GhostWalking posted on 18-7-2014 09:08 AM 
Kalau ada tempek la uols i pun tertanya2 jugak apa teori konspirasi dia this time
Berita Terkini - MH17 dan Ancaman Perang. Setakat sumber yang saya terima pagi ini, 1. MH17 telah dialihkan dari laluannya memasuki ruang udara sempadan Ukraine - Russia dengan "fly-by-wire". Sumber masih belum disahkan. 2. Tentera Pemisah Ukraine telah menemui Kotak Hitam MH17 dan mereka telah mengambilnya. Kotak hitam akan diserah kepada pihak berwajib untuk tujuan siasatan. Siapa yang temui kotak hitam paling awal, maka dialah yang akan menguasai berita selepas ini. Untuk makluman, Ukraine adalah pihak yang bersekutu dengan US dan bermusuh dengan Russia, sedangkan negara kita sudah menjalin hubungan baik dengan Russia saban tahun. 3. Pihak tentera Ukraine telah menafikan mereka menembak jatuh MH17, namun mereka tidak menafikan bahawa MH17 mungkin jatuh akibat tembakan. 4. Sumber daripada Kiev, MH17 disahkan jatuh selepas terkena tembakan "surface-to-air" daripada "The Buk Missile". Buk Missile adalah sejenis pelancar peluru berpandu dari darat ke udara. 5. Pihak Rusia setakat ini masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan melainkan turut menafikan pihak mereka menembak jatuh MH17. 6. Beberapa jam sebelum MH17 ditembak jatuh, ada sebuah pesawat milik Ukraine telah ditembak jatuh hanya sekitar beberapa puluh kilometer dari lokasi MH17 ditembak jatuh. 7. Di saat Gaza sedang diserang dan Malaysia sedang diancam perang, saya melihat isu MH17 adalah satu isu besar dimana ia akan menutup kisah yang terjadi selepas ini. 8. Di Sabah misalnya, pihak Rejimen Askar Diraja Melayu (RAMD) Bat 23, telahpun dikerah agar bersiap sedia di semua pos kawalan dan pihak berkuasa termasuk PDRM telah diarahkan berjaga-jaga. 9. Setakat petang tadi, seramai lebih kurang 150 orang berpakaian celoreng lengkap bersenjata telah mendarat di Sabah di beberapa lokasi yang mana mereka berperahu datang dari arah Tawi-tawi. 10. Setakat malam ini, sumber saya telah mengesahkan, sekurang-kurangnya 1 Company askar Amerika Syarikat telahpun berada di beberapa lokasi di Sabah dan mereka dalam rangka 'latihan' ketenteraan bersama TLDM di Sabah. 11. Saya syak akan terjadinya drama baru di negara kita selepas ini setelah melihatkan keadaan MH17 dan juga tragedi di Sabah yang cuba ditutup dengan kes terhempasnya MH17. Nantikan sidang media jam 4 pagi ini sebelum Imsak, akan diudarakan terus dari KLIA. 12. Rujuk ruangan komen untuk mendapatkan artikel tulisan saya berkenaan isu-isu di atas ini.... Sekian dahulu, -bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
|