CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kekekek

Aduh Saleha - Sambung penggambaran[pg.87]

[Copy link]
Post time 14-11-2007 11:36 AM | Show all posts
mawi dah tak pakai cincin..tp dah pakai gelang....
apakah????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2007 01:20 PM | Show all posts

Reply #1958 mendonan's post

gelang tu penangkal azimat kot...
nak elak dari kena manderam....
jgn marah gurau je...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 01:20 PM | Show all posts

Reply #1958 mendonan's post

gelang tu penangkal azimat kot...
nak elak dari kena manderam....
jgn marah gurau je...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 01:26 PM | Show all posts
Thread Repaired

- awex -
14112007 @ 1327
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 05:44 PM | Show all posts

Reply #1970 kazz's post

baju melayu kan ke baju rasmi....mawi kan ke macam YB!
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 06:30 PM | Show all posts

Reply #1976 houdini's post

NAPE CAM MARAH JE KAT MAWI BUNYINYE!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2007 08:27 PM | Show all posts
Dini sebenonye riso Mawi bawak Ija gi cuti.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 09:40 AM | Show all posts

Reply #1986 fizura's post

esok sambung shooting kat tawau nun di sana nu... mak ija pun blk sabah sambung belajar... mawi pi cuti kat kundasang dgn mek ija
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2007 01:56 PM | Show all posts

Reply #1986 redsentra's post



bagus gak idea ni
bolehlah mawi jalan-jalan cari makan kat kundasang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2007 10:26 AM | Show all posts
Tunggu Lampu Hijau...
(Harian metro hari ini)

Click to read.



Katanya, Mawi dan Sara tak reti berlakon sebab Aduh Saleha lambat siap.


[ Last edited by  kekekek at 17-11-2007 10:30 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2007 12:39 PM | Show all posts
Here it is

Mawi tunggu lampu hijau
Oleh Norhadiani Baharom


APA sudah jadi dengan Aduh Saliha? Penggambaran filem arahan M Nasir itu yang sepatutnya diselesaikan sebelum Aidilfitri nampaknya masih berterusan sehingga kini.

Adakah pembikinan filem itu menghadapi masalah berikutan pelakon utamanya, Asmawi Ani (Mawi), 26, terus rancak merencanakan aktiviti seninya di serata negeri.

Walhal, pada pertemuan dengan Mawi pada Ramadan lalu, dia memberitahu seminggu selepas Aidilfitri, dia harus segera ke Keningau, Sabah bagi menyiapkan penggambaran filem Aduh Saliha.

Bagaimanapun, pada saat sepatutnya Mawi melangsaikan 'hutang lakonannya' di negeri Bawah Bayu itu, kelibatnya masih kelihatan di mana-mana majlis yang diadakan sekitar ibu kota seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena pada pembikinan Aduh Saliha.

Justeru, kesempatan bertemu dengan Mawi di majlis sidang media Malam 1001 Gemilang yang diadakan di Telawi Bistro baru-baru ini, Mawi menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

"Sehingga kini saya masih menunggu lampu hijau dari M Nasir. Kalau ikutkan seminggu selepas menyambut Aidilfitri, saya sepatutnya terbang ke Keningau semula untuk menyelesaikan pembikinan filem itu tapi sampai sekarang saya masih belum dipanggil ke lokasi.

"Saya sendiri tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya, tapi saya difahamkan M Nasir mahu menyiapkan babak pelakon lain terlebih dulu.

"Memang kalau boleh saya mahu menyelesaikan tugas ini secepat mungkin memandangkan terikat dengan pelbagai program. Namun demi membuktikan komitmen saya pada pembikinan filem ini saya bersedia untuk dipanggil bila-bila masa," katanya.

Sebagaimana dimaklumkan Mawi sebelum ini, dia cuma sempat menyiapkan 20 peratus babak menerusi filem. Manakala selebihnya, Mawi sendiri tidak mampu menjangka bilakah ia dapat diselesaikan.

Temu bual yang sama, Mawi turut menjawab isu kononnya dia dan seorang lagi pelakon utama iaitu Sarah menjadi punca mengapa penggambaran Aduh Saliha sering tergendala kerana mereka berdua tidak boleh berlakon.

"Terus-terang saya katakan bidang lakonan ini saya sertai sebagai satu percubaan dan sekadar mahu mencari pengalaman. Kalau ikutkan minat lebih menjurus pada nyanyian.

"Justeru, sudah tentulah percubaan pertama ini banyak kekurangannya dan saya memang tidak menafikan hal itu. Malah, dalam mana-mana temu bual saya sering memberitahu peminat dan pengkritik, supaya dapat menerima kekurangan saya.

"Apa yang pasti setiap kali berada di lokasi saya cuba memberikan tumpuan 100 peratus dan melakukan yang terbaik. Masalah tetap ada namun, semuanya dapat diatasi dengan tenang," katanya.

Beralih pada perancangan terbaru, jika tiada aral Mawi akan melebarkan sayap sebagai pengacara pula. Program terbitan Astro Oasis itu akan menjelajah negara Islam dan menyingkap keunikan dunia hiburan, muzik dan tradisi mereka.

"Menyanyi sudah, berlakon pun sudah, rasanya tidak salah saya mencuba bidang pengacaraan pula. Walau bagaimanapun terlalu awal untuk memperkatakannya kerana sehingga kini saya belum diberitahu konsep program dan bilakah penggambaran akan dimulakan.

"Insya-Allah andai semuanya berjalan lancar saya merancang untuk menghasilkan video klip di sana," katanya.

Pada 16 Disember nanti, Mawi akan menemui peminatnya menerusi sebuah persembahan dinamakan Malam 1001 Gemilang yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Tidak keseorangan, sebaliknya acara berkonsepkan Arab Nusantara ini turut dijayakan Mawi bersama dua lagi penghibur utama iaitu M Nasir dan Jamal Abdillah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 06:40 PM | Show all posts

Reply #1989 kekekek's post

Temu bual yang sama, Mawi turut menjawab isu kononnya dia dan seorang lagi pelakon utama iaitu Sarah menjadi punca mengapa penggambaran Aduh Saliha sering tergendala kerana mereka berdua tidak boleh berlakon.

ciss ayat ni sepatutnya tak patut keluo ...
bukan ker m nasir yoyo ooohh nak cari saliha yg bebetul ikut salerea dia .. takper kalau tatau berlakon katanya ... teringat kerana karina
bab mawi ni plak ... dah terang nak bersuluh lagik ker??? kekurangan dan kelebihan mawi dia dah sedia maklum since gedung af lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 06:01 PM | Show all posts
isu hero n heroin tak pandai berlakon tak pernah baca kan?
mungkin heboh di kalangan wartawan je
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 06:02 PM | Show all posts
ishhh... entah bilalah filem ni nak siap ?

tak rugi ke.. tangguh lama-lama
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 08:12 PM | Show all posts

Reply #1990 niy's post

wartawan ni aku tengok m.nasir happy je masa menghadiri rumah terbuka Mawi World...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 09:21 PM | Show all posts

Reply #1990 niy's post

aku bajet, aduh leha & merah m.nasir ni tak kan kemana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2007 11:09 PM | Show all posts
aduhlah sifu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2007 07:46 AM | Show all posts
Lepas ni menung le sifu nengok hasil filem dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2007 07:49 AM | Show all posts
Depa kena reschedule balik jadula Mawi.
Bukannya mudah...tu yg sifu kena shoot babak2 yg TAK melibatkan Mawi.
Jgnlah pasal heroin pilihan korang tak terpilih maka terus mendoakan filem ni flop.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2007 07:52 AM | Show all posts
ada lagi cerita pasal aduh saliha...

Bila krew bekerja two in one!

CERITA yang satu ini lagi haru apabila Kak Uda mendapat tahu daripada seorang krew yang terlibat dalam penggambaran sebuah filem yang nun jauh dari Semenanjung.

Apa yang Kak Uda tulis ini bukanlah mahu menganiaya sesiapa cuma sekadar menyampaikan luahan hati krew-krew yang terlibat dalam pembikinan filem berkenaan.

揔ak Uda saya memang seronok apabila ditawarkan menjadi salah seorang tenaga kerja untuk filem yang dikatakan akan meletup-letup itu kerana saya dipanggil untuk menjalankan kerja-kerja sebagai krew filem.

揟api...apa yang menyedihkan dalam waktu yang sama saya dan krew lain juga diarah melakukan kerja-kerja membuat drama oleh orang-orang yang berkuasa dalam syarikat itu.

揗emanglah kami tak mahu, tapi...nak buat macam mana, kami dah jauh. Nak tak nak, terpaksalah ikut arahan seorang pengarah lagi (drama).

揇isebabkan dua kerja yang kami harus buat dalam satu waktu, bak kata orang sekarang two in one maka penggambaran filem itu pun tertangguh juga.

揟api...bukan kerana kami yang hendak buat kerja two in one. Dari angin sepoi-sepoi bahasa, kami mendapat khabar kononnya syarikat itu terpaksa meminta kami semua balik dan menghentikan penggambaran filem kerana tak cukup bajet!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.050719 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list