CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shalady

LESTARY: KAU, AKU, KITA [SYARUL RIDZWAN & JANNA NICK] CONDO V11

 Close [Copy link]
 Author| Post time 21-3-2016 04:19 PM | Show all posts


the moment
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2016 04:19 PM | Show all posts
Edited by asamjawa at 21-3-2016 04:23 PM



JANNA NICK – SAHARUL RIDZWAN BERHUBUNG ATAS URUSAN KERJA SAHAJA
Oleh: ZULQARNAIN ABU HASSAN
Tarikh: 21 Mac 2016
Pelakon dan penyanyi Janna Nick, 20, Sabtu lalu telah dinobatkan sebagai Aktres Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016).

Pemilik nama Nurul Jannah Muner atau Janna Nick, memberitahu kemenangannya pada malam itu merupakan tanda aras permulaannya dalam cabang seni lakonan

Walau bagaimanapun, pelantun lagu 'Mungkin Saja' turut berkata, sungguhpun sudah meraih kemenangan Aktres Pilihan, dia masih belum berpuas hati kerana undian bukan daripada juri profesional.

"Saya rasa ini adalah pilihan mahupun undian daripada juri awam kerana undian dibuat secara atas talian dan minat mereka kerana drama tersebut. Anugerah pada malam itu tidak dinilai daripada juri profesional.

"Dinobatkan sebagai Aktres Pilihan merupakan 'benchmark' awal saya dalam bidang seni ini malah ia adalah satu tanggungjawab yang besar untuk mengekalkan anugerah yang saya terima ini," terangnya.

Mengenai spekulasi kononnya dia mempunyai hubungan cinta lokasi dengan Aktor Pilihan DFKL 2016, Saharul Ridzwan. Dia menjelaskan, berita itu tidak betul.

"Tak ada maknanya saya ada hubungan dengan dia. Saya hanya hubungi atas urusan kerja sahaja, bahkan untuk mesej pun tidak pernah," ujarnya sambil berseloroh.

Sementara itu, pelakon yang berusia 20 tahun ini sedang menjalani penggambaran drama bersiri 16 episod, 'Suami Tanpa Cinta' arahan MP Rosli terbitan Pena Creative Picture Sdn Bhd.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 04:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 04:22 PM | Show all posts
Edited by asamjawa at 21-3-2016 04:28 PM


Tuah Saharul, Janna: DFKL 2016 beri platform baharu
NINA SHAROM
Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

21 Mac 2016


MALAM Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016 yang berlangsung Sabtu lalu telah menyaksikan kemenangan besar buat drama terbitan JS Pictures, Kau Aku Kita.
Apatah lagi, malam anugerah itu turut mengetengahkan bakat sedang meningkat naik Saharul Ridzwam dan Janna Nick sebagai pemenang pilihan penonton dalam kategori  Aktor Pilihan, Aktres Pilihan dan Pasangan Pilihan menerusi drama yang sama.

Berkongsi perasaan gembira, pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, 21, kemenangan pada malam itu dianggap sebagai satu permulaan buat dirinya untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon. “Alhamdulillah, terima kasih kepada semua peminat. Sebenarnya saya seorang yang tidak gemar untuk meletakkan harapan yang tinggi dalam sesuatu perkara dan saya memang tidak mengharapkan apa-apa untuk menang pada malam anugerah ini.

“Bagi saya, ini adalah satu permulaan. Apabila satu pencapaian dan tanda aras telah diletakkan di tahap ini, saya tidak hanya perlu untuk mengekalkan, malah perlu berusaha lebih untuk meningkatkan lagi karier lakonan saya selepas ini.

“Cabaran ini lebih besar kerana langkah lebih jauh perlu saya aturkan. Saya akui kemenangan ini juga buat saya gementar kerana takut satu hari nanti saya akan mengecewakan semua orang yang menyokong saya selama ini,” katanya pada sidang media malam DFKL 2016, kelmarin.

Pada masa sama, Janna turut mengakui kemenangannya juga sedikit sebanyak hasil tempias gelarannya sebagai duta DFKL 2016.
“Perkara itu memang saya tidak nafikan. Sebenarnya saya dilantik menjadi duta juga adalah atas dasar populariti yang diraih drama lakonan saya itu.
“Saya rasa ia sedikit sebanyak membantu dalam kemenangan saya malam ini (Sabtu) kerana lebih banyak masa saya telah luangkan dengan peminat menerusi siri jelajah yang diadakan ke beberapa lokasi,” jelasnya.

Bangga menjadi pilihan

Memiliki tuah sama, Saharul akui bangga dengan kemenangan itu kerana keputusan itu ia adalah atas pilihan peminat sendiri.
“Alhamdulillah, saya rasa sangat bangga kerana anugerah ini dipilih dan diundi oleh orang yang menyokong saya di luar sana.

“Saya berterima kasih kepada mereka begitu juga dengan semua krew produksi JS Pictures dan Janna sendiri yang banyak membantu saya dalam menjayakan lakonan ini.

“Saya tidak menjangkakan langsung untuk menang dalam apa-apa anugerah setakat ini kerana tujuan saya berkecimpung dalam bidang ini adalah untuk bekerja semata-mata, lagi pun saya masih baharu,” katanya teruja.
Percaya dengan usaha dan keikhlasan dalam sesuatu pekerjaan bakal membuahkan hasil, Saharul komited untuk terus mencipta nama dalam karier lakonannya.

“Guru-guru saya dalam industri selalu berpesan, jika kita usaha dan ikhlas InsyaAllah kita akan berjaya sekali gus anugerah itu sendiri akan datang menyapa tanpa perlu dicari

“Kemenangan saya pada malam ini akan menjadikan saya seorang pelakon yang lebih baik dan saya juga anggap ia sebagai satu lagi tanggungjawab besar untuk saya,” ujarnya.




Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 04:24 PM | Show all posts


SAHARUL RIDZWAN TAK PERNAH PEGANG TANGAN JANNA NICK
Oleh: ZULQARNAIN ABU HASSAN
Tarikh: 21 Mac 2016

Bintang yang tidak asing lagi dalam arena seni, Saharul Ridzwan dikatakan sewaktu penggambaran drama 'Kau Aku Kita' dijalankan, sebenarnya tiada adegan bersentuhan antara aktor ini dengan pelakon Janna Nick.

Perkara ini disahkan sendiri oleh penerbit yang dinobatkan sebagai Direktor Pilihan, Azman Hj. Yahya atau Jinggo.

"Semasa penggambaran awal lagi Saharul memang tidak ada adegan bersentuhan dengan pelakon Janna Nick. Itu semua hanya menggunakan teknologi 'camera trick' dan menggunakan khidmat pelakon lain yang menggantikan tempat Saharul.

"Kami daripada pihak JS Pictures tidak ada masalah dan menghormati keputusan yang dibuat oleh aktor tersebut," ujar Jinggo ketika ditemui pada sidang media Anugerah DFKL 2016.

Berkongsi perkara itu, Saharul turut berkata, perkara asas seperti tidak bersentuhan dengan perempuan yang bukan muhrim wajar dilakukan sekarang.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak ada adegan bersentuhan dengan pelakon wanita kerana saya rasa ia perlu dilakukan sekarang. Bagi saya keputusan seperti ini tidak perlu dilengah-lengahkan.

"Selain itu, jutaan terima kasih kepada seluruh warga produksi JS Pictures kerana memahami keputusan yang saya buat sehingga berjaya mengaburi mata penonton kononnya itu adalah diri saya," jelas Saharul.

Sementara itu, Saharul juga dinobatkan sebagai Aktor Pilihan pada malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 lalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2016 04:26 PM | Show all posts


detik2 indah pasangan pilihan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-3-2016 04:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
shalady replied at 21-3-2016 04:26 PM
detik2 indah pasangan pilihan

Antara best moment..
Pak pijak kain mak ka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2016 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum..iols tgk KAK mlm td terus rasa rindu gilaaa.. kenapa entah susah nau nak move on..nie 1st time iols tgk cerita melayu jd cenggini..slalu iols tgk drama lps tu abis, abis la tak kisah pon..klu ade pon dulu nur kasih tu..zaman iols ribena lg..ape yg KAK dah buat dkt iols nie..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Choc-chip at 21-3-2016 05:09 PM
dheya_hanna replied at 21-3-2016 04:55 PM
Assalamualaikum..iols tgk KAK mlm td terus rasa rindu gilaaa.. kenapa entah susah nau nak move on ...


Waalaikumussalam.. sama la uols.. excited tgk ulangan #kak ni macam 1st time tgk dulu.. mmg best..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
normal lahh...x semua orang suka..iols dah x peduli dahh apa orang nakk cakap..kita susah nak puaskan hati semua orang..biarlahh dia orang nak kata apa..kita tahu kualiti drama niyh macam mana kann..kita aman2 jerr yer semua
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
hari niyhhh mek jan bertolak ke paris..sambung shooting suami tanpa cinta..sedihnyaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp kan, kebanyakkan speech si sarip, mesti x lupa nk mention nme mekjan.... Dye appreciate sgt kot dpt keje ngan mekjan... Ktenye byk memberi dlm lakonan sarip... Cute la sarip nie...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka mak n pak di mana2 ari nie..iols pulak yg eksited lebih..bg can ler kan dkt kita nak celebrate kan..entah bila pulak nak dpt moment mcm nie lg..

Walaupon ada suara2 sumbang, anasir2 yg tak elok heret nama mak dlm komen2 dorg iols pilih utk abaikan je sbb iols taknak rasa happy iols tercemar..lantak la ape yg dorg nak cakap..yg penting mlm tu milik Kau, Aku, KITA..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
http://extra.tonton.com.my/entertainment/corat-coret-dfkl-2016/
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
http://extra.tonton.com.my/entertainment/dfkl-2016-janna-nick-takut-kecewakan-peminat/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2016 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
shalady replied at 21-3-2016 04:26 PM
detik2 indah pasangan pilihan

Hai ain..welcome back!! Rindu uols..hehehe thank u bwk masuk selambak pic2 yg diabetes tahap potong kaki..semut pon penuh dkt skrin hp iols nie..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Choc-chip replied at 21-3-2016 05:02 PM
Waalaikumussalam.. sama la uols.. excited tgk ulangan #kak ni macam 1st time tgk dulu.. mmg best ...

Kan uols..padahal dulu tak pernah miss 1 episode pon..repeat dkt tonton pon dah..tetap la tercongok dpn tv tu..hahaha
Teringat dulu iols sempat tgk final episode awal dr tv..hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
asamjawa replied at 21-3-2016 04:24 PM
SAHARUL RIDZWAN TAK PERNAH PEGANG TANGAN JANNA NICK
Oleh: ZULQARNAIN ABU HASSAN
Tarikh: 21 Mac ...

Acikkkk..sudilah kiranya acik beri ulasan barang seperenggan dua..rindu pulak dgn ayat2 power acik.. avatar acik tu iols like sgt!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
mek jan dah bertolak ke paris..doakan dia selamat pergi dan selamat pulang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.487755 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list