Fattah Amin Terima Respon Positif 28 April 2015, 07:00am
Wartawan: Ridhatul Rizki
Jurugambar: Farid Mad Noh Aktor Fattah Amin sebelum ini dikatakan tidak pandai berlakon atau ‘kayu’. Bagaimanapun, pelakon drama ‘Playboy Itu Suamiku’ akui kini menerima respon positif daripada pihak produksi dan penonton yang menganggap lakonannya sudah semakin baik dan berkembang. “Perkara tersebut dah lama diperkatakan sejak dua tahun lalu. Tapi Alhamdulillah, respon daripada orang sekeliling sangat positif. Pihak produksi masih percaya untuk menawarkan saya berlakon dalam karya mereka, penonton pun dah boleh menerima lakonan saya,” jelas Fattah ketika dihubungi. Bercakap mengenai drama terbarunya, ‘Bencinta’, Fattah berkongsi rasa teruja ditawarkan watak Nabil kerana dia perlu memainkan satu peranan yang mempunyai dua personality. Fattah memberitahu penonton sudah boleh menerima lakonannya“Sewaktu saya baca skrip drama ini, saya rasa watak Nabil sangat menarik. Jalan cerita juga menarik. Watak-watak lain dalam drama ini juga menarik. Yang saya suka tentang watak Nabil ialah dia seorang yang baik tetapi masih ada dendam dalam hatinya yang menjadikan dia panas baran. Saya rasa menarik kerana saya perlu jadi baik, pada masa yang sama saya perlu bermain dengan emosi amarah.” Tambah Fattah, pada awalnya agak sukar untuk bertukar dua emosi berbeza serta-merta. Namun pelakon lain seperti Fathia Latiff dan Dato’ Eizlan Yusof banyak membantu mengembangkan wataknya. “Memang susah bila perlu bertukar-tukar emosi tapi ramai pihak yang tolong saya menjiwai watak Nabil seperti pelakon lain dan beberapa krew produksi dan pengarah,” katanya. Fattah memuji Fathia Latiff sebagai seorang pelakon yang komitedMengenai gandingannya dengan aktres Fathia, kata Fattah, dia seronok berlakon dengan Fathia kerana gadis itu sangat komited dalam lakonannya. “Ini pertama kali saya bekerja dengan Fathia dan saya seronok berlakon dengan dia sebab Fathia sangat memberi komitmen dalam lakonannya. Bila Fathia begitu komited, perkara tersebut juga banyak membantu saya untuk memberi yang lebih baik. Kami saling berbincang bagaimana untuk menjayakan sesuatu babak,” ujar Fattah. ‘Bencinta’ berkisar tentang seorang anak yatim bernama Nabil yang melalui liku hidup yang sangat mencabar apabila ibunya meninggal dunia di pangkuannya, kemudian keluarga saudaranya menghantar Nabil ke rumah anak yatim kerana menganggap Nabil anak yang membawa malang. ‘Bencinta’ bersiaran setiap hari Selasa hingga Khamis di TV3Pada usia 10 tahun, Nabil diambil oleh keluarga angkat yang agak berada. Nabil dibesarkan dengan kemewahan dan kasih sayang. Meskipun membesar sebagai anak yang baik, namun masih ada rasa dendam dalam hati Nabil yang menjadikan dia panas baran. Drama ini telah mula bersiaran di slot Samarinda bermula 31 Mac, setiap hari Selasa hingga Khamis, pukul 10 malam di TV3. Dalam perkembangan lain, Fattah kini muncul dengan single terbaru berjudul “Hero Untukmu”. Menurut Fattah, idea untuk dia rakam lagu datang daripada pihak pengurusannya yang mengetahui kerjaya seni Fattah bermula dengan muzik. Sudahkah anda mendengar single terbaru Fattah, “Hero Untukmu”?“Sebelum ini saya memang bermula dengan muzik. Malah saya pernah ada band saya sendiri. Bila mereka cadangkan idea ini, saya pun setuju,” jelas Fattah menambah buat masa ini jadualnya padat dengan aktiviti lakonan. “Buat masa ini belum terfikir untuk kembangkan kerjaya nyanyian kerana jadual saya padat dengan aktiviti lakonan. Tapi jika ada jemputan menyanyi, saya terima,” katanya mengakhiri bicara.
http://extra.tonton.com.my/entertainment/fattah-amin-terima-respon-positif/
|