CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seramado

Kutipan Polis Evo Sudah Cecah RM8 Juta

[Copy link]
Post time 6-10-2015 11:41 AM | Show all posts
haruslah replied at 6-10-2015 08:16 AM
hahah

tgk preview ade zizan pon dah rase spoil

i am not fan sam pun tp tiap kali tgk cite die, mmg x mengecewakan..die mmg in character!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2015 11:43 AM | Show all posts
agak stress hr ni...mcm nk gi tgk kali ke 2...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
gagakbiru replied at 6-10-2015 08:28 AM
zizan terbaik tak macam biasa.memang dalam polis evo watak dia tak bosan,kelakar..watak sam tu mem ...

Watak zizan buatkan filem ni tak bosan untuk ditonton dan lawak dia pun berpada-pada..memang terbaik zizan bawak watak inspektor sani
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
AppropriateNick replied at 6-10-2015 11:36 AM
sebab ko peminat zizan...tlg sket la..ko tgk jek la cara die pegang pistol..alahai gemalai

Itu yang unik dan menarik...rata2 peminat lebih terhibur tengok zizan berbanding sam
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 11:58 AM | Show all posts
torres9 replied at 6-10-2015 11:57 AM
Itu yang unik dan menarik...rata2 peminat lebih terhibur tengok zizan berbanding sam

mmg la terhibur tp...lagi macho bila sam buat lawak..macho gile serius...punchline skit jek esp part last2 tu...smart gile..kita nk laki mcm tu la
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 11:59 AM | Show all posts
citer ni mmg bes.
iols bkn peminat zizan n sam tp suke sgt citer ni.
esp citer dlm ni totally bab dadah...
xde pompuan2 mnari sparuh bogel kt club.
nk muntah bab itu.
jadi nora bg 10bintang!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2015 12:01 PM | Show all posts
torres9 replied at 6-10-2015 11:57 AM
Itu yang unik dan menarik...rata2 peminat lebih terhibur tengok zizan berbanding sam

thats y...aku rasa pun film ni boom sbb zizan bukan sam...alah bro,org kalau dah anti, wangi camna pun kata busuk...sebusuk tuan badan tu jugak...wakaka...

aku nak kena gi nengokkkk ni...jeles tgk komen korang...berapa million dah?? takkan 8juta lagi kot????
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 12:10 PM | Show all posts
tetiba mcm nak gi tgk je esok cite ni..
harap x indah kabar dr rupa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2015 04:27 PM | Show all posts
MH37O replied at 6-10-2015 12:01 PM
thats y...aku rasa pun film ni boom sbb zizan bukan sam...alah bro,org kalau dah anti, wangi camna ...

Kan??? Kalau dah tak suka, camne best pun tetap nak hencap....mmg haters giler punye character...

iols tak sabar gak nak nonton, kat wayang lagi best, kebaboomm
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 04:57 PM | Show all posts


i suka both sam n zizan.. mmg menjadikkkk... mmg i akan beli cd dia nti... nora pun lawakkk aaa... cuma watak maya tu je.. hampehh... ada ke xde watak tu x tinggalkan effect langsung...

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
[TERBARU] Filem #PolisEvo kutip RM13juta dalam tempoh 3 minggu ditayangkan di seluruh Malaysia & Brunei.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah sudah atasi kutipan KL Gangster.mampukah mencabar kutipan 17.6 juta the journey?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
elastico replied at 9-10-2015 07:03 PM
[TERBARU] Filem #PolisEvo kutip RM13juta dalam tempoh 3 minggu ditayangkan di seluruh Malaysia & Bru ...

Iols gumbira sbb melepasi kl gangster hew hew hew...  anytime mungkin boleh pegi 15jota cuma kalau nak beat the journey 17jota..  susah nak predict...  apa2 pun tahniah le..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 07:35 PM | Show all posts
Tahniah team Polis EVO......lps nih byk plak cerita polis ...ikut trend lah katakan hahahahaahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 07:35 PM | Show all posts
meols rasa filem malaysia boleh melepasi 20 - 25 juta lai 5 thun sekiranya market share audience mampu dikuasai....filem mcm the journey dan polis evo ni ditonton oleh semua bangsa... jgn lupa, kaum cina pegang big share juga utk penontonan cinema...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 07:39 PM | Show all posts
Kutipan akan naik lagi.
I sekeluarga nak gi pi tengok ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi tgk dkt mid valley. Mmg best. Lawak x keterlaluan. Skrip mcm bahasa perbualan. Di mana kadang2 kita memang akan bahan org
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 07:44 PM | Show all posts
Edited by sepitsiput at 9-10-2015 07:46 PM

top 5 filem terlaris Malaysia (berdasarkan kutipan ketika tayangan, bukan jumlah penonton atau adjusted inflation)

1. THE JOURNEY
RM17.7mil
genre Drama
lakonan Frankie Lee)
Studio : ASTRO SHAWProducer : Gayatri Su Lin Pillai (Executive)

2. POLIS EVO
RM 13mil (ongoing)
genre aksi/komedi
akonan ZIZAN RAZAK, SHAHEIZY SAM, NORA DANISH
Studio : ASTRO SHAW
Producer:Najwa Abu Bakar (Executive)

3. KL GANGSTER
RM11.7mil
genre aksi/drama
lakonan AARON AZIZ, SYAMSUL YUSOF, ADI PUTRA, ZIZAN RAZAK )
Studio : SKOP PRODUCTION
Producer: Yusof Haslam

4. OMBAK RINDU
RM10.9mil
genre drama
lakonan MAYA KARIN, AARON AZIZ, LISA SURIHANI
Studio: ASTRO SHAW
Producer: Sharad Sharan (Executive)

5. HANTU BONCENG
RM8.5mil
genre komedi
lakonan ZIZAN RAZAK, JULIANA EVANS, TAIYUDDIN BAKAR
Studio: EXCELLENT PICTURES
Producer: Ahmad Idham





Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 07:54 PM | Show all posts
Edited by sepitsiput at 9-10-2015 07:58 PM

trivia

1. Lima filem lakonan Zizan Razak berada dalam TOP 30 filem malaysia terlaris sepanjang zaman (3 daripadanya di kedudukan TOP 5)

2. Ombak Rindu mrupakan filem yang menampilkan watak wanita sebagai watak utama paling laris , diikuti oleh filem Sembilu 2. 70% filem terlaris malaysia meletakkan watak lelaki sbg watak utama.

3. Enam filem lakonan Shaheizy Sam dalam kedudukan top 30 filem terlaris malaysia.

4. Empat filem lakonan Awie dalam kedudukan top 30, tetapi tiada langsung filem lakonan Rosyam Nor dlm top 30.
5. Empat filem lakonan Yana Samsuddin di kedudukan top 30, menjadikan sheols pelakon wanita paling laku. Maya dan Erra masing2 ada dua filem sahaja. (Ini x termasuk pelakon pembantu yg regular dlm filem2 box office)

6. Filem terlaris sejak 1980an

Azura (1984 - 1995)
Sembilu 2 (1995-2001)
Lagi-lagi Senario (2001 - 2010)
Adnan Sempit (Jan 2010 - Nov 2010)
Ngangkung (Nov 2010 - Oct 2011)
KL Gangster (Oct 2011 - Feb 2014)
The Journey (Feb 2014 - Kini)
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 11:39 PM | Show all posts

Polis Evo' Kutip RM13 Juta, Filem Melayu Paling Laris 2015
Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 7:37 PM
Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
[email protected]

Polis Evo mencatatkan kutipan sebanyak RM13 juta selepas tiga minggu ditayangkan di pawagam.
   (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Filem Polis Evo berjaya mencatat kutipan tiket sebanyak RM13 juta sepanjang tiga minggu tayangan menerusi 102 buah pawagam di seluruh negara.

Menurut Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, ia sekali gus menunjukkan Polis Evo mencatat rekod sebagai filem Melayu paling laris bagi tahun 2015.

"Selepas tiga minggu berada di pawagam sejak ditayangkan pada 17 September  lalu, jumlah penonton masih belum berkurangan.

"Ia sekali gus telah mengubah tradisi filem-filem Melayu yang ditayangkan sebelum ini dan saya harap karya yang bakal ditayangkan nanti turut mendapat perhatian masyarakat," katanya dalam satu kenyataan media.

Tambah Najwa, penonton juga tidak henti-henti memberi reaksi positif mengenai Polis Evo menerusi laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

Polis Evo merupakan filem bergenre aksi yang memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.

Dalam pada itu, kata Najwa, kejayaan Polis Evo setidak-tidaknya telah mengembalikan keyakinan khalayak penonton khususnya peminat filem Melayu untuk terus menyokong naskhah-naskhah tempatan tidak kira dalam apa genre atau kategori sekalipun.

"Kutipan panggung Polis Evo dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa berdasarkan respon serta sambutan hebat serta luar biasa yang diberikan masyarakat. Jika sambutan yang diterima berterusan, tidak mustahil Polis Evo akan mampu meraih kutipan yang lebih tinggi," ujarnya lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 101568 Replies : 4461
[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin Hye Sun, Lee Jin Wook, Kang Hoon
Rahah[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin
Views : 47812 Replies : 21
Setelah menghabiskan berpuluh2.. ribu  cantikkkan
YgBenarSetelah menghabiskan berpuluh2.. ribu c
Views : 14208 Replies : 71
Bila bbnu bercinta #4
BoomibulatBila bbnu bercinta #4
Views : 9255 Replies : 66
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9671 Replies : 77
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33219 Replies : 15
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 6952 Replies : 10
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 41581 Replies : 77
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 67315 Replies : 573
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 16874 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.159497 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list