dari harian metro
Kenduri buat peminat, penyokong[size=0.9em]SHAH ALAM: "Kami ucap terima kasih kepada penyokong dan pengundi dan merancang untuk mengadakan majlis kenduri bagi meraikan mereka nanti," kata Sepahtu. [size=0.9em]Kumpulan Sepahtu dianggotai Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), Shahmira Muhamad (Shuib) dan Rahim Mat Ali (Rahim) muncul juara final Maharaja Lawak Mega 2013 selepas menewaskan empat lagi kumpulan lain, malam tadi.
Jep pula berkata: "Wang kemenangan belum difikirkan lagi untuk digunakan tapi akan diberikan sama rata. Kedudukan Rahim juga hanya untuk projek MLM 2013 dan selanjutnya kami belum dapat tentukan."
Kejutan dilakukan Sepahtu dengan komedi yang menarik dan menggeletek hati peminat memberi peluang mereka membawa pulang RM500,000 tunai dan trofi.
[size=0.9em]Tempat kedua dimenangi kumpulan Shiro yang dianggotai Shahrol Azizie Azmi (Shahrol) dan Mohd Hanaffi Razak (Ajak). Mereka membawa pulang RM250,000. [size=0.9em]
Tempat ketiga membawa pulang RM150,000 berserta trofi dimenangi kumpulan Bocey yang dianggotai Farid Bocik, Abam Bocik dan Achey.
Kumpulan Jambu dan Nabil yang mendapat tempat keempat dan kelima masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi.
Hadiah disampaikan Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro Nizam Sani, Pengurus Saluran Astro Warna, Rostam Said dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro Khairul Anuar Salleh.
http://www.hmetro.com.my/article ... Article?BeritaUtama

|