1. Drama King - MUH/Black
2. Noktah Cinta ...
delima Post at 6-5-2010 15:35
aik? ni minggu bila pulak? last week ek? kalo FT no 1....maknanya NC kekal berada di tangga ke 2 utk 2 minggu berturut2......aiyoooo bila nak jadik juara nih???
16 Mei akan menjelang tiba.......dan tarikh 16 Mei adalah paling istimewa untuk semua guru kerana setiap tahun pada hari inilah sambutan untuk Hari Guru diadakan......
tapi 16 Mei 2009.......adalah merupakan hari yang paling istimewa dan bersejarah buat Hafiz bin Mohd. Suip......kerana pada tarikh keramat inilah dia telah dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia 7.......saat yang paling manis dalam diari hidup Hafiz pada ketika itu.....dan disinilah bermulanya perjalanan hidup Hafiz sebagai anak seni yang penuh dengan cabaran.....kepahitan....kemanisan.....dan sebagainya.....
pada 16 Mei 2010 yang bakal menjelma tak lama lagi......genaplah setahun Hafiz bergelar sebagai Juara AF7 dan seorang bintang.......bagi peminat-peminat setia Hafiz.....sudah pasti masih segar dalam ingatan masing2 persembahan Hafiz masa di konsert final pada tahun lepas. Walaupun gaya persembahan Hafiz dikatakan kurang menyerlah jika dibandingkan dengan Aril dan Akim pada malam itu......sehingga ada pihak yang mempertikaikan kemenangan Hafiz pada malam itu......tapi sesungguhnya ia telah ditentukan oleh Yang Maha Esa......tiada sesiapapun yang boleh mengubahnya......sememangnya sudah tersurat Hafiz bin Mohd. Suip adalah Juara AF7.......
setalah hampir setahun berlalu.......namun peminat2 setia Hafiz tetap akan sentiasa merasa teruja untuk melihat persembahan Hafiz.....kemunculan dia di kaca TV atau di mana-mana saja akan sentiasa dirindui dan dinanti-nanti......peminat2 Hafiz seolah-olah tidak pernah jemu dan puas untuk melihat persembahan Hafiz pada bila2 masa......termasuklah kemunculan dia di konsert final AF 8 nanti.....kerana seperti pada musim2 yang lepas.....bintang2 AF akan dijemput untuk membuat persembahan pada konsert final.......
namun setelah melihat senario dan perkembangan terkini yang berlaku dalam AF8 ini terutama sekali perubahan2 yang dibawa oleh pengetua AF8 dan astro.......kemungkinan besar harapan untuk melihat Hafiz beraksi di pentas konsert final AF8 mungkin tidak akan menjadi kenyataan........kalau tak silap......pernah terbaca dalam salah satu artikel....tapi tak ingat di mana.......mengikut norman ada satu kelainan atau kejutan untuk konsert final nanti.......apa yang aku jangkakan.......kemungkinan besar semua pelajar AF8 yang telah tersingkir akan membuat persembahan dan menyanyikan lagu single baru masing2 pada malam konsert final nanti.......sudah pasti norman akan mengambil peluang keemasan ini untuk mempromosikan single bekas pelajar2 AF8.....ini sekadar firasat aku saja......
dan satu lagi perkara yang memusykilkan......showcase untuk Debaran AF8......apa sudah jadi dengan showcase untuk Isma dan Yazid?.....apakah ianya memang telah dibatalkan?....kalau ia.....mengapa?.....Isma dengan Yazid......terutama sekali Yazid seolah-olah dipinggirkan......bukankah mereka berdua ini merupakan finalis untuk AF7 dan seharusnya lebih layak daripada Dafi.......
minggu ini sudahpun masuk konsert kelapan.......kalau masa AF7 dulu.....pada konsert kelapan inilah berlakunya segala kontroversi.......penyingkiran dua orang pelajar dari Sarawak......talian AFMASUK diujudkan.....sesuatu yang sudah diramal dan diduga oleh semua peminat AF......adakah ianya akan berulang lagi pada musim kelapan ini?.....samalah kita tunggu dan lihat......
seandainya tiada perubahan atau kejutan lain yang akan dibuat oleh astro......ini bermakna hanya tinggal dua lagi konsert mingguan sebelum konsert final.......konsert kesembilan akan diadakan pada 15 Mei 2010 dan debaran AF pada hari berikutnya iaitu pada 16 Mei 2010 {seandainya tiada apa2 perubahan}....yang secara kebetulan merupakan tarikh genapnya setahun Hafiz bergelar Juara AF7.......alangkah baiknya kalau showcase untuk Hafiz diadakan pada malam itu.....semestinya ia akan lebih bermakna dan sekaligus mengimbas kembali detik2 manis kemenangan Hafiz......kita selalu mendengar orang berkata......"save the best for last"......tapi ianya tidak semestinya berlaku seperti itu......atau adakah Hafiz dianggap bukan the best walaupun sudah bergelar Juara?.....
kalau mengikut perancangan astro......showcase Akim akan diadakan selepas debaran konsert kesembilan......adakah ini salah satu strategi astro?......seandainya konsert kesembilan adalah konsert mingguan yang terakhir sebelum konsert final.......maka astro seolah-olah menjangkakan pasti ramai yang akan datang untuk menonton debaran AF kerana keputusan untuk nama2 pelajar yang akan layak ke konsert final akan diumumkan pada malam itu......sesungguhnya hanya astro saja yang mengetahui.......
16 Mei akan menjelang tiba.......dan tarikh 16 Mei adalah paling istimewa untuk semua guru kerana se ...
delima Post at 6-5-2010 15:58
aku pun x ingat bila tarikh hafiz jadik juara......tabik spring kat ko pasal ingat tarikh keramat hafiz.....hehehe......kita tgk la nanti delima.....we r only the penonton dalam cerita rekaan astro ni.....we can only see & can do nothing if they want to do it lain dari yg kita nak......