|
Tidak sabar menanti filem Nur Kasih
Menyentuh Nur Kasih yang direalisasikan ke layar perak selepas menempa fenomena hingga mencecah rating 4.3 juta penonton, drama bersiri itu dikatakan mempunyai impak tersendiri dalam kerjaya seninya walaupun sebelum ini wajah Fizz Fairuz kerap menghiasi kaca televisyen.
Di layar perak, lakonannya dapat diikuti menerusi Gerak Khas The Movie, Castello, Anak Halal, Orang Minyak, Syurga Cinta, Seremm, Niyang Rapik dan Bravo 5. Manakala drama, antaranya Kekasihku Seru, Kasih Tania, Kaber Hero Kaber Zero, Akulah Tanggang, Dua Hati, Sonata Labu Labi, Hati Liar serta Jangan Bunuh Matahari Ku.
Secara peribadi, aktor yang dilabel antara hero Melayu itu mengakui turut terkena tempias watak Ustaz Aidil yang dipenuhi sifat bertolak ansur dan sentiasa tenang menghadapi dugaan seperti mana laluan perjalanan hidupnya di alam realiti.
“Sebagai manusia, kita tidak terlepas melakukan kesilapan. Begitu juga diri saya terutama selepas berkecimpung dalam dunia penuh ranjau berduri ini. Namun dari situ saya belajar memperbaiki diri dan nilai dulu kekurangan sebelum menuding jari terhadap orang lain.
“Ustaz Aidil dalam Nur Kasih melambangkan karektor seorang lelaki dan saudara yang sanggup berkorban untuk insan sekeliling yang disayanginya. Mungkin saya tidak mampu menjadi seperti diri Aidil, namun sekurang-kurangnya nilai positif dalam watak putih itu mengingatkan saya supaya tidak mudah alpa,” ungkapnya ringkas.
Filem kerjasama sentuhan sutradara Kabir Bhatia kini sudah selesai menjalani 36 hari penggambaran di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur, Tanjung Karang dan tidak ketinggalan lebih seminggu berada di Jordan dengan membariskan pelakon asal lain termasuk Tiz Zaqyah sebagai Nur Amina dan Remy Ishak, Adam.
Dijangka menemui khalayak sekitar Februari atau Mac tahun depan, seperti peminat Fizz Fairuz juga tidak sabar menanti Nur Kasih di skrin lebar apatah lagi menerusi garapan Mira Mustaffa kali ini, plotnya lebih melankolik selain perubahan kehidupan Aidil sebagai bapa tunggal kepada dua cahaya mata.
Dalam keghairahan bercerita soal kerjaya, Fizz berkata, kehadiran Syawal kali ini memang seperti biasa saja kerana disebabkan dirinya masih bujang persediaan dilakukan secara bersederhana kerana semuanya lebih kepada keperluan keluarga.
“Kemeriahan Aidilftri sudah pasti dirasai bagi mereka yang mempunyai keluarga besar seperti kami. Saya balik kampung beberapa hari sebelum Syawal yang lalu kerana sehingga kini saya belum berkesempatan berbuka atau bersahur bersama emak,” katanya yang tidak sabar pulang ke Bentong.
credit to bharian online.
aku paste psl NK je... yg len bleh baca kat bharian online k. |
|