Anugerah Juara Lagu 26 sudahpun menempa sejarah tersendiri apabila lagu ciptaan Datuk M.Nasir, Awan Nano nyanyian Hafiz dinobatkan sebagai pemenang. Kekuatan melodi, patah lagu serta liriknya memang tidak dapat dinafikan. Kali ini GUA cuba mendalami apakah sebenarnya erti dan makna di sebalik lirik nukilan Buddhi Hekayat ini. Berdasarkan pengamatan GUA, inspirasi menulis lirik ini besar pengaruhnya dari Kisah Nabi Muhammad SAW yang mana sewaktu di zaman kanak-kanak Baginda, perjalanannya dilindungi awan.
Tertulis dalam kisah tersebut “Pada suatu hari Pendita Buhaira melihat serombongan kafilah Arab datang menuju Syam yang selalu diikuti oleh awan di atasnya. Kafilah ini didatanginya dan dipersilakannya mendekati ke kediamannya. Kafilah ini adalah kafilah yang dipimpin oleh bapa saudara Nabi yang bernama Abu Talib RA, dimana Muhammad turut serta didalamnya.
Pendita Buhaira memperhatikan gerak-geri anak yang bernama Muhammad itu, akhirnya ia yakin bahawa anak itulah yang akan diutus Allah menjadi Nabi dan Rasul sesudah Isa al-Masih a.s. Lantas dia memberi nasihat kepada Abu Talib RA agar anak ini dijaga baik baik, jangan terlengah dari penjagaan, sebab ia kelak akan menjadi seorang maha penting.
Dengan nasihat dan keyakinan Pendita Buhaira ini, Abu Talib RA semakin cinta terhadap anak saudaranya yang bernama Muhammad ini. Bukan saja cinta, melainkan ditambah dengan perasaan harap dan hormat.”
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Berkisahkan mengenai pengorbanan insan yang sememangnya dekat di hati kita, dua rangkap pertama lagu Awan Nano membawa kita memahami erti kasih sayang yang sejati. Keadaan panas dan dahaga menjadi simbolik kesukaran dan kesusahan yang kita alami. Awan yang diperihalkan menjadi penyelamat kedua-dua keadaan ini hadir sebagai teman di kala kesulitan yang tidak pernah sedikit pun mengabaikan kita dan sentiasa berusaha membantu apabila memerlukan.
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Walaupun pelbagai ancaman datang melanda kita, kasih dan sayang seseorang itu melangkaui segalanya. Nukilan Buddhi Hekayat membuktikan kasih dan sayang ini hadir tanpa kita sedari. Ikhlas dan kejujuran menjadi tunjang tulusnya kasih dan sayang dalam kehidupan kita seharian. Kadang-kala, bantuan itu hadir tanpa kita sangka dari insan yang selama ini tidak pernah kita sedar akan kewujudan mereka. Tanggungjawab dan amanah pelindung kita akan sering menjadi kekuatan garapan perasaan yang wujud dalam diri manusia harfiahnya.
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Kasih dan sayang itu terlalu abstrak sifatnya, tidak bisa dilihat atau diberikan penilaian secara nyata. Setiap insan menunjukkan kasih sayang dengan cara yang berbeza. Pokok pangkalnya, memahami antara satu sama lain merupakan kunci kebahagiaan yang berpanjangan. Amarah yang kadangkala dilemparkan bukan sebagai tanda kebencian sebaliknya tanda mereka sayang akan kita. Pertimbangan secara waras seharusnya dilakukan demi menyelamatkan hubungan kekeluargaan yang sudah kita bina.
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Ikatan kekeluargaan yang rapat seharusnya menjadi kekuatan paling ampuh untuk diri seseorang manusia. Sudah menjadi fitrah, manusia perlukan belaian dan sokongan demi meneruskan kelangsungan hidup maka awan nano itulah yang bisa menjadi pelindung waktu senang atau susah. Awan Nano setiap insan berbeza. Ada yang menganggap ayah merekalah Awan Nano yang sentiasa berkerja keras demi masa depan keluarga. Ada pula mengatakan ibulah Awan Nano yang sebenar. Dalam konteks yang lebih luas terutamanya pada aspek seluruh umat khususnya, kita memiliki Awan Nano yang lebih utama dan agung. Siapapun Awan Nano di hati anda, jangan pernah lupa akan diri mereka yang sentiasa ada untuk kita.
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Dalam kehidupan, ada ketika kita tidak menghargai apa yang ada di sekeliling. Namun, apabila yang berada bersama kita telah tiada, barulah kita tercari-cari akan bayang mereka. Awan Nano memberi tafsiran yang cukup unik tentang bagaimana kita sebagai manusia yang tidak pernah lepas dari khilaf wajar menghargai apa yang kita ada dan menikmati peluang yang kita perolehi. Ada ketikanya kita harus mensyukuri sesuatu yang tidak mungkin terjangkau oleh fikiran manusiawi kita sendiri. Jangan apabila sudah tiada, baru hendak ditangisi pemergian mereka.
Lirik yang cukup bermakna ini cuba menerapkan unsur-unsur kasih dan sayang dalam diri setiap pendengarnya. Maka tidak hairanlah lagu Awan Nano ini diangkat menjadi naskhah teragung di Anugerah Juara Lagu Ke-26!
tatau dah tepek ke belom.....tapi aku nak tepek jugak!
AJL26: Awan Nano Muncul Juara
Anugerah penuh berprestij, Anugerah Juara Lagu 26 selamat melabuhkan tirainya malam semalam dengan menyaksikan karya ciptaan M Nasir dan lirik hasil tulisan Budi Hikayat diangkat menjadi pemenang keseluruhan edisi ke 26. Lagu nyanyian Hafiz ini menewaskan 11 finalis yang lain.
Kemenangan Awan Nano membolehkan komposer Datuk M.Nasir dan penulis lirik, Budi Hekayat membawa pulang hadiah sebuah trofi dan wang tunai RM35,000. Hafiz turut memenangi gelaran Vokal Terbaik dan menerima sebuah trofi dan wang tunai RM10,000.
Naib Juara diraih lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin dan penulis lirik Tinta. Lagu tersebut dipersembahkan oleh 3 Suara, yang dianggotai Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah. Mereka menerima sebuah trofi dan hadiah wang tunai berjumlah RM15,000.
Sementara, pemenang tempat ketiga berjaya dirai oleh lagu Karma, ciptaan Faizal Tahir dan lirik oleh Audi Mok dan memenangi sebuah trofi dan hadiah wang tunai RM12,000.
Pemenang Persembahan Terbaik diraih oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati. Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.
Persembahan pembukaan dimulakan dengan Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah yang menyampaikan lagu berhantunya, Senandung Semalam. Tampil segak berpakaian lagak Michael Jackson, Jamal membuktikan kelantangan vokal beliau menerusi persembahan penuh penghayatan. Vokal Jamal memang sukar ditandingi. Lemak suara jantan beliau menghidupkan lagi segmen ini.
Selepas itu, Awie muncul dengan Bujang Senang. Bersesuaianlah dengan gelaran Raja Rock Malaysia, persembahan bertenaga Awie mendapat tepukan gemuruh sekalian dewan. Persembahan yang begitu bertenaga bagaikan membawa kita kembali ke era 90 an di mana lagu2 sebegini mendapat hati di kalangan peminat muzik tanah air.
Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid mengubati kerinduan para peminat beliau dengan mengalunkan lagu Warna. Tampil anggun dengan gaun merah, Sheila berjaya mewarnai kemeriahan AJL 26 dengan persembahannya yang cukup ceria.
Pemilihan Cheryl Samad dan Faizal Ismail selaku pengacara AJL usah dipertikai lagi. Cheryl bijak mengawal majlis manakala lawak selamba Faizal mencuit hati penonton. Ternyata pengalaman membuatkan mereka matang di pentas AJL.
Wanita Seluruh Dunia
Lagu dendangan Project Pistol membuka tirai anugerah juara lagu kali ini. Serba ringkas dalam mempersembahkan lagu mereka, Project Pistol berjaya memberikan persembahan bertenaga. Lagu ciptaan Boy Clifford ini berjaya membangkitkan 'mood' juara lagu kali ini. Lebih penting lagi, Wanita Seluruh Dunia berjaya membuatkan penonton wanita di stadium bersorakan!
Jaclyn Victor - Sedetik Lebih
Jaclyn Victor yang diberi mandat menyanyikan lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim membuktikan beliau selayaknya berada di pentas AJL kali ini. Dengan diiringi kumpulan koir serba putih, ia bagaikan mengimbau kembali kegemilangan beliau sewaktu menyampaikan lagu Gemilang pada tahun 2005.
Kekanda Adinda
Bagaikan sebuah pesta layaknya, persembahan Atilia dan Monoloque menerusi lagu ciptaan sepenuh Monoloque ini amat mengujakan. Gabungan elemen muzik tradisional, bak joget lambak membawa 1001 kelainan kepada persembahan duo ini. Atilia tampil serba ringkas tetapi cukup menarik dalam kebaya ungu. Gaya nyanyian Monoloque yg selamba menjadikan persembahan mereka cukup bersahaja.
Gadis Semasa
Tampil serba menawan dengan rekaan beronakan hijau pucuk pisang, Yuna memukau seisi Stadium Putra Bukit Jalil dengan kekuatan vokal beliau. Dengan persembahan yang cukup bersederhana, Yuna membuktikan imej bertudung tidak sesekali menghalang beliau berkarya dengan kreatif.
Kalau Berpacaran
Mengambil konsep kabaret sebagai elemen utama persembahan mereka, trio Sohaimi Mior Hassan, Ana Rafalli dan Altimet meneruskan kemeriahan AJL 26. Persembahan mereka kali ini seakan tiada elemen kejutan. Sungguhpun begitu, Ana Rafali tampil anggun dengan busana tradisional hijau yang cukup menawan.
Cinta Muka Buku
Walaupun anak gadis berusia 16 tahun ini pertama kali beraksi di pentas AJL, keyakinan beliau menyanyikan lagu ciptaannya sendiri wajar diberikan pujian. Tetingkap YouTube yang mengiringi persembahan beliau menyerlahkan imej Najwa Latif sebagai seorang bakal pelapis industri hiburan tanah air.
Karma
Faizal Tahir bukanlah nama asing di pentas AJL. Sering tampil dgn persembahan yang hebat, Faizal tampil dengan konsep api kali ini. Dramatik. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan keseluruhan persembahan Faizal menerusi lagu Karma ciptaan Audi Mok ini. Faizal berjaya memberi emosi yang diperlukan lagu ini.
Kisah Hati
Penampilan istimewa Along Raja Lawak pada permulaan persembahan Alyah mencuit segenap hati penonton. Tampil dengan konsep 'music box' , Alyah kekal fokus melantunkan vokal emas beliau walaupun terpaksa beraksi sebagai patung di atas pentas. Kelantangan vokal Alyah sedikit sebanyak menambah kekuatan tersendiri pada lagu tersebut. Kemunculan Remy Ishak melengkapkan lagi kemenangan Alyah selaku pemenang Persembahan Terbaik AJL kali ini.
Sungai Lui
Kreatif, segar dan unik cukup untuk menggambarkan bagaimana istimewanya persembahan Aizat menerusi lagu Sungai Lui. Persembahan seni pasir halus yang mengiringi persembahannya mencipta saat saat keindahan bersamanya. Aizat bijak memilih konsep persembahan yang ternyata terkini dan sesuai dengan aliran muzik semasa.
Penakut
Sememangnya lagu ini dicipta oleh Yuna dan untuk Yuna sendiri. Permainan emosi dan penghayatan yang cukup mendalam membawa penonton menjelajah setiap erti kata lirik lagu ini. Diiiringi lampu-lampu yang menaikkan emosi persembahan ini, Yuna membuai perasaan penonton dengan dinamik vokalnya yang cukup membuai syahdu.
Awan Nano
Mengambil inspirasi klip video asalnya, Hafiz tampil serba ringkas dalam kemeja T biru. Cukup baik mengawal vokalnya, tidak hairanlah Hafiz mengungguli kategori Vokal Terbaik buat tahun kedua berturut-turut. Kemunculan Herman Tino di akhir persembahan Hafiz melengkapkan pementasan penuh emosi ini.
Beribu Sesalan
Seakan diatur, Beribu Sesalan yang menjadi persembahan terakhir edisi Juara Lagu kali ini menutup malam gemilang AJL dengan gabungan vokal mantap yang tidak dpt dinafikan lagi. Jaclyn Victor, Ning Baizura, dan Shila Amzah berjaya melunaskan amanat Kevin Chin dan Tinta dengan cukup baik sekali. Sekali pandang, kelihatan trio ini membawa kegemilangan era Mariah Carey, Whitney Houston dan Celine Dion ke atas pentas AJL. Cukup menawan dengan busana serba ungu, mereka membuktikan Beribu Sesalan bukanlah suatu penyesalan sebaliknya suatu pengakhiran kegemilangan anugerah penuh berprestij ini!
Persembahan Interlude
Black - Hidup Bersederhana (Basikal Tua)
Hazama - Balik Kampung
Azlan Typewriter - Chow Kit Road
Pemilihan Black , Hazama dan Azlan Typewriter untuk melengkapkan segmen interlude kali ini cukup bijak. Memberi penghargaan kepada penghibur nombor 1 Malaysia, Allahyarham Sudirman Haji Arshad, vokal mantap jejaka-jejaka ini sememangnya membawa hadirin menelusuri imbauan kenangan Allahyarham Sudir. Saat penonton turut sama menyanyikan lagu Chow Kit Road seakan mengulang kembali kenangan konsert Allahyarham Sudir di Jalan Chow Kit, 26 tahun yang lepas. Diakhiri dengan penghayatan dan interpretasi penuh perasaan menerusi Salam Terakhir, seluruh penonton di stadium nyata tersentuh dan kelihatan ada yang mengalirkan air mata.
Keseluruhannya, AJL 26 kali ini membawa tahap penganjuran anugerah ini ke satu peringkat yang lebih baik. Pencahayaan yang begitu cemerlang mengiringi set yang cukup menarik. Seluruh kru produksi AJL 26 seharusnya berbangga atas pencapaian yang telah mereka kecapi berkat kerja keras dan penah lelah mereka.
Awan Nano diangkat menjadi naskhah terhebat edisi kali ini. Sungguhpun ramai yang mungkin menyangka kemenangan akan berpihak kepada Penakut karya Yuna, puitis lirik nukilan Budi Hikayat ternyata mengatasi karya-karya yang lain. Sentuhan Datuk M Nasir ternyata masih menyengat. Dengan melodi penuh melankolik mengiringi keindahan liriknya, Awan Nano berjaya menempatkan diri bersama-sama 25 pemenang lain ke dalam Hall of Fame Juara Lagu! Tahniah GUA ucapkan!
udah....udah....kang ada yg cakap kita bongkak.....aishhhh!!
Along_XX Post at 1-2-2012 22:47
kan long..udah2 le...td bace kat CI ad org nampak kapal terbang terhempas kat area sg buloh..tp blom ad confirmation..tgah tggu ni.. klu btol pun harap2 diorg terselamat
Sebagai pembuka tirai tahun 2012 ini, Warner Music Malaysia kini memasarkan sebuah album kompilasi terunggul yang membariskan lagu-lagu hit sepanjang tahun 2011 daripada artis-artis popular tanahair. Album ini menampilkan nama-nama yang menjadi buah mulut peminat muzik tanah air sepanjang zaman seperti JAMAL ABDILLAH, JINBARA, MIRWANA dan FIQ, serta membariskan beberapa nama-nama baru dalam industri muzik tanahair seperti AWI RAFAEL, NASHRIN, TOM, WANA, TAXI, AWANBAND, FILSUF, SALAM dan ALTIMET.
Hasil daripada kerjasama antara pihak Warner Music Malaysia dengan pihak Astro Sdn Bhd, album ini turut menampilkan barisan finalis Akademi Fantasia seperti AKIM, STACY, SHAHIR, HAZAMA, HAFIZ, FINA, LENA dan NERA.
Album yang dinamakan HIT SEMATA-MATA SELAMANYA ini adalah sebuah album kompilasi rentetan daripada siri HIT SEMATA yang telahpun mula berada di pasaran pada awal tahun 2011. Menariknya, album kali ini menampilkan lagu-lagu yang telahpun menduduki tangga pertama di beberapa carta radio tanahair. Antaranya adalah KISAH DONGENG oleh STACY, CINTA TERAGUNG oleh HAZAMA, JANJI oleh AKIM dan sebuah lagu yang telah menjuarai Anugerah Juara Lagu 26 baru-baru ini bertajuk AWAN NANO oleh HAFIZ, turut dimuatkan dalam album ini!
Tidak cukup dengan menggabungkan kesemua lagu-lagu yang menjadi pilihan peminat muzik tanah air, HIT SEMATA-MATA SELAMANYA turut menampilkan 4 buah single hit yang masih belum boleh didapati dalam mana-mana album tetapi telah mendapat tempat di “playlist” stesen-stesen radio tanahair.
Lagu-lagu tersebut ialah sebuah lagu berentak ‘rock’ nyanyian FIQ dan AKIM bertajuk MESTI ADA CINTA, lagu tema perlawanan bola sepak yang telah menyuntik semangat berpasukan dan perpaduan kepada seluruh rakyat Malaysia bertajuk SELAMANYA oleh ULTRAS MALAYA feat. ALTIMET, JOE FLIZZOW dan CARLEED, serta single terbaru hasil kolaborasi pertama antara MIRWANA dan ALTIMET, bertajuk ITU INI BEGITU BEGINI.
Khas buat mereka yang tercari-cari lagu MALAYSIAN BOY oleh ALTIMET, DJ FUZZ, ILA DAMIAA, POINT BLANC dan RABBIT MAC, lagu ini juga turut dimuatkan dalam album ini!
Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:
DISC 1
1. KOTAK HATI – HUJAN
2. MESTI ADA CINTA – FIQ & AKIM (BARU)
3. BILA AKU JATUH CINTA – AWI RAFAEL
4. KISAH DONGENG – STACY
5. MALAYSIAN BOY – ALTIMET, DJ FUZZ, ILA DAMIAA, POINT BLANC & RABBIT MAC
6. CINTA TERAGUNG – HAZAMA
7. PERCAYA PADA LUKA – NASHRIN
8. MENANGIS LAGI – FINA
9. WARNA – TAXI
10. JANJI – AKIM
11. AWAN NANO – HAFIZ
12. TRAGIS – FIQ
DISC 2
1. SELAMANYA – ULTRAS MALAYA feat. ALTIMET, JOE FLIZZOW & CARLEED
2. SISA KISAH KITA – LENA
3. LUAR BIASA – SHAHIR
4. HITAM MANIS – FILSUF
5. CINTA BENAR CINTA – WANA
6. SECUPAK DUA CUPAK – JAMAL ABDILLAH
7. HATIMU MILIKKU – NERA
8. NOKTAH SANDIWARA – TOM
9. KARTITA – AWANBAND
10. ITU INI BEGITU BEGINI – MIRWANA & ALTIMET (BARU)
11. ALAMAK – SALAM feat ALTIMET
12. NEBUCHADNEZZAR – JINBARA
Jelasnya, HIT SEMATA-MATA SELAMANYA adalah sebuah album yang wajib dimiliki oleh pencinta muzik tanahair! Dengan memuatkan sebanyak 23 buah lagu, HIT SEMATA-MATA SELAMANYA telahpun mula berada di pasaran sejak 12 Januari 2011 yang lalu, dan boleh didapati dengan harga hanya RM27.90!
Tidak lupa juga, bagi yang ingin mengabadikan lagu-lagu hit pilihan ini sebagai nada dering anda, arahan muat turun beserta kod lagu turut dilampirkan di bahagian belakang album ini!
salam semua.... sejak balik dari AJL26 hari tu, blum lagi berkesempatan nak masuk cni... all i wanna say is zillion congrats to Hafiz and Awan Nano....... sgt2 happy dan tiada kata dpt menggambarkan betapa happynya weols bila lagu tu diumum Juara... tp paling manis, menang Best Vokal utk kali kedua.... 2 years straight!! yeahhh.....
anyway, here's an update on Hafiz's schedule in February 2012 :
UPCOMING EVENTS IN FEBRUARY 2012
PHOTOSHOOT WITH UTUSAN MEGA
Date : 2nd Feb 2012 (Thursday)
---
CONTACT MARKETING GROUP PHOTO
Date : 2nd Feb 2012 (Thursday)
---
RAJA LAWAK GUEST ARTISTE
Date : 3rd Feb 2012 (Friday)
Venue : Astro Bukit Jalil
Time : 4.00pm
---
INTERVIEW WITH BERNAMA TV
Date : 6th Feb 2012 (Monday)
Time : 9.00am
---
INTERVIEW WITH CARTA HITS ERA FM
Date : 8th Feb 2012 (Wednesday)
Time : 10.30am
---
MAJLIS FESTIVAL KEBUDAYAAN ANTARABANGSA TAWAU 2012
Date : 10th, 11th & 12th Feb 2012 (Friday-Sunday)
Venue : Perkarangan Majlis Perbandaran Tawau Sabah
---
LAUNCHING OF 'NJOI ASTRO'
Date : 17th, 18th & 19th Feb 2012 (Friday-Sunday)
Venue : Sarawak