CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wawaKKK

BADMINTON - SEASON 9

   Close [Copy link]
 Author| Post time 7-8-2012 08:28 AM | Show all posts
Malaysia Airlines                                                                            @MAS                                                                            MH3 from London is almost here - bringing home the man of the hour, Datuk Lee Chong Wei!










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2012 08:38 AM | Show all posts
byknyer beg datok...








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2012 08:41 AM | Show all posts
yeaayyyyy... datok dah kuar...













Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2012 08:46 AM | Show all posts
WELCOME HOME DLCW!!!







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2012 08:49 AM | Show all posts
lupe plak pasal TBH ni... dpt no.4 pon jadik la kan...







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2012 09:07 AM | Show all posts
coaches...







Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2012 09:19 AM | Show all posts
Thank you wawa for the photos.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 09:31 AM | Show all posts
Tiada sebab pisahkan kami: Kien Keat

Koo Kien Keat tetap beranggapan dia harus bergandingan lagi dengan Tan Boon Heong dalam acara beregu lelaki dan melihat tiada sebab mereka dipisahkan selepas berakhir acara badminton Sukan Olimpik. kelmarin.

Kejayaan layak ke separuh akhir di London dianggap olehnya sebagai satu keputusan baik selepas hanya mampu layak ke suku akhir di Beijing 2008.
"Kami cuma ada masalah komunikasi sikit atas gelanggang. Tapi itu bukan masalah serius dan boleh diperbaiki. Saya mungkin sukar memberi persembahan terbaik jika pihak pengurusan memilih pemain baru berpasangan dengan saya. Saya lebih serasi dengan Boon Heong," kata pemain berusia 27 tahun berasal dari Perak itu.

Sebelum ini, ada perancangan dalam fikiran ketua jurulatih, Tan Kim Her untuk memisahkan bekas pemenang pingat emas Sukan Asia 2006 selepas menilai prestasi serta pencapaian mereka di London. Jelas dengan kemampuan layak ke separuh akhir, mereka ada bahan untuk berhujah dengan pihak pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Dalam perebutan pingat gangsa kelmarin, pasangan itu tewas kepada beregu nombor satu dunia, Lee Yong Dae-Chung Jae Sung dari Korea Selatan untuk pulang tanpa sebarang pingat.

Sementara itu, Kim Her berkata walaupun topik ini ada berlegar dalam kotak fikirannya sebelum ke London tapi semalam dia memberi bayangan ia mungkin ditangguh selepas menyifatkan persembahan anak didiknya di temasya kali ini amat memberangsangkan.

"Ini bukan masa yang baik untuk bercakap sama ada mahu memisahkan beregu utama ini. Saya ada rancangan empat tahun yang disasarkan ke arah Sukan Olimpik 2016.
"Satu keputusan tepat akan dibuat apabila masa itu tiba nanti," katanya yang beranggapan Kien Keat-Boon Heong menunjukkan perwatakan positif dalam kempen kali ini.

Source : Berita Harian 07/08/2012
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2012 09:48 AM | Show all posts
'BAM harus bertanggungjawab'
Oleh HELMI TALKAH
[email protected]

“BAM (Persatuan Badminton Malaysia) gagal.” Itu rumusan yang diberikan oleh bekas pakar beregu negara, Razif Sidek selepas jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei gagal meraih pingat emas Sukan Olimpik 2012.

Chong Wei terpaksa akur dengan kehebatan bintang sensasi China, Lin Dan apabila dia tewas 21-15, 10-21, 19-21 pada aksi final acara perseorangan lelaki di Arena Wembley, London kelmarin.

Razif berkata, BAM perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan tersebut kerana sasaran utama badan induk itu pada temasya kali ini adalah membawa pulang pingat emas dari bumi London.

“Jika empat tahun lalu di Beijing, China (Sukan Olimpik 2008), mungkin kita boleh maafkan apabila gagal meraih pingat emas kerana ketika itu, kejayaan Chong Wei memenangi pingat perak sudah dianggap pencapaian terbaik.

“Namun, selepas empat tahun, BAM sepatutnya tidak boleh memberikan apa-apa lagi alasan. BAM perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana gagal meraih pingat emas pada Sukan Olimpik kali ini.

“Kita sudah banyak bazirkan masa dan wang bagi memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik kali ini. Namun, itu semua tidak menjadi kenyataan sebaliknya kita terus kecundang,” kata Razif ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut beliau, BAM perlu melakukan perubahan drastik terutama terhadapa barisan kejurulatihan dan pengurusan jika mahu melihat sukan badminton negara terus melakar kejayaan di pentas antarabangsa.

Jelas Razif, BAM perlu mencari barisan jurulatih berprofil tinggi bagi menggantikan jurulatih-jurulatih sedia ada.

“Siapa selepas Chong Wei? Soalan itu BAM perlu jawab kerana Chong Wei dikatakan akan bersara selepas Sukan Olimpik 2012.

“Jika kita lihat barisan pemain pelapis yang ada ketika ini, kesemua mereka sebenarnya telah terlalu jauh ketinggalan. Sebab itu, BAM perlu ada jurulatih yang benar-benar mampu untuk membentuk bertaraf dunia.

“Bagi saya, jurulatih-jurulatih yang ada ketika ini, faham-faham sendiri sahajalah. Dalam tempoh empat tahun (selepas Sukan Olimpik 2008) tidak ada kejayaan yang membanggakan dicapai.

“Jadi, jurulatih itu semua gagal termasuk pihak pengurusan BAM sendiri. Saya berasa, tempoh tersebut sudah cukup lama, jadi bagilah peluang kepada orang baharu untuk melaksanakannya,” jelas Razif.

Sebagai rekod, Razif merupakan pemenang pingat gangsa dalam acara beregu lelaki bersama adiknya, Jalani Sidek pada Sukan Olimpik 1992 di Barcelona, Sepanyol.

Kekalahan kepada Lin Dan kelmarin menyaksikan Chong Wei sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas dia turut ditumbangkan pemain No. 1 dunia itu pada aksi final Olimpik 2008 di Beijing.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 09:50 AM | Show all posts
Mesej Chong Wei kepada BAM

"BAM (Persatuan Badminton Malaysia) perlu tukar sistem dan program pembangunan harus diperhebatkan."

Cukup pedas mesej yang disampaikan oleh jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei kepada BAM sejurus selepas meraih pingat perak dalam acara perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 di Arena Wembley, London kelmarin.

Menurut Chong Wei, selepas ini, BAM perlu fokus terhadap pemain junior dan berikan lebih banyak pendedahan kepada mereka di pentas antarabangsa.

Sebab itu katanya, program pembangunan sangat penting dan perlu diperhebatkan lagi jika mahu melihat pemain negara terus mengukir kejayaan pada kejohanan peringkat antarabangsa khususnya Sukan Olimpik.

"Saya sudah veteran dan mungkin boleh bermain dalam masa dua atau tiga tahun lagi. Sepatutnya sekarang kita sudah ada pelapis yang berdaya saing seperti China yang mempunyai ramai pemain hebat serta boleh menggegar dunia pada bila-bila masa sahaja.

"Mereka sekarang ada Lin Dan tetapi pelapis kepada Lin Dan sudah ada seperti Chen Long yang bakal menguasai sukan badminton selepas ini sebaik Lin Dan atau saya bersara," kata Chong Wei.

Menurutnya, pemain junior seperti Liew Darren, Arif Latif mahupun Zulfadli Zulkifli harus kerap diberi pendedahan kerana dengan cara tersebut, ia membantu meningkatkan keyakinan serta prestasi mereka.

"Jika kita tidak memulakan daripada sekarang, masa depan sukan badminton negara bakal melalui zaman malap," katanya.

Mengulas persembahannya sepanjang temasya di London, Chong Wei menjelaskan bahawa dia sudah memiliki keyakinan semula dengan prestasinya.

"Bukan senang nak dapat balik form. Selepas dua bulan setengah tidak beraksi dalam mana-mana kejohanan kompetitif, saya tetap berjaya memberi saingan.

"Kejayaan mara ke final sudah menjadi satu kejayaan buat saya tetapi malangnya, saya gagal menghadiahkan pingat emas buat rakyat Malaysia," katanya.

Sebelum bermulanya temasya di London, ramai yang meragui prestasi Chong Wei kerana kecederaan yang dialaminya ketika menggalas cabaran negara pada Piala Thomas di Wuhan China, Mei lalu akan menjejaskan prestasinya.

Untuk memburukkan lagi keadaan, program latihannya juga tidak konsisten kerana terpaksa melalui rawatan pemulihan dengan harapan kecederaannya pulih sepenuhnya sebelum Olimpik London bermula.

Atas kerja kuat serta kecekalannya menghadapi segala dugaan yang ditempuhinya, Chong Wei kembali pulih seperti biasa, namun masih ramai yang kurang yakin bahawa dia mampu menampilkan prestasi cemerlang di London.

Sebaik memulakan kempennya pada saingan peringkat kumpulan, Chong Wei tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa kece- deraan yang dialaminya itu akan menjejas- kan rentak permainannya.

Selepas itu, kelibat Chong Wei terus sukar disekat sehingga berjaya melangkah ke final dan tewas kepada juara bertahan, Lin Dan.

"Saya pun tidak percaya boleh beraksi de- ngan baik. Bayangkan sudah hampir tiga bulan tidak menyertai mana-mana kejoha- nan dan memang sukar untuk mengembali- kan form seperti biasa.

"Apa pun, yang penting kita perlu bekerja kuat dan berusaha sebaik mungkin untuk meraih kejayaan. Saya berharap agar pemain-pemain muda kita mempunyai semangat yang sama untuk bekerja lebih keras lagi bagi meningkatkan prestasi.

"Saya mungkin tidak dapat beraksi pada Sukan Olimpik akan datang dan sebab itu penting untuk memberikan lebih banyak pendedahan kepada pemain junior kita.

"Bukan hanya untuk acara perseorangan lelaki tetpai juga merangkumi beregu lelaki dan wanita," kata pemain berusia 30 tahun itu.

Kejayaan meraih pingat perak pada tema- sya di London ini merupakan perak Olimpik kedua buat Chong Wei selepas dia mengukir kejayaan yang sama di Beijing empat tahun lalu.

Selepas ini, fokusnya adalah untuk menggalas cabaran negara pada Sukan Komanwel dan Asia serta Kejohanan Dunia tahun depan.

"Mungkin saya boleh beraksi lagi pada Sukan Asia dan Komanwel tetapi untuk Sukan Olimpik banyak bergantung sama ada saya layak atau tidak.

"Mungkin form saya dalam masa empat tahun lagi tidak sama seperti sekarang," katanya.

Source : Kosmo 07/08/2012

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2012 10:14 AM | Show all posts
haiku posted on 7-8-2012 09:19 AM
Thank you wawa for the photos.

no problem my fren...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 10:34 AM | Show all posts
Nasib LCW ni mcm nasib legenda tennis dunia Ivan Lendl laa..masuk 19 kali final grand slam..tp dia menang cuma 8 kali jer..semuanya sbb dia lahir sezaman dgn legenda John McEnroe, Jimmy Connor,John Borg...competition sgt hebat.tp itulah nasib dia.dia sendiri kata, kalau dia lahir pada era yg lain..mungkin tk jadi mcm skrg.apa pun LCW, u r the greatest!
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 10:37 AM | Show all posts
dulu suka jgk dgn koo-tan, tp semenjak diorg mintak 'disingkirkan' Rexy mainaky tu, terus rasa boring dgn diorg.mcm bagus jer nk lawan 'cikgu sendiri'..paling tk pun, sah2 rexy tu mantan olympian champion kalau nk dibanding kan diorg tuh..so boring,besar kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 11:50 AM | Show all posts
tahniah Dato LCW..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 11:53 AM | Show all posts
terima kasih kepada sesiapapun yg mengupdate dlm nih..thank you..thank you
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 11:10 PM | Show all posts
wawaKKK posted on 7-8-2012 08:49 AM
lupe plak pasal TBH ni... dpt no.4 pon jadik la kan...

kkk mane?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2012 11:12 PM | Show all posts
wawaKKK posted on 7-8-2012 08:12 AM
wee hoooooo... winddduuuuuuu...

winduuuuuuuuu jugak hahha..
amboi dp beralih arah kat abe sapik rahim plak ke ekeke

aku x dpt tgk kaedahnya mase final aritue..
kalau x mesti nanges punyerrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 02:05 AM | Show all posts
sedihhh n rase nk ngs tgk DLCW tunduk time diva berlari2 celebrate... rse nk msuk je dlm tv n peluk Dato' ckp its okay, u win our heart ... papepun bangge sgt2 ngn performance chong wei...
thanks DLCW, we love u
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 02:06 AM | Show all posts
abg2 ikan nie mmg btol dh xde semangat juang... geramm plak tgk dorg skrg nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2012 08:34 AM | Show all posts
peacock.bass posted on 7-8-2012 11:53 AM
terima kasih kepada sesiapapun yg mengupdate dlm nih..thank you..thank you

same2 hadek pikok...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.165773 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list