sixret posted on 13-6-2014 08:19 PM
Setuju.
Cuma yang saya tahu tidak boleh ambil keuntungan lebih 100% daripada harga k ...
maaf but ada hadis x psl ni? contohnya org jual casing hp. normally harga kos lebih kurang rm1, but biasanya jual rm10 ke atas. keuntungan dah 1000%..adakah dikira haram?
sini ada rujukan dari ustaz zaharuddin(pakar kewangan Islam)
http://zaharuddin.net/pelaburan- ... enurut-shariah.html
assalamualaikum. boleh terangkan berape % keuntungan yg dibenarkan dalam jual beli islam. JAWAPAN : wa'alaikumussalam, tiada ditentukan dalam Islam berapa jumlah keuntungan yang layak diperoleh org seseorang penjual. Ianaya ditentukan oleh market. cth..durian di jual di malaysia dgn harga cth RM 10 untuk 3 biji. tetapi di Jepun, ia dijual RM 100 untuk 3 biji. Halal hukumnya, dalil, hadith nabi yang sohih menernagkan terdapat sahabat yang minta nabi buat harga maksimum atau ceiling bagi menghadkan harga jualan para peniaga, tapi nabi menolak dan menyifatkan tindakan itu sebagai zalim krn menghadkan keuntungan halal bagi peniaga. ( Riwayat Abu Daud, Albani : Sohih ) Para ulama menghuraikan, pihak pemerintah hanya boleh masuk campur dengan meletakkan harga ceiling apabila berlaku kes monopoli barangan sahaja. Ulama besar tabien yang berpandangan begini adalah Said Musayyab, Yahya bin Said ( Manahij al-Ijtihad, Dr. Fathi Durayni, 159 ) Walaupun peratusan keuntungan bebas mengikut pasaran, peratusan keuntungan boleh jadi haram jika ia bersifat tipu pelanggan, contoh..pelacong yang datang ke Malaysia tidak berapa faham statistik harga barang di sini, jsuteru, si penjual mengambil peluang menipu dengan menaikkan harag 3 kali ganda dan mendakwa ia adalah harag biasa, sedangkan ia tipu. ini dinamakan "Ghabnun Fahisyh" yang terkeji. Sekian ust zaharuddin
|