CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: revolusi_30

Kenapa Rumah ALLAH Dirasakan Tidak Selamat

[Copy link]
Post time 12-12-2008 06:59 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 12-12-2008 05:29 PM


Tanpa berniat mahu mempertikaikan apa-apa, tapi dari segi sejarahnya, Qur'an dan hadis pun pada asalnya disampaikan secara kaedah lisan sebelum Uthman bin Affan amik inisatif membukukan al-Quran ...


huhu betul ke al-Quran tak ditulis sehiggalah saidina uthman membukukannya juw
satu lagi betul ke di zaman saidina uthman al-Quran tu dibukukan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2008 07:00 PM | Show all posts

Reply #202 BateriKOng's post

Lain kali jgn tak buat lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 07:00 PM | Show all posts

Reply #204 revolusi_30's post

bang demp tak jawab pon apa i tanya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 07:01 PM | Show all posts

Reply #202 BateriKOng's post

buat je macam kat tanah arab, usung kasut/selipar tu ke dalam masjid

tapi bawak elok2 la
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 07:05 PM | Show all posts

Balas #206 kasmela\ catat

baik cikgu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 07:05 PM | Show all posts

Balas #208 al-asil\ catat

gilo apo nak wat sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2008 07:16 PM | Show all posts
Originally posted by BateriKOng at 12-12-2008 06:44 PM
Satu lagik, pencurik ada yg jadikan peralatan pa masjid sebagai sumber rezeki mereka, sampai ada masjid2 dan surau terpaksa dikunci jika diluar waktu solat.. Kekadang aku singgah kat msjid nak so ...


pencuri kalau nak curi benda , dia bukan kira rumah ibadat ke tidak, tempat yang tak pernah berkunci lagilah mudah pencuri masuk , setau aku semua rumah ibadat agama apapun jarang laa nak berkunci , pintu sentiasa terpelahang aje , cuma bila berlaku kecurian selalu sangat maka itulah yang menyebabkan sesetengah masjid terpaksa di kunci pada certain waktu .

Kecurian kat masjid jarang lah jumlah ribu riban , selalunya minor stuff aje seperti kasut , paip air etc . Tapi baca aje la news kat link nih   http://search.yahoo.com/search?p=stealing+money+in+church&ei=utf-8&fr=slv8-acer&xargs=0&pstart=1&b=11&xa=s.Tc51gM7uYSuQD5uLbDYQ--,1229177786  , kecurian berlaku di church sampai berpuluh ribu US dollar , office church di geledah , ada kes tu pulak yang mencuri tu merupakan church usher selama 20 tahun dah , ish itu baru pengikut tak dak soul , lebih ritual aje , 20 tahun dok bertempek kat church tu tapi dalam masa yang sama ligat sakan mencuri kat situ , sambil menyelam minum air kot ye  .....

[ Last edited by  blastoff at 12-12-2008 10:20 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 07:37 PM | Show all posts
sistem letak kasut kat masjid ni kene improvekan ar... xkan da masuk abad ke-21 ni pon still biar slipar kasut kat luar xde safety padehal da tau selalu berlaku kes curik. aku penah g egypt derang lagi pandai. siap letak tempat letak kasut dalam masjid, kat bahagian depan siap. so kite boleh sembahyang sambil pandang kasut kite kot2 ade yg nk curik.

buat ar mcm tempat simpan kasut berkunci cm kat masjid klcc or masjid india kat sme masjid. duit masjid kan byk. ape susah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2008 08:13 PM | Show all posts
adoi laa... selagi CI dok bawah muntz, pemutar belit ayat quran bermaharajalela laa ader tukang backup...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 08:54 PM | Show all posts
Kalau dah masuk MM, malas la aku nak sambung citer dah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 09:03 PM | Show all posts
hehe.. boleh sambung citer, Juw

Cuma tak tau lah penerimaan orang dalam MM ni cemana kan So far saya tengok perbincangan OK je lagi.. kena ambil dengan kepala tenang dan hati relax lah Takleh lompat cepat sangat
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 10:06 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 12-12-2008 05:12 PM


Teringat plak aku dengan satu kisah haji versi nasrani yang aku baca masa kecik-kecik dulu..
Buku yang dah usang tu aku jumpa dalam gerobok buruk abah aku masa aku dok selongkar-selongka ...


OK.. Jom kita sambung citer... Dah ada yang PM sebab tak sabar nak dengar sambungannya..

Sebenarnya takde la pape yang suspens pun. Tiga lembaga yang terbaring sambil mengerang tu adalah tuan rumah bersama ayahnya yang sudah tua dan anaknya yang kelaparan.

Maka si M ni pun meluru untuk membantu mereka bertiga. Langsung dia lupa keinginannya untuk minum air masak di rumah itu...

Dia pun pi tanya la pada tuan rumah tu..

"Apo kono ekau jang?" (actually watak dalam citer ni berbangsa kokesyen, tapi atas tanda hormat pada mod MM dan Incik Maideen, aku pun saja je mimic loghat nogori)

"Dah tiga hari kami bertiga tak makan. Lapar..." kata tuan rumah itu sambil menunjukkan wajah seakan-akan derita... Macam ni --->

Maka si M yang baik hati tu pun pergi ke kedai yang berhampiran. Dibelinya tepung seguni, garam dan juga telur. Time tu juga dia masak makanan untuk depa. (Jangan tanya M tu masak apa. Aku memang tak tau. Yang tepung, garam dan telur tu pun aku main bantai aje)

Maka dijamulah tiga orang yang kebuluran di rumah itu...

Berbalik pula kita pada si D tu.

Setelah agak lama dia berjalan, dia pun berhenti rehat di tepi sebatang pokok menunggu si M ni. Lama kelamaan, oleh kerana terlalu lama menunggu (dan kerana kepenatan tak tidur malam kerana terlalu seronok nak pilgrimage) si D ni pun tertidur. Beberapa jam kemudian, dia pun bangun. Terus dia berlari dengan laju sebab dia menyangka dia sudah kena tinggal dengan M akibat tido lama sangat. Tanpa dia sedari, sebenarnya si M masih lagi di kampung yang sudah jauh dia tinggalkan tu... Sesampainya dia di pelabuhan, kapal nak pergi ke Itali tu dah nak bertolak. Dia pun berlari dengan laju masuk ke dalam barisan. Dia nampak jauh di bahagian hadapan barisan, ada sesusuk tubuh seumpama kawannya si M tu. Dia pun berasa lega...

Kapal pun berlabuh meninggalkan pelabuhan sedangkan si M masih berada di kampung yang dia singgah tu...

Di atas kapal, si D ni mencari-cari kawannya si M tu. Beberapa kali dia nampak kelibat yang serupa dengan kawannya itu, tapi bila dia meluru ke arah kelibat si M tu, si M tu pun hilang. Dia pun berasa sangat pelik dan ajaib...

Kita pendekkan citer... Sampai kat tempat depa nak beribadat tu, dia nak pi letakkan lilin yang menyala di altar tinggi tu (kalau dalam Islam, ala-ala macam nak cium Hajar Aswad gak le), tapi dia tak berjaya sebab orang berebut-rebut nak letak kat situ. Beberapa kali dia mencuba tapi tak berjaya. Tapi dari jauh dia nampak orang seiras macam si M berjaya untuk letak lilin tu, berjaya nyalakan lilin dan juga sempat berdoa. Bila dia dah tak berjaya nak pasang lilin tu, si D ni pun kejar la kawan dia yang seakan-akan si M ni. Tapi setiap kali dia sampai kat tempat si M kali terakhir dilihat tu, si M dah takde kat situ...

Keadaan sama berterusan beberapa kali sampai la si D ni bersiap-siap nak balik pulang ke kampung. Kiranya dah habis la dia punya ibadat dan ziarah di kawasan tu...

Bersambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 10:28 PM | Show all posts
Originally posted by BateriKOng at 12-12-2008 06:06 PM
Citer old town kopitiam pun masuk

Yer lah Old Town Kopitiam tak ada sijil halal jakim dia ada tulis no pork no lard ajer...so tak halal lah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 11:07 PM | Show all posts
Originally posted by totokreturn at 12-12-2008 05:21 PM



ko neh... dah dia kata kenapa dia perlu shahadah.. jadik kenapa plak dia kena percaya rukun islam plak sedangkan rukun islam tuh ada 5 iaitu
1.1 Syahadah  - sedangkan dia tak perlu syahad ...

Untuk tidak keluar topik, Maideen ingin berpesan supaya kita menjaga kasut kita bila sembahyang kat Mesejid.

Bercakap tentang syahadah ini pula, biarlah Maideen nyatakan bahawa perkara syahadah ini lah yang menjadikan transformasi bagi diri Maideen dari seorang yang berada dalam kegelapan kepada yang insyaalah, tahu menjawab jika ada orang bertanya: Engkau kehulu kehilir "Aku naik saksi" (bukan setakat "mengaku" tetapi "naik saksi"!) Kesana kemari "I bear witness" , apa dan bila engkau saksikan itu? Semoga kita semua tidak menjadi seorang saksi bohong yang pastinya akan dilaknati Allah SWT.....

Begini ceritanya (yang ada Maideen kongsi di thread Spirituality, Faith & Religion yang Maideen sangkakan penuh dengan posting Ketuhanan tetapi rupa rupanya board "My God is better than yours" dan "I'm going to heaven and you'll be rotting in hell!"  ).

Suatu hari Maideen terpaksa ke Ipoh. Kereta Maideen kereta baru dan Maideen tak lah berapa kesah kesana oleh sebab itu. Tetapi Ipoh adalah pekan asing bagi Maideen dan setelah memaki hamun didalam hati tentang kekurangan road signage, Maideen berhenti di satu bus stop di mana ada seorang lelaki India tua.

"Maideen bertanyakan kepadanya, "Aya ada tahu ka itu Yang Kalsom Road?" (Maideen pernah diberitahu bahawa aya adalah panggilan hormat kepada orang tua dalam masyarakat India!)

"Saya sana jugak mau pigi", katanya.

Maideen pon menjumput dia masuk kedalam kereta supaya dia dapat menunjukan jalan. Bau whisky murah dari mulutnya agak menganggu Maideen tetapi politeness memerintah Maideen berdiam.

Kemudian India tua mabuk itu berkata,"Ashaduallaillahaillallah waashaduanamuhammadurasulullah!"

Tersentak Maideen...."Aya Muslim ka?", Maideen bertanya.

"Tarak.....saya Hindu jugak", jawabnya sambil mengukir senyuman yang menampakan dua gigi kuningnya.

"Dulu saya Ipoh Hospital kirija. Saya Melayu kawan ada cakap kalau ada Melayu turok sakit ka, accident kina ka dan mahu mati sudah, saya musti cakap itu macam dikat dia punya tilinga! Itu macam kalu dia syurega dalam boleh masuok! Saya ada dua tiga kali bikin itu macam", kata nya memberi penerangan.

Setelah sampai diYang Kalsom Road, India tua mabok itu mengucapkan terima kasih dan berlalu...

Kejadian itu lah yang banyak mengubah Maideen. Alangkah indah dan  mulianya hati India tua mabok yang pandai mengucap itu. Dia sanggup membantu orang yang berlainan ugama darinya untuk kesyurga Tuhan mereka.

Sehingga kini, bila teringatkan peristiwa itu, Maideen membacakan fatihah dan memdoakan India tua mabok yang Maideen yakin sudah meninggal  itu, agar dia dimasukan kedalam syurga Allah.

Itu lah salah satu kejadian benar didalam hidup Maideen yang mengajar Maideen!
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 02:57 AM | Show all posts
Originally posted by totokreturn at 12-12-2008 04:08 PM


ayah pin pun kata semua tuhan bawah dia.. dan ada dalilnya tersendiri....

nabi melayu yg dok kat ulu kelang tuh pun ada dalilnya sendiri yg dah dipesongkan....

ajaran qadiani kat kg. nahkoda pun sembah Allah gak.. ada dalil menolak yg lain....

ajaran anti hadis pun sesat gak...

jadi pikirkan laa mana yg terbaik.... nampak bangang, tolak laa ia...
.


Tau pun
Kalau aku cakap semua yang kau cakap kat atas tu bangang , maka aku kena tolak kau kan

Point kau makan diri kau sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 03:02 AM | Show all posts
Originally posted by al-asil at 12-12-2008 04:15 PM
The messenger believes in what was sent down to him from his Lord. And the believers, all who believe in God, and
His angels, and His Scriptures, and His messengers: “We do notdifferentiate between any of His messengers;” and they said: “We hearand obey, forgive us O Lord, and to you is our destiny.”


Pasal kau main lojik aku jawab ikut lojik jugak
Katakanlah "The messenger" ialah seorang , maka kenapa dalam jawapannya dijawab seperti di bawah :

"WE do notdifferentiate between any of His messengers;” and THEY said: “WE hearand obey, forgive US O Lord, and to you is OUR destiny.”"

Simple lojik kan

Pasal tu semua orang dalam dunia ada sesuatu alasan untuk memepercayai sesuatu dan tiada sesiapa pun dalam dunia ni boleh menghalangnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2008 03:12 AM | Show all posts
Originally posted by ultra78 at 12-12-2008 06:06 PM


ada cliffhanger la pulak...suspens betol..


Kawan aku teka, kawan aku lah bukan aku
Aku kat cyber cafe ni
Dorang bertiga tu tengah buat gangbang secara three some, betul ke

Cepat bagi jawapan , cyber cafe nak tutup nihmy3::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 03:18 AM | Show all posts
Originally posted by Friiz at 12-12-2008 07:37 PM
sistem letak kasut kat masjid ni kene improvekan ar... xkan da masuk abad ke-21 ni pon still biar slipar kasut kat luar xde safety padehal da tau selalu berlaku kes curik. aku penah g egypt deran ...


Rasa aku kena buat macam vending machine air tulah
Tapi yang ni namanya vending machine islam, jadi kena tukarlah ke vendina meshinhur muslimin
Bila masuk masjid , kena masuk duit , vendina meshinhur muslimin terbuka , masuk kasut dan dia auto lock
Ala, tersebut perkataan kristian pulak, ala yang auto lock tu la, astafirullah
Baru selamat kasut-kasut jemaah sekelian, wallahualam bill sawappppp
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2008 11:39 AM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 13-12-2008 03:18


Rasa aku kena buat macam vending machine air tulah
Tapi yang ni namanya vending machine islam, jadi kena tukarlah ke vendina meshinhur muslimin
Bila masuk masjid , kena masuk duit , ...

Vendina Meshinhur Moeslimin tu musti warna hijau la...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 02:04 AM | Show all posts

Reply #194 Maideen.'s post

Maideen penah dak dengar satu kisah yg agak menyayat hati, berlaku tidak lama dahulu.

Kisah ini masih tidak mendapat sijil pelepasan Jakim walapun dikuatiri boleh menggugat akidah Muslim seperti mana yg boleh terjadi kepada pengamal2 yoga.

Semasa dialog Inter-Faith baru2 ini, ketika sesi berhenti untuk berihat, seorang Tok Guru yg alim lagi warak (dapat dipastikan melalui cara ikatan sarban dan bilangan janggutnya yg agak banyak) dilihat duduk semeja disebuah restoran dengan Paderi Kristian yg segak mengenakan kot cerah berserta tudung dibahu dan collar tab.

Dalam mereka berdua bertukar2 pendapat tentang isu2 yg dibincangkan didlm dialog tersebut, mereka tidak melepaskan peluang untuk mencuba resepi di restoran yg terkenal dengan menu nasi kandar ayam merah di jalan Yang Kalsom yg kebetulan terletak bersebelahan dgn tempat diadakan dialog itu.  

Ketika menjamu selera, Tok Guru menceritakan kepada Paderi, yg di Ipoh terutamanya sepanjang jalan Yang Kalsom, kita boleh melihat bagaimana masyarakat boleh hidup dan makan bersama tanpa memerlukan kelulusan dari Jakim.

Untuk pengetahuan Maideen, nama resoran itu ialah Yong Suan Coffee Shop dan status halalnya masih belum dibincangkan di CI mahupun di MM, walaupun yg menjual nasi kandar ayam merah itu bernama Ahmad Haris..

Setelah mereka berdua selesai menjamah nasi ayam merah yg rata2 dikenali juga sebagai nasi ganja, paderi itu pun mula bercerita tentang latar belakang beliau kepada Tok Guru sambil menghirup kopi ais ala2 oldtown white coffee.

Dengan penuh motivasi, paderi itu menjelaskan bagaimana gereja mereka, seperti juga dimasjid2, antara lain adalah tempat untuk Tok2 Guru untuk menyampaikan ayat2 Tuhan kepada manusia.  Di gereja, jelas paderi tersebut, dipenuhi dengan bermacam2 perabut, terdapat kerusi untuk jemaah mereka duduk semasa paderi berkhutbah, dan deserikan dengan hiasan2 lilin, patung jesus, piano....

Belum habis paderi iteww menyebut piano, Tok Guru yg masih menghirup kopi ais iteww dengan lantas mencelah mengatakan.." Jangankan piano, kalu kat masjid kami, slipar pun boleh lesap..."

Perbualan merekapun terhenti disana dan langsung mereka menjelaskan bil makanan sundiri2.

Begitulah kesah yg dpt dikongsi bersama mudah2an dpt membimbing umat.

::
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25834 Replies : 276
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 2728 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188502 Replies : 8469
‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-takut beritahu saya’ - Shuib
Raline‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-t
Views : 6162 Replies : 36
Harith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Isu Komen ‘Ham’ Persenda Nabi
RalineHarith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Is
Views : 15526 Replies : 73
Rakan sekelas cemburu, depan Thalita pura-pura baik
RalineRakan sekelas cemburu, depan Thalita pur
Views : 6410 Replies : 29
50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi
maklukpenggoda50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengara
Views : 7772 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.053070 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list