harap ZZ terus mara ke hadapan, teruskan...
Terbuka Perancis: Zulfadli Mara Ke Pusingan Kedua[size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2016 8:39 AM [size=0.75em]Zulfadli Zulkiffli.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PARIS: Latihan keras di gimnasium akhirnya menampakkan hasil buat Zulfadli Zulkiffli di Terbuka Perancis. [size=0.98em]Wakil tunggal negara, Zulfadli mengatasi pemain China, Huang Yuziang 24-22, 12-21, 22-20 dalam masa satu jam 14 minit untuk menempah tiket ke pusingan kedua perseorangan lelaki di Stadium Pierre de Coubertin pada Rabu. [size=0.98em]Zulfadli akan bertemu Son Wan-ho dari Korea Selatan untuk merebut slot ke suku akhir Super Siri itu buat pertama kalinya. [size=0.98em]"Saya amat gembira kerana memenangi aksi pembukaan di sini selepas mempamerkan prestasi hambar pada Terbuka Denmark.
[size=0.98em]"Saya bermain dengan agak baik pada set pertama tetapi hilang fokus di set kedua. Saya melakukan banyak kesilapan. [size=0.98em]"Namun saya mengingatkan diri sendiri supaya bermain dengan sabar sama seperti yang saya lakukan pada set pertama dan ia berkesan," kata Zulfadli. [size=0.98em]Mengenai pertemuan dengan Wan-ho di pusingan kedua pada Khamis, Zulfadli berkata: "Kami ada rekod 1-1 dan saya berharap dapat memberikan dia tentangan yang sengit." [size=0.98em]Cabaran Malaysia dalam acara beregu lelaki dan beregu wanita sekadar terhenti di pusingan pertama. [size=0.98em]Juara Terbuka Denmark minggu lepas, Goh V Shem-Tan Wee Kiong gagal meneruskan rentak cemerlang mereka. [size=0.98em]Gandingan negara yang diletakkan selaku pilihan keempat kejohanan tewas kepada pasangan Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 19-21, 17-21. [size=0.98em]Diikuti satu lagi beregu lelaki negara Ong Yiew Sin-Teo Ee Yi yang juga gagal mara ke pusingan kedua selepas tunduk kepada pasangan Indonesia Mohammad Hasan-Berry Angriawan 17-21,17-21. [size=0.98em]Gagal ke pusingan seterusnya adalah pasangan beregu wanita Vivian Ho-Woon Khe Wei apabila terpaksa akur tunduk kepada beregu Jepun Naoko Fukuman-Kurumi Yonao 16-21, 16-21.
|