CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

[SBS] Jealousy Incarnate - Gong Hyo Jin, Jo Jung Suk [Review spankee_fili pg 89

[Copy link]
Post time 13-11-2016 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
anissa_kyra replied at 13-11-2016 11:41 PM
baru tengok 4 epi pun dah rasa bengkak kepala nak ngadap wakakakkaa, akan ku usaha nak abiskan 24e ...

Sila sila..iols pn start tgk lps epsd 12 on air .tu pun sebab msk rmh ni + pulak ada jo jung suk .smp skrg x jmp jln pulang .huhu..moonlight hbs,scarlet hbs iols ok je .Jealousy ni hbs rasa suram hidup .hrp minho dpt ubat hati lah next week  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2016 02:30 AM | Show all posts
Edited by dauswq at 14-11-2016 02:36 AM

JEALOUSY INCARNATE






Rating Keseluruhan Drama:  (9.6+8.0+8.5+3.4+4.8) =34.3/4=8.58)


Kritik Keseluruhan: "Jealousy Incarnate sebuah sentuhan naskah yang rencah dan ringan, komedinya diterjemahkan secara abstrak sebagai tafsiran terhadap sesuatu isu, misalnya "cemburu" yang membawa kepada perhubungan rapat. Komedinya sedikit 'berat' , boleh dibaratkan sebagai 'black comedy'memerlukan pemikiran berkaitan terhadap sesuatu isu yang menjerumuskan kepada gelak tawa. Jealousy Incarnate tidak hebat daripada jalan ceritanya sahaja, tetapi betapa 'hidup' nya lakonan Jo Jung Suk mempamerkan sisi seorang yang dibenci namun disukai, meninggalkan kesan yang sukar dilupai."

1. Cerita  (9.6/10)

Tema cerita ini secara terjemahannya, bermaksud "Cemburu yang dijelmakan semula". Ini isu utama yang dimainkan.
Perhubungan Hwa Shin- Nari - Jung Won bertitikkan pada "cemburu", yang mana siapa lebih cemburu, dialah orang dia sayangi lebih daripada yang lain.

1. Hwa Shin yang jeles terhadap Jung Won membawa kepada 'pengenalannya' semula dengan Na Ri,
2. Hwa Shin jeles pada Jung Won yang memiliki Nari, kali ini dia telah jatuh cinta dan ingin merebut Nari daripadanya. Jelmaan semula 'cinta' Nari selama 3 tahun yang tak dihiraukannya menambahkan kecemburuannya kerana Na Ri ialah gadis yang patut dimilikinya dulu.
3. Jung Won jeles dengan Hwa Shin yang selalunya akan menang jika ketiga2 mereka terpalit dalam hubungan 3 segi telah membawa kepada 'insecurity' untuk memastikan Nari kekal padanya, ianya lebih pada 'kecintaan' nya teman baik Hwa Shin.
4. Nari akhirnya jeles pada Hwa Shin yang 'curang' dengan gadis lain, tetapi tidak pada Jung Won yang melakukan perkara sama di atas kepercayaannya kuat pada Jung Won tetapi pada Hwa Shin. Kecemburuan tak berbelah bagi ini membawa Nari untuk memilih Hwa Shin lelaki yang akan menjadi suaminya kelak.

Titik mula perhubungan ini didasarkan pada isu barah payu dara/tetek yang berlaku ke atas lelaki. Penyakit Hwa Shin telah dikesani oleh Na Ri, lantas membawa kepada permulaan perhubungan mereka apabila Hwa Shin mengenali siapakah Nari yang dia tak hiraukan selama ini. Hwa Shin yang ego, berlagak, tidak bertimbang rasa dan  'jerk' dipatahkan dengan sikap slamber dan bersahaja Na Ri.

Awalan episod ditunjukkan bagaimana Hwa Shin seolah-olah 'dimalukan' Nari atas sikap ego buruknya namun yang berlaku adalah sebaliknya, di mana Na ri hanya menganggap Hwa Shin sekadar kawan yang diambil berat setelah di'reject' bertahun-tahun.

Pertengahan episod mempertaruhkan dilema Hwa Shin samada mahu merebut Nari daripada Jung Won, atau memendamkan perasaan cintanya seperti yang dirasai Nari bertahun-tahun sebelum ini. Nari jatuh cinta terhadap Hwa Shin semula setelah Hwa Shin mula membuka ruang dengan mempamerkan sisi kebaikannya di sebalik keburukannya yang akhirnya membuatkan Nari teruja.

Klimaks nya, hubungan tiga segi di mana cemburu memainkan peranan siapa yang menang antara mereka. Hwa Shin menang.

Pengakhirannya, Hwa Shin alami dilema sekali lagi, kali ini untuk membahagiakan Nari. Hwa Shin mandul tetapi Nari berjaya menyakinkan dia tetap bahagia bersama Hwa Shin.

Aturan plot drama ini bertepatan dengan tema kerana jelas memperincikan rapatnya sesebuah percintaan didasarkan pada kecemburuan walaupun tidak pernah bersetuju antara satu sama lain. Kefahaman dan tak mengalah memanjakan lagi interaksi perhubungan antara mereka.

Pujian harus diberikan premis drama ini iaitu berdasarkan dunia penyiaran memantapkan lagi tema yang dibicarakan.

                                                        
                                                    
                                                    
                                                    
                                                    
   



2. Keberkesanan Lakonan (8.3/10)
Tepat untuk mengatakan lakonan Jo Jung Suk sangat menguasai drama ini.

Jo Jung Suk - [Best  Actor]
Lakonan yang penuh egoistik, berlagak, tidak bertimbang rasa dan paling penting 'insecure' ditonjolkan dengan sangat berkesan melalui ekspreksi muka dan gaya tubuhnya. Di sebalik keburukan Hwa SHin, Jo Jung Suk tampilkan sisi kebaikan Hwa Shin yang seksi dan menawan. Ianya tak mudah untuk menyakinkan penonton menyukai watak yang mereka patut benci. Jealousy Incarnate sangat menyerlahkan bakat Jo Jung Suk pada had yang kita tak pernah saksikan sebelum ini.

Gong Hyo Jin - [Best  Actress]
Gong Hyo Jin berjaya tampilkan sisi slamber,kekaburan  dan tak kesah Pyo Nari yang hampir setanding dengan Jo Jung Suk. Kekuatan watak Hwa Shin bergantung pada Pyo Nari, ianya perlu seimbang. Di sinilah, Gong Hyo Jin tonjolkan lakonan kontra kepada Hwa Shin yang seimbang dan tak terlalu dominan.

Go Jung Pyo
Go Jung Pyo agak berjaya mendalami watak Jung Won yang kontra dengan Hwa Shin. Namun, disebabkan klise nya Jung Won, ianya tak banyak lari daripada lakonan yang biasa kita lihat sebelum ini. Lakonan tidak mencabar tetapi konsisten.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8/10)
Teknik kamera bergerak seiring dengan pelakon. Pengarah banyak menonjolkan ekspresi gaya tubuh pelakon yang menjadi tunjang drama ini. Premis, montaj dan penggunaan ruang jarang digunakan. Suntingan juga dilakukan dengan baik menjelaskan lagi aspek 'black comedy' daripada lebih perspektif berbeza terhadap sesuatu isu. Paling penting, runut bunyi yang sangat sesuai dimasukkan menajamkan lagi gelak tawa sepanjang menonton drama ini. Syabas diucapkan pada pengarah ini.

4. Skor muzik (3.4/5)

Intrumental walaupun tak berapa impressive tapi sangat kena situasi komedi ditonjolkan.

Dua lagu ost di bawah menjadi feveret:

1. Step Step - Suran



2. Bye, Autumn - Saltpeper


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.8/5)
Ternyata sangat sesuai untuk tontotan semula terutamanya babak melibatkan Hwa Shin.

Rating Keseluruhan Drama:  (9.6+8.0+8.5+3.4+4.8) =34.3/4=8.58)
Nomination: Jo Jung Suk, Gong Hyo Jin

@ismaha @eddlisa_uyuk    @isabel tacang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2016 02:45 AM | Show all posts
  @qis13  @pauliza @wima   @Claudia_Lestat  @nada89 @bdhia

dh siap ulasan, sila bace . Jemput antar satu review guna format di atas atau klik cara ke-2 yg google link.
meh lobi jo jung suk utk best actor nomination thn ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 14-11-2016 02:45 AM
@qis13  @pauliza @wima   @Claudia_Lestat  @nada89 @bdhia

dh siap ulasan, sila bace . Jemput a ...

Dh baca...

Siap big size n font merah tu daus...

Iols cuba gagahi diri me review gak nnti..kalau buat cara 1, tp bentuk point aci x?    
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 14-11-2016 02:45 AM
@qis13  @pauliza @wima   @Claudia_Lestat  @nada89 @bdhia

dh siap ulasan, sila bace . Jemput a ...

Wah dah bacaa review....
Bab2 review memang lomah denn...
Akan digagahi juga nanti....sebab suka cite ni.... kena pakai laptop lah... pakai tpon ni kang susah. Alasan je ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 09:20 AM | Show all posts
pauliza replied at 13-11-2016 11:00 PM
oitttt..qis ltk gambo kecik.uols ltk gambo besar la pulak.wakaka..sakitnya tuh disini hokay!

sebagaimana besar gambar tu sebegitulah bengkak hati iols tawwwww
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2016 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 14-11-2016 02:45 AM
@qis13  @pauliza @wima   @Claudia_Lestat  @nada89 @bdhia

dh siap ulasan, sila bace . Jemput a ...

Dah baca   .Bila due date ni @dauswq ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 14-11-2016 09:20 AM
sebagaimana besar gambar tu sebegitulah bengkak hati iols tawwwww

Hahaha...faham faham...kita sekapal .Quote kat ending ni mcm kena dgn situasi lak   .
Aishh suram nya rasa minggu ni.Selalu iols x sabar tunggu isnin sebb x sabar nk tgk epsd baru JI  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2016 09:50 AM | Show all posts
qis13 replied at 14-11-2016 09:18 AM
Wah dah bacaa review....
Bab2 review memang lomah denn...
Akan digagahi juga nanti....seb ...

iols dah berapa kali kena tag dgn dawus ni soh bagi review. tiap kali nak bg review tiap kali tu lah iols menung sendirian
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 09:52 AM | Show all posts
pauliza replied at 14-11-2016 09:41 AM
Hahaha...faham faham...kita sekapal  .Quote kat ending ni mcm kena dgn situasi lak   .
Ais ...

hahahahaa.... ending JI yg gembira membuatkan iols dapat move on dgn tenang.
jom tgk romantic doctor teacher kim tu pulak. ada ayat dia sama mcm JJS cakap kat nari. patotlah @idakamaruddin dok tag iols hari tu pasal tido sama


Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 14-11-2016 09:50 AM
iols dah berapa kali kena tag dgn dawus ni soh bagi review. tiap kali nak bg review tiap kali tu l ...

Kita serupe   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2016 10:14 AM | Show all posts
wima replied at 14-11-2016 08:11 AM
Dh baca...

Siap big size n font merah tu daus...  

boleh gak mcm si @manganini buat utk drama W
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2016 10:15 AM | Show all posts
qis13 replied at 14-11-2016 09:18 AM
Wah dah bacaa review....
Bab2 review memang lomah denn...
Akan digagahi juga nanti....seb ...

sila-sila gagahi gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2016 10:15 AM | Show all posts
pauliza replied at 14-11-2016 09:37 AM
Dah baca   .Bila due date ni @dauswq ?

20/12/2016
sama tarikh dgn pencalonan popular...antar yg tu gak sekali..


Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 10:30 AM | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 14-11-2016 09:52 AM
hahahahaa.... ending JI yg gembira membuatkan iols dapat move on dgn tenang.
jom tgk romant ...

happy ending

yeaaa

berbaloii tggu smpai 24 ep

suka masa scene kt dewan sblm dorang kawen duk berangan sape nk jd mc dorang kawen

lawak sgt

yg x tahan bole plak dorang pikir benda sama

iols rembes sgt ngn CY...hensem hbs huhuhuuhuh



org2 korea ni kawen simple je..nari rambut pn lepas mcmtu..makeup pn lite2 je... kalau org melayu segala eye lashes sebesar penyapu ada lekat kat mata..tp still dorang cantik je..

suka sgt la scene dorang nari ngn doc n nurse tu..


Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 14-11-2016 10:30 AM
happy ending

yeaaa

Epi 24 tu best...

Byk je scene2 lawak..beria2 la iols gelak..

Time2 kemurungan melanda nnti blehla ripit lyn drama ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2016 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 14-11-2016 09:50 AM
iols dah berapa kali kena tag dgn dawus ni soh bagi review. tiap kali nak bg review tiap kali tu l ...

Huhu...sama ...jenuh iols pikir amendalah aku nk tulis ni..iols cuma tau iols suka banget drama ni smp iols boleh bg rating 10/10 utk drama 20/10 utk JJS(giler over ) .tapi x pandai nak tulis dlm ayat ala2 wartawan .Part ayat wartawan tu @dauswq je pandai  
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
wima replied at 14-11-2016 10:42 AM
Epi 24 tu best...

Byk je scene2 lawak..beria2 la iols gelak..

Motip tunggu kemurungan baru nak ripit   .Iols dah start ripit scene2 best pun ni.Lps 20hb iols free sikit ,baru nak start ripit dari epsd 1 .kalau oh my ghost iols ripit 10 kali.JI ni xtaulah brp kali nk ripit ni  
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 11:53 AM | Show all posts
wima replied at 14-11-2016 10:42 AM
Epi 24 tu best...

Byk je scene2 lawak..beria2 la iols gelak..

kan iols pn suka final ep JI ni... lagi2 part masa JJS nyanyi menari ramai2 masa wedding tu..
sumenye happy ending


Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 11:55 AM | Show all posts

yg 2nd clip tu tade kat tv kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.590810 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list