CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: faiz-za

Nazim Othman & Bella Dally Bertunang (Pict #139, Cerita Melamar #183)

[Copy link]
Post time 28-1-2016 09:10 AM | Show all posts
sepitsiput replied at 24-1-2016 09:31 AM
Klu baca kisah @sayang_mulut meols propa si nazimah ni ke arah2 klthom... tp x taula khuenn.. kene ...

hahahahahahahha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2016 09:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by faiz-za at 28-1-2016 03:24 PM

Baru-baru ini, kecoh kononnya pelakon cantik Bella Dally sudah bertunang dengan Nazim Othman dan bakal mendirikan rumahtangga.

Akhirnya, Bella Dally membuka rahsia dan berkongsi saat indah ketika dirinya dilamar oleh Nazim Othman. Lamaran itu telah dibuat dengan terperinci oleh Nazim ketika menjalankan pengambaran Akulah Balqis dan ketika itu adalah babak terakhir bagi Bella.
“Malam itu adalah babak terakhir membabitkan saya, tetapi saya pelik kerana Nazim masih berada di lokasi. Ini kerana kebiasaannya dia akan balik ke hotel penginapan jika babaknya sudah tamat.

“Selain itu, dia juga muncul dengan berpakaian kemas. Sikapnya itu menimbulkan tanda tanya, tetapi saya masih tidak tahu perancangan di sebaliknya.

“Kemudian saya lihat beberapa kru memegang telefon bimbit. Terdetik di hati mengatakan dia mahu melamar saya dan meminta kru terbabit merakamkannya. Ternyata gerak hati saya betul apabila selepas itu dia mengeluarkan cincin dan menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya.”

Selepas lamaran diterima, Nazim menghantar rombongan meminang dan seterusnya mengikat tali pertunangan pada 14 November tahun yang lalu. Malah, keputusan untuk berkahwin itu adalah tanda bahawa Bella sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.
“Sejujurnya, soal perkahwinan ini sudah lama diperkatakan iaitu sejak kami mula berkawan. Namun, perkara itu tidak pernah dibawa berbincang secara serius memandangkan kami belum bersedia.”

“Tambahan pula ketika itu saya masih muda dan baru bergelar pelakon. Jadi saya hanya ikut aturan. Apabila betul-betul sudah bersedia, baru kami berani membawa hubungan ini ke fasa seterusnya iaitu bergelar suami isteri.”

Walaupun sebelum ini hubungan mereka pernah terputus seketika namun perkara tersebut menjadikan mereka lebih matang dan kerana kasih sayang yang masih menebal dalam diri masing-masing, mereka memilih untuk bersatu kembali.
“Tempoh kami putus tidak lama. Malah, sepanjang tempoh itu, kami masih berkomunikasi. Namun, disebabkan masih ada perasaan cinta dan sayang, kami kembali bersama.

“Itu yang dikatakan jodoh. Saya percaya ini semua sudah tertulis dan ditetapkan Allah. Kiranya, keputusan berkahwin adalah pilihan terbaik buat kami.

Walaupun tarikh sebenar perkahwinan mereka masih menjadi tanda tanya, kami mendoakan semoga majlis perkahwinan Bella dan Nazim nanti akan berjalan dengan lancar.

Credit cerita: ohbulan
Credit gambar: era.fm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah nazim & bella
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
simple n nice je prtunangan bella n nazim...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 09:16 AM | Show all posts
chazey replied at 25-1-2016 10:48 PM
So marhaen la rupanya sis Myra. Kita ambil contoh Ummi Nazeera - sheol pure Melayu takda kacukan p ...

paham paham. i get your point

macam linda hashim, faralyna idris semua tu la. cantik tp xde aura
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2016 09:51 AM | Show all posts
iznanaziz replied at 27-1-2016 03:51 PM
tak kuasa aku nak menjoin
mrk bukan feveret artis aku

lagi bagus tak join nok. penatik,haters semua bikin kacau hidup retis tu mcm la sebantal ngan retis tu.

retis elok je meneruskan hidup macam biasa   sambil update IG masing2. yang lara, yang hepy semua ada.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.160448 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list