|
/Presidential Suite II/SHAHIR Lambert FC/most marketable-klubkidd/
[Copy link]
|
|
Jarang sy nak join kat sini.. tapi Insya Allah akn mengundi tuk shahir.
X de la minat sgt AF dah tapi anak2 sy ni x habis2 memancing. Skrg benda2 yg x relevan pun dikutip sama buat point nak suruh undi shahir. Last week trek selebriti kan ada tunjuk adik2 shahir. salah sorg adik shahir nama shahmi.. nah.. tu la point derang. Sama dengan nama anak saya yg nombor 2. Nasib baikla yg pompuan tu dan sorang lagi adik dia x sama nama dgn 2 lagi anak sy.. kalo tak.. lagi berkobar semangat suruh saya mengundi.
Sudahnya saya lak yg demam mlm sabtu tu... nak nengok af. |
|
|
|
|
|
|
|
selamat pagi bagi dr che amat...

kasi sambal sotong ek...


|
|
|
|
|
|
|
|
hoi hoii! lajunye korang! x sempat nk kejar nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
yup...tgk2 blk mmg dia nyanyi ok dan konsisten gak yek..no wonder la ramai suka mamat ni. mmg ...
tp always be my baby tu mmg melekat la di telinga aku...:-)
fahima80 Post at 17-5-2010 09:40 PM 
masa tu dia jadik Shahir COOK lak.. sedapkan dia nyanyi omputeh...sore jantan... |
|
|
|
|
|
|
|
hoi hoi hoiiiiii!!!! morning sumee!!!
jgn lupe afundi shahir!!! AFUNDI10 SHAHIR {:1_152 ...
lolabee Post at 18-5-2010 11:25 
moning lolabee!!!  |
|
|
|
|
|
|
|
hoi hoii! lajunye korang! x sempat nk kejar nih..
dax_wdw Post at 18-5-2010 10:24 AM 
tak pyh kejar...Caterer sila tepek lunch ke brunch ka... |
|
|
|
|
|
|
|
pilihan Hafiz AF7 = Shahir dan Adira...
seribulan Post at 18-5-2010 11:05 
kat mana ko baca ...betul ke...
x de ke komen2 dari pelakon pelakon kat malaysia ni siapa yang layak jadi juara di mata mereka...asyik tanya penyanyi je...nak gak tanya mereka yang di bidang lakonan pula apa pilihan mereka....tanya tiz zakiah,fasha sanda,nor fazura,farid kamil,remy ishak ,rosyam nor dll |
|
|
|
|
|
|
|
jgn idang anggur ek...fobiaaa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2109# mat_arof
Aznil - Shahir Benar-Benar Pecah Ruyung.jpg)
Assalamualaikum,
Memang sudah Pak Nil jangkakan yang Ain akan tersingkir kerana seperti Pak Nil, pengundi juga dapat melihat kesungguhan peserta lain memajukan diri dalam akademi dan juga semasa membuat persembahan.
Semasa sesi rakaman playback untuk Debaran AF, berat sebenarnya untuk Pak Nil nyatakan bila ditanya oleh pihak produksi siapa yang Paknil rasakan akan menjadi pelajar terakhir akan tersingkir. Namun dari pemerhatian Pak Nil, pengundi seperti mengambil saranan pengkritik ketika memberi komen dan ini bermakna pengundi tidak mengundi buta kali ini.
Pernah Pak Nil nyatakan Maulana berhak berada di kedudukan yang lebih baik daripada di bawah, dan nyata Maulana selamat selepas itu. Begitu juga bila Pak Nil rasakan Farina harus diberi peluang kerana persembahan yang hebat di minggu ke tujuh dan ternyata Shahir yang tersingkir. Permerhatian Pak Nil yang Daus merupakan pelajar yang berani menolak dirinya melakukan pesembahan luar biasa turut dikongsi pengundi.
Sekali lagi dalam komen Pak Nil di konsert 9 yang persembahan Ain meletakkannya dalam kedudukan bahaya terbukti menjadi kenyataan apabila Ain tersingkir. Begitu juga apabila Pak Nil katakan mungkin Iwan akan membuat laluan ke final dengan persembahannya dan ternyata Iwan selamat.
Mungkin juga apa yang Pak Nil katakan adalah kebetulan.
Namun, Pak Nil mula lihat perubahan yang berlaku dalam kecenderungan pengundi AF kali ini. Dari musim awal dulu, pengundi akan terus menyokong buta pelajar walaupun teruk dikritik oleh pengkritik namun sedikit demi sedikit Pak Nil dapat lihat mentaliti mereka mula berubah.
Menyorot persembahan di konsert ke 9, persembahan Ain adalah pada tahap yang biasa-biasa sahaja. Bahayanya mengulang genre lagu dan cara persembahan menyebabkan pelajar akan memaparkan kelemahan sendiri iaitu tiada usaha untuk melakukan pembaharuan. Persembahan Ain menggunakan gitar mungkin besar pada mula kita saksikan dahulu tetapi kerana ia berulang, maka ia dilihat sebagai tiada kejutan.
Berbanding dengan Shahir yang puas diuji dengan pelbagai genre lagu melihatkan kepelbagaian kebolehannya dan sekali gus memberi kejutan dalam persembahannya. Shahir benar-benar memecahkan 'ruyung'nya dan menunjukkan kuku yang lama tersimpan apabila menyanyikan lagu Arab. Ramai yang terbeliak mata kerana Shahir berani menganjakkan dirinya ke satu tahap yang kita sendiri kurang yakin yang dia boleh lakukan.
Kini, sekali lagi Pak Nil percaya menguji seorang pelajar dengan pelbagai rentak lagu merupakan inti pati Akademi Fantasia kerana kita dapat saksikan pelajar memberi persembahan yang berbeza setiap kali menyempurnakan tugasan. Ini adalah Akademi Fantasia. Dari dulu sememangnya formula ini yang dipegang dan apabila formula ini mula diubahsuai, pelajarlah yang menjadi mangsa.
Penonton bagai muak melihat persembahan yang diulang pakai walaupun menyanyikan lagu yang berbeza. Pak Nil yakin jika Maulana diberikan tugasan menyanyikan lagu yang pelbagai genre, Maulana akan lebih disayangi dan tidak akan berada di kedudukan bahaya kerana suara Maulana bagus!
Berbanding dengan Daus yang kualiti suaranya 'biasa-biasa' sahaja tetapi lebih digemari penonton kerana dia dilihat menyahut cabaran dengan penat lelah dan kalis kritikan pengkritik. Daus turut diuji dengan pelbagai genre sehinggalah dua minggu terakhir ini dimana di diberikan lagu Rock berat.
Begitu juga dengan Adira yang terselamat kerana menyanyikan lagu rancak dalam konsert 9 yang lalu sekali gus membebaskan dirinya daripada stigma lagu-lagu balada mendayu-dayu yang cuba dilekatkan kepadanya ditengah-tengah musim. Kebolehannya menyanyikan lagu asli dan rock, menjadikan Adira lebih teruji dan menepati kualiti pelajar AF yang sebenar.
Cara menyanyikan lagu dari genre yang berbeza juga pasti dapat menarik jumlah pengundi baru bagi diri seseorang pelajar.
Pengundi haluan lagu asli dan sebelum ini tidak merasai kehadiran Adira mungkin terpanggil untuk turut memberi sokongan kepada Adira kerana sedar yang penyanyi ini boleh turut mewakili mereka. Sebaliknya berlaku pada Maulana kerana hanya terikat dengan jumlah dan jenis pengundi yang sama setiap minggu.Pengundi baru dari haluan lain seolah tidak terpanggil untuk mengundi Maulana yang akhirnya meletakkan Maulana di tangga hampir tercorot kerana jumlah peminat lagu jazz memang sudah terbukti tidak ramai.
Iwan juga mungkin berada di kedudukan yang kurang favourite kerana sering kali terselamat kerana menyanyikan lagu santai sehebat nyanyian kumpulan indie. Namun begitu, genre pilihan Iwan lebih dekat di hati khalayak kerana ramai pengikutnya dan lebih mesra telinga. Lagu-lagu nyanyiannya juga lebih merupakan lagu-lagu hits yang digemari.
Dari pandangan Pak Nil, Iwan lebih bernasib baik kerana pakej yang ada padanya menyebabkan Iwan lebih sedap mata memandang. Iwan senang diterima oleh peminat-peminat muda untuk mengundinya kerana mereka adalah pengundi tegar AF. Namun begitu, Iwan mungkin tidak menarik golongan yang mempunyai kuasa 'wang' untuk diterjemahkan kepada bentuk undian iaitu golongan dewasa yang masih terikat dan terdedah dengan pelbagai jenis irama dan lagu.
Golongan ini adalah golongan yang terdiri daripada pekerja, surirumah dan profesional.
Secara rambang kini bolehlah Pak Nil rumuskan apa yang Pak Nil saksi dan analisa ini diterjemahkan pula kepada kedudukan keputusan undian konsert kesembilan dimana kita dapat saksikan ia beraturan dengah Shahir, Adira, Daus, Iwan dan Maulana.
Dari pengalaman Pak Nil setelah bersama AF dari musim 1-5, Pak Nil rasa ini merupakan strategi yang merugikan pelajar tetapi sangat berani. Bukan sahaja pelajar tidak berpeluang mencuba kebolehan mereka tetapi pengundi juga turut tidak teruja untuk berteka-teki dengan kejutan dalam persembahan. Bukankah KEJUTAN merupakan intipati AF?
Apa pilihan genre pelajar itu setelah mereka keluar AF adalah tidak relevan ketika berada di AF kerana format AF adalah seperti yang asal diperkenalkan. Kasihan pelajar yang telah dan akan menjadi mangsa.
Mungkin juga Paknil tersilap dalam analisa ini, Wallahualam.
...ps. saya yakin Pak Nil..tu pasal saya cdgkan Shahir nyanyi lagu Amr Diab kat sini... |
|
|
|
|
|
|
|
gelek Sgagir lagik best dr Daus.. Aznil - Daus Penyanyi Lagu Lucu?.jpg)
Assalamualaikum,
Mengenai kejutan yang dilakukan pada Konsert AF8 ke-8 ini, sebenarnya memang Pak Nil dah jangkakan ia akan berlaku sejak dari awal lagi. Pak Nil dapat baca permainan AF ini kerana seperti kebetulan pula bila ia dilakukan selepas minggu ketujuh sama seperti ketika Lotter AF4 dan Aril AF7 tersingkir dulu.
Namun, Pak Nil tidak merasakan itu adalah satu kesilapan kerana ada juga yang merasakan AFMASUK ini perlu untuk memberi peluang kepada bekas pelajar yang mempunyai potensi tetapi menjadi mangsa jari yang mengundi.
Setelah Debaran AF tamat, Pak Nil rasakan sememangnya layak Shahir diserap masuk terutama sekali selepas melihatkan jumlah bantahan dan rasa tidak puas hati apabila Shahir tersingkir dalam konsert 7 lalu.
Pak Nil harap, Shahir akan menggunakan peluang kedua ini untuk membuktikan kebolehannya terutama sekali menyerlahkan kebolehannya yang masih terpendam.
Tersingkirnya Farina dalam konsert kelapan merupakan sesuatu yang tidak perlu ditangisi kerana bagi Pak Nil persembahan minggu ini tidak dapat mengatasi persembahannya di konsert 6. Persembahan di konsert 6 memang menunjukkan Farina bangun dengan persembahan yang lain daripada yang lain. Namun pada minggu ini Farina cuma tampil sederhana.
Walaupun mempunyai suara yang memukau, Pak Nil merasakan Farina terperangkap dalam kesungguhannya sehingga melupakan aspek kelunakan dalam suaranya. Suaranya kelihatan seperti keras dan alunannya tidak lembut. Namun begitu, jika ada kritikan mengenai tarian yang klise dalam persembahannya, Pak Nil tak salahkan dia. Dalam AF, bentuk persembahan adalah dari koreografi dan ditentukan oleh pihak akademi serta produksi. Namun, Farina berjaya sempurnakan tugasnya dengan baik.
Secara tiba-tiba Daus pula menjadi pelajar favourite Pak Nil hasil daripada persembahannya dalam konsert minggu ini dan minggu lalu. Daus berani. Minggu ini Daus berani melakukan aksi lucu dalam persembahannya. Dari kaca mata Pak Nil, tak semua penyanyi mahu, ingin dan mampu menggalas tanggungjawab ini. Daus adalah seorang pelajar yang mahu mencuba perubahan dan percubaannya bukan pada kadar yang kecil tetapi besar.
Soal suara Daus yang tidak begitu menonjol berbanding pelajar lain yang masih kekal dalam AF, Pak Nil rasa Daus sudah jauh meninggalkan pelajar lain dari segi kawalan pentas dan sangat menghiburkan. Adakah Daus bakal dikenali sebagai penyanyi lagu lucu? Mungkin.
Ain pula memang terserlah dengan persembahan menggunakan gitar kerana Ain kelihtan lebih yakin pada nyanyiannya. Dengan persembahan sebegitu, Ain mungkin tidak perlu memikirkan tentang pergerakannya di pentas namun Ain tidak seharusnya terus-terusan mahukan persembahan seperti itu.
Persembahan yang terikat selalunya menjadikan penonton menjadi jemu dan andaian penyanyi tidak versatile akan terbit. Namun inilah kelebihan Ain sebab memang tidak ramai penyanyi wanita kita yang mampu membuat persembahan sambil bermain gitar seperti Ain.
Adira pula, secara keseluruhan juga berjaya membuktikan yang dia boleh bergerak pantas di pentas. Pak Nil dapat lihat sisi remaja Adira dalam lagu itu kerana sebelum ini Adira sering diuji dengan lagu balada yang Pak Nil anggap agak dewasa buatnya. Cuma Pak Nil terganggu sedikit dengan sebutan perkataan dalam nyanyian Adira yang Pak Nil lihat tidak bulat dan ada ketikanya nyaring.
Namun begitu, ia tidaklah sampai mencacatkan persembahannya kerana pada persembahan lagu rancak, penonton lebih memberikan perhatian kepada persembahan secara keseluruhan. Tidak seperti pada lagu balada, fokus memang nyata untuk suara dan sebutan.
Walaupun kritikan diberikan pada persembahan Iwan, namun bagi Pak Nil, Iwan terserlah sangat rileks mendendangkan lagunya. Iwan sangat bersahaja dan adakalanya berani menggunakan mimik muka yang comel untuk menarik perhatian.
Suara Iwan pada Pak Nil sesuai dengan lagu itu dan begitu juga dengan kehadiran rakan membantu persembahan Iwan tidak menenggelamkannya. Namun, Iwan kena berani membuat persembahan sendiri dengan pergerakan seolah dia diiringi rakan-rakan di pentas.Iwan akan kelihatan lebih besar jika dia mampu melakukannya.
Pak Nil amat bersimpati dengan Maulana yang tidak mampu menarik perhatian penonton dan pengkritik dalam dua persembahannya secara berturut (konsert 7 dan 8). Dalam lagu ini, Maulana kelihatan seperti hilang punca untuk menyanyikan lagu ini dalam versi swing atau rock. Amat ketara apabila Maulana turut terpengaruh menyanyikan lagu itu seperti versi asal sedangkan lagu itu sudah di 'swing' kan. Pak Nil rasa, jika lagu itu kekal dalam versi rock, Maulana akan kelihatan lebih menarik.
Namun, Maulana memang antara pelajar yang mempunyai mutu vokal yang terserlah dan berkualiti. Pak Nil harap Maulana dapat menebus kegagalannya dalam konsert yang akan datang.
Harus diberi tumpuan pada faktor dan kualiti seorang Juara jika penonton ingin mengundi menjelang keputusan penyingkiran pelajar yang terakhir hujung minggu ini. Pak Nil ingin melihat pelajar yang betul berusaha untuk maju dan berkualiti untuk beraksi di pentas akhir.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
| |
|