|
[Tempatan]
Ibu 10 anak dihalau dari rumah sewa
[Copy link]
|
|
moga dipermudahkan urusan sis |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 5-4-2021 11:57 AM
Aku x paham stiap kli dia bersalin takde ke doktor trus sound soh ikat peranakan?aku yg baru dua a ...
Gitu la agaknya. Setakat panggil bidan, branak, pantang ala kadar, meratib, then si bewak balik, di crettt nye lagi akak ni. Buntingg lagi. Gitu lah cycle akak annoying ni |
|
|
|
|
|
|
|
epal21 replied at 5-4-2021 11:33 AM
Betul tu. Anak2 tu amanah. Perlu dididik & diberikan haknya. Kalau anak2 tak cukup makan pakai sam ...
Dah lemak. Kerje dua ngangkang je. Ngangkang utk laki bewak, dgn ngangkang tunggu sumbangan orang ramai.
Sorry lah. Me'ols langsung tak simpati. Kesian ya, dkt anak2 dia yg kecik2. Tapi dia? Pegi mamps. |
|
|
|
|
|
|
|
skrg nih dah boleh rentas negara ke? rentas negeri sampai ke langkawi pun sampai kecoh 2-3 minggu..inikan pula rentas negara |
|
|
|
|
|
|
|
memang anak tu rezeki.. tapi kena ingt.. anak tu juga amanah, dan yg mana bila di panggil amanah akan dipersoalkn diakhirat kelak dari sekecil2 perkara hingga kebesar2 perkara.. ..
tak nak komen lebih2.
semoga dipermudahkn. |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 5-4-2021 02:57 PM
Dah lemak. Kerje dua ngangkang je. Ngangkang utk laki bewak, dgn ngangkang tunggu sumbangan orang ...
tula, iolls kalau bace berita2 cmni, yg i kesian ank2 yg naif yg kecik2 taktau ape2 tu.. haihh.. apelahh |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tang ni setuju sgt...dah hidup x berduit tu udahla asik beranak jer....sian ke anak2...makan hidupo x menentu.....
|
|
|
|
|
|
|
|
MP bantu ibu anak 10 kena halau rumah sewa
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 04 April 2021
Steven berkata, ketika beliau tiba di rumah sewa wanita itu, dia mendapati Ros sedang termenung memikirkan nasibnya dan menangis selepas menyedari kehadirannya.
GEORGETOWN- Seorang ibu anak sepuluh buntu selepas dihalau dari rumah sewanya di Bukit Mertajam kerana gagal membayar sewa bulanan.
Lebih menyedihkan, wanita yang dikenali sebagai Ros itu sudah siap mengemas semua barang miliknya dan termenung di luar rumah sewanya itu sambil memikirkan arah tujuannya selepas dihalau pemilik rumah.
Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang bergegas bertemu Ros untuk menghulurkan bantuan dalam laman Facebooknya.
Menurutnya, beliau sepatutnya menghadiri mesyuarat penting bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng namun terpaksa membatalkannya selepas menerima maklumat mengenai wanita malang itu.
Steven berkata, ketika beliau tiba di rumah sewa wanita itu, dia mendapati Ros sedang termenung memikirkan nasibnya dan menangis selepas menyedari kehadirannya.
"Saya terima makluman ada sebuah keluarga di Bukit Mertajam kena halau dari rumah sewa sebab ibu mereka tidak mampu bayar sewa.
"Saya terus pergi ke sana dan mendapati mereka sudah pun berkemas dan duduk di luar rumah, buntu sebab tak ada tempat nak pergi.
"Ibunya Puan Ros ada 10 orang anak, paling kecil hanya berumur tiga tahun. Dia duduk di luar rumah menangis terkenang nasib anak-anaknya. Kasih seorang ibu tidak ternilai, susah senang anak didahulukan," katanya.
Beliau yang simpati dengan nasib wanita tersebut telah berjanji akan membantu mendapatkan kediaman baharu untuk mereka sekeluarga.
"Saya bagi tahu Puan Ros, saya akan pastikan sebelum matahari turun hari ini (Ahad), keluarga mereka akan ada bumbung atas kepala (rumah untuk berteduh).
"Kemudian saya bawa wanita itu dan anak-anaknya ke Pasaraya Tesco Bukit Mertajam untuk membeli barang-barang keperluan. Dua troli penuh saya belikan barangan keperluan.
"Juruwang pun terkejut ingat kami borong untuk niaga. Moga-moga cukup bekalan Ramadan sehingga hujung Syawal," katanya.
Steven berkata, beliau turut membeli alat permainan kepada anak wanita itu yang masih kecil.
"Lepas tu, budak-budak nampak kedai barang mainan, mereka terdiam, tapi saya tahu hati mesti tergerak juga. Saya ada anak kecil, tiap kali nampak kedai barang mainan mesti minta nak masuk. Saya bawa mereka masuk, beli mainan kegemaran mereka.
Steven membeli barangan keperluan kepada Ros sekeluarga.
"Kebetulan di luar (Pasaraya) Tesco ada bazar jual baju raya. Dah sampai kat situ, takkan tak beli. Jadi, (saya belia) seorang sepasang baju baru.
"Puan Ros kata tak perlu beli untuk dia, beli untuk anak-anak cukup. Dia tak pernah beli baju raya. Saya bagi tahu anak-anak, kali ini kita mesti beli sepasang baju baru untuk ibu. Semua pakat pilih baju untuk ibu (mereka)," katanya.
Beliau juga membeli sebuah 'tablet' kepada seorang anak wanita tersebut yang mesra dipanggil 'kakak' untuk memudahkannya belajar.
"Kakak yang sekolah menengah, saya belikan tablet. Saya cakap, asal chek mau pi sekolah, pakcik akan pastikan adik-adik terus belajar walaupun susah macam manapun. Hanya ilmu di dada mampu mengubah nasib kita," katanya.
Katanya lagi, beliau amat sayu apabila mengetahui semua anak wanita itu tidak pernah berpeluang makan di sebuah restoran makanan segera.
"Akhir sekali, kami makan mekdi (McDonald) di tepi Tesco. Bila nak pesan makanan, mereka semua diam. Saya ingat mereka tak suka. Tapi rupa-rupanya, semua tak pernah makan mekdi, jadi tak tahu nak pesan apa.
"Ok, takpa, pakcik tolong pesankan. Setiap seorang satu set Happy Meal, pakcik dan ibu makan burger," katanya.
Steven membawa Ros sekeluarga makan di restoran makanan segera sebelum membawa mereka ke rumah sewa yang baru.
Dalam perkongsian itu juga, Steven memaklumkan bahawa beliau berjaya mendapatkan rumah sewa baharu untuk keluarga tersebut.
"Lepas tu, kami ke rumah baru. Puan Ros tanya sewa rumah berapa? Saya jawab jangan bimbang, saya akan tanggung sampai dia dapat rumah kerajaan nanti.
"Lepas hampir setengah hari, kami semua pun letih. Tapi Puan Ros sekeluarga sekarang ada rumah baru, baju baru, tablet baru, peti ais dah penuh (sampai satu rak pecah sebab terlalu berat," katanya.
Dalam pada itu, Steven berkata, wanita itu hanya meminta daripadanya mesin pengisar bagi memudahkan dia memasak untuk anak-anaknya.
"Puan Ros minta satu saja, mesin pengisar nak masak untuk anak-anak.
Terlupa beli kat Tesco, jadi saya pergi pasaraya berdekatan, beli 'blender' jenama Khind.
"Bila dia dapat blender, Puan Ros tersenyum begitu manis sekali. Saya dah janji ini hari gembira buat Puan Ros sekeluarga, syukur teramat sangat saya dapat berkongsi kegembiraan itu," katanya.
Perkongsian Ahli Parlimen DAP di Facebooknya itu mendapat 16,000 tanda suka selain dikongsi oleh 3,100 pembaca dengan 4,100 komen.
Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan perincian mengenai wanita tersebut gagal selepas Steven tidak menjawab panggilan telefon dan tidak membalas mesej di WhatsApp.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... na-halau-rumah-sewa
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ya ampun..dah tau laki datang dan pergi tu pandai2 la pakai kondom, pancut luar, makan nenas dan apa2 jelah...jgn la anggap anak tu pembawa rezeki kalau diri sendiri pun tak cukup serba serbi..nak menyedap je tau...baik jantan..betina pun sama..pastu menangis mintak bantuan |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan urusan dan pandai-pandailah uruskan diri dan keluarga selepas dapat bantuan ni. kesian juga makan nasi goreng kosong gitu saja. tapi alahai.. speechless pun ya. anaknya yang 21 tahun tu dah kahwin pun duduk dengannya lagi ke? harap-harap takda siapa ahli keluarga, tak kira lah dia ni ke, suami dia ke, anak-anak ke pi jual pulak segala laptop / tablet pemberian YB Sim tu sebab nak cash. harap-harap gunakan semuanya sebaiknya, dan belajar dari kesilapan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pusat Zakat dan majlis agama skg ni patut dh kne bubarlah skg ni... Xde peranan sgt. Minta bantuan pun susah... NGO je byk yg ke depan. Bazir duit rkyt hired diorg ni |
|
|
|
|
|
|
|
aduhai yg sedih dan kesian anak2lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
aduhai yg sedih dan kesian anak2lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya, kalau hang sewakan rumah untuk orang, berapa lama mampu bertahan kalau penyewa tak bayar sewa?
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 5-4-2021 07:06 AM
"Rezeki orang lain2. Rezeki dia anak 10."
Mentaliti sakit tak boleh bincang orang melayu ni. Nak ...
Kalau betullah maka anak yg 21 tu kerjalah bantu ibu tp gatai pi kahwin buat anak pula |
|
|
|
|
|
|
|
hb uols memang low ke atau mengandung automatik jadi rendah? macam I memang rajin makan seafood dan bayam sebab kaya zat besi. I regular blood donor jadi I memang jaga hb I. Alhamdulillah paling low HB 1 13 tapi average 14 gitu, nak lepas derma darah kene 12 ke atas.
|
|
|
|
|
|
|
|
MadameOnion replied at 5-4-2021 03:39 PM
ya ampun..dah tau laki datang dan pergi tu pandai2 la pakai kondom, pancut luar, makan nenas dan apa ...
amboi.....sampai mkn nenas pun kau ajar....ha,ha.. dasat madam |
|
|
|
|
|
|
|
10 anak kn? X kn blik tngok bini cuma 10 kli je? Aiyok.
|
|
|
|
|
|
|
|
cikpah27 replied at 5-4-2021 04:00 PM
Nak tanya, kalau hang sewakan rumah untuk orang, berapa lama mampu bertahan kalau penyewa tak baya ...
Entah le cik pah...akak ni sensitif bab anak2....mungkin x sampai hati kut..anggap sedekah...
Sekarang ni pun akak personally bantu tiap bulan ibu tunggal anak 8 yg kematiah suami sejak 2018...bukan sedara mara akak pun tapi rasa simpati sesama manusia...bila melibatkan anak2...yg kecil2...disamping 2 family lain yg tgh susah...
Ko nak bg pendapat ko tak perlu nk hentam pendapat orabg lain yg bertentangan... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian anak2....stop la kilang kak....yg merana anak2 kene tnggung adik beradik...bapaknya hilang ke mana
|
|
|
|
|
|
|
| |
|