|
Warna Kehidupan: 'Bertudung litup, berlengan pendek, berseluar sendat'
[Copy link]
|
|
bnyk nye koleksi mek geen...
carold Post at 6-5-2010 15:04
yg byk koleksi, google tuh kaka |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by DTECCONAN at 6-5-2010 15:50
kalau tak bertudung tapi perangai elok sekalipun, dosa tak pakai tudung tu tetap ada
mungkin ada fatwa mengatakan tak apa la, pahala aku dah banyak, apa sangat ler setakat dosa tak pakai tudung |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 76# cozack
betul ke air haram tu?..atau superimpose? |
|
|
|
|
|
|
|
bertutup..tapi pakai baju sendat..foundation 10kati ..minyak kat muka leh wat goreng telur ...
carold Post at 6-5-2010 15:42
kalo da pakai tudung cam talibanis tuh, mekap mate je kak |
|
|
|
|
|
|
|
Tak baik gelakkan orang muka berminyak kak...
juwaini Post at 6-5-2010 15:43
oppppss...sori ler
kaka gelak kan artis2 wanita kt m'sia ler |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 178# carold
muka berminyak tak tahan panas ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Salah? Tutop aurat adalah wajib. Itu asas Bob........
Cumanya apa kah itu aurat? Ada ...
Maideen. Post at 6-5-2010 13:04
apa ko ckp ni maideen,,,,, berbelit2... x paham aku...
pada aku aurat ni perkara asas dlm Islam...
pakaian yg tidak menampak kan susuk tubuh bagi wanita...
itu aje... sgt mudah Islam ni... |
|
|
|
|
|
|
|
klau pakai tudung, xsendat2..tp camni bley x???
cozack Post at 6-5-2010 12:32
mmg la x blh... aduuusss ko ni.....
TT ni cuma nk jelaskan stail wanita pakai tudung zaman skrg... tidak mengikut syariah Islam....
ko faham x maksud TT ni.. atau ko bt2 x faham...
knp lak ko tepek kn gmabr ni kt cni...
kalu pakai tudung pn tapi bt dosa mmg la x blh.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo da pakai tudung cam talibanis tuh, mekap mate je kak
geenie Post at 6-5-2010 16:02
cam wahidaaa wasana wasini tu ker
tapi celak mata di tu..cam melampau ler pulok |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bukak aje bab tudung, musti jadi cenggini..
Apa susah. Kalo korang nak percaya hadis, korang pakai tudung. Kalau korang punya pegangan berdasarkan Qur'an semata-mata, korang takyah pakai. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply carold
muka berminyak tak tahan panas ke?
noor2 Post at 6-5-2010 16:02
muka siapa akak cakap ni..
muka kita jenis tak beminyak la kaka noor..
kita x suka pakai foundation ker..segala mak nenek kosmetik tu..
nak solat kat opis..susah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo xpecaya hadis mcm mana lak cara solat ikut Quran? ada dibgtau ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kalo xikut hadis mcm mana lak cara solat ikut Quran? ada dibgtau ke?
czizoud Post at 6-5-2010 16:24
Ada... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut dari segi hukum..bertudung adalah wajib dan i betul2 faham about that konsep.... ...
LeyyaHanna Post at 6-5-2010 12:29
x btl.. bertudung itu adalah asas dlm Islam... apabila cukup ilmu agama nye... org itu x akan pikir da besedia ke belum...
mcm juga semayang.... semayang itu tiang agama......
mcm u mkn nasi la.... u mkn nasi je... tp xde lauk.... sedap ke?/ |
|
|
|
|
|
|
|
Ada...
juwaini Post at 6-5-2010 16:25
secara detail? ke hanya sebut sujud rukuk jer? |
|
|
|
|
|
|
|
secara detail? ke hanya sebut sujud rukuk jer?
czizoud Post at 6-5-2010 16:26
Rukun asas yang 13, yes... |
|
|
|
|
|
|
|
macam tahu2 je mamat ni... kasmela mesti suka.. he he he
Don't Judge A Book By Its Cover : Suatu BidasanShare. Today at 16:11
'DONT JUDGE A BOOK BY iTS COVER' Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.
"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.
Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game'dan 'curi tulang' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, telah lama melewati tempoh yang diwajibkan.
Majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"
Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' dan 'curi tulang' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya tetap seorang pekerja cemerlang"
Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ? Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya? Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata.
Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.
Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'. Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :
إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار
Ertinya : "Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka"
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )
Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.
Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW
Ertinya : "Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?.
Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya?
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/288/99/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|