iols masa tgk promo episod awl2 tu mmg dh tertarik nk follow sbb tgk ayat2 deols masa gaduh tu c ...
suffiya.aziera Post at 9-7-2012 12:24
iols pula tersuka cerita ni sbb selalu tengok promo-promo tv3 setiap minggu ke minggu berikutnya....mcm2 gelagat diorg membuatkan iols nak follow juga drama komedi romantik ni...tambahan pula masa tu dah mula tertarik dengan heronya yg hensem tu....setiap drama2 yg yg on9 ditibi mesti akan dibincangkan dlm forum cari kan...iols pun try buka forum nak tengok drama VC ni ada peminat tak....buka2 forum nah aihh!!...dah rumah no.4 dah time tu...tambahan pula ramai pengikut2 yg post gambar yg boleh menaikkan graf sawan dan mengkerang....best baca posting2 forumers...bila dah banyak posting gambar ZARAMIR pastu layan lagu2 ost VC yg best dlm citer ni. ...apa lagi..terus terkena virus VC ni. bila dah berjangkit ni hari2 kena masuk forum ni...
itu cerita mcm mana iols boleh terjebak......cerita lama uolss...wakaakaka..
kat mana2 uols melompat i sentiasa memerhati you mcm avvy i memerhati you....wakakakka...
takdelah....iols pun rindu ssama amir aserap...walaupun duk menebang kat rumah org (dejavu) tapi hati iols tethap kat sini....iols tak berani nak sebut nama amir aseerap kat rumah sana...sbb kat sana diorg dah ada hero masing2....ammar atau bazli..tak pun zahir....
mcm kaka chan tetap setia pada nan satu ni....VC di hati kekdahnya....
iols pula tersuka cerita ni sbb selalu tengok promo-promo tv3 setiap minggu ke minggu beri ...
Vanilla_lette Post at 9/7/2012 16:03
kenangan sgt waktu tu kan? masa tgh demam VC tu iols rasa mcm tk berpijak dibumi yg nyata...tido tk cukup...mkn pon rasa mcm tk kenyang...memburung kdg2 sampai ke subuh....tp yg mengherankan tu x de plak rasa ngantuk bila dtg opis....rasa fresh lg ada la...dh mengalahkan org berchenta kekdahnya....duk dlm lrt pom muleh tersenyum2 sensowang bila mengenangkan scene2 dlm VC....nyaris2 iols terlepas stesen...kalo tk mmg satu kerja la nk patah balik....mmg btol2 sewel time tu...
boleh dikatakan sepanjang kena sawan VC tu hubungan iols dgn org sekeliling mcm terhenti skjp...iols hidup dlm dunia iols senirik...membe ajak kuar pon iols rasa mls...bkn sbb apa sayang nk tinggalkan komputer atau lappy takot kalo tinggal lama nnti terpaksa bertingkat2 plak beklong umah nih....kalo kuar pon asek nk blk cepat jah!...dlm kepala x de nama lain yg diingat amir ashraff, zara aishah, umah chenta tp mesra...nama2 tu dh jd 'kaulah segalanya utkku' kekdahnya time tu....
walau pon byk buat keje lagho masa tgh demam tuh tp itulah yg sgt2 membahagiakan...kenangan yg takkan mungkin berulang...takkan mampu utk dijual beli... semuanya akan kekal dilubuk hati yg paling dlm
kenangan sgt waktu tu kan? masa tgh demam VC tu iols rasa mcm tk berpijak dibumi yg nyata...tido ...
suffiya.aziera Post at 10-7-2012 12:33
uols pun ada kenangan tersendiri kan.....sama ler mcm iols juga...samada kenangan tu tersemat di lubuk hati nan dalam....atau pun terus pergi bersama angin nan lalu...dulu iols pernah meroyan dengan slot lestary Asmara...time tu pakai nickname lain..sampai terjatuh hati seketika dgn heronya masa tu...tapi skrg semua dah berlalu pergi...mungkin sbb kontrobesinya kut....
iols percaya mungkin suatu masa nanti ada juga drama2 slot akasia ke..lestary ke apa-apa slot gandingan AHR dan Izara....mungkin ada masa kita boleh berjumpa dan meroyan balik kat sini....kat mana lagi kita nak berjumpakan....malaikan kat forum.cari ruangan Rancangan TV Malaysia ni...semua ni membawa 1001 kenangan...
uols pun ada kenangan tersendiri kan.....sama ler mcm iols juga...samada kenangan tu terse ...
Vanilla_lette Post at 10/7/2012 12:50
iols ni sbnrnya kalo nk kata kaki tonton drama pon yer jgk...kbykkan drama melayu yg mdpt rating tinggi tu iols follow...mcm NK,GK, NE (episod yg akhir2 je ngk sbb tk suka sgt yg jd nora elena tu) semer tu iols tgk....tp takde la sampai iols nk gila smpai stalk fb retis bagai....stkt tgk jelah abis2 duk gusip2 ngan membe2 opis tak pon ngan mak or adik beradik iols....
tp ngan VC ni auranya lain mcm sket tau!...iols tk reti nk sexplain camne....kalo nk ikot dr segi jalan citer rasanya tk byk beza ngan citer2 lain kot...tp yg mbuatkan VC berbeza dgn drama2 lain mungkin adalah faktor pelakon2nya...selamba...menjadi diri sendiri...yg paling utama click n chemistry hero heroin tu kot yg mengundang aura penarik tu....walau pon takde ayat2 puitis tp dialog2 bersahaja yg kuar dr mulut2 pelakonnya tu menjadi faktor penyumbang kesawanan kita kot...
ini seisi luahan hati pada ceritalah.......wakakakkaaka...
iols tak layan sangat NK, GK NE tu....tengok sekadar hiburan saja...tapi dgn VC ni tak tahu kenapa boleh melekat....mcm uols kata citer ni tak beza sngt dgn citer2 yg lain...lebih kurang sama saja....tapi mungkin faktor pelakon2 nya....banyak juga cerita lain yg iols layan..tapi bila kita tengok citer tu boleh jadi menarik salah satunya skrip terbaik / pengarah dan yg paling utama click & chemisty hero-heroinnya...disamping tu watak2 pembantu yg lain yg tak kurang hebatnya...sbb tu drama ni jadi lebih menarik... satu lagi VC ni cerita komedi romantik ringan tak perlu stress2 memikir...semua dialog2 santai dan bersahaja....endingnya pun HAPPY..!! semua org berpuas hati...
salah satu sebab menyumbang kepada kesawanan kita....sebab kita Join Forum....ramai kawan2 yg sehati sejiwa layan citer ni.......itu mungkin salah satunya....
kaka pun banyak sgt2 kenangan dgn VC ni, VC lah peneman setia MC 2 bulan (sob sob sob)... bila dah konfem kena msk hospital operate pung kaka cool jah sbb tau ada VC (n JWI) yg akan sentiasa menemani... lps operation, hbs ubat bius tu, sakit x boleh nak digambarkan so utk lupakan sakit kaka tgk video VC (bknnya nak ngaji ke haper ke... ngaji pun ada juga heheheeh)... the bottom line is, VC ni byk sgt kenangan2 yg akan terpahat dalam memori selamanya (ewaaaaahhh)
lama rasanya x jengah rumah VC ni....... td iols duk belek2 harian metro online jumpa ni.... iols bold yg berkenaan VC..... ye la kan... kalau x pasal budak ni, kita semua takkan berkenalan di rumah cinta tapi mesra ni...
BARU setahun berada dalam industri hiburan, nama Izara Aishah Hisham sudah terpahat kukuh dalam kotak fikiran peminat drama Melayu. Lakonannya sebagai pelajar kolej yang akhirnya berkahwin dengan rakannya, lakonan Aiman Mentor dalam drama Vanilla Coklat memberi impak tersendiri.
Meskipun pelakon jelita itu mengakui masih ‘hijau’ dan banyak lagi yang perlu dilakukannya bagi memberikan yang terbaik kepada persembahannya, namun setiap watak yang dibawanya berjaya memberikan impak yang besar.
Terbaru, kemunculannya dapat disaksikan menerusi drama Naziha yang mengisi slot Zehra di TV3, yang bersiaran mulai 15 Jun lalu. Drama itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Ryzal Jaafar, Erry Putra, Zain Saidin, Amar Baharin, Nik Zaris Nelly�dya, Nadia Kesumawati dan Mustapha Kamal.
Drama Naziha mengisahkan Naziha dikurniakan raut wajah yang amat cantik dan menjadi pujaan lelaki. Naziha tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana mereka cemburu terhadap kecantikan dan kepandaian yang dimilikinya. Meskipun digilai ramai lelaki namun Naziha tidak pernah melayan kerenah mereka. Namun Farouk (Erry Putra) tidak pernah berputus asa untuk mendekati Naziha.
Cerita Izara, sukar sekali untuk dia membawakan watak Naziha berbanding peranannya dalam Vanilla Coklat.
“Sebagai Naziha, saya kena mempamerkan sikap yang lemah lembut dan banyak bermain dengan air mata kesedihan angkara perbuatan Farouk yang cuba merebut cintanya dengan menggunakan kuasa ilmu hitam.
“Saya banyak bersedih dan menangis terutama mengenangkan cinta pertama saya terhadap Adam (Ryzal Jaafar) tidak kesampaian kerana fitnah Farouk. Walaupun saya gembira kerana penonton ‘bersimpati’ dengan watak Naziha tetapi dalam hati kecil ini, saya teringin untuk membawakan kelainan dalam lakonan saya selepas ini.
“Andai kata sebagai isteri pun, berilah peluang kepada saya membawa perwatakan yang berbeza. Saya bimbang juga nanti lama-kelamaan penonton jemu dengan lakonan saya dan saya takut orang akan mula memberi komen negatif,” katanya.
Di kalangan artis seang�katannya, Izara dilihat lebih menonjol dan semua itu kerana kerja kerasnya selama ini dan berusaha memperbaiki mutu lakonannya dari semasa ke semasa.
“Untuk mendapat ‘penghayatan’ watak sedih dan insan teraniaya, saya selalu menonton filem Bollywood yang heroinnya bijak bermain emosi. Sambil menyanyi (miming) dan menari, mereka masih dapat menyerlahkan ekspresi wajah sama ada dalam keadaan sedih atau gembira.
“Saya amat mengagumi lakonan Madhuri Dixit dan Datuk Shah Rukh Khan. Saya sering menonton filem lakonan mereka berdua. Apabila mereka bersedih, penonton turut menangis sama. Apabila mereka ketawa, penonton pun ikut ceria. Saya banyak belajar daripada lakonan mereka.
“Pelakon tempatan yang saya meminati adalah lakonan Maya Karin dan Kak Ogy (Fauziah Ahmad Daud) kerana mereka memberikan lakonan semula jadi. Kejayaan setiap lakonan apabila kita dapat mengajak penonton merasai sama setiap getaran yang kita lalui, suka atau pun duka,” katanya yang baru saja selesai penggambaran drama Naziha yang diterbit�kan sebanyak 13 episod.
Tambah Izara berikutan sambutan yang amat baik terhadap Vanilla Coklat, drama itu akan dibawa ke layar perak.
“Insya-Allah saya dan Aiman kekal membawakan watak masing-masing tetapi khabarnya ada juga pelakon lain yang akan digugurkan. Untuk filem, Asia Media Content kekal menjadi penerbitnya.
“Alhamdulillah rezeki saya dalam bidang lakonan berjalan lancar dan pada masa sama, saya akan terus belajar menjadi pelakon yang bagus,” katanya.
Bukanlah artis namanya jika hidup tanpa gosip dan untuk menghindari segala percakapan yang tidak baik di belakangnya, Izara bersedia untuk berlaku jujur dengan media.
“Kalau perkara yang diajukan wartawan itu benar, saya akan mengaku dan kalau sebaliknya, sudah tentu saya tidak akan memberi sebarang pengesa�han. Saya berada dalam lapangan ini kerana minat dan untuk mencari rezeki. Saya tak mahu memeningkan kepala dengan kontroversi yang tidak berkesudahan.
“Saya tak mahu apabila saya menafikan kebenaran, orang mula mengusik rahsia diri saya. Sebagai artis, saya juga berhak hidup tenang dan saya juga tidak akan meletakkan kepercayaan dengan begitu mudah terhadap orang di sekeliling,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan butik terbaru Cosry iaitu Cosry Purple Label (CPL) di The Curve, Mutiara Damansara, Selasa lalu.
Memiliki personaliti yang menarik dan meraih populariti dalam industri seni, Izara dilantik sebagai duta CPL selama setahun. Dia gembira dengan tawaran itu kerana meskipun dilantik sebagai duta, dia tidak terlalu terikat dengan syarat digariskan Cosry yang diterajui ‘orang kuatnya’, Ariff Quasri Md Nor selaku Pengarah Urusan Cosry Wise (M) Sdn Bhd dan Putra Aziz sebagai Ketua Pereka.
Selain Arif dan Putra, CPL turut diterajui rakan kongsi mereka, Najmie Noordin yang bertindak selaku Pengarah Label.
Jelas Izara, pada setiap acara yang diadakan CPL, pastinya dia akan menyarungkan busana CPL, namun untuk acara luar, mereka memberi kebebasan kepadanya untuk mencuba busana ciptaan orang lain juga.
“Tetapi kalau sudah menjadi duta CPL, lebih baik saya menggayakan busana CPL saja. Sebagai artis, ba�nyak acara yang perlu dihadiri dan dengan adanya CPL berdiri teguh di belakang, saya tidak perlu bimbang lagi mengenai apa yang perlu dipakai. CPL juga didatangkan lengkap dengan aksesori lain seperti kasut dan beg tangan.
“CPL adalah butik baju yang sudah siap, pilih saja yang mana berkenan di hati. Jika Cosry Couture yang terletak di Bangsar lebih kepada baju pengantin tetapi di CPL, konsepnya lebih kasual, santai dan sesuai digayakan di semua acara iaitu baju kurung, jubah dan kebaya.
“Putra juga bijak menyuai padan kebaya renda dengan seluar tanpa menjejaskan keanggunan kebaya itu yang memang tinggi nilai tradisionalnya,” katanya.
Walaupun terbabit secara tidak langsung dalam dunia fesyen tetapi Izara tidak berminat memilih fesyen sebagai perniagaannya.
“Saya suka fesyen dan ia adalah kesukaan setiap wanita tetapi untuk menceburi dunia perniagaan, saya akan memilih bidang lain. Saya belum boleh untuk mengumumkannya tetapi bukanlah saya akan bergelar ahli perniagaan dalam masa terdekat ini,” katanya.
lama rasanya x jengah rumah VC ni....... td iols duk belek2 harian metro online jumpa ni.... iols bo ...
ahkiluz Post at 13-7-2012 06:57
morning dek kiluzz....
thank you tolong updatekan rumah VC ni....dah tak ramai menjengah ke sini sbb takde bahan2 terbaru...mmg betul kalau tak pasal budak ni dan Aiman tak mungkin kita berkenalan kat rumah cinta tapi mesra ni....
jadi tak sabar lah kiranya nak menonton Vanila coklat _telemovie raya nanti... ...