|
Originally posted by irish_ieka at 23-1-2009 11:44 PM
yong dae oppa tengok la stamina die macamane.... fit je... muda lagi pulak skang nih....
sudirman cup nih macam piala thomas gak la ek ? main ikut group gitu ?
you're welcome ieka .... aa'ah kek tiramisu ... best ekkk ...nyum nyum
alaaaa ...kkk beza umur ngan yong dae oppa 3 tahun je ...
aa'ah main ikut group ... nasib la kan kalau satu group ngan china .. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by azalea_girl at 24-1-2009 12:19 AM
wahh..anita pun join ke..dah lama dia menyepi..maybe dia ikut tournament ni nak melepaskan rindu ngan badminton kot..
btw,gud luck anita!!!hrp2 dpt keputusan yg baik kat sana.. : ...
aku baru check .... anita berjaya ke semi ...akan lawan petya nedelcheva (seeded 1st) malam nanti ....
harap anita akan menang :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2036 sweetlover's post
sweet ..apasal kek tu tak kuar??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lionsleepin at 24-1-2009 08:27 PM
msia je yg berani lawan coach..kakakaka
wateva la cik kay..dia kate dia penat titik
org lain byk g kan...twk aku ade pe.bleh la expose dia
ntah bile la nk terer yg sorg lg tu.waiting ...
ko sebut nama twk baru aku ingat ...smlm ada gambar dia ngan partner baru dia mak hee chun kat paper ...
aku ingat nak tepek sini ...lupa lah pulok .....
sayang kan .... sbb combination kkk & hui lin tu cam best je .... sayang betulll kalau kkk tarik diri :re:
tapi drp anak ikan bongsu ko tu ...aku rasa better lagi XD razif/khe wei ..... kalau based on malaysia open la kan ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kayla at 24-1-2009 10:14 PM
mc .... gambar tu ko kena upload kat mana2 dulu ... imageshack ke ..photobucket ke .... facebook ke ...
pastu copy URL gambar tu ..then gi kat reply ....click --->http://eforum1.cari.com.m ...
ok tq kayla ..
tgh upload to photobucket ..
tungguuu ........ |
|
|
|
|
|
|
|
belum jadi lagi ....
[ Last edited by mcbadminton at 25-1-2009 03:59 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Wei Feng mampu gegar dunia
Oleh RADIAH SAORI
WE FENG mula bermain badminton ketika berusia enam tahun.
ANDAI dibuat perbandingan, pemain pelapis negara, Chong Wei Feng mungkin masih jauh ketinggalan di belakang pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.
Begitupun, Wei Feng dianggap antara prospek terbaik bagi menggantikan suatu hari nanti.
Wei Feng dilihat mempunyai potensi besar selain dua lagi pemain pelapis, Mohd. Arif Latif dan Daren Liew.
Sekiranya diberi latihan dan pendedahan yang mencukupi tidak mustahil pemain yang menduduki ranking ke-59 dunia itu mampu untuk menggegarkan dunia.
Malah, Wei Feng sendiri menetapkan tempoh setahun setengah sahaja lagi bagi membolehkannya menjadi seperti Chong Wei.
揚ada ketika ini, memang Chong Wei berada pada kelas tersendiri, |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kayla at 25-1-2009 08:42 AM
mc .... aku pun tak tau apasal tak jadi .....
dgn guna link gambar tak kuar ko tu ,aku dah pegi tengok ko nye photobucket sat ni .....
sori ekkk aku tengok without permission ko ....
...
ok la kalau dah tgk ... tu la dok try2 .. tak boleh2 ...
nak paste jugak ke kat sini ?
jap try satu tgk ... |
|
|
|
|
|
|
|
tq kayla ..
dah pandai dah .. kah kah kah |
|
|
|
|
|
|
|
Misi Seluruh England
Oleh RADIAH SAORI
CHONG WEI lebih fokus bagi menghadapi
Kejohanan Seluruh England Mac depan.
DEMI mengejar impian, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sanggup mengorbankan sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarganya.
Pemain No. 1 dunia itu hanya akan bercuti sehingga Rabu ini sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk meneruskan latihan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Badminton Seluruh England Mac ini.
Menurut Chong Wei, tempoh tiga hari bagi menyambut Tahun Baru Cina sudah mencukupi memandangkan misinya menjuarai Seluruh England lebih diutamakan.
"Saya hanya akan bercuti sehingga Rabu dan akan kembali ke Kuala Lumpur, Khamis ini," kata Chong Wei yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama keluarganya di Bukti Mertajam, Pulau Pinang.
"Cuti selama beberapa hari ini sudah mencukupi untuk saya berehat dan meraikan perayaan ini bersama keluarga. Apa yang lebih penting, saya harus benar-benar bersedia untuk beraksi pada Seluruh England."
Pemenang pingat perakl Sukan Olimpik Beijing 2008 itu juga menjelaskan, sekembalinya ke Kuala Lumpur, dia serta pemain negara yang lain akan menyertai kem motivasi selama empat hari di Sarawak.
"Seluruh England hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi dan saya ingin benar-benar bersedia dari segi mental dan fizikal," tambah Chong Wei.
"Seperti yang sering saya katakan sebelum ini, matlamat saya bagi tahun 2009 hanyalah pada Seluruh England dan kejohanan Dunia dan sudah pasti saya akan pastikan persiapan berjalan lancar."
Dalam pada itu, Chong Wei yang tewas kepada pemain Denmark, Peter Gade pada perlawanan akhir Terbuka Korea minggu lepas, menjelaskan tempoh sebulan ini akan digunakan untuk memperbaiki skil dan meningkatkan staminanya.
"Tempoh sebulan bukanlah tempoh masa yang lama," kata pemain berusia 27 tahun itu.
"Dalam masa sebulan ini jugalah saya akan gunakan untuk memperbaiki lagi skil selain meningkatkan prestasi.
"Selain itu, pada perayaan Tahun Baru Cina ini, saya harus menjaga pemakanan kerana saya tidak ingin kesihatan saya terjejas ketika di England.
"Di sana (England) cuaca amat sejuk dan saya kena jaga kesihatan dan pemakanan bermula di Malaysia. Saya tidak ingin mengambil sebarang risiko.
Sementara itu, Chong Wei juga mengakui, dia amat berharap Tahun Lembu dalam kalendar Cina tahun ini akan membawa tuah kepadanya berbanding tahun lepas.
"Mungkin sempena Tahun Baru Cina ini, saya akan memperoleh kejayaan yang lebih baik berbanding tahun lepas," katanya.
"Saya juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina di Malaysia dan berharap mereka juga akan berhadapan dengan tahun yang lebih cemerlang." |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lionsleepin at 24-1-2009 20:27
msia je yg berani lawan coach..kakakaka
wateva la cik kay..dia kate dia penat titik
org lain byk g kan...twk aku ade pe.bleh la expose dia
ntah bile la nk terer yg sorg lg tu.waiting to b d next yong dae oppa!
sape yg cik lion maksudkan dgn 'yg sorg lg tu'?
sape plak 'waiting to b d next yong dae oppa'?
anak ikan ko yg bongsu ke? twk? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lionsleepin at 24-1-2009 20:29
epi belated bday ieka!
*alahai ketinggalan lg aku...huhu
aku la yg paling ketinggalan kali ni
to ieka .. happy belated birthday
may Allah bless u always :bd: |
|
|
|
|
|
|
| |
|