CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ambok

Badminton

   Close [Copy link]
 Author| Post time 2-1-2011 11:37 PM | Show all posts
jangan jadi macam PBSI (indon) dah ler....bermasalah...asyik dengan politikus sampai ramai player chow termasuk kido/setiawan dan taufik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2011 11:39 PM | Show all posts
belom kot... nanti jap lagi aku check....

suke sgt khairul fahmi...
wawaKKK Post at 30-12-2010 14:38


k rajagopal lak cammana wawa? tak minat ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2011 11:42 PM | Show all posts
Reply  kayla
gila terperanjat aku bila beli paper pagi tadi... rase mcm nak meraung pon ade...
ak ...
wawaKKK Post at 2-1-2011 20:24


aku sependapat dengan wawa~ misbun tak ngam dengan james
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2011 11:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by ambok at 2-1-2011 23:47

harap persatuan badminton negara tak huru-hara macam sukan taekwondo dah ler....bagi kesan negatif pada atlet kita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2011 11:54 PM | Show all posts

Ahmad Shabery Terkejut Misbun Letak Jawatan, Akan Dengar Penjelasan Kedua-dua Pihak

PARIT BUNTAR, 2 Jan (Bernama) -- Menteri Belia dan SukanDatuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau akan mendapatkanpenjelasan daripada pihak terlibat berhubung peletakan jawatan DatukMisbun Sidek sebagai jurulatih perseorangan badminton negara.

Beliau yang terkejut dengan laporan itu berkata ketika dihubungi,Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan kepadanya bahawa tidakada alasan diberikan Misbun.

"Jadi, apabila tiada alasan kemungkinan Misbun mempunyai alasantersendiri. Saya akan dapatkan maklumat daripada BAM, kebetulan pulaPresidenya (Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh) berada di luar negara. Sayaakan tunggu laporan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita, disini Ahad.

Ahmad Shabery diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yangmemetik Pengurus Besar BAM, Kenny Goh sebagai mengesahkan Misbunmeletakkan jawatan menerusi satu surat bertarikh 31 Dis yang dihantarmelalui emel ke pejabat BAM.

Goh bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata beliau juga akanmendapatkan penjelasan daripada Misbun bagi mengenal pasti puncasebenar bekas jaguh badminton negara itu bertindak demikian.

"Apakah keadaan sebenar yang berlaku, apakah peletakan jawatan itubiasa atau ada perkara yang tidak kena dalam pengurusan terutama dalamprogram latihan yang ditentukan.

"Ini kerana saya sangat percaya apapun tindakan yang dilakukanoleh Misbun adalah berasaskan kepada kepentingan negara keranakepentingan negara mesti diletakkan di atas segala-galanya," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan meminta Misbun menangguhkan peletakanjawatan itu, Ahmad Shabery berkata beliau perlu mendengar penjelasankedua-dua pihak sebelum mengambil sebarang tindakan.

Bagaimanapun kata Ahmad Shabery, pihaknya akan memastikan prestasibadminton negara tidak terjejas sekiranya Misbun tetap dengankeputusannya.

Beliau juga memberi jaminan persiapan 'Road To London' juga akan diteruskan seperti biasa.

Mengenai kebimbangan beberapa pemain akan menarik diri daripadaBAM berikutan tindakan Misbun, beliau berkata masih terlalu awal untukmembuat kesimpulan itu.

Menerusi bimbingan Misbun, jaguh badminton negara Datuk Lee ChongWei merangkul kejuaraan All England tahun lepas serta meraih pingatemas pada Temasya Olimpik Beijing 2008. Misbun juga membimbing MohdHafiz Hashim ketika menjuarai All England pada 2003.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 08:34 AM | Show all posts
k rajagopal lak cammana wawa? tak minat ka?
ambok Post at 2-1-2011 23:39

wakakakakaka...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2011 08:38 AM | Show all posts
Don’t let Misbun go, BAM


PETALING JAYA: World No. 1 Lee Chong Wei has no plan to part company with his coach and mentor Misbun Sidek.

And he hopes that the Bad­minton Association of Malaysia (BAM) will seriously look into Misbun’s resignation and coax him out of quitting as national coach.

Misbun tendered his resignation on Dec 31 due to unhappiness over several decisions and remarks made by top officials in the BAM.

Chong Wei said that he would choose to follow Misbun if he were left without a choice.

“I am loyal to my coach. After all, he has been the man behind my rise as a successful player (over the last six years). I will follow him,” said Chong Wei.

“I want Misbun to be on my side in my preparation for all the tournaments leading to the London Olympic Games next year.

“My coach is frustrated right now and I respect his decision. He is unhappy over some matters. I hope the BAM will cooperate and resolve the issues and look into his grouses again.

“It is not right to only blame the coach when things don’t go right. The BAM should be supportive in the good and bad times.”

It is learnt that Misbun was unhappy over some of the changes made by the BAM training and coaching committee.

The last straw was the committee’s decision last Thursday to reject his appeal to coach his son, Misbun Ramdan.

Chong Wei said that several BAM officials showed a lack of appreciation.

“For the last two years, I won many international titles but they were far from satisfied. They look at one or two defeats. They do not care too much about our feelings,” he said.

“To them, winning many titles does not mean much. Some other players also feel unappreciated but they are not as brave as me to speak up.” The All-England champion said that he would wait for a BAM decision before making any conclusions on his future with the national team.

“I would like to see my coach sitting behind me when I play in the Malaysian Open (Jan 18-23). I hope the BAM will work towards the good of the sport for the country.” Chong Wei leaves today for Taipeh with coach Teh Seu Bock to defend the Super Series Masters Finals title beginning tomorrow.

In major tournaments, Chong Wei won the 100th edition of the All-England last year and he was the silver medallist at the 2008 Beijing Olympics and 2010 Guangzhou Asian Games.


CREDITS TO THE STAR ONLINE






alamak aiii... kalau chong wei tinggalkan BAM, baru padan muke masing2...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 09:03 AM | Show all posts
Chong Wei ikut Misbun keluar BAM

KUALA LUMPUR: Selepas dikejutkan dengan keputusan Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan kelmarin, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima tamparan terbaru apabila anak emas jurulatih itu, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan akan keluar daripada badan induk itu.

  “Saya akan ikut dia. Dalam tempoh dua tahun yang tinggal, sudah tentu sukar untuk saya menyesuaikan diri dengan sistem dan teknik latihan jurulatih baru. Jadi, saya akan keluar daripada BAM untuk bersamanya,”  kata pemain nombor satu dunia itu ketika dihubungi semalam.


   Chong Wei berpendapat beliau yang kini berusia 28 tahun  hanya mempunyai  kira-kira dua tahun lagi untuk berada di puncak bagi mencapai lebih banyak kejayaan.
   
Misbun membuat kejutan kelmarin apabila  menghantar surat peletakan kepada BAM melalui e-mel tanpa memberi sebarang alasan.

   Chong Wei yang menjuarai sembilan kejuaraan, tahun lalu dan akan beraksi pada final Grand Prix (GP) di Taiwan, pada Rabu ini menuntut BAM menyelesaikan kemelut peletakan jawatan jurulatih itu sebelum memburu gelaran kali ketujuh di Terbuka Malaysia yang akan bermula 18 Januari ini.

   “Saya tetap mahu Misbun membimbing saya pada Terbuka Malaysia nanti,” katanya yang akan ditemani penolong Misbun, Teh Seu Bock untuk membimbingnya ketika di Taiwan.

    Ditanya antara faktor utama Misbun meletak jawatan, Chong Wei tidak menolak kemungkinan disebabkan jurulatih itu memendam perasaan kurang senang dengan keputusan dan tindakan pegawai BAM.

   “Bukan saja Misbun, tetapi saya dan pemain lain juga kurang senang dengan pegawai BAM. Mereka tidak menjaga kami dengan baik walaupun saya dan pasangan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong adalah pemain nombor satu dunia.

   “Bila kami menang dipuji, tetapi apabila kalah dikeji. Siapa pemain yang mahu kalah dan kami sentiasa berlatih keras untuk mengharumkan nama negara. Adakah mereka tidak nampak pengorbanan kami selama ini?,” katanya.

    Chong Wei berkata, beliau hanya mengetahui Misbun meletak jawatan ketika menghadiri latihan Khamis lalu apabila jurulatih itu memanggil dan memberitahunya serta rakan lain akan meletak jawatan.

     “Kami semua terkejut dan sebelum pergi, dia berkata kepada saya dan rakan lain bahawa dia menyayangi kami semua dan meminta kami jaga diri sambil mengalirkan air mata,” katanya.


CREDITS TO BERITA HARIAN ONLINE


eeeeee tak syoknya kalau jadi mcm ni... BAM ni nape hah???!!!! :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2011 09:14 AM | Show all posts
Misbun hilang sabar


DATUK LEE CHONG WEI anggap terlalu banyak faktor dan tekanan yang mengheret kepada peletakan jawatan jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.

   Sambil menafikan alasan tunggal kegagalan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menunaikan permintaan jurulatih itu agar anaknya Misbun Ramdan diletakkan di bawah kendaliannya, Chong Wei, semalam mendedahkan Misbun sebenarnya sudah tidak lagi gembira dengan pelbagai masalah ditimbulkan pihak pengurusan persatuan.

   “Bagi saya, masalah ini sudah lama berlarutan. Misbun tidak gembira dengan tindakan seorang pegawai persatuan yang hanya pandai cakap sedangkan tidak tahu apa-apa mengenai sukan,” kata Chong Wei.

“Pegawai itu dan juga persatuan sering memberi tekanan kepada jurulatih dan kami, sebagai pemain. Kami tahu tugas kami perlu hasilkan keputusan terbaik, malah kami sentiasa berusaha ke arah itu dengan berkerja keras. Mereka bagaimanapun menuduh kami, tidak menjalankan tugas.


   “Pegawai itu sering meminta laporan jika kami tewas di mana-mana kejohanan. Saya tahu itu tugas mereka, tapi peliknya, mereka tidak pernah minta laporan jika menang. Ini tidak betul, malah persatuan mahupun pegawai itu langsung tidak mengucapkan tahniah kepada kami. Saya sendiri tidak sukakan pegawai itu,” kata Chong Wei yang enggan mendedahkan identiti pegawai itu.




Begitupun, Chong Wei berkata dia menghormati keputusan jurulatihnya itu yang mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

Chong Wei turut mendedahkan dia dan pemain lain yang dilatih legenda badminton itu mengetahui mengenai niat Misbun meletak jawatan selepas tamat latihan, Khamis lalu.

   “Selepas latihan, jurulatih (Misbun) menangis sambil beritahu dia sayangkan kami semua. Dia kata akan letak jawatan kerana tidak tahan lagi dengan pegawai itu. Selama ini dia bertahan kerana tahu itu tanggungjawabnya,” kata Chong Wei.

“Saya terhutang budi pada Misbun. Sejak di bawahnya, saya berada di ranking pertama dunia hingga kini. Saya akan teruskan rekod di puncak dunia sebagaimana yang Misbun mahukan.”

   Tanpa Misbun, BAM perlu segera mencari pengganti untuk melatih pemain elit, terutama Chong Wei yang menjadi sandaran utama pingat emas Sukan Olimpik 2012 di London.

   “Saya harap bila kembali dari Final Siri Super Masters di Taiwan, semua ini sudah selesai. Selepas itu saya harap Misbun dapat hadir ke Stadium Bukit Jalil menyaksikan permainan saya di Terbuka Malaysia, sama ada sebagai jurulatih atau penonton.

   “Apapun saya rasa untuk membuatkan Misbun kembali melatih saya amat susah. Saya tidak tahu bagaimana BAM nak pujuk dia,” kata Chong Wei yang menyerahkan tugas mencari pengganti Misbun kepada BAM.

   “Siapa jurulatih saya selepas ini saya tidak tahu. Yang penting, saya perlu dapatkan keputusan baik di Olimpik London. Sebelum itu, apapun terjadi saya tidak kisah apa orang nak kata, saya sudah lali.”

   Dalam pada itu, Pengurus Besar BAM, Kenny Goh berkata peletakan jawatan Misbun berkuat kuasa hari ini. Pihaknya sudah mengedarkan surat peletakan jawatan jurulatih itu kepada semua exco persatuan untuk mendapatkan pandangan.

   “Persatuan tidak akan memanggil satu mesyuarat disebabkan hal ini. Kami edarkan surat peletakan jawatan Misbun kepada semua exco sebelum Presiden Datuk Mohd Nadzmi Salleh bertemu dengan jurulatih itu sendiri,” kata Kenny.

   Pada September lalu, selepas mesyuarat bersama Nadzmi dan Pengarah Prestasi Tinggi, Datuk James Selvaraj, tiga jurulatih - Misbun, Rashid Sidek dan Hendrawan - dipanggil semula untuk berbincang dengan James, Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai dan Kenny kerana dikatakan tiga jurulatih perseorangan itu bermasalah dengan senarai pemain yang ditetapkan persatuan.

   Misbun dikatakan tidak berpuas hati apabila permintaannya melatih Misbun Ramdan dan Iskandar Zulkarnain tidak dibenarkan.

   Namun isu sebenar masih tersembunyi kerana Misbun yang dihubungi menghantar pesanan ringkas menerusi telefon bimbitnya berkata belum bersedia membuat sebarang kenyataan.

  “Minta maaf, saya tak mahu bercakap sekarang. Mungkin lain kali. Selamat Tahun Baru,” katanya.

CREDITS TO HARIAN METRO ONLINE


kan aku dah cakap... mesti ade kene-mengene dgn 'pegawai' tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 08:10 PM | Show all posts
aza pun terkejut gilerrrr.....why????ptt la asyik coach teh seu bock je yg selalu dgn chon ...
azalea_girl Post at 2-1-2011 15:03


hopefully chongwei dah matang skrg ni ...tak lagi emosi sgt ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 08:26 PM | Show all posts
Reply  kayla
gila terperanjat aku bila beli paper pagi tadi... rase mcm nak meraung pon ade...
ak ...
wawaKKK Post at 2-1-2011 20:24



aku rasa bukan ngan atuk james tapi ngan ng chin chai secretary BAM ....

chongwei cakap 'pegawai' tu pandai cakap je kan .. so yg pandai cakap ni biasanye lawyer kan .. so pegawai BAM yg lawyer si chinchai tu ....

pastu ... atuk james baru je joint BAM kan ... masa joint dia tak buat apa2 perubahan pun ....
chinchai tu lak lepas joint dia buat rombakan besar2an ...pemain ni tukar under coach ni ..coach ni tukar gi BJSS ... wong tat meng balik semula n jadi coach mew choo .... hafiz dari hendrawan balik ke misbun ... all the back up TSC, CWF, CKB, daren under misbun ... anak misbun (ramdan) lak kena pindah under hendrawan ....
lepas rombakan besar2an ni misbun kan tak nak pegi training kat Bath (preparation tuk WC) ... dia trained chongwei kat sini je ...   

tulah spekurama dr aku .... hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 08:30 PM | Show all posts
jangan jadi macam PBSI (indon) dah ler....bermasalah...asyik dengan politikus sampai ramai player ch ...
ambok Post at 2-1-2011 23:37


ahh jgn la BAM jadi cam PBSI .....
tapi kalau chongwei ikut misbun kuar BAM , jadi cam taufik n coach dia la kan ...
tapi mampu ke chongwei n misbun gi tournament seluruh dunia?
taufik ada back up baikkkk punye ...pak mertua kaya raya ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 09:43 AM | Show all posts


'Berilah saya masa'

“SAYA hanya boleh pesan kepada Chong Wei (Datuk Lee Chong Wei) supaya selamatkan diri sendiri sebelum kita cuba selamatkan orang lain,” kata jurulatih badminton negara Datuk Misbun Sidek di kediaman keluarganya di Banting, Selangor,  lewat petang semalam.

  Kenyataan penuh bermakna itu keluar dari mulutnya menjawab pertanyaan sekiranya Lee Chong Wei mahu mengikut jejak meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

   Usaha menjejaki Misbun untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu peletakan jawatan berkuat kuasa semalam bagaimanapun masih gagal menemui jawapannya.

   Walaupun berjaya menemui jurulatih itu, beliau masih enggan berbicara dan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku.

   “Seperti saya katakan sebelum ini, saya belum sedia untuk memberi sebarang ulasan. Berilah saya masa... biarkan semua ini reda dulu,” kata Misbun yang berjaya mengangkat Chong Wei ke ranking nombor satu dunia sejak 2008 hingga kini.

   Biarpun lebih banyak membisu daripada menjawab persoalan, beliau tetap menghormati permintaan wartawan apabila menjawab beberapa pertanyaan yang dirasakan tidak akan menyinggung mana-mana pihak.



   “Saya sedia bertemu Nadzmi (Presiden BAM, Datuk Mohd Nadzmi Salleh) jika dia mahu jumpa, atas dasar bekas majikan,” katanya.

Namun ketika ditanya sama ada akan kembali bersama BAM Misbun berkata: “Kita tengoklah, kalau... (tidak meneruskan ayat).”

    Bagaimanapun emosinya terusik apabila diajukan soalan mempersoal kesetiaannya pada negara dengan mengambil tindakan

meletak jawatan ketika negara memburu emas pertama Sukan Olimpik.


   “Terpulang kepada orang, apa mereka nak cakap, tapi selama ini...,” kata Misbun sambil mengurut dada menahan sebak.

   Peletakan jawatan Misbun ini menyebabkan Chong Wei bertolak ke Taiwan untuk Siri Super Final petang semalam diiringi Tay Seu Bock.


CREDITS TO HARIAN METRO ONLINE






Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 10:41 PM | Show all posts
VICTOR- BWF Superseries Finals 2010


draw & order of play dah kuar...
==>  http://www.tournamentsoftware.com/sport/matches.aspx?id=93C5EB26-775F-4AC0-90DA-51FEF15B9818


game shuttler msia untuk esok...


Chong Wei Lee [1][MAS]
-
[VIE] Tien Minh Nguyen

start pkl 5pm... 3rd match kat tv court...
harap2 sempat la aku balik umah sebelum chong wei start main...

Sung Hyun Ko [1][KOR]
Yeon Seong Yoo[KOR]
-
[MAS] Boon Heong Tan [3/4]
[MAS] Kean Keat Koo

5th match tapi kat court no.2....
tolonglah menang!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 04:53 AM | Show all posts
Standings of MS - Group A                 Points        Played        Matches        Games        Points
1        [MAS] [MAS] Chong Wei Lee        0        0        0        -        0        0        -        0        0        -        0
1        [DEN] [DEN] Peter Hoeg Gade        0        0        0        -        0        0        -        0        0        -        0
1        [VIE] [VIE] Tien Minh Nguyen        0        0        0        -        0        0        -        0        0        -        0
1        [DEN] [DEN] Jan O Jorgensen        0        0        0        -        0        0        -        0        0        -        0
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 04:55 AM | Show all posts
Standings of MS - Group B                                               

PointsPlayedMatchesGamesPoints               
                                                1[CHN] Long Chen000-00-00-0               
                        1[THA] Boonsak Ponsana000-00-00-0               
                        1[INA] Taufik Hidayat000-00-00-0               
                        1[CHN] Pengyu Du000-00-00-0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2011 04:57 AM | Show all posts
Standings of MD - Group A                                               

PointsPlayedMatchesGamesPoints               
                                                1[KOR] Sung Hyun Ko
[KOR] Yeon Seong Yoo000-00-00-0               
                        1[MAS] Boon Heong Tan
[MAS] Kean Keat Koo000-00-00-0               
                        1[CHN] Biao Chai
[CHN] Nan Zhang000-00-00-0               
                        1[CHN] Haifeng Fu
[CHN] Yun Cai000-00-00-0
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 05:00 AM | Show all posts
harap-harap la cai yun penat.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 05:04 AM | Show all posts
Standings of MD - Group B                                               

PointsPlayedMatchesGamesPoints               
                                                1[DEN] Carsten Mogensen
[DEN] Mathias Boe000-00-00-0               
                        1[KOR] Jae Sung Jung
[KOR] Yong Dae Lee000-00-00-0               
                        1[TPE] Chieh Min Fang
[TPE] Sheng Mu Lee000-00-00-0               
                        1[INA] Hendra Setiawan
[INA] Markis Kido000-00-00-0
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 08:52 AM | Show all posts
harap-harap la cai yun penat.....
ambok Post at 5-1-2011 05:00

aminnnnnn.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.457402 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list