CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KUDABELANG

Pengacara Popular TV Putus Tunang?

  [Copy link]
Post time 5-8-2011 09:55 AM | Show all posts
insyallah kan dpat pengganti yang lebih baik lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2011 10:02 AM | Show all posts
yang tekini.. tatau dah ader ker blom




Desas-desus mengenai pertunangan Ally Iskandar & Nur  ...
samshik Post at 5-8-2011 09:46



    no chemistry punya kes la nihh
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 10:06 AM | Show all posts
cinta tak boleh dipaksa
sumtimes org tu lebih sesuai jadi kawan kita je
utk jadi suami/isteri mmg tak ada perasaan kearah tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 10:26 AM | Show all posts
haiyyah... kenapala si ally ni tak terdetik hati nk tackle fafau? chemistry antara dorang memang ada, as a team work mmg dorang nampak secocok n sekepala. as a couple, taktaula kan, tak cuba maka taktau.

peminat2 pon sure happy for both of them. mane tau.. sanding olok2 dulu tu mmg sebenaunye jodoh antara dorang. ally pernah kata antara dia ngan fafau dh mcm adik abg.. wakaka...  ok apa fafau tu. takdela se cun fasha sandha idaman dia tu.. tp manis, independent, cheerful and tak dipenuhi gossip liar.

go ally go! fafau always there for u. hehe.. fafau tu pon sibuk dok cari jodoh ke hulu ke hilir. dating ngan pendengar la.. mcm2 cara.. try dating ngan ally pulak. cer acu try test sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 10:27 AM | Show all posts
dh takde jodoh..redha je la..
ramai lagi ada kt luar tu.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 10:32 AM | Show all posts
iols pun redha nie
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2011 10:58 AM | Show all posts
Tak Serasi

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
[email protected]

SHAH ALAM: “Saya terkilan kerana hasrat menyambut Ramadan dan Syawal bersama tunang tersayang tidak kesampaian kerana detik rasmi iaitu pada 30 Julai (Sabtu) lalu adalah tarikh putusnya ikatan pertunangan kami.

“Sepanjang tempoh lima bulan mengikat tali pertunangan kami cuba untuk mencari keserasian, namun usaha itu menemui jalan buntu,” kata pengacara popular, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 35, selebriti tempatan terbaru yang disahkan memutuskan ikatan pertunangan bersama naib juara Gadis Melayu 1, Nur Aishah Zainal.

Ally ketika ditemui di Plaza Alam Sentral, di sini, semalam mengesahkan sudah memutuskan ikatan pertunangannya dengan Nur Aishah, Sabtu lalu apabila kakak dan bapa saudaranya yang bertindak sebagai wakil ditugaskan ke rumah bekas tunangnya (rumah kakak Nur Aishah) di Ampang menyampaikan hasrat memutuskan pertunangan. ]

“Keputusan ini dibuat atas kata sepakat dan dibincang bersama sejak 23 Julai lalu. Dalam tempoh seminggu, kami cuba berbincang dan memperbaiki hubungan ini, namun usaha kami gagal, akhirnya jalan penyelesaiannya adalah putus tunang,” katanya.

Menurut Ally, walaupun akur dengan keputusan itu, kedua-dua mereka tidak pernah berbalah malah perpisahan itu diuruskan dengan baik mengikut adat Melayu.

Katanya, walaupun mereka sudah mengenali sejak 2008 lagi, namun tempoh tiga bulan mengenali hati budi masing-masing iaitu sejak November tahun lalu sehingga Januari tahun ini tidak cukup buat mereka sebelum mereka mengambil keputusan mengikat tali pertunangan pada 11 Februari lalu.  

“Kami merancang mendirikan masjid (berkahwin) pada hujung tahun ini, namun apakan daya jodoh di tangan Allah kerana dia lebih mengetahui ada hikmah di sebalik apa terjadi.

Ally menegaskan, di sebalik keputusan itu tidak pernah timbul isu wujudnya pihak ketiga sebaliknya ia berpunca kerana tiada kesepakatan dan ketidakjelasan hubungan mereka.

Ketika diajukan soalan mengenai tindakan Nur Aisyah memuatkan kenyataan ‘I officially single’ (secara rasmi saya masih belum berpunya) di lama facebook, Ally menganggap perkara itu adalah hak peribadi bekas tunangnya.




Credits: hmetro.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 12:29 PM | Show all posts
Sah! Pengacara Ally Iskandar Sudah Putus Tunang...



Teks: Ellyna Ali

KUALA LUMPUR, 5 OGOS 2011: Selepas 5 bulan mengikat tali pertunangan dengan Nur Aishah Zainal pada awal Februari tahun ini, akhirnya hubungan pengacara popular Ally Iskandar dengan naib juara program realiti Gadis Melayu musim yang pertama itu telah pun berakhir secara rasmi pada Sabtu lalu.

Pasangan ini telah mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka secara baik kerana wujudnya ketidaksefahaman di dalam hubungan mereka selama ini. Keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka juga turut diterima oleh keluarga masing-masing.

Malah, pada Sabtu lalu, pihak keluarga Ally juga sendiri telah bertandang ke rumah keluarga Aishah di Ampang, Selangor untuk tersebut serta memulangkan cincin pertunangan mereka mengikut adat.

Ketika ditemui, Ally Iskandar memberitahu, apa yang berlaku ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapinya.

"Saya sedih. Tapi, kita sudah berusaha untuk mencuba. Tapi, apa yang boleh kami katakan, sepanjang tempoh 5 bulan kami bertunang, sukar untuk kami mencari persefahaman. Malah, prinsip kami juga agak berbeza.

"Rasanya ini adalah jalan yang terbaik (memutuskan pertunangan). Kami sama-sama yang ambil keputusan ini dan kami juga memutuskan pertunangan ini secara baik.

"Buat masa ini, saya sedang berusaha untuk cuba memulihkan perasaan saya. Mungkin dengan memberikan tumpuan terhadap kerjaya, ia mampu memberikan hasil. Insya Allah," katanya kepada murai.com.my.

Menurut Ally Iskandar lagi, keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Nur Aishah juga tiada kena-mengena langsung dengan tindakan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang turut berbuat demikian terhadap tunangnya baru-baru ini.

"Apa yang saya lakukan ini, langsung tiada kena-mengena dengan dia," katanya.



Credits: murai.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2011 01:34 PM | Show all posts
sedih dengar putus2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 02:26 PM | Show all posts
musim org putus tunang ke skrg ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2011 03:30 PM | Show all posts
aishah ni suka mgongkong
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 03:47 PM | Show all posts
yer ally  cuba laa ngurat fafau tuh...fafau single jugak
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 03:49 PM | Show all posts
dah disahkan.. ally dah buat statement
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 04:39 PM | Show all posts
contoh ppuan mcm ni. farah fauzana kah atau fasha sandha kah

aku takut kes dia tunang d ...
seb_baik Post at 5-8-2011 08:10


entah laa u...those Fara N Fasha pon tak bole..
seriously kalau pada aku yg paling dekat laa..charcter2 mcm Maya Karin..yg ada mother material, articulate, educated...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 05:23 PM | Show all posts
kesian ally...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 05:38 PM | Show all posts
thread ni kene merge ngan thread sblh ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2011 05:41 PM | Show all posts
Reply 181# menjad


   betul2X...ai okey
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 05:42 PM | Show all posts
hehehe luper plop cek innn
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 05:43 PM | Show all posts
2 benang serupa tajuk laen2...tertipu jahh
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2012 04:56 PM | Show all posts
owhhh citer lama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.045205 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list