kt hitz.tv tew aku ngan kazen aku da attack andy neyh
hehe
bday dye aku smpn dlm hp lg weyh !
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 10:35 AM | Show all posts
Originally posted by iloveyou at 31-1-2008 10:29 AM
sbnrnye tyme andy jd peserta tok vj kt hitz.tv tew aku ngan kazen aku da attack andy neyh
hehe
bday dye aku smpn dlm hp lg weyh !


wehhh,hang betul2 kemaruk dah nih...sampai bday mat andy nih hang simpan dlm hp..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.050628 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list