maybe gak lagu2 tu memang dah prepare awal lagi b4 shahir kuar...
tapi adira tu dibagi lagu rock minggu ni rasanya sbb paknil tegur selalu sgt bawak genre sama...so agak boring la...
so aku speku cd tu dibuat after konsert ke-7 itu yakni pada hari ahad siangnya...
shahir akan buat persembahan sejurus selepas 7 dak2 af abis nyanyi.... minggu lepas haril, minggu ni ostad shahir tapi..... motip mereka lupa hujung minggu ni hari ibu.... takder ker lagu bonda - m.nasir?
Adira dilaporkan terkena jangkitan dan telah dikuarantikan. Ini mengakibatkan dia tidak dibenarkan untuk masuk ke kelas untuk menghalang penyakitnya merebak kepada pelajar lain Apakah sebenarnya yang berlaku kepada pelajar ini dan bagaimana dia menjalani latihan untuk konsert minggu ini?
Diari hari ini masih fokus kepada Daus yang sangat bersungguh-sungguh melakukan latihan untuk persembahannya minggu ini. Amat jarang dapat melihat pelajar ini membazirkan masa lapang. Pada kelas Cikgu Siti Hajar pula, Ain telah ditegur kerana terlalu berfikir negatif dan itulah puncanya mendapat migrain. Cikgu Siti juga sempat bergurau mengatakan Maulana mempunyai muka yang nampak jahat
Paling menarik tentunya dengan kehadiran dua selebriti dan juga model terkenal. Kehadiran mereka adalah untuk berkongsi dengan pelajar-pelajar ini seterusnya mengajar mereka cara-cara beraksi di depan kamera. Siapakah yang paling teruja dengan kehadiran mereka?