MISI PENCARIAN ACAP HARI KEDUA KAMI DISANA (23/6/2019).. sumber Ossasuke Hikaru
abang ni sukarelawan kot
Terbongkar individu yang sedang menguji ilmu hitam dan cuba utk menyihir kami team SAR.. Hari kedua adalah hari pencarian dgn mengikut kaedah JASMANI DAN ROHANI.. Mcm sains dan alam ghaib laa lebih kurang mcm tu laa.. 9.15 am - Semua orang sedang sibuk bersiap utk mendaki Bukit Batu Putih dgn diketuai oleh Tok Sheikh..
10:15 am - kami team 1 sudah mula mendaki manakala team 2 menyusuri jalan lain utk dikembangkan beberapa kawasan.. Alhamdulillah keindahan di Bukit Batu Putih membuatkan hati aku tertawan.. Aku rasa inilah kenangan manis aku.. Semuanya kelihatan indah.. Dan akhirnya sampai kami dipuncak yg pertama.. Kami berehat dan sambil menikmati keindahan yg Allah ciptakan.. Sungguh kenangan manis.. Dalam duk sibuk ambil gambar, gambar yg aku berdiri diatas batu tu mmg aku rasa sedikit perubahan.. Masa nie aku pening dan loya tekak.. Aku fikir mungkin normal kot tapi xsangka pulak masa tu dah ada 'sesuatu' yg cuba mendekati kami.. Yakni ilmu yg xberapa elok..
Kemudian, kami bergerak ke satu tempat lagi puncak yg kedua.. Sekali lagi aku terpukau dengan keindahan alam.. Dan masa nie juga Tok Singa cuba membuat sedikit upacara dgn bacaan2 Al-Quran utk memohon petunjuk melalui kebatinan.. Masa tu aku duk belakang Tok Singa sambil bergambar.. Dan dalam masa yg sama Tok Singa tengah LIVE FB, utk tnjuk pada semua org ttg apa yg terjadi.. Masa nie jugak Tok Singa ada bgtau yang ADA ORANG TUJU2 bermaksud ADA ORANG HANTAR SIHIR NIE.. Aku xdengar pown sbb sibuk bergambar.. Dan sihir itu berjaya dipatahkan oleh Tok Singa.. Bermakna adakah ada manusia yg berkompromi dgn Jin utk menghalang acap ditemui..?? Allahualam.. Dan ada jugak yg datang semata2 utk test Power Ilmu Hitam.. Semoga sipelaku kembali bertaubat..
Dan akhirnya kami turun dari Bukit Batu Putih dgn perasaan sedikit hampa akibat misi pencarian kami DIBATALKAN AKIBAT GANGGUAN DARI ORANG LAIN.. Sedih.. Sampailah di arena, aku terlihat seorang dripd kami cepat2 pulang dgn tubuh berpeluh mcm duduk dlm sauna.. Dia cakap kena balik sebab ada emergency.. Jd aku abaikan jer laa.. Dia nie dri mula lagi aku xsenang atau selesa dgn dia.. Lepas tu kami semua berehat dan pulang lah si rakan nie.. Tengah syok bersembang, Tok Singa panggil aku utk berkongsikan pengalaman hal semalam.. Baru jer cerita TIBA2 ada belalang hinggap kat tubuh aku..
Aku xder laa rasa paper sbb igt binatang biasa jer.. Tapi Tok Singa cepat2 bagtau aku 'jangan sentuh'.. Ini pelesit.. Mata dia berwarna merah dan dihantar dari ORANG.. Satu badan bulu roma aku berdiri..
Lepas Tok Singa ambil dan bacakan Ayatul Kursi, dan berpesan jika kau binatang biasa pergilah dan jauhi laa kami.. Kemudian dilepaskan sambil diperhatikan dari aku yg dah kebingungan.. Tiba2 pelesit tu tadi terjatuh seperti dah xbermaya utk terbang.. Sekali lagi Tok Singa berpesan, jika kau binatang biasa pergilah menjauhi kami.. Tapi pelesit masih disitu..
Terus dibunuh demi keselamatan rakan2 kami yang lain.. Dan Tok Singa cepat2 memberi bantuan dengan bacaan ayat Al-Quran utk aku dijauhi anasir2 jahat.. Masa sedang dirawat, aku nampak gambaran 'orang tu' tetapi diabaikan takut itu mainan Jin.. Dan bila aku tutup mata semuanya berwarna MERAH TERANG walaupown kat situ keadaan mendung.. Mungkin perawat islam tau apa maksudnya.. Aku moral dah down gila.. Tetapi cuba kuatkan semangat demi anak dan isteri.. Dalam tengah Tok Singa cuba merawat aku, tiba2 api menyambar dgn besarnya di atas dapur yang ketika itu Mak Anjang sedang memasak.. Mmg marah bebenor si hitam tu.. Sbb tu laa masa live Tok Singa ada perempuan menjerit kes tu laa..
Lepas cuba berkongsi apa yg berlaku dan berehat di arena, aku ajak wife utk berkemas pulang ke Terengganu.. tengah nak ambil wudhuk aku nampak gambaran seseorang Lagi dengan kehadiran MATA yang misteri Sedang perhatikan aku.. Takut tapi aku kuatkan semangat kerana Allah..
Bila dah selesai solat, kepala tiba2 pening dan rasa nak muntah.. Terus aku berjumpa dgn Tok Singa utk sekali lagi dirawat dan dipagar.. Tu ada gambar yg aku sedang dirawat.. Nampakkan masa tu aku rase mcm down sikit.. Alhamdulillah tubuh dah rasa sihat sikit lepas tu.. Dan teruskan perjalanan pulang ke Terengganu.. Sekarang yg menjadi persoalan aku..
1. Adakah ada manusia yg cuba berkompromi dengan Jin utk menghalang dia ditemui..?? Kenapa..??
2. Kenapa ada manusia yang datang semata2 utk melakukan upacara penarikkan..?? 3. Ilmu hitam adalah perkara yang dilarang utk dituntut.. Jd kenapa kau beragama islam masih menuntut benda kotor macam tu..?? 4. Kenapa perlu sihir rakan sendiri..?? 5. kenapa kedatangan beberapa pihak sekadar utk menguji kekuatan ilmu hitam..?? Dan bukan utk fokus pencarian rakan kita yg masih hilang..??
Patutlah selama ini usaha pencarian melalui rohani sentiasa terbantut.. Sebab ada kerjasama antara jin dan manusia.. Jangan tanya aku adakah ada jalan penyelesaian sebab benda susah nak cakap sbb mengaitkan alam lain yg 100% xder bukti utk ditunjukkan.. Hidup atau mati jangan tanya aku.. Sebab hanya Allah yang Maha Mengetahui segala2nya.. Kami semua adalah hamba yang kerdil.. Aku rasa semua persoalan yg sntiasa korang tanya dah terjawab dlm cerita ini.. Dan aku MAAFKAN SI PENYIHIR TU.. Semoga bertaubatlah selagi pintu Allah dibukakan seluas2nya.. Amin..
|