CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cosign45

RIANZ PARADISE VOL. 87 - Yang Sebenarnya-EDDIE&NADHIYA| Request KS & BS

 Close [Copy link]
Post time 27-10-2009 11:24 PM | Show all posts
tak dpt nak imajin klu adik abg wat scene camtu masa kt backstage muzik-2... mau kita pindah dlm sehari.... meroyan tak sudah...
ameeras Post at 27-10-2009 23:18

teringat mlm Nadia dan Riz celebrate birthday mak som!!! meroyan bbrp biji rumahhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 11:24 PM | Show all posts
lynn)))mlm ni ko gerak solo ek...
ko jgn merajuk plak....penat aku nk opujuknnt

goodnite semua....

joen signout with love

Assalamualaikum~
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:25 PM | Show all posts
Page 88

Dia berpaling memandangku dgn senyuman manisnya.

“I dah lambat, nanti I balik I bawa you check in. You rehat dulu, mandi, makan, sembahyang, ok” tgnnya melurut pipiku perlahan-lahan. Aku hanya melihat dia yg sudah terburu-buru memandu dr situ tanpa dpt berbuat apa-apa lagi. Lelaki ini mmg sengaja menjeratku. Setelah kereta itu hilang dr pandangan mata aku melangkah masuk dgn senyuman terpaksa kpd ketiga-tiga tuan rumah yg telah bersiap sedia menyoal siasatku. Dadaku mulai berdebar dgn kencangnya.   

Sambil berjalan masuk ke ruang tamu yg luas itu aku terpaku melihat hiasan dalaman dan perabut-perabut mewah menghiasi ruangan itu. Pastinya segala perhiasan dan perabut2 itu dari luar negara. Aku terpaku.

Melihat mrk bertiga yg sedang memerhatikan aku cepat2 memohon maaf.

“Lan mmg begitu, selalu tak bincang, tiba-tiba tukar plan, saya tak tahupun dia nak balik jumpa uncle dan aunty, ini yg tgn kosong aje” kataku dgn berhati-hati.

Dlm hati aku sudah menyumpah seranah Azlan. Tak guna, mmg suka2 nak kenakan orang. Kalau awal2 lagi dia beritahu ttg hajat membawa ku ke situ mampus aku tak akan ikut. Di waktu hubungan kami yg masih terumbang ambing, aku tak sepatutnya berada di situ. Kalau ibu bapaku tahu aku mengikut ke rumah teman lelaki begitu tentu mengamuk mrk. Allah saja yg tahu perasaanku ketika itu, gementar, malu, segala-galanya bercampur-campur.

“Nak minta maaf sekali lagi, bukan saya tak mahu tinggal di sni, tp Lan dah beritahu saya akan tinggal di hotel sementara dia di sini jadi saya tak bawa pakaian yg sesuai utk ke rumah org. Takut pula nanti tak sopan” cepat2 aku berterus terang.

Ibunya tergelak mendengar ceritaku, aku kurang pasti adakah kerana cara ku bercakap yg mmg pelik atau menjadi berbelit-belit. Aku duduk tdk berapa jauh dari mrk.

“Cik ni umuq berapa?” tiba2 neneknya bersoal jwb dgnku dgn loghat Penang yg begitu pekat.

“Dua puluh empat” jwbku

“Oh, tua Nor Azlan enam tahun” katanya sambil melihat kpd ibu bapa Azlan. Aku mula bertanya di dalam hati. Nor Azlan? Itukah sebenar namanya? Belum habis memikir-mikir, ibunya pula bertanya.

“Lan kata kerja bank, Amyra ni?”
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:26 PM | Show all posts
Page 89

“Ya, Mayban. Bahagian saham” jwbku. Neneknya menokok.

“Oh! Stock brokerlah ni?”  kata2 neneknya membuatkan mataku terbeliak. Pandainya nenek ini, boleh tahan, kataku di dalam hati.

“Saya bukan remiser, sy di bahagian kewangan” jwbku terus terang.

“Lan tu suruh jadi lawyer mcm daddy dia, tak mau, nak juga masuk polis. Pasai tu yg sebuk sgt tu” nenek itu mula bercerita. Aku tak pernah tahupun selama ini yg ayahnya peguam. Aku seperti baru mengenali insan yg bernama Nor Azlan itu hari ini. Ayahnya pula tiba-tiba bertanya.

“Ayah Amyra kerja apa?”

Aku terdiam ditanya begitu. Tak pernahpun Azlan bertanya ttg keluargaku selama ini. Rupanya ibu bapa dan neneknya yg terlebih dahulu mengetahui latar belakangku.

“Ayah dulu surgeon, mula2 dulu ayah kerja di Penang, GH. Lama ayah di sini,  lepas tu sambung belajar di England dan last sekali masuk forensik dan jab koroner di K.L” panjang ceritaku kali ini. Ayahnya tersenyum sahaja mendgr penjelasan panjang lebar itu.

“Anak tak nak pulak jd doktor?” tanya ayahnya.

“Ada, abg saya yg sulung, sekarang di U.K” ceritaku.

“Ada berapa beradik?” tanya ibunya. Bertubi-tubi soalan dr mrk bertiga.

“Tiga org, dua lelaki, abg2, dan saya yg bongsu”

“Semua dah lepas rumah?” tanya neneknya kembali. Aku terdiam sebentar cuba memahami soalan itu.

“Dua-dua dah kahwin” jwbku.

“Sapa nama ayah?”tanya bapa Azlan yg seperti tdk sabar2 dr tadi.

“Murshid, Tengku Murshid” jawabku. Mrk berpandangan sesama sendiri.

Aku hanya membiarkan mrk berbual sesama sendiri sambil membantu menuangkan minuman yg disediakan oleh pembantu rumah itu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:26 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua
xleh join merotan mlm neh.....nw selooo nk mamfush
joenjohana Post at 27-10-2009 23:11
waalaikum salam joen..

nak merotan sapa pulak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:26 PM | Show all posts
Page 90

Aku menghulurkan cawan itu kpd mrk satu persatu. Bila aku menyerahkan kpd neneknya sempat juga aku bertanya.

“Nak panggil apa dekat nenek?” tanyaku

“Panggil mcm Nor Azlanlah, org Penang panggil Mak Tok”

“Dah gelap dah ni, pergilah naik, sembahyang, lepas tu turun, kita masak sama-sama” kata emaknya.

Masak? Ya Tuhanku, kau mmg betul-betul nak kn Lan! Hatiku menyumpah lagi.

Aku naik ke tingkat atas di mana sebuah bilik sudah tersedia untukku. Aku tergelak melihat bilik itu, tak ubah spt bilik pengantin dgn cadar yg beropol-ropol berwarna peach, sama warnanya dgn kain tudung tingkap!  

Selepas mandi dan bersembahyang aku segera turun tanpa bertangguh lagi untuk membantu pembantu mrk masak mlm itu. Dgn T.shirt  berlengan labuh dan seluar panjang aku sudah bersedia membantu apa yg patut.

“Nak masak apa kak?” tanyaku kpd wanita itu.

“Jgn panggil kak, panggil khala, makna dia mak cik. Kita masak yg Tuan Syed suka makanlah, Azlan pun suka”

“Kita buat apa yg adalah, kari ikan masin, style Penang, pandai ke masak?” dia bertanya. Aku tersenyum tdk menjawab soalan itu.

“Mana ikan masin? Tanyaku. Dia membawa sebungkus ikan yg sudah dipotong2 dari peti sejuk. Cepat aku merendamkan di dalam sebekas air yg agak panas.

“Org sini pakai rempah apa?” tanyaku

“Rempah giling, tp dah siap dlm tempat beku” katanya

Aku membuka di bahagian itu dan mendapati ada bbrp bekas yg sama bentuk dan warnanya. Satu2 bekas itu aku buka dan mencium baunya. Ada satu bekas rempah yg ku rasakan betul lalu ku berikan kpd khala yg dr tadi tersenyum-senyum.

“Pandai pun, ini mesti selalu masak” dia meneka-neka.

“Taklah, tolong-tolong mama aje” kataku sambil mengeluarkan santan yg juga berada di tempat yg sama.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2009 11:27 PM | Show all posts
waalaikum salam joen..

nak merotan sapa pulak ni...
kn64 Post at 27-10-2009 23:26


Bukan mlm ni dikecualikan ker
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:30 PM | Show all posts
lynn)))mlm ni ko gerak solo ek...
ko jgn merajuk plak....penat aku nk opujuknnt

goodnite semua....

joen signout with love

Assalamualaikum~
joenjohana Post at 27-10-2009 23:24

w/salam joen, jgn tension2 ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 11:37 PM | Show all posts
uik semua dah keluar?? tidur dah ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:38 PM | Show all posts
mcm tu esok akk sambung lagi ya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:38 PM | Show all posts
assalamualaikum semua
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:39 PM | Show all posts
belom tidur k.blings... nw slow..  sambil menghayati novel akak nih layan FB..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:39 PM | Show all posts
Oh...lupa nak tanya hari ni Harriz celebrate birthday di mana?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:40 PM | Show all posts
gudnite JJ, Lynn....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:40 PM | Show all posts
waalaikum salam joen..

nak merotan sapa pulak ni...
kn64 Post at 27-10-2009 23:26


takut nyeeeeeeeeeee jj nak merotan eehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:40 PM | Show all posts
belom tidur k.blings... nw slow..  sambil menghayati novel akak nih layan FB..hehehe
ameeras Post at 27-10-2009 23:39

anak2 dah tidur Ena???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 11:43 PM | Show all posts
mcm tu esok akk sambung lagi ya...
cmf_blingblings Post at 27-10-2009 23:38
kak ngah ada lagi tapi nw buat hal lah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:44 PM | Show all posts
anak-2 dah tidor after dipaksa sejam yg lalu.... Nadia balas dendam dah 2-3 minggu kena catu tak leh tengok tv sbb exam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2009 11:45 PM | Show all posts
kak bling sambung lah lagi...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:45 PM | Show all posts
ok gtg, ED nak gune tenet
c u all trow..
gud nite semua..Assalamualaikum...
mialynn Post at 27-10-2009 23:19
waalaikum salam lynn..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.271764 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list