Originally posted by jusoren12 at 28-9-2008 08:14 AM
Pagi raya hidang biskut sugi
dapat duit raya dari papa
Hari Raya menjelang lagi
Orang disana juadahnya apa?
ayam jantan suka berlaga,
suka berlaga di tengah padang
kite raya dh masuk hari ketiga,
juadah kita daging masak rendang
Originally posted by fatz2 at 28-9-2008 01:54 PM
hampir sebulan kita puasa
hari raya berkunjung lagi
nak masak, rasa tak kuasa
nampak macam berjuadahkan maggi....
pergi berkelah naik bas mini,
bas kepunyaan puan Nancy
dah biasa hidup begini,
makan maggi time emencency