CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun Maut didera oleh bapa dan ibu tiri.

[Copy link]
Post time 5-2-2018 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi tgk tv3, katanya dera sebab tak baca doa tidur,salah baca quran, disuruh pamping mcm komando.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 5-2-2018 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mosti replied at 5-2-2018 11:05 PM
Tadi tgk tv3, katanya dera sebab tak baca doa tidur,salah baca quran, disuruh pamping mcm komando.

SEORANG wanita mendedahkan wajah ibu tiri dan bapa kandung Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, yang yang meninggal dunia akibat didera pasangan itu.

Menurut Nurul Safinas Anuar, kedua-duanya memiliki rupa paras yang cantik malah tidak menunjukkan ciri-ciri seorang yang panas baran.

Ikuti perkongsian wanita berkenaan melalui Facebook di bawah:

“Saya selalu kena pukul, lama-lama saya boleh mati”

Cantik rupa ibu tiri dan ayah kandung dia. Rupa elok, manis, tutup sempurna, macam keluarga idaman. Soleh dan solehah. Tapi hakikatnya, hanya Tuhan yang tahu.

Malam tadi agak free, jadi saya scroll tentang berita Nur Aina. Ramai yang mengecam pihak sekolah, para jiran, ibu kandung mangsa dsb. Mungkin ada info yang mereka tak tahu. Jadi saya tulis di sini :

Guru Besar pernah panggil ayahnya ke sekolah berkenaan kesan lebam dan kecederaan Nur Aina yang agak jelas, tapi dimarahnya pula Guru Besar terbabit.

Saya text sendiri jiran sebelahnya, pada pendapat saya, cuma beberapa orang jiran sahaja yang pernah nampak lebam Nur Aina. Jiran tersebut ada inisiatif untuk bertanya, tapi arwah kata dia terjatuh.

Bapanya juga mengaku memang garang, tapi tak pernah sentuh anak-anaknya. Jiran juga mengaku selalu dengar suara ayahnya mengamuk dan memaki, tetapi tak ada suara menangis / merintih / minta tolong / menjerit dsb. Itu lah asbab kenapa tak ada seorang pun jiran yang ke depan.

Sebelum meninggal, Nur Aina sempat pergi mengaji bersama abang kandungnya di rumah depan (jiran), guru mengaji kata arwah agak pasif waktu itu. Guru mengaji juga bertanya tentang lebam arwah, katanya terjatuh juga.

8 bulan lepas, ibu kandung ada buat laporan polis tentang kecederaan Nur Aina, kes berpanjangan hingga ke mahkamah tapi kemudiannya dilepaskan atas dasar ‘ayah mendidik anak’. (Timbalan pendakwaraya mesti menyesal).

Sebelum kena gari, ibu tiri Nur Aina sempat mengirim whatsapp dalam group kelas / sekolah anak tirinya untuk inform yang Nur Aina meninggal sewaktu tidur. Ibu tiri juga pernah beritahu guru di sekolah yang arwah agak manja dengannya.

Wallahualam.. Ramai yang ambil berat dengan arwah, tapi mungkin kesungguhan tu kurang. Manusia mudah mengkritik, sedangkan tak kena pada diri sendiri.

Daripada mengkritik dan mempersoalkan, lebih baik doa yang baik-baik. Al-fatihah untuk arwah adik Nur Aina Nabihah. Syurga lah tempat kamu.

Yang rajin menulis,
NSA
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
mosti replied at 5-2-2018 11:18 PM
SEORANG wanita mendedahkan wajah ibu tiri dan bapa kandung Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9,  ...

Amarah saya sendiri bukan sahaja atas perlakuan Dera.

Tapi manipulasi Dan permainan saikologi bangsat 2 ekor ni terhadap Aina.

Berulang Kali keluar statement bila ditanya pihak ketiga, arwah Aina Tak cakap perkara benar pasal kecederaan.

Sedih sgt aku memikirkan apa yg berlaku. Dan berapa lama ia telah berlaku. 3/4 mampos kene belasah Dan justify dlm kepala 'its ok, apak cakap dia nak didik aku'.

Wat the fark. Kimak tol.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 6-2-2018 08:43 AM

Disebat Dengan Tali Pinggang, Ditendang, Dipijak Hingga Terkencing, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Didera Bapa

2 Feb - Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun didakwa telah ditendang dan dipijak hingga terkencing, malah dipukul menggunakan tali pinggang yang digunakan oleh tentera dipercayai didera oleh bapa kandungnya sendiri dan telah menghembuskan nafas terakhir kelmarin.

Mangsa juga dikatakan pernah dipukul menggunakan sebuah bangku plastik kecil. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, openderaan yang sukar dibayangkan oleh manusia yang berfikiran waras itu kini sedang disiasat dengan teliti oleh pasukan siasatan polis.

Tambah Zainudin lagi, perbuatan itu terdedah dalam siasatan awal polis terhadap bapa kandung dan ibu tiri mangsa yang kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat, 2 Februari 2018.

“Berdasarkan pengakuan awal suspek, pada malam kejadian dia telah bertindak memukul anaknya dengan tali pinggang yang biasa digunakan oleh tentera, menendang anaknya dan memijaknya hingga terkencing.

“Suspek juga membuat pengakuan awal pernah memukul si mati menggunakan sebuah bangku plastik kecil,”katanya di sini hari ini.

Kedua-dua suspek berusia 38 dan 34 tahun itu telah dibawa ke rumah sewa mereka di Taman Vista Jaya, Lukut tengah hari tadi bagi membolehkan polis menjalankan pemeriksaan di lokasi mangsa telah didera.

Menurut jiran yang enggan dikenali mendakwa, anaknya yang juga rakan kepada mangsa mendedahkan bahawa murid berusia 9 tahun itu kerap mengadu didera bapanya sebelum ini.

“Dia beritahu anak saya, selalu kena pukul malah pernah dibaling kerusi oleh bapanya itu sehingga kerusi itu patah dan dia cedera. Dia juga beritahu kalau keadaan berterusan, dia boleh mati,”katanya ketika ditemui di kawasan perumahan itu di sini, hari ini.

Memetik laporanHarian Metro, mangsa dipercayai telah meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) pada jam 12.30 tengah malam.

Selepas dibedah siasat mendapati kanak-kanak terbabit cedera pada buah pinggang, selain usus terkoyak dan patah tulang rusuk yang dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sudahnya paste guna hp. ...tak larat nak edit dah. ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2018 08:56 AM | Show all posts
mosti replied at 5-2-2018 11:05 PM
Tadi tgk tv3, katanya dera sebab tak baca doa tidur,salah baca quran, disuruh pamping mcm komando.

aku paling menyampah stok2 alim kucing mcm nie guna agama utk menghalalkan perbuatan jijik diorang...

sampai mati budak tu dikerjakan..mcm nie konon nak didik cara islam? no wonder non muslim tgk agama islam sebagai agama terrorist...

pandai sikit2 hal agama dan seterusnya ikut kepala sendiri kata didik cara islam..

memalukan...

media pun layan pulak si mental 2 ekor nie...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 09:12 AM | Show all posts
nk kata2 lbih2 pn dh xguna sbb arwah dh xde dh...seksa mnderita tanggung sorang dri..smoga bapak n mak tiri dhukum gantung smpai mati
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 6-2-2018 09:12 AM | Show all posts
Ya Allah sedihnye baca..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 04:38 PM | Show all posts
sebak rasa hati bace pasal arwah adik ni....mmg betulla org kate... skang ni banyak yang alim2 taik kucing.... menyampah betul dgn org yang suka sgt menunggang agama...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 05:04 PM | Show all posts
ko nk bls dendam kat ex wife tp setan sgt pedajal anak!
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mosti replied at 5-2-2018 11:05 PM
Tadi tgk tv3, katanya dera sebab tak baca doa tidur,salah baca quran, disuruh pamping mcm komando.

Ini bukannya alasan utk mendera anak mengajar atau membetulkan anak ada caranya..x perlu pijak smpai patah tulang segala.benci betul dengan manusia yg berselindung di sebalik agama
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sufi^_^ replied at 5-2-2018 05:15 PM
Ada terbaca kat komen kat fb Syed Azmi, ekceli arwah Aina ni mak dia dah ambik lepas abuse yang dire ...

Mesti DPP tu menyesal x sudah skrg..skrg i tgk byk yg salahkan mak sbb x jaga anak sendiri.. kesian si mak kandung
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 01:04 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 3-2-2018 02:39 PM
Td tgk kat fb dh pakai baju oren lokap.
Tak nampak muka wife dia aka mak tiri budak kena dera ni. ...

tapi kalau normal person
kita ngk budak kena pukul bantai
sampai tahap yang kronik
xkan pakat2 ngk even takut pun
stil x leh hadam laaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 01:06 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 2-2-2018 10:41 PM
Ada...

Kwn aku gi ceramah....ustaz kata, pompuan ni klu bercerai...bg je hak penjagaan kat bapa ...

paangan bercerai mesti ada reason
kalau dah perangai laki hansuang
xkan nak kasik kat bapak tu jaga
agak2 lah ustaz wei
bercakap main sembur aje

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 04:48 PM | Show all posts
hope dapat balasan yg setimpal..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 8-2-2018 11:11 PM | Show all posts
abang pun didera juga
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sufi^_^ replied at 5-2-2018 05:15 PM
Ada terbaca kat komen kat fb Syed Azmi, ekceli arwah Aina ni mak dia dah ambik lepas abuse yang dire ...

Serious ke ni?
Selama ni saya syak je mahkamah syariah melayan wanita secara tidak adil, tapi satu persatu bukti keluar, kini syak saya dah jadi yaqqqinn pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 12:29 PM | Show all posts
sian adik ni..baru 9 tahun..ape punya bapak la
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mosti replied at 5-2-2018 03:18 PM
SEORANG wanita mendedahkan wajah ibu tiri dan bapa kandung Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9,  ...

jiran mana satu? dlm artikel, jiran ada kata arwah ada beritahu anaknya selalu dipukul bapa, bapa pun dah huat pengakuan pernah memukul arwah dgn kerusi kecil... c nsa tulis benda ne nak buat apa sebenarny?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.114980 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list