|
Tahajjud CINTA - Album Kerohanian...[Di pasaran pada 090909]
[Copy link]
|
|
Antara dua dunia SitiOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
| AKSI Siti sewaktu merakamkan lagu terbaru untuk album Tahajud Cinta baru-baru ini.
|
DALAM diam tak diam, sudah lima tahun dia menggalas tanggungjawabsebagai Duta Yayasan Jusco Malaysia di bawah kempen With All Our Heartsyang diinisiatifkan oleh AEON Co. (M) Berhad (AEON).
Sepanjang tempoh itu jugalah, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mengakui, beliau telah memperolehi pengalaman yang cukup berharga.
Peranan Siti sebagai duta yayasan itu bukan sekadar mahu melunaskan tanggungjawab sosialnya sebagai seorang artis.
Sebaliknya, jelas Siti, ia memberi peluang kepadanya untuk menyelamihati golongan yang kurang bernasib baik serta membantu mereka yangmemerlukan.
"Apabila kita melibatkan diri dengan kerja-kerja amal sebegini,setidak-tidaknya ia mampu menyedarkan kita bahawa bukan semua manusiamemiliki tuah mahupun nasib sama seperti kita.
"Secara jujur dan ikhlasnya saya memberitahu, saya cukup gembirakerana dapat melibatkan diri dengan kerja-kerja amal sebegini dan iaturut memberikan kepuasan kepada saya.
"Lebih-lebih lagi apabila melihat kegembiraan terpancar di wajahmasing-masing membuatkan hati saya begitu seronok dan puas apabiladapat menyanyi dan meluangkan masa bersama mereka," jelasnya penuhberhemah.
Siti ditemui pada majlis pelancaran dan penyerahan beruang mainansempena ulang tahun ke-25 AEON di Jusco AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpurbaru-baru ini.
Turut hadir Pengarah Urusan AEON, Nagahisa Oyama dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporatnya, A. Rashid Adam.
Menyambung bicara, AEON katanya, cukup memahami tugasnya sebagaiseorang artis yang begitu padat jadualnya selain menjalani hidupsebagai seorang isteri.
Kerana faktor itulah, dia begitu selesa untuk terus menjalinkerjasama dengan AEON seandainya diberi peluang berbuat demikianapabila kontraknya tamat hujung tahun ini.
"Alhamdulillah, setakat ini saya menjalankan tanggungjawab sebagaiduta dengan baik apabila turun padang untuk semua aktiviti mereka.
"Insya-Allah, kalau diberikan peluang untuk menyambung kontrak, sayatidak akan teragak-agak untuk menerimanya," ujarnya yang memiliki badanamalnya sendiri iaitu Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan bersama suaminya,Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Berbanding sewaktu zaman sebelum berkahwin, popularitinya itumenyebabkan banyak pihak dan syarikat berlumba-lumba mahu menggunakankhidmatnya sebagai duta mahupun jurucakap.
Namun selepas berumah tangga, peluang itu bagaikan tertutup buatnya.Tambahan pula, dengan imejnya itu membuatkan ramai yang menganggap Sititelah menutup pintu rezekinya sendiri.
Dalam nada tenang, penyanyi lagu Sekian Lama dan Di Kayangan Kita ini memberitahu, masyarakat berhak untuk memberikan pandangan mereka sendiri.
Kata Siti, keadaan dirinya berbanding sewaktu zaman anak dara sudahjauh berubah dan apatah lagi dengan tanggungjawab yang dipikulnya kinimembuatkannya perlu menjadi lebih selektif.
"Saya perlu membahagikan tugas sebagai seorang artis dan isteri.Kalau dulu, bolehlah saya buat banyak kerja dalam satu-satu masa namunsekarang sudah berbeza.
"Saya harus memberikan fokus kepada perkara yang lebih penting iaitukeluarga dan rumah tangga kerana kadang-kala ada perkara yang timbul disaat akhir yang perlu saya hadiri.
"Kerana itulah, saya selesa dengan Yayasan Jusco Malaysia keranamereka faham dengan situasi dan keadaan saya. Lagipun aktiviti yangmereka jalankan juga tidaklah begitu berat dan menuntut masa yangpanjang," kata anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang ini penuhdiplomasi.
Dalam perkembangan lain, penghibur berusia 30 tahun ini juga sempatmengkhabarkan tentang pembikinan album kerohanian pertamanya yang bakaldipasarkan dalam bulan Ramadan ini.
Menggunakan judul Tahajud Cinta, album tersebut hanyamenampilkan lapan buah lagu sahaja dan jelas Siti, sebagai percubaanpertama dia merasakan bilangan itu sudah mencukupi.
Mempertaruhkan tiga orang penerbit iaitu Eddie Marzuki, Audi Mok danpenerbit dari Indonesia, Tya Subiakto, ternyata Siti berdebarmenantikan reaksi peminat terhadap album yang berteraskan muzik pop itu.
Sehingga kini, dia sudah merakamkan vokal untuk kesemua lagu dantinggal hanya untuk proses mastering bagi memperkemaskan lagi susunanmuziknya yang ditugaskan kepada Eddie.
Sambil menegaskan album Tahajud Cinta bukanlah sebuah album nasyid, sebaliknya, Siti mahukan album ini boleh dinikmati pada setiap masa.
"Merakamkan album ini cukup mencabar diri dan vokal saya kerana sayaperlu menyanyi dengan penuh jiwa yang mendalam. Saya mahu peminat danpendengar juga merasakan perasaan yang sama.
"Mujurlah dengan bantuan Salleh dari kumpulan Brothers, saya dapatmelagukan dengan baik serta menyebut dengan betul terutama lirik-lirikberbahasa Arab," kata Siti yang juga baru selesai menjalani prosespenggambaran kulit album untuk album berkenaan di Universiti PutraMalaysia, Serdang, Selangor.
Dengan penghasilan album berkenaan, Siti berharap agar tiada pihakyang menempelak kualiti album tersebut serta dilabelkan sebagai albumtangkap muat.
"Ini kerana proses pemilihan lagu sudah lama dilakukan sejak saya terlibat dalam pementasan teater muzikal Sirah Junjungan.
"Begitu juga dengan lagu Ku Percaya Ada Cinta yang diciptaoleh Audi Mok yang sudah lama disimpan dan baru saya berpeluang untukdimasukkan dalam album ini," kata anak kepada pasangan AllahyarhamTarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik ini lagi.
Dua buah lagu yang menjadi lagu tema filem Perempuan Berkalong Sorban iaitu Ketika Cinta dan Batasku Asaku turut dimuatkan dalam album ini.
Lima lagu lain ialah Tahajud Cinta ciptaan Erma Fatima, Asma Ul Husna, Selawat, Ya Rasulullah dan Pintu Raudah yang liriknya ditukar kepada bahasa Melayu oleh Hairul Anuar Harun.
Dalam pada itu, Siti turut disoal tentang perkembangan dan promosi album Lentera Timur yang dinobatkan sebagai Album Terbaik AIM 16 pada bulan Mei lalu.
Meskipun senario dunia rakaman suara tempatan suram dengan penjualanalbum yang lembap, namun Siti boleh berbangga dengan angka yangmenghampiri 40,000 unit yang dicatatkan oleh album itu.
"Saya bersyukur kerana album berkenaan diterima dengan baik olehpeminat meskipun penerimaan di radio tidak serancak dulu. Saya fahamdan terima dengan keadaan pasaran muzik sekarang yang sentiasaberubah-rubah.
"Apa pun, saya tetap akan terus menghasilkan album yang berkualitiuntuk peminat saya kerana mereka mahukan yang terbaik," ujarnya yangjuga akan muncul dengan program masakan, Citarasa Bersama Siti Nurhaliza tidak lama lagi.
Siti juga sempat mengkhabarkan berita tentang konsert Satu baru-baru ini yang akan diterbitkan dalam bentuk DVD khusus untuk memenuhi permintaan peminat-peminatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
album terbaik malaysia Lentera Timur terjual 40 ribu je bukan sebab ekonomi, tapi sbb x de promosi. video clip hanyalah satu saja. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke ade forumer ckp tuh lagu hafiz hamidun?
rotibusuk Post at 10-8-2009 21:27
U...
I x mention tue lagu Hafiz Hamidun [HH]...
I ckp, DCT ada mintak lgu dr HH utk special track appreciation for Allahyarham Tarudin Ismail...
I refer URTV cover Kumpulan SEARCH tue... |
|
|
|
|
|
|
|
politician?
a BIG nooooo..
kalau ct ada PhD baru aku setuju..sbb pada aku untuk menjadi seorang ahli politik, pendidikan #1. Bukanla nak merendahkan sesiapa..Tengok je la politician yang ada sekarang ni..
Cukupla jadi penghibur/penyanyi..siti x sesuai jadi ahli politik...senator ermmm bolelaaa...
ku percaya ada cinta |
|
|
|
|
|
|
|
185# hyie
rupanya ku percaya ada cinta tu audi mok buat ye |
|
|
|
|
|
|
|
40 ribu is a big enough kalo nak ikutkan pasaran skang..
tp jumlah yg agak kecil bagi seorang diva... |
|
|
|
|
|
|
|
so kompem la kan ku percaya ada cinta tu lagu dalam album tahajud cinta ni..
uuuuuuuuuuhhhhh tak sabar gue |
|
|
|
|
|
|
|
album terbaik malaysia Lentera Timur terjual 40 ribu je bukan sebab ekonomi, tapi sbb x de promosi. video clip hanyalah satu saja.
calmille Post at 11-8-2009 03:49
setuju mcm takde promosi jer.. n album ni dah sampai indoensia ke belum ye? |
|
|
|
|
|
|
|
ct jadi perdana menteri jer rr nak i bole cakap kat najib |
|
|
|
|
|
|
|
'Yasmin lihat Siti dari sudut berbeza' Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected] Kejadian yang menimpa Yasmin Ahmad mengubah pendiriannya mengenai kehidupan peribadi
MASIH jelas di ruang mata bagaimana susuk tubuh yang sebelumitu begitu cergas dan bertenaga, membentangkan kertas kerja, tiba-tibarebah tidak bermaya. Malah, sehingga kini masih terngiang-ngiang ditelinganya baris demi baris ayat indah yang dilafazkan wanita itusebelum dia pergi buat selama-lamanya.
Menjadi antara mereka yang terakhir menatap wajah danberinteraksi dengan pengarah filem dan iklan tersohor, AllahyarhamYasmin Ahmad sebelum arwah menemui ajalnya, Datuk Siti Nurhalizamengakui detik-detik genting itu mengubah sedikit pendiriannya mengenaikehidupan peribadinya.
Tidak pernah dia menyangka bahawa wanita yangdiketahui ramai cukup kreatif ini melihat dirinya dari sudut yang amatberbeza. Terkejut dan terpempan seketika penyanyi jelita ini apabilakata-kata berbaur pujian terkeluar daripada mulut arwah Yasmin tatkaladia sedang membentangkan kertas kerja untuk projek khas yang akandilaksanakan penyanyi popular ini.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah projek khas yangsepatutnya dilaksanakan Siti bersama Yasmin? Apakah pertemuan Siti,suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan Yasmin yang berlangsung di SriPentas itu sebenarnya membincangkan mengenai projek filem pertama Sitiyang bakal diarahkan Yasmin. Apatah lagi apabila Siti sendiri begitumeminati kerja seni Yasmin yang sering mendapat pengiktirafan di luarnegara.
Bagaimanapun, apabila soalan ini diajukan kepada si empunya diri, Siti menafikan perkara itu.
| SITI dan Audi di studio sewaktu merakamkan lagu Ku Percaya Ada Cinta.
| “Perbincangankami itu tak ada kena-mengena dengan projek pembikinan filem. Tapi iamembabitkan perkara lain. Maaf, Siti tidak dapat dedahkan projek apakahitu. Tunggulah apabila sampai masanya nanti, Siti akan umumkan kepadasemua.
‘Tapi, apa yang boleh Siti kongsikan di sini adalah bagaimanaarwah begitu peka dengan kehidupan Siti. Sewaktu dia membentangkankertas kerja untuk projek khas itu, terbongkarlah sebuah rahsia yangmungkin sebelum ini disimpan kemas arwah. Rupanya selama ini arwahmemperhatikan setiap gerak geri Siti. Dan hasil pemerhatiannya itu,disimpulkannya menjadi sebuah idea yang cukup indah. Berdasarkan apayang diceritakannya kembali, Siti jadi kagum dan terharu kerana Sititidak menyangka dia boleh tampil dengan ilham sebegitu.
“Dalam diam, dia menganalisis kehidupan Siti. Setiap reaksiSiti dalam apa juga situasi dirakam kemas dalam kotak mindanya. Diajuga mengikuti perkembangan Siti. Justeru, apabila kami meminta diahadir untuk membentangkan kertas kerjanya, Siti jadi begitu tertarikdan berharap kami boleh bekerjasama dan menjadikan apa yangdicadangkannya itu sebagai suatu kenyataan.
“Namun Tuhan lebih menyayanginya dan nampaknya hajat Sitiuntuk bekerjasama dengannya tidak kesampaian. Pun begitu, Siti tetapgenggam erat kata-kata terakhirnya itu dan akan Siti jadikan azimatuntuk meneruskan kehidupan Siti,” cerita Siti yang begitu menggemarifilem Sepet dan Gubra ini.
Ditanyaapakah dia akan meneruskan projek khas itu walaupun pengarah yangmendapat jolokan sebagai penglipur lara sudah pergi buatselama-lamanya, Siti berkata, itu bukanlah halangan untuk diamerealisasikan apa yang pernah dibayangkan Yasmin sewaktu pertemuanmereka dulu.
“Terus terang, Siti memang berminat dengan apa yangdiceritakan arwah dan Siti memang mahukan ideanya itu menjadikenyataan. Walaupun Yasmin sudah tiada, Siti percaya team arwah mampuuntuk menjalankan tugas itu kerana sebelum ini pun arwah pernahmenceritakan keseluruhan ideanya itu kepada mereka,” ujar Siti yangtegar berahsia mengenai projek khasnya itu.
Rindukan Ramadan di Kota Makkah
RAMADAN bakal menguak tirainya tidak lama lagi. Ketibaan bulanyang penuh keberkatan itu sememangnya cukup dinantikan oleh umat Islamdi seluruh dunia termasuk Siti sendiri. Maklumlah, biasanya pada bulanitu, Siti dan suami tersayang akan menghabiskan sisa Ramadan mereka diKota Makkah. Bagaimanapun, untuk tahun ini, Siti masih lagiberkira-kira apakah dia berkesempatan untuk melalui suasana Ramadan dikota suci itu.
“Siti baru saja menghantar suami menunaikan umrah. Dia ke sanabersama anaknya. Memang dia ada ajak sekali Siti untuk menemaninya,tetapi memandangkan Siti terikat dengan persembahan makan malam tahunanJaya Jusco, jadi Siti terpaksa melupakan hasrat itu.
“Terkilan juga kerana lazimnya memang Siti suka untukmenunaikan umrah pada Ramadan. Suasananya cukup berbeza. Walaupun cuacapada masa itu panas dan orang memang ramai, tapi Siti tak kisah.Alhamdulillah, segala urusan Siti dipermudahkan Tuhan di sana.
“Memandangkan Khalid sudah pergi awal, jadi untuk tahun ini,Siti sendiri tidak pasti apakah Siti berpeluang untuk mengunjungi KotaMakkah sekali lagi. Tengoklah nanti macam mana. Namun apa yang pasti,Siti memang rindukan suasana menyambut Ramadan di Makkah,” tuturnyayang semakin kurus itu.
Rakam lagu yang disimpan dua tahun
AWAL Ramadan ini, semua ‘Sititology’ mempunyai sebab utamauntuk merasa teruja dan gembira. Selepas muncul dengan album LenteraTimur yang dinobatkan sebagai album Terbaik sewaktu Anugerah IndustriMuzik ke-16, penyanyi bervokal hebat ini akan kembali dengan buahtangan terbarunya berjudul Tahajud Cinta, sebuah album kerohanian yangpernah diuar-uarkan sebelum ini.
Saat kaki ini melangkah ke studio milik komposer terkenal,Audi Mok di Petaling Jaya, baru-baru ini suara lunak penyanyi inibegitu asyik melagukan melodi indah Audi yang diberi judul Ku PercayaAda Cinta. Benar kata Siti sebelum ini, walaupun melahirkan albumberkonsepkan kerohanian, namun Siti tetap menerapkan elemenkontemporari supaya albumnya itu tidak kelihatan seperti sebuah albumnasyid.
“Memang Siti yang mahukan konsep sebegitu dan Siti berjayamendapatinya daripada beberapa komposer terkenal tanah air. Untuk albumini Siti merakamkan lagu Tahajud Cinta yang dicipta oleh Erma Fatimatapi Siti ubah suai sedikit liriknya selain lagu selawat ke atas Nabiyang pernah dipopularkan kumpulan Raihan, Asmaul Husna serta laguciptaan Siti sendiri untuk filem Perempuan Berkalung Sorban yangberjudul Batas Asaku,” cerita Siti.
Mengulas lagu Ku Percaya Ada Cinta yang mempunyai melodimenarik serta mencabar keupayaan vokalnya, Siti berkata ada ceritamenarik di sebalik lagu itu.
“Sebenarnya sebelum ini Siti memang ada meminta lagu daripadaAudi tapi memandangkan album Siti sebelum ini berkonsepkan etnikkontemporari, jadi Siti biarkan saja. Bagaimanapun, apabila Siti hendakrakamkan album kerohanian ini, Siti pun meminta lagu daripadanya.Mungkin sudah rezeki kerana Audi masih menyimpan lagu walaupun sudahdua tahun berlalu. Apa yang menarik lagu itu bertepatan dengan kehendakSiti yang mahukan ia berkonsepkan kerohanian tapi kedengaran sepertilagu pop.
“Siti juga suka liriknya yang ditulis Habsah Hassan keranakisah cintanya cukup universal dan ia bukan saja cinta kepada manusiatetapi juga cinta pada Tuhan,” ujar Siti. |
|
|
|
|
|
|
|
193# calmille
wow..bestnye |
|
|
|
|
|
|
|
yes! habsah hassan.. kompem best nih |
|
|
|
|
|
|
|
lagu 1 malaysia tu mula2 dgr mcm boring.. cuma vokal ct mmg impress.. tapi dgr sampai lagu habis best rupenya |
|
|
|
|
|
|
|
lagu mana yang akan jadi 1st single eh? x termasuk ost kalung sorban..
ke xde pakai single2 ni sebab nampak macam general...leh letak mana2 lagu yang kita suka.. |
|
|
|
|
|
|
|
198# badai
lagu tu ade unsur kerohanian kew? |
|
|
|
|
|
|
| |
|