|
♥ ARIL LoVeRs ♥ CHAPTER 11...JUARA AF7??..SERANG AFUNDI10 ARIL..NOW!
[Copy link]
|
|
Balas #2018 alynn86\ catat
tu la dia kt opis ni byk kena block...block sana block sini...![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Izwan, Aril anak emakOleh Norhadiani Baharom
[email protected]
Rap | JARUM jam menunjukkan kurang 30 minit sebelum melewati 11 malam. Namun, kelibat wajah yang dinanti belum juga datang. | Lalu, satu panggilan daripada Kharil Izwan Pilus (Izwan), 30,diterima lantas memaklumkan dia mungkin tiba sedikit lewat kerana masihmenunggu adiknya, Khairil Azam Pilus (Aril), 24, yang belum selesaimembuat persembahan di Hotel Crowne Plaza, Khamis lalu.
Biarpun malam semakin pekat, tidak pula Izwan menyatakan hasrat untukmembatalkan rancangan ke kediaman orang tuanya di Taman Nyalas Permai,Nyalas Jasin, Melaka, yang menjadi lokasi fotografi, sekali gusmeraikan 'Sambutan Hari Ibu'.
Bahkan, meminta supaya bersabardan berjanji akan beredar sesudah adiknya selesai. Kata-kata itudikotakan 15 minit kemudian dan Lebuh Raya Utara-Selatan yang disusurihanya mengambil masa 90 minit untuk sampai ke destinasi.
Kehadiran Izwan dan Aril disambut mesra ibunya, Normah Abdullah, 55,dan bapanya, Pilus Mohd Jani, 57. Sebaik terpandang wajah ibu tercinta,seraya saudara kandung ini menyahut, "Hai Cik Normah"
"Emak,sudah siap kemas rumah," kata Izwan memulakan perbualan dengan ibunya,yang baru berpindah ke rumah baru mereka yang dibeli Izwan tanda kasihkepada ibu juga bapanya.
Sementara Aril, pula terus memelukibu tersayang bagi melepaskan rasa rindu, maklumlah sejak menyertaiAkademi Fantasia 7 (AF7), mereka terpaksa berjauhan. Bahkan sesudahtersingkir pun, Aril belum sempat bertemu bonda kerana jadualnya yangAstro.
Malam cukup indah itu, bukan saja digunakan Arilmeraikan ibu tersayang tetapi memohon restu kalau-kalau rezeki berpihakpadanya untuk menyertai semula AF7, sebaik AFMasuk diumumkan PengetuaAF7, Datin Seri Tiara Jacquelina, dua minggu lalu.
Sebagaimanadiketahui umum, penyingkiran Aril daripada AF7 mengejutkan ramai pihakkerana dia antara pelajar paling menyerlah. Malah, ketiadaan Arilmembuatkan program itu hilang seri.
Kata Aril, walaupunkeletihan gara-gara seharian tidak berehat kerana memenuhi undanganfotografi dan persembahan, namun itu bukan alasan tidak pulang kekampung menyambut Hari Ibu bersama emaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://i285.photobucket.com/albums/ll78/eika_016/15798778-1.jpg)
fondan kepit. takutttttttttttttttttt![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
"Dua hari lagi (Sabtu), saya serta semua pelajar AF7 yang tersingkirsebelum ini akan di kuarantin pihak Astro. Justeru, kalau tidak hariini, bila lagi hendak jumpa emak.
"Kalau dulu ketika kami tinggal di Ampang lainlah cerita, sebabnya sayamemang tinggal dengan keluarga, jadi tiap-tiap hari boleh jumpa emaktapi sekarang emak dan ayah sudah berpindah ke kampung.
"Tambahan pula, sekarang ini boleh dikatakan tiap-tiap hari ada saja aktiviti, jadi peluang balik ke kampung itu agak susah.
"Bagaimanapun sempena Hari Ibu, saya dan abang sepakat balik malam iniwalaupun terpaksa balik hari kerana kami tidak mahu ketinggalanmeraikan emak, apatah lagi ia sudah menjadi acara tradisi kami setiaptahun," katanya.
Izwan pula mencelah, sama seperti Aril, diajuga sibuk setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad kerana terikat dengan latihanserta siaran langsung Bintang RTM. Justeru, hanya malam Khamis lalu adasedikit masa senggang.
Sejak minggu lalu lagi, saya bercadangbalik kampung tetapi masa selalu tidak mengizinkan. Lihat sajalah hariini, tengah malam baru ada masa pulang ke kampung," katanya.
Tatkala ibunya leka menyediakan hidangan di dapur, Izwan dan Arilsempat membuat kejutan dengan membawakan sebiji kek coklat yang tenteraperkataan 'Happy Mothers Day'.
Mata ibu mereka ditutup dengan kain oleh si abang sementara adiknya pula berdiri sambil memegang kek.
Tatkala meminta Izwan menggambarkan betapa kasihnya dia pada ibu,dengan tiba-tiba nada suara si pemuda peramah ini berubah menjadi sebak.
"Sayang sangat! Kasihnya saya kepada emak tidak dapat digambarkandengan kata-kata. Tujuh lapisan lautan di dunia sekalipun tidak dapatmenandingi rasa sayang saya pada emak," katanya sebak.
AkuiIzwan, berbanding ayah, dia lebih rapat dengan ibunya. Bukan tidakkasih pada ayah, cuma mungkin dia lebih serasi dengan ibu keranaberkongsi tarikh lahir yang sama membuatkan mereka mempunyai persamaandari segi karakter.
"Saya boleh bercakap dan berbincang apasaja dengan emak kerana dia seorang pendengar yang baik. Tidak sepertiAril yang manja dengan emak dan ayah, saya pula rasanya lebih rapat danselesa dengan emak.
"Bukan tidak sayang ayah tetapi saya jenismanusia yang tidak pandai meluahkan perasaan. Baru-baru ini, misalnya,datuk saya meninggal dunia dan emak menangis terisak-isak di sisi saya.
"Terasa mahu memeluknya tetapi entah mengapa seperti adasesuatu yang menghalang dan kekesalan itu sampai sekarang masih sayarasakan," katanya.
Cerita Izwan lagi sewaktu ditanya,perasaannya ketika mendengar khabar pengesahan doktor ibunya menghidapbarah payudara tahun lalu, dia berasakan dunia menjadi gelap.
"Saya merasakan dunia saya tidak lagi bermakna. Tapi saya harus kuatdan tidak boleh bersedih kerana bimbang emak yang menanggung penyakititu bertambah lemah dan sedih.
"Hampir setiap hari sayamenemani emak dan pada saya, itu bukan lagi satu tanggungjawab tetapikewajipan anak untuk menjaga orang tua mereka," katanya.
Arilpula menyifatkan ibu satu-satunya orang yang mampu meredakan amarah danmenenangkan hatinya selain seorang sahabat paling setia. |
|
|
|
|
|
|
|
"Emak saya seorang yang comel, manja, tegas dan saya banyak terhutangbudi dengannya sepanjang dia membesarkan dan menyekolahkan saya.Sebagai anak lelaki bongsu, saya memang manja dengan emak dan sampaisekarang pun masih tidur di pehanya.
"Emak istimewa di matasaya kerana dia tahu menyesuaikan diri dengan usia anak-anak, justerusaya bukan saja senang bercerita dengannya bahkan untuk menipu pun kamitidak tergamak.
"Namun, dalam pada memahami jiwa remaja kamiserta memberi kebebasan, emak tidak pernah lupa ingatkan kami bersolat.Pertuturannya lembut saja, namun maksudnya mendalam.
"Samaseperti abang Wan, sewaktu mendapat tahu emak menghidap penyakit itusaya terduduk jadi buntu. Saya takut dan tidak bersedia... kehilangansatu-satunya wanita yang paling saya sayangi dan hormati.
"Tapisaya cakap dengan emak dia mesti kuat, tabah dan terus melawanpenyakitnya. Saya katakan padanya lagi, walaupun suatu hari nanti sayaterpaksa menerima kehilangan emak atau ayah, tapi saya tidak mahu emakcepat mengalah kerana kami perlukan emak," katanya lebih kentaldaripada si abang.
Membongkar rahsia daripada ibu mereka,jelaskan sama ada Izwan mahupun Aril, kedua-duanya anak manja danmereka lebih manja berbanding dua saudara perempuan mereka.
"Klip lakonan Adam AF berbaring di peha saya sebagaimana dipaparkandalam konsert mingguan yang lalu, itulah diri Aril yang sebenarnya dirumah. Bukan Aril saja, abangnya juga dua kali lima.
"Merekaberdua ini memang manja dengan saya. Selain, selalu kongsi perasaannyadengan saya dan sebagai ibu, saya cuba memahami dan meletakkan diriseusia mereka," katanya.
Pun begitu, kedua-dua mereka tetap mempunyai keistimewaan masing-masing walaupun berkongsi minat dalam nyanyian.
"Setiap anak punya keistimewaan masing-masing, namun Izwan istimewakerana dia berkongsi tarikh lahir yang sama dengan saya iaitu 24November. Kami daripada bintang yang sama dan banyak persamaan karakter. |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya memang menaruh harapan kepadanya untuk memikul tanggungjawabkeluarga pada hari tua kami nanti atau menjaga adik-beradiknya apabilakami sudah tiada.
"Saya menaruh kepercayaan kepadanya keranaIzwan seorang yang matang, bijak buat keputusan dan tegas. Malah, diaselalu katakan pada saya, ibu bapa adalah keutamaannya kemudian barulahdirinya.
"Sementara Aril masih remaja, perubahan masa akanmematangkannya. Tapi Aril ini istimewa orangnya. Kehadiran diamenceriakan keluarga kami kerana dia suka menghiburkan kami. Walaupundia agak nakal, namun Aril pandai ambil hati.
"Kalau dia buat salah, cepat-cepat dia pujuk saya sampai kita sendiri tak jadi hendak marah," katanya.
Mengakui, setiap tahun diraikan anak-anaknya sama ada pada Hari Ibuserta ulang tahun kelahiran, biasanya mereka sekeluarga keluar makanmalam bersama.
Bagaimanapun, sambutan ulang tahun tiga tahunlalu bersama Izwan paling tidak dapat dilupakan apabila anak keduanyaitu mendedikasikan sebuah lagu Inggeris yang cukup indah maknanya.
Bahkan akui Normah, rumah setingkat yang diubah suai itu adalahpemberian Izwan kepadanya dan suami apabila mereka memutuskan untukmenetap di kampung selepas bersara. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alin33 at 11-5-2009 10:51 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
Kemasukan Aril 'gugat' undian peserta lain?
Oleh WAHIDA ASRANI
LIMA peserta akhir yang bakal bersaing di konsert akhirAkademi Fantasia musim ketujuh (AF7) di ...
pd pndpt ak yg x brp brns dan cetek ni....kalo 4 peserta tersebut sdh bgs...maka mereka x perlu risau dgn kehadiran aril...kalo mereka layak jd jore maka layaklah....kenapa nk rasa tergugat pulak...![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bangau05 at 11-5-2009 11:07 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
pd pndpt ak yg x brp brns dan cetek ni....kalo 4 peserta tersebut sdh bgs...maka mereka x perlu risau dgn kehadiran aril...kalo mereka layak jd jore maka layaklah....kenapa nk rasa tergugat ...
YUP....aku setuju....kalo mereka bagus....mereka pasti dapt top4...jgn risau...at leat kehadiran aril kt final, buatkan mereka kena usaha lebih kuat dr dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks alin...dah baca daa... |
|
|
|
|
|
|
|
lajunyer...bari gi minum...dah 4 page tertinggal |
|
|
|
|
|
|
|
gambo otw........... ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alin33 at 11-5-2009 11:08 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
YUP....aku setuju....kalo mereka bagus....mereka pasti dapt top4...jgn risau...at leat kehadiran aril kt final, buatkan mereka kena usaha lebih kuat dr dulu...
betul baru nmpk pertarungan yg hebat gtu...aril is a fighter...lg byk org kutuk lg berjya la ssorg tu...x caye tgk dato ct...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|