Post Last Edit by dauswq at 6-7-2010 15:28
BAB 8: Terbitnya rasa cinta
Banglo mewah bercirikan Mexican yang terletak di pinggir bandar Selatan Miami dijadikan tapak berlangsungnya majlis hari jadi Gilbert.Beranda yang bertatahkan batuan marmar diimportkan dari Parsi dan kubah yang direka khas oleh arkitek dari Moors menyerlahkan lagi keindahan banglo milikbapa kepada Gilbert itu. Di luar banglo terdirinya deretan pokok bongsai secara simetrik di sepanjang jalan menghubungkan pintu depan dengan pagar banglo. Di penjuru kanan jendela banglo tampak kelipan cahaya lampu chandelier dan rimbunan manusia dari ceruk bangsa Amerika. Mereka sedang meneguk arak dan berbual mesra. Kelihatan BMW milik Gilbert merentasi jalan menuju ke banglo itu.Pemandunya tidak lain tidak bukan ialah Hakimi dan Gilbert yang duduk di sampingnya.
Orang ramai berpusu-pusu keluar merapati BMW. Salah seorang antara mereka ialah paparazzi dari sebuah majalah terkemuka, American Superstar Magazine. Cahaya kamera Nikon berpinar-pinar menangkap wajah Gilbert yang duduk di belakang. Sekali sekala kamera dialihkan kepada Hakimi yang sedang memandu. Paparazzi itu tersenyum ringkas dan pastinya dia ada bahan untuk di karang dalam majalah tersebut. Orang ramai tidak menghiraukan kelibat Hakimi yang baru keluar di hadapan. Sebaik sahaja Gilbert melangkah keluar, seorang lelaki berbangsa Latino menarik Gilbert lalu mengucup keras wanita itu. Gilbert tidak menolak sebaliknya mendakap lelaki itu dengan erat. Hakimi berasa jijik melihat perbuatan Gilbert namun tiada sekelumit perasaan cemburu terbit dari sanubarinya. Hakimi tahu akan perangai Gilbert yang suka berfoya-foya itu. Kedatangan Hakimi disambut oleh kedua-dua orang tua Gilbert.
“Welcome Kimi. Thank for coming straightly from Michigan ,” kata Mr. Brad, bapa Gilbert. Walaupun beliau sudah menjangkau usia 60-an, beliau kelihatan tegap dan sihat.
“It is okay Mr. Brad. Thanks for the invitation ,” kata Hakimi. Bapa Gilbert tersenyum dan segera menjemput Hakimi ke dalam rumah.
“Dad,where is Kimi? ,” tanya Gilbert kepada ayahnya.
“He is inside. “ Bapa Gilbert menunjukkan jari ibunya ke dalam ruang tamu. Gilbert meleraikan sepatunya sebelum melangkah naik anak tangga menuju ke ruang tamu.
Sementara itu, Aliah dan Sarah sedang dalam perjalanan menuju ke banglo Gilbert setelah mereka membaca mesej yang diberikan oleh penyambut tetamu hotel.
“Kau betul ker nak pi banglo tu? Kita tak dijemput kan? ,” tanya Aliah.
“Macam manapun aku nak serahkan rantai kunci ni ,” kata Sarah sambil menunjukkan rantai kunci.
“ Kau dah abiskan cuti musim panas aku. Malam ni sepatutnya aku berjemur dalam sauna, “ rajuk Aliah dengan mulut muncungnya.
“Sorry aku libatkan kau dalam hal ni . “
“Hahaha..tak pe aku yang nak ikut. Bukan kau suruh aku ikut pun. Aku risau gak. Aku dah janji dengan Dr. Azmin supaya memastikan kau selamat kat sini ,” kata Aliah.
“Thanks, Aliah. Kaulah kawan baik aku sepanjang hayat . “ Sarah tersenyum gembira.
Teksi berhenti di hadapan pagar banglo itu. Seorang pengawal bertugas menghampiri mereka.
“Do you have invitation card? ,” tanya pengawal itu.
“No. We don’t have. We just wait for someone ,” kata Aliah kepada pengawal itu.
Aliah sedang menaip SMS kepada Hakimi memaklumkan ketibaannya.
“ Aku keluar kejap. Nanti senang dia nampak aku kat luar .” Sarah menarik punat pintu teksi lalu membuka selak pintu. Dia berjalan ke arah pagar yang terkunci itu.
“Gilbert,I have someone to bring in. The girl whom I talked on the phone,”
kata Hakimi kepada Gilbert.
“Okay.Let her inside .” Gilbert mengiyakan permintaan Hakimi dengan nada yang gembira. Lelaki Latino yang berdiri di samping Gilbert tersengih seperti kera sumbang. Gilbert berbisik membicarakan sesuatu kepada lelaki Latino itu.
Mimik muka Sarah yang masam itu berubah tatkala wujudnya bayang-bayang manusia yang bergerak ke arahnya.
“Kimi ,“ panggil Sarah.
“Nah, rantai kunci .” Sarah menghulurkan rantai kunci melalui celah pagar tersebut. Hakimi mencapai rantai kunci itu dan segera menarik pergelangan tangan Sarah secara perlahan-lahan.
“Kenapa?, “ tanya Sarah dengan raut wajahnya yang segan.
“ Gilbert benarkan Sarah masuk ,” sebut Hakimi secara ringkas. Sarah memandang ke arah Aliah yang berada dalam teksi. Aliah memberikan isyarat ‘greenlight’ bermakna dia ‘okay’ dengan permintaan Sarah.
“Jom masuk. Ada banyak makanan sedap ,” kata Hakimi sambil menarik pergelangan tangan Sarah. Sarah tidak menolak sebaliknya menyerah.
Sampai sahaja Hakimi dan Sarah di ruang tamu, kedatangan mereka disambut ringkas oleh bapa Gilbert. Suasana parti hari jadi agak meriah dengan dendangan lagu ‘TikTok’ nyanyian Keisha. Orang ramai menari mengikut rentak lagu itu, yang perempuan menggelekkan pinggung mereka manakala yang lelaki pula mendakap dan menarik pasangan perempuan mereka. Ada juga di antara mereka yang hanya meneguk arak. Tidak terkecuali Mr. Brad.
“Here,my friend from same hometown ,” jelas Hakimi kepada Aliah. Hakimi beralih kepada tetamu lain sebaik sahaja memperkenalkan Sarah kepada Gilbert.
“Oh,nice to meet you! I’m Gilbert ,” kata Gilbert memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan kanannya untuk berjabat tangan manakala tangan kirinya diseluk ke belakang seperti memegang sesuatu.
“Thank you ,” kata Sarah dengan nada gembira. “I’m Sarah....” Sebelum sempat Sarah mengakhiri bicaranya, dia merasakan titisan air di ubun kepalanya. Cecair berwarna kehitam-hitaman jatuh mencurah-curah membasahi rambut Sarah. Rupanya Gilbert sengaja menumpahkan segelas arak ke atas kepala Sarah. Mimik mukanya kelihatan puas dan gembira dengan perbuatannya itu. Sarah agak terkejut tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa.
Lelaki Latino menjerit dengan kuat seraya berkata ,” Look at this bitch. She deserved it .... To mess our princess’s party is a taboo .” Lelaki Latino itu ketawa terbahak-bahak diiringi dengan gelak tawa hadirin parti. Ada antara mereka bersimpati. Hakimi yang baru sedar menggenggam erat tangannya. Kerana tidak tahan akan gelak tawa para tetamu , dia segera mencapai kot lalu menutup badan Sarah yang basah itu. Aksinya yang pantas itu membuatkan Gilbert marah.
“Hey, what are you trying to do? You know you will lost everything when you stick to that bitch,” jerit Gilbert kemarahan.
“I don’t mind. I felt regret when I first meet you. You don’t make me happy. Instead, I suffer more , “ kata Hakimi dengan nada yang agak tegas.
“Dad! “ rajuk Gilbert sambil menggoyangkan tubuh bapanya. “Hakimi, do you know what you just saying just now? Do you aware of the consequence? ,” kata mr. Brad. Kali ini beliau kelihatan tegap dan tegas dalam percakapannya.
“Thank you for everything you have done. I really appreaciate it ,” kata Hakimi sambil menundukkan kepalanya.Tanpa membuang masa, dia segera menarik pergelangan tangan Sarah keluar dari banglo tersebut. Mr. Brad hanya diam membatu. Belum pernah lagi ada manusia yang berani membelakangkannya. Gilbert pula rebah dan terkejut dengan perlakuan terang-terangan Hakimi. Lelaki Latino itu sempat menyambut tubuh Gilbert yang tidak bermaya.
Sementara itu, di luar banglo, kelihatan Hakimi yang sedang menggenggam erat tangan Sarah.
“Sudahlah Kimi. Sarah tahu kimi saja nak malukan Sarah kan ,” kata Sarah lalu meleraikan tangan Hakimi dari pergelangan tangannya.
“Benarkah Sarah rasa Kimi macam tu orangnya ? ,” tanya Kimi dengan nada yang rendah.
Sarah hanya diam membisu. Tetapi, dari mimik mukanya, ternyata dia agak gembira dengan perlakuan berani Hakimi di hadapan tetamu parti tersebut.
“Biar Kimi pegang saje tangan Sarah. Kimi rasa bersalah bawa Sarah ke parti tak bermaruah ini ,” kata Hakimi lagi.
Sarah kelihatan malu. Mukanya sedikit merah padam. Hatinya mula mekar seperti bunga seri pagi yang mengeluarkan kelopaknya di waktu pagi. Adakah ini cinta, katanya lagi. Jantungnya berdegup kencang melihat ketampanan Hakimi. Mereka berjalan ke arah pagar banglo. |