|
Bertanyakan pula mengenai desas desus yang mengatakan Lisa sebenarnya enggan menyertai wajah eksklusif Astro tetapi 'diarahkan' oleh syarikat pengurusannya Metrowealth, kata Lisa, dia mengambil tanggung jawab penuh atas apa yang dilakukan.
"Itu sekadar khabar angin. Saya tidak pernah bercakap macam itu. Ini peluang untuk saya menjadi lebih baik berbanding dahulu, kenapa tidak? Ia ibarat satu latihan yang besar buat diri saya dan saya bersyukur.
"Dari segi kerugian, memang ada sedikit, tapi saya kena menjaga 'graf' kerugian itu agar tidak jatuh menjunam. Biasalah, untuk mendapatkan sesuatu, kita mestilah membuat sedikit pengorbanan.
"Alhamdulillah, dengan bantuan syarikat pengurusan (Metrowealth), rezeki saya masih lagi ada. Malah, sekarang ini saya sedang menjalani penggambaran filem yang belum lagi ada judulnya.
"Tetapi filem itu dipetik daripada sebuah novel Lagenda Budak Setan di bawah arahan Syared Sharan. Dalam filem itu saya menjadi watak utama bersama Farid Kamil serta beberapa pelakon lain seperti Fazura, Que Haidar dan Shiqin Kamal," ujarnya.
Sementara itu, jika sebelum ini Lisa banyak memegang watak baik, kini dia muncul dengan watak antagonis pula dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak.
Lisa yang ditemui pada majlis pelancaran Warna di Mid Valley, Kuala Lumpur berkata, lakonan antagonis adalah satu percubaan untuknya dalam mencuba pelbagai watak demi masa depan karier lakonan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|