Apa khabar. Selamat hari Jumaat ye. Esok uols cuti kan? Mesti yahoo kan? B-Bot setiap kali hujung minggu takot sangat. Satu sebab ditinggkalkan sorang-sorang dalam Akademi. Keduanya, mesti ada penyingkiran. Sedihlah! Ha, bercerita tentang penyingkiran ni, B-Bot ada dengar beberapa orang bercerita tentang AFMASUK. Ada yang sokong, ada yang tak sokong.
B-Bot tak kesah yang mana-mana janji, bahagia Jadi, semalam B-Bot sempat la borak-borak dengan Pengetua Norman tentang tentang perkara ni. Sebenarnya, Norman kata dia tak berapa bersetuju kalau dibuat AFMASUK Tapi, dia juga sedar ada beberapa pelajar yang berpotensi yang tersingkir dek kerana peminat terlalu ingin menyelamatkan pelajar dalam Zon Bahaya.
B-Bot sempat la Tanya, kalaulah ada beberapa orang yang Pengetua secara peribadi mahukan untuk AFMASUK, sapa yang Norman mahu Norman kata, tak mengikut ranking, mereka adalah, Anum, Alif dan Shahir. Itu kata Norman kalaulah ada AFMASUK. Setakat ni, Norman pun tak sah kan perkara ni lagi So, takde sapa sahkan lagi, takde apa-apa perkembangan lah kan Jadi, teruskan AFUNDI pelajar yang masih ada di Akademi tu