CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nazihamrun

NUR KASIH [PART VII]

 Close [Copy link]
 Author| Post time 19-5-2010 06:56 AM | Show all posts
nah! bagi tambah demam korang seme

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2010 08:10 AM | Show all posts
nah! bagi tambah demam korang seme
nazihamrun Post at 19-5-2010 06:56


wah nazi... nie pic masa bile? aduuhhh kena amek mc nie... demamm.. demamm...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 08:31 AM | Show all posts
wah... thanks.
kuikuikui.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 08:43 AM | Show all posts
gmbo pns tu..bru siap smlm..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 08:46 AM | Show all posts
waaa...i likeee....thx my dear
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 09:38 AM | Show all posts
Reply 2099# kancil_hitam


    pernah tgk ada kat speedy RM99
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2010 11:45 AM | Show all posts
Reply 2101# nazihamrun


    waduh...waduh...demam...demam..
sorang merah...sorang pink...
ni time die org amik anugerah BP kan..kan...kan...
thanks izan....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 08:50 PM | Show all posts
nah! bagi tambah demam korang seme
nazihamrun Post at 19-5-2010 06:56 AM


adeeii.. makin panas demam nie....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2010 09:26 PM | Show all posts
wah blh tahan regenyer yek
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 09:52 PM | Show all posts
Reply 2109# kancil_hitam


    mmg tu ler regenyer...cume klu ko beli on9 dulu..dpt less 20%..
tapi dulu lah...la ni xder daa...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 10:06 PM | Show all posts
uuu..rindunye nak tengok tiz berdua ngan remy...sib baik izan letak gambaar nih...tq dear...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2010 07:33 AM | Show all posts
Hadiah Remy buat ibu

BAGI Remy Ishak, pemenang Pelakon TV Lelaki Popular itu mahu menyerahkan kesemua habuan yang diterimanya kepada ibu tersayang, Basrah Md Deris, 53. Kata pelakon yang bakal ke lokasi penggambaran filem Nur Kasih itu, dia sedar apa yang diperolehnya itu diibaratkan seperti rezeki ibunya.

“Masa tercalon kategori ini saya sendiri tak jangka akan menang. Malah beberapa orang kawan saya dengan yakin memberitahu saya akan menggenggam trofi kategori ini. Alhamdulillah ia menjadi kenyataan dan semuanya bertitik tolak kepada sokongan peminat.

“Saya sudah berniat untuk menyerahkan hadiah kemenangan ini kepada ibu di kampung. Satu hadiah pun pun saya tidak akan ambil dan ia sudah bermakna kerana ibu yang melahirkan saya hingga mencapai apa yang saya lakukan sekarang. Saya anggap ini semua rezeki ibu,” katanya.

sumber : BH Online
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2010 07:33 AM | Show all posts
Keakraban pelakon drama Nur Kasih, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah amat ketara seperti adik-beradik. Malah Remy juga bermurah hati untuk menghantar Tiz pulang sejurus selesai acara ini. Oleh kerana tidak berkereta, Tiz datang ke acara ini dengan menaiki teksi.

sumber: BHonline
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 07:46 AM | Show all posts
Keakraban pelakon drama Nur Kasih, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah amat ketara seperti adik-beradik. Malah ...
nazihamrun Post at 20-5-2010 07:33



wow!! tp x nak la cm adik beradik.. nk cam ehem2... yg 'sesuatu gitu'... hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 08:32 AM | Show all posts
adik badik pn ok gk peh
adam xkan biar nur balik nke txi..dtg nur dh nek txi..balik msti adam anto..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 08:50 AM | Show all posts
hmmm...hangat sungguh 'laki bini' nih....story Tiz ada dlm Hmetro.....confirm BH ngan Metro laku ari nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2010 08:56 AM | Show all posts
Reply 2115# irsuzie


    agak2 depa sembang ape ek dlm keta?....haha....speku..speku...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 09:14 AM | Show all posts
Walaupun dah popular & terpaksa menaiki teksi .. TZ tetap hadir demi meghormati undangan penganjur & menghargai sokongan peminat ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 09:15 AM | Show all posts
Cari semula Nur Amina dalam diri
Oleh Ridzuan Abdul Rahman

2010/05/20


JENAMA Tiz Zaqyah semakin dikenali tetapi ia tidak pernah membuatkan pemilik nama itu berasakan dirinya sudah terlalu hebat, jauh sekali mendabik dada.
Lebih daripada itu, Tiz atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Abdul Razak, 21, tidak pernah terlintas menjadikan dunia hiburan sebagai batu loncatan untuk mencari orang berpangkat atau VIP.


"Saya mahu orang mengenali saya sebagai Tiz Zaqyah, seorang pelakon yang menjual bakat lakonan. Sebab itulah saya berusaha membina nama daripada mutu lakonan. Saya bersyukur kerana setakat ini, usaha saya mula menampakkan hasil. Tapi ini semua baru permulaan dan saya kena berusaha lebih keras.


"Bagi saya, setiap pelakon ada tanggungjawab untuk menaikkan nama hiburan dan begitu juga diri saya. Saya muda lagi dan laluan masih jauh dalam dunia seni ini," katanya selepas sidang media penyampaian hadiah kepada artis dan pembaca Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) di Sri Kembangan, kelmarin. Kata-kata Tiz itu boleh diterima pakai kerana dalam sekelip mata, namanya menjulang tinggi ke awan gara-gara siri Nur Kasih. Belum kering populariti di kaca TV, Nur Kasih kini dipindahkan pula ke layar perak sentuhan pengarah Kabir Bhatia.


Malah kejayaan Tiz meraih gelaran Pelakon TV Wanita Popular sudah cukup kuat membuktikan dia memperoleh populariti melalui lakonan dan bukan publisiti murahan.


Hakikatnya, keberkesanan watak Nur Amina, seorang gadis kampung yang patuh kepada suruhan agama seakan-akan menjerat Tiz apabila peminat menyamakannya dengan kehidupan sebenar.


Sukar untuk mereka menerima hakikat kehidupan sebenar Tiz yang sudah tentu berbeza kalau dibandingkan dengan Nur Amina. Malah ada sentimen yang cuba memburuk-burukkan peribadi Tiz dengan penyebaran gambar sosialnya di Internet. Namun, kuatnya populariti Nur Amina menyebabkan semua itu tidak dipedulikan peminat dan hilang ditiup angin.


Bertitik tolak daripada 'rating' Nur Kasih yang mencecah 2.5 juta bagi setiap episod, ia akhirnya mendorong Filmscape Productions menghasilkan filem yang dianggap sensasi itu. Turut berlakon dua aktor asal siri itu, Remy Ishak dan Fizz Fairuz.


"Sesi latihan pelakon bersama kamera sudah diadakan. Kami dijadual memulakan penggambaran hujung bulan ini. Saya diminta Kabir mengosongkan jadual sekarang sehingga pertengahan Julai.

"Saya difahamkan filem Nur Kasih juga akan menonjolkan lokasi luar negara. Walaupun banyak yang masih rahsia, saya sedia berkorban termasuk menolak tawaran berlakon drama lain dalam tempoh yang sama.


"Memang apabila difikirkan terasa juga nak ambil tawaran sekadar beberapa babak tapi saya tak berani pula kerana takut tiba-tiba bertembung dengan jadual filem ini.


"Tahu saja kadang-kadang jadual berganjak dan saya tidak mahu ambil risiko. Biasanya saya hanya berlakon satu drama pada satu-satu masa sebab tidak mahu keliru dengan pembinaan watak. "Untuk filem Nur Kasih, saya akui merasai tekanan kerana kerana peminat tentunya meletakkan harapan yang tinggi. Saya berjanji akan buat yang terbaik demi peminat semua," katanya.


Tiz gembira kerana penggambaran filem ini akan menemukan dia semula dengan pelakon lain serta semua kru terbabit. Apatah lagi setelah tamat penggambaran, mereka jarang berjumpa kerana kesibukan tugas masing-masing.

"Boleh dikatakan semua pelakon dikekalkan kecuali Ummi Nazeera yang menyambung pelajaran di Australia. Terasa juga kehilangan Umie. Saya rindukan Ummi kerana wataknya memberi warna kepada drama Nur Kasih.


"Saya belum dapat bayangan apa bentuk kelainan yang akan ditampilkan bagi versi filem tapi percaya Kabir akan buat yang terbaik. Begitu juga daripada segi skrip kerana Mira Mustaffa sentiasa ada idea yang hebat. Insya-Allah saya akan 'mencari semula' Nur Amina dalam diri saya," katanya yang turut berusaha mengurangkan berat badan.


Sementara itu, kredibiliti lakonan Tiz turut terserlah dalam drama siri Asmaradana yang mendapat sambutan menggalakkan. Boleh dikatakan peminat setianya mengikuti drama itu sehingga episodnya selesai ditayangkan menerusi TV3, baru-baru ini.


"Saya sangat terharu kerana peminat memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Asmaradana adalah pengubat rindu saya kepada peminat. Sekarang ada yang panggil saya Nur Amina dan ada yang panggil Azizah (watak dalam Asmaradana) kerana ia meninggalkan kesan di hati mereka," katanya.


Pada usianya 21 tahun sekarang, Tiz dianggap sudah mendapat kunci kebebasan dan boleh mencorak hidup sendiri termasuk soal cinta. Namun, katanya dia masih muda dan belum memikirkan mengenai perkara itu.


"Bosanlah bercakap pasal cinta. Buat masa ini saya tiada sesiapa dan hanya ikut arus. Tengoklah kalau selepas ini saya akan jatuh cinta dengan mana-mana lelaki. "Saya juga tak terjebak cinta lokasi dengan pelakon lelaki yang berlakon bersama. Ketika berlakon memang saya buat betul-betul seolah-olah kami sedang bercinta. "Saya juga tak terfikir lagi nak cari artis atau orang lain sebagai pasangan hidup. Sampai masanya nanti semua persoalan ini akan terjawab," katanya.

credit to: harian metro
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 10:05 AM | Show all posts
Keakraban pelakon drama Nur Kasih, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah amat ketara seperti adik-beradik. Malah Remy juga bermurah hati untuk menghantar Tiz pulang sejurus selesai acara ini. Oleh kerana tidak berkereta, Tiz datang ke acara ini dengan menaiki teksi.

sumber: BHonline
nazihamrun Post at 20-5-2010 07:33



amboi..repoter ni pun suke ek nak terjah dier org...
repoter ni skodeng dier org ke hape????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:41 AM GMT+8 , Processed in 1.210725 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list