|
saudagaralam posted on 18-7-2014 11:51 AM
Mesti setiap muzium ada consultant yg neutralkan barang2 mereka. Belum jumpa lagi sesiapa nak kong ...
bercakap pasal keris lama ni... saya pernah mengalami sendiri gangguan dr penjaga keris tu...
kejadian tu dekat rumah lama Allahyarham Dato Meor pengasas Silat Seni Gayong Malaysia...
mlm tu ada latihan silat kt gelanggang depan rmh tu...
kawan abang ipar ada bawa keris & pelbagai alatan lain yg mistik...
mlm tu dia telah buka ikatan keris tu yg diikat dgn kain kuning...
end of story... mlm tu kami satu rumah kena ganggu kt penunggu keris tu...
mcm2 bunyi kt tingkat atas rmh tu...
seram yg amat... nasib baik dia tak tonjolkan diri... kalau tak mau pengsan rasanya... |
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 18-7-2014 12:34 PM
Suasana di alam lain? Anda perlu lengkapkan pieces of jigsaw puzzle yg kami sampaikan sikit demi s ...
Jigsaw puzzle?
So this story has an objective/objectives?
I like the story, but when there are too many restriction regarding certain info i.e. classified, i smell something fishy..
Hehehe.. takpalah den baco yo ...
Tuan, tak boleh kah upgrade jadi seminggu 3 kali.. lrasa lambat jer citer nak abis..
|
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 18-7-2014 01:19 PM
bercakap pasal keris lama ni... saya pernah mengalami sendiri gangguan dr penjaga keris tu...
ke ...
Awak ada isi kot, sebab tu penjaga tak berani kacau.
Dia buat rock konsert je nak release tension duduk dlm keris lama sangat |
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 18-7-2014 04:01 PM
Ada pembaca dah berjaya decode, sanggup susah2 datang dari jauh cari En. Salim. Tapi mcm biasa la, ...
Hehehe sokmo berkod kod nih..
Den memang tak dapek nnak pocahkan kod nyer..
KOd berkenaan aper ek?
|
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 27-5-2014 10:43 AM
Merujuk kepada isu berkenaan, berpandukan perbincangan panjang lebar saya bersama tuan punya cerita ...
Oh tuan S& A ada akaun cari forum..
Saya dok cari2 kat mana kod2nya.. huhu.
|
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 18-7-2014 03:53 PM
Awak ada isi kot, sebab tu penjaga tak berani kacau.
Dia buat rock konsert je nak release tensi ...
Hehehehe... Isi apa yg ada TT... Saya biasa2 jer... Takde keistimewaan apa2 pun... |
|
|
|
|
|
|
|
UJIAN PERSAUDARAAN
"Kopi susu siappp!!!" laung Sakroni gayanya seperti di kedai mamak. Seperti biasa, dia tangkas membancuh minuman panas berkenaan di dapur. Gelas kemudian dihulur kepada Siva dan Hanim yang sejak beberapa hari lepas berhajat sangat hendak bertandang ke rumahnya.
"Kami datang ni nak beritahu pasal Salim, supaya doc tidak terpengaruh dengan dia" kata Siva yang terbiasa memanggil Sakroni dengan gelaran doktor.
Sakroni sudah mula terasa hati apabila nama sahabat baiknya disebut, tapi dia terus mendengar dengan teliti butir "nasihat" dua orang dihadapannya itu.
"Salim tu orang yang tak boleh diikut sangat. Satu ketika saya dan keluarga saya hampir maut kerana kerenah dia"
Hanim menjelaskan bahawa sebelum ini Arif telah membantu mengikat makhluk halus yang mengganggu keluarganya. Tetapi Salim tanpa izin abangnya, sengaja membuka kuncinya membebaskan dan menggunakan semula makhluk jahat itu.
"Salim tu kerja dengan kami, tapi asyik memperkudakan orang sahaja. Suka-suka suruh hantar sana sini asal dia senang, tak fikir orang lain" kata Hanim beriya-iya sambil menambah Salim selalu berlagak seperti boss garang, bersikap kasar dan selalu marah tidak tentu pasal.
"Itulah, katanya dia penasihat Arif. Dulu kalau saya jalan ke alam sana, saya mesti jumpa Salim di depan saya. Sekarang ni dah tak ada, macam dah ditarik power yang ada pada dia" kata Hanim dengan yakin.
"Lagi pulak Salim tu dalam diam ada simpan mata air di Pulau Batang, tak jujur dia tu" tambah Siva.
Sakroni terkejut dengan gelagat Siva dan Hanim. Walhal Salim lah orang yang memperkenalkan mereka kepada Arif. Patutlah sejak akhir-akhir ini Salim keberatan jika diajak berkunjung ke rumah abangnya. Salim tidak pula membuka mulut untuk menceritakan situasi berkenaan.
Beberapa hari kemudian, Sakroni pergi ke rumah Arif untuk mendengar kisah dari sumbernya. Rupa-rupanya cerita tentang Salim semakin kronik.
"Baru baru ini Salim ada pergi ke Pulau Batang, di sana dia cuba menarik harta karun. Ada orang beritahu saya" berkerut muka Arif kerana perbuatan itu memang satu kesalahan.
'Tapi bang, mata saya sendiri lihat paspot Salim dah setahun dia tak ke pulau tu. Macam mana cerita itu boleh timbul?" Sakroni bangkit memberikan fakta sebenar kepada Arif.
Demi Allah, Sakroni tak mahu mereka berantakan. Kerjasama dua beradik yang istimewa itu selama ini telah banyak membantu orang ramai yang ditimpa musibah dan penyakit.
Mendengarkan pengakuan Sakroni, kelihatan Arif tersentak sedikit. Setelah bertenang, Arif menadah tangan dan berdoa dengan niat sesiapa yang jua bersalah moga kembali balik ke pangkal jalan. Kalau tidak, dia serahkan kepada Allah swt.
Kemudian Sakroni pergi ke rumah Salim untuk bertanya khabar.
"Saya sedang puasa untuk 3 bulan bang. Moga Allah swt berikan jawapan. Kalau saya salah, saya rela kembali ke rahmatullah daripada hidup menyusahkan orang lain. Kalau saya benar bererti saya difitnah" air muka Salim cukup tenang ketika mempertahankan dirinya.
Pada hujung bulan ketiga, Salim telah mendapat alamat suara dari Datuk Syeikh Karim.
"Cu, cu tak salah" kata beliau.
Salim menitiskan air mata ketika bercerita kepada Sakroni bahawa dia dan abangnya telah berbaik semula. Dua beradik itu tidak pernah menyimpan perasaan kecil hati antara satu sama lain. Ujian persaudaraan yang getir itu menyebabkan hubungan mereka bertambah kental, tiada yang boleh memisahkan mereka lagi kecuali mati.
Bersambung... 190# Last edited by saudagaralam on 24-7-2014 04:36 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
manusia memang mcm tu... dengki & khianat makanan hidup... |
|
|
|
|
|
|
|
SUCINYA SUTERA PUTIH
Awan bergerak perlahan, suasana sangat nyaman. Dewa Sinta duduk memikirkan orang yang ingin disayangi, si cantik manis Putri Sutra Putih. Segala usaha telah dilakukan untuk menambat hati sang Putri tetapi masih belum berjaya. Setiap kali mencuba, semakin Putri tidak mengendahkannya. Hati sang Dewa semakin sedih kerana cintanya tidak di balas, benar-benar bertepuk sebelah tangan.
"Daripada dia diambil orang, biar aku ambil semangatnya. Biar sang Putri terus membujang tanpa ingin berumah tangga, selagi tidak dengan aku'' kata hati Dewa melaksanakan niat jahatnya.
Putri Sutra Putih sadar apa yang berlaku pada dirinya, hanya untuk sementara ini beliau tidak tahu mahu minta tolong ke mana. Hidupnya kosong, tidak punya keinginan untuk menjadi isteri sesiapapun . Ramai yang ingin menyuntingnya tetapi hatinya tidak terbuka. Akhirnya Putri mendapat petunjuk agar beliau berjumpa Arif.
"Wahai Arif, hamba Putri Sutra Putih. Hamba ingin meminta bantuan tuan" mohon Putri
"Apakah bantuan yang Putri mahukan?" soal Arif
"Hidup hamba kosong, semangat hamba sudah tiada, bolehkah tuan hamba bantu hamba?" Putri merayu.
"Wahai Putri, hamba simpati dengan apa yang Putri alami, hanya saja kes ini sangat berat" Arif menyatakan pendapatnya.
"Maksud tuan hamba?" Putri ingin tahu selanjutnya.
"Berilah hamba masa untuk merujuk duduk perkara pada Atuk saya" jelas Arif lalu berdoa untuk berjumpa Datuk Syeikh Karim.
"Tentang Putri itu Atuk sedia bantu cucu" lalu Datuk Syeikh Karim menyahut.
"Tuk, apa kita hendak buat ni?" Arif membincangkan masalah yang dihadapi Putri.
"Ayuh kita pergi ke penjara alam sana. Di sanalah semangat Putri terikat. Atuk akan ambil semula cu"
Mereka bertolak lalu menemui kedudukan penjara tersebut. Datuk Syeikh Karim melakukan tugasnya mengambil semula semangat Putri Sutra Putih lalu dikembalikan ke tubuh tuan punya badan.
Serta-merta Putri Sutra Putih terasa adanya perubahan pada tubuh badanya. Beliau gembira sudah pulih lalu berjumpa Arif.
"Tuan hamba, ingin hamba mengucapkan terima kasih atas pertolongan yang tuan berikan" kata Putri Sutra Putih.
"Bersyukurlah Putri atas jasa Atuk, semangat Putri dapat dikembalikan" jawab Arif.
'Terima kasih jua pada Datuk Syeikh Karim ya" tambah Putri kemudian memohon diri dan terus hilang dari situ.
Seperti biasanya, kejadian tersebut akan Arif ceritakan kepada adiknya. Salim terus merenung jauh untuk mendapatkan maklumat keadaan terkini sang Putri.
"Memang benar Putri Sutra Putih sudah benar-benar pulih. Kini putri sudah dipinang oleh seorang putra raja yang kacak berasal dari negeri alam sana" kata Salim.
"Siapa nama putra yang bertuah tu?" tanya Arif lagi.
"Tengku Zakir namanya" tambah Salim.
Arif bersyukur Putri Sutra Putih akhirnya berjaya dibebaskan daripada belenggu dan cengkaman hasad dengki Dewa Sinta.
"Sekarang ni Putri selalu bersama Nyi Anjas di Gunung Lemang" Salim memberitahu Putri dan Nyi menjadi sahabat baik dan selalu berjumpa di gunung.
Menurut Salim, Dewi Kuan Chin adalah nama asal Putri Sutra Putih. Beliau adalah seorang putri muslimah kini hidup bahagia bersama suaminya Tengku Zakir.
Bersambung... 194#
Last edited by saudagaralam on 28-7-2014 08:47 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 24-7-2014 04:35 PM
SUCINYA SUTERA PUTIH
Awan bergerak perlahan, suasana sangat nyaman. Dewa Sinta duduk memikirkan o ...
Siapa yang adik, salim tau arif?? Keliru kejap.
|
|
|
|
|
|
|
|
magpie5672 posted on 25-7-2014 06:02 AM
Siapa yang adik, salim tau arif?? Keliru kejap.
Tiada hubungan darah. Salim kerapkali merujuk Arif sebagai abangnya. Maaf jika timbul kekeliruan.
Cuti raya ni nak naik Gunung Lemang la, berendam kat kolam air terjun.
|
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 25-7-2014 06:01 PM
Tiada hubungan darah. Salim kerapkali merujuk Arif sebagai abangnya. Maaf jika timbul kekeliruan.
...
Salim x dak kampung ker?
|
|
|
|
|
|
|
|
DURIAN DAN PULASAN
Kotak bungkusan peranti elektronik yang baru dibeli itu dibuka. Spesifikasi LTE network, CPU Quad core, 3GB RAM dan OS Android KitKat. Boleh tahan juga kata Sakroni dalam hati, patutlah harganya cekik darah dan tiada diskaun. Sehelai demi sehelai sisipan manual tablet jenama Korea Selatan itu dibelek untuk mengetahui di mana hendak disumbatkan kad memori dan kad SIM. Dia tidak mahu ketinggalan bersosial media dan selfie dengan gadget mudah alih seperti orang lain.
Sebaik sahaja selesai log masuk aplikasi Facebook, Sakroni lihat ada message notification daripada orang yang tidak dikenali.
Fida : Assalamualaikum, nak tanya pak cik ni boleh mengubat ke? Saya peminat tegar cerita kat blog Saudagar Alam Lain. Saya hendak mintak tolong.
Sakroni : Sakit ape ye?
Fida : Susah nak dapat jodoh, dah rancang hendak kawin tapi tiba-tiba lelaki tu senyap. Makan tak banyak tapi saki perut berdenyut; buncit dan keras, tak lama kempis balik. Saya takut busung, hari-hari pergi gym perut tak mahu kecil pun. Badan ni macam ada yang menjalar jalar. Di kaki macam ada yang hinggap. Selalu ternampak dan terdengar bisikan makhluk halus. Selama ni kalau jumpa 10 tukang ubat termasuk di kampung semua jawapan tak sama.
Sakroni : Maaf, jangan salahkan sesiapa. Ingat, saya dan kawan saya bukan bomoh atau tukang ubat. Allah swt yang menyembuhkan.
Fida : OK faham, tolonglah pak cik. Saya boleh turun dari KL hujung minggu ni, ke rumah mak sedara di JB. Kemudian boleh jumpa pak cik untuk berubat.
Sakroni tidak terlayan gelagat Fida yang terlalu petah itu, terlalu banyak yang hendak diceritakan sekaligus dalam satu nafas. Ada baiknya Fida ditemani makciknya dibawa terus berjumpa dengan Salim.
Di rumah Salim, Fida menceritakan dia kacukan Arab dan Bugis. Sejak kecil datuknya sering membawanya ke Beting Beras Basah yang terkenal dengan kisah-kisah misteri. Setelah dewasa dia merasakan ada keganjilan pada dirinya. Sebagai seorang wanita muda, Fida cukup hairan setiap kali dia mempunyai kawan lelaki yang ingin lebih rapat dengannya selalu berakhir dengan kegagalan. Pria idaman semakin hari semakin menjauhkan diri. Seringkali Fida ditegur pacar bahawa wajahnya selalu berubah-ubah dan memberi alasan seperti ada benda yang sukar dijelaskan.
Salim terus dapat melihat makhluk halus yang mendampinginya. Menjelma seorang wanita tua dan dua orang budak kecil; satu hitam dan satu putih. Fida mengesahkan bahawa makhluk itulah yang selalu dilihatnya
"Fida duduk berlunjur ke arah kiblat, selawat terus semasa saya buat kerja, lihat ke depan" Salim memberi arahan ringkas.
Salim berdoa lalu melibaskan kain pada badan Fida beberapa kali. Semasa libasan di buat, makcik Fida ternampak makhluk halus itu satu persatu terpelanting keluar dari badan Fida. Mula-mula perempuan, kemudian dua budak berjejari tangan bulat berkulit hitam dan satu lagi berkulit putih. Fida sendiri dapat melihatnya dan disahkan oleh Salim sendiri akan kejadian itu.
"Badan dah terasa ringan" kata Fida spontan.
"Baring, saya hendak periksa badan. Selepas ini awak pergi mandi" arah Salim lagi.
Setelah selesai, Fida menyerahkan baju basahannya. Sakroni tidak dapat mengelak 'tugas rasmi' membuang baju basahan itu ke tempat air mengalir.
"Dalamannya masih belum bersih, perlu datang buat sekali lagi" ujar Salim kepada semua yang hadir.
Semasa perjalanan pulang, Fida terdengar obrolan Sakroni mengajak Salim singgah di kebun pekan sebelah sana kerana sekarang musim buah. Sakroni setuju semua ikut bersama kerana boleh menghirup udara segar setelah letih berubat tadi. Lagipun jip SUV miliknya memang sesuai dipandu lasak. Fida gembira dapat memetik buah-buahan ranum dan berkata ingin melihat dirinya sihat seperti pokok-pokok di kebun itu.
"Pak cik, terima kasih banyak. Dah la saya datang berubat. Bawa balik KL durian dan pulasan free pulak" kata Fida segan.
"Dah lah tu syukur pada Allah je" jawab Salim tersenyum.
Sebelum bertolak, Fida dan Salim saling memohon maaf sekiranya ada terkasar gurauan dan terlebih kata semasa sesi rawatan tadi.
Keesokan paginya, tablet canggih Sakroni berdering lagi.
Fida : Pak cik, syukur perut dah tak sebu, yang keras di perut dah takde.
Sakroni : Makhluk tu camna?
Fida : Dah tak nampak, takde lagi yang jalar-jalar tu, cuma tadi malam mimpi aje.
Sakroni : Kalau nak datang buat rawatan susulan nanti beritahu ye.
Sakroni dan Salim bersyukur masalah yang Fida alami dahulu sudah hampir hilang. Semoga perubahan itu tanda tanda baik buat masa depannya.
Bersambung... 201#
Last edited by saudagaralam on 31-7-2014 01:37 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
:lol. TT. Kaka Google image puteri bunian. Xde pun lawa. Kalau TT ada snap picture atau selfie dengan puteri bunian roger kaka.pe kaka tahu bunian basil kacukan manusia dan jin. Beza bunian dengan manusia lekuk antara hidung dan bibir. Manusia Ada lekuk tu.bunian tak de.kaka pernah tengok ustaz mengubat dkt London. Jin eropah xde lah bijak sangat. Cuma mereka keras kepala. Kena pandai negotiate. Tp jin sana xminta pengeras pulut kuning, kambing, ayam hitan mcm jin Asia. Mereka suka minta barang lama.sebab tu kalau pg rumah org eropah tlg jgn usik barang rumah lama mereka. Ada satu perayaan di mama, arak, kek, dan manisan di biarkan di dapur rumah. Tetamu atau ahli keluarga di larang pergi dapur pada malam tu. Akan ada jin yg pg dapur dan cuci barang lama sehingga berkilat. Ni mmg tradisi di eropah. Dkt Asia banyak cuci Keris .dkt eropah dia org cuci teko, alat memasak lama, barang antik. |
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 28-7-2014 03:28 PM
DURIAN DAN PULASAN
Kotak bungkusan peranti elektronik yang baru dibeli itu dibuka. Spesifikasi LT ...
heheh..pelik pulak tajuk Durian dan Pulasan tu
|
|
|
|
|
|
|
|
magpie5672 posted on 26-7-2014 05:53 AM
Salim x dak kampung ker?
kampung En. Salim sangat urban.
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap posted on 28-7-2014 04:05 PM
:lol. TT. Kaka Google image puteri bunian. Xde pun lawa. Kalau TT ada snap picture atau selfie denga ...
Terima kasih sharing info jin euro tu, boleh nego barang antik pulak ye. Kalu kat sini, barang2 tu jadi buruan kaki nombor ekor je.
Photo selfie dgn puteri bunian? Ramai pulak jejaka yang gila bayang nanti, terabai gadis2 manusia jelita di luar sana.
Kadar kelahiran negara akan menjunam menyebabkan kekurangan tenaga kerja di masa hadapan lalu wawasan 2020 negara maju akan berdepan kegagalan yang hakiki. (logik tak alasan? )
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 28-7-2014 04:33 PM
heheh..pelik pulak tajuk Durian dan Pulasan tu
healthcare + agrotourism, sungguh holistik
|
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 28-7-2014 08:17 PM
kampung En. Salim sangat urban.
Ooo takdak kampung lah tuu..
Kalau mcm tu saya nak jemput encik salim datang beraya kat kampung saya...
Kesian..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|