KUALA LUMPUR, 14 MEI 2012: Berakhir sudah minggu kesembilan dengan tiga penyingkiran dan seterusnya melayakkan lima finalis yang bakal berentap pada final Mania iaitu Hafiz, Aril, Stacy, Hazama dan Jaclyn Victor pada malam 18 Mei 2012 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Kesemua tiga produser muzik mempunyai wakil yang bakal berentap pada malam tersebut dan ternyata Aubrey Suwito, Datuk M.Nasir dan Ahmad Dhani telah mempunyai cara dan strategi tersendiri sebelum tibanya hari parcaturan bagi memilih superstar dalam industri muzik tempatan.
Bagi Aubrey daripada empayar biru, dia menjanjikan kelainan untuk persembahan diperingkat akhir kelak.
"Persediaan untuk ke peringkat akhir semestinya sesuatu yang berbeza. Saya dan Jaclyn tidak akan membuang masa bagi mempersiapkan diri dan kami akan bermula dengan secepatnya," ujar Aubrey mengenai strategi daripada empayar biru miliknya.
Lain pula bagi Ahmad Dhani yang terus mahu menerbangkan Hafiz dan Aril ke seberang bagi merakamkan terus single untuk malam final Mania.
"Saya sudah bersedia sepenuhnya. Daripada lagu mahupun lirik, soalnya semua sudah ada dan tersedia. Saya hanya menunggu Aril dan Hafiz untuk merakamkan single ini di sana (Indonesia)," seloroh Ahmad Dhani sambil menyerahkan cakera padat berupa lagu baru kepada dua wakil empayar hijau berkenaan.
Menurut Datuk M.Nasir pula, dia sudah menjangkakan siapa yang akan terpilih dan dia juga telah bersedia bagi memastikan Stacy dan Hazama akan menyerlah pada malam final.
"Saya juga sudah bersedia dengan lagu dan ia merupakan lagu baru," ujar Datuk M. Nasir ringkas.
Minggu lalu merupakan penyingkiran terbesar sepanjang Mania, di mana tiga orang telah meninggalkan galaksi Mania iaitu Ebi, Shila Amzah dan juga Adira telah memberi peluang kepada lima penyanyi yang paling layak untuk beraksi di pentas terakhir Mania pada Sabtu depan.
Foto oleh Mazlan Yunos P ...
blackberry90 Post at 14-5-2012 13:49
kenapa Stacy cakap kat galaksi DMN x bagi new song to her? dlm murai ni ada pulak..... wah! seronok la budak 2 org tu dapat rakam lagu di Indonesia.....hehehe
kenapa Stacy cakap kat galaksi DMN x bagi new song to her? dlm murai ni ada pulak..... wah! se ...
Along_XX Post at 14-5-2012 14:01
itu proses rakaman je Along...yg aku risau nanti promotion wise...takut nanti lagu dah siap dirakam astrok jadikan pekasam sbb dua2 di bawah pengurusan astrok....
single yg Hafiz rakam kat indon tu apa cer?...bila nak release?...ke tunggu album dia siap nanti?....hurmmm...mmg sahlah Hafiz tak dapat nak dicalonkan utk apa2 anugerah dlm tahun 2012/2013...
terima kasih tuk video tu...
mmg best duet Hafiz ngn Tok Ti....walaupon agak slow tp sbb kedua2nya
punyai vokal yg mantap menjadikan lagu OR tu tetap hebat...
tahniah Hafiz...