|
♥♥ SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah ♥♥
[Copy link]
|
|
Originally posted by mawar_pinky at 4-6-2006 12:50 PM
CAK: Gosip cinta Siti di Bali
GOSIP cinta Siti Nurhaliza dan Datuk K bukan saja hangat diperkatakan di dalam negara, malah turut menjadi perbualan di Indonesia.
Maklumlah, bintang jelita in ...
siti mmg lah famous semua org kenal mama ct ni |
|
|
|
|
|
|
|
KOSMO 18 JUN 2006
CABARAN MENJADI ARTIS
ASSALAMUALAIKUM dan selamat berhujung minggu buat anda pembaca-pembaca setia kahbar KOSMO! Ahad dan peminat-peminat setia saya.
Alhamdulillah sehingga ke hari ini, kehidupan saya berjalan lancer meskipun spekulasi mengenai bila saya akan menamatkan rumah tangga terus diperkatakan.
Saya tidak berniat untuk menyentuh mengenai spekulasi yang diperkatakan sebaliknya hari ini saya tertarik untuk berkongsi pandangan mengenai program realiti One In A Million.
Barangkali, sebilangan besar daripada anda sedia maklum, adik perempuan saya, Siti Saerah juga terpilih untuk menyahut cabaran dalam program reality.
Namun, nasib tidak menyebelahinya, apabila Saerah tidak terpilih untuk ke peringkat Top 10.
Kecewa? Tidak. Saya tidak kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh mereka yang diberi amanah untuk memilih peserta.
Sebaliknya, sebagai kakak saya fikir itu merupakan proses terbaik yang harus dilalui oleh adik saya.
Mungkin anda tidak tahu bahawa Saerah tidak memberitahu kami ahli keluarganya ketika menghadiri uji bakat One In A Million.
Kami hanya diberitahu apabila dia terpilih ke peringkat Top 20. Sampai ke peringkat Top 20 juga sebetulnya merupakan kejayaan yang besar buatnya.
Saya sangat berbangga kerana Saerah mengambil inisiatif untuk berusaha sendiri mencari ruang dan peluang untuk menjadi artis.
Percayalah, sebagai kakak saya akan terus mendoakan yang terbaik buatnya. Saya juga mahu dia melalui sendiri setiap cabaran sebelum berpeluang menempa nama sebagai artis.
Bercerita mengenai cabaran menjadi artis juga, saya juga ingin menarik perhatian anda mengenai pengalaman saya menjalani penggambaran klip video lagu Bisakah arahan Osman Ali baru-baru ini.
Kerana mahu memastikan jalan cerita lagu berkenaan diterjemahkan dengan sebaik yang mungkin, saya menyahut cabaran Osman untuk melalui perkara-perkara yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini.
Bayangkan pada pukul 2.30 pagi saya harus duduk di sebuah lorong gelap ditemani dengan bau-bau yang kurang menyenangkan dan sampah sarap semata-mata untuk mendapatkan gambaran terbaik.
Penggambaran yang dilakukan di situ menunjukkan saya menjadi seorang aktivis social yang mahu membantu gadis malang yang terjebak dengan najis dadah.
Saya mengharapkan apabila klip video berkenaan ditayangkan kelak, ia akan memberikan kita semangat baru untuk sama-sama membantu kerajaan membanteras gejala dadah.
Semoga klip video Bisakah juga akan membuka mata generasi muda terhadap bahaya dadah.
Minggu akan datang, jadual harian saya juga akan lebih sibuk kerana saya harus memberi tumpuan pada kerja-kerja mempromosi album terbaru saya, Transkripsi selain memenuhi undangan menyanyi.
Saya berjanji untuk merakamkan pelbagai catatan menarik yang akan saya kongsi dengan anda.
Sampai jumpa lagi di lain kesempatan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
HaNa-FaR_0989 This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
Fiz@h This user has been deleted
|
thanx alot ruffly for posting the penasiti here. wah! seronoknya baca outline vc lagu bisakah tu. mcm dah tak sabar rasanya skg ni nak tgk vc tu. really. kak ct jadi pembantu social kpd seorg penagih dadah pompan tu.. mcm terharu gitu bila tahu pasal ni. how are the actions all that ek.. what she did.. bla..bla.. hmm.. sabar menanti je vc tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
'Itu mulut orang'
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
SITI Nurhaliza tetap mengunci mulutnya. Biar diasak dengan soalan yang serupa setiap kali bertemunya, penyanyi terkenal itu tetap dengan pendiriannya. Bahasa tubuhnya seolah-olah berkata, 揃iarlah rahsia! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Artikel nie pasal Steve tapi aku suka komen dia pasal CT, so aku tepekla kat sini..hehe
Steve Hassan Thornton merantau kerana muzik
Oleh: KHADIJAH IBRAHIM
TIADA sesiapa memaksanya untuk memilih Islam sebagai pegangan hidup. Semua itu berlaku tanpa disedari. Pintu hati Hanson Lee Steve Thornton terbuka untuk menjadi pengikut Nabi Muhamad s.a.w. setelah dia mendengar kemerduan laungan azan di bumi Malaysia.
Pada tahun 1992, Steve Thornton sering berulang alik ke sini dari Amerika Syarikat sebagai pemuzik undangan untuk persembahan artis-artis tempatan.
Suatu hari sewaktu menjalani rakaman sebuah klip video laungan azan yang kedengaran pada waktu tersebut turut terakam.
Apabila mendengar semula rakaman tersebut, hatinya menjadi sayu kerana pada pendengarannya azan tersebut begitu merdu.
?ada saya laungan azan adalah satu irama yang merdu berbanding irama lain. Sewaktu sering berulang alik ke Malaysia, saya selalu menyewa di Hotel Micasa, Jalan Ampang.
?agi-pagi bila bangun tidur, saya buka tingkap. Saya dapat dengar empat laungan azan yang berbeza dari masjid berhampiran. Laungan itulah yang telah membuka hati saya untuk memeluk Islam,? katanya yang bakal menyambut ulang tahun ke-52 pada 1 Ogos ini. Dia memilih nama Hassan Ali.
Urusan memeluk agama Islam bukanlah perkara baru dalam keluarganya. Sebelum Steve, abangnya terlebih dahulu memeluk Islam.
?bang saya terlebih dahulu memilih Islam dan dia aktif menjalankan aktiviti bersama Persatuan Islam New York yang turut dianggotai oleh bekas petinju dunia, Muhamad Ali,? katanya yang lebih senang kalau orang memanggilnya Hassan.
Anak ke-13 daripada 14 beradik itu memilih nama Hassan Ali sebagai nama Islam kerana ia mirip dengan nama asalnya Hanson Lee.
Dia yang pernah bermain muzik bersama Sade Watanabe di Malaysia pada tahun 1989 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) memilih Faridah Sanusi sebagai isteri. Dia kini hidup bahagia bersama anak-anak seramai empat orang iaitu Suraya, 12, Omar Hakim, 10, Sabrina, 6 dan Sadia, 4.
Steve yang masih lagi warganegara Amerika Syarikat berkata, bukan dia tidak ingin memiliki kerakyatan Malaysia tetapi khuatir pertukaran itu akan memberi tekanan kepadanya bila pulang bertemu keluarga di Amerika Syarikat.
?i Malaysia, biarpun berbeza agama dan bangsa, kita masih boleh berkawan. Ke mana sahaja saya pergi saya pasti mendapat layanan baik dan orang ramai akan tegur saya dengan mesra tanpa rasa prejudis.
?eadaan sebegitu jarang berlaku di New York tempat saya dilahirkan. Sebab itulah saya terpaksa kekalkan nama dalam pasport untuk memudahkan perjalanan karier, sebab sebagai pemuzik saya sering mengadakan persembahan ke merata negara,? katanya ramah.
Hassan yang pernah mengiringi Sheila Majid mengadakan persembahan Konsert Legenda berkata, sejak itu dia mula mengenali muzik Tan Sri P. Ramlee dan terus jatuh cinta.
Bukan setakat Sheila Majid sahaja, Hassan juga pernah menjayakan Konsert Ikhlas dan bermain perkusi untuk album Zainal Abidin.
?isebabkan sering mengiringi artis-artis Warner Music saya berpeluang berjumpa dengan Nasser Abu Kassim dan beliau menawarkan saya bermain muzik untuk kumpulan Raihan.
?aya jumpa Raihan pertama kali di Purnama Booty Studio. Bermula daripada album Puji-Pujian, Syukur dan beberapa album lain, saya akhirnya kenal ramai orang di Malaysia,? katanya yang turut mendapat perhatian komposer Aubrey Suwito.
Setelah mengenali Aubrey, Hassan sering bergandingan dengan Siti Nurhaliza. Dia turut terbabit sebagai pemuzik untuk album Transkripsi dan Prasasti Seni.
?aya bukan sekadar mengenali Siti, malah ahli keluarganya juga. Terus terang saya katakan, Siti ialah artis kesukaan saya kerana dia berbakat besar dan sangat berdisiplin,? katanya yang mengajar Siti bermain perkusi sewaktu penyanyi itu menjayakan Konsert Hotlink dua tahun lalu.
Jelas Hassan, dia mula meminati alatan dram sejak usia tujuh tahun. Ketika itu Hassan begitu teruja mendengar paluan kongga Mongo Santamaria dalam lagu Watermelon Man nyanyian Herbie Hancock yang sering dipasang oleh abangnya.
Dia mula menyanyi di pub sejak tahun 1979 dan tidak sempat tamat sekolah menengah.
?aktu saya main di kelab, saya akan panggil cikgu datang menonton persembahan saya. Tujuannya supaya mereka tahu saya ponteng kelas kerana bermain muzik. Apa yang menggembirakan saya ialah guru-guru banyak memberi dorongan,? jelas Hassan yang menjadikan Mongo Santamaria sebagai ikonnya.
Meskipun Santamaria sudah meninggal dunia pada 2003, namun Hassan tetap merasakan pemuzik itu dekat dengannya.
Hassan yang menyertai kumpulan The Young Explosives pada tahun 1968 mula bermain secara profesional sewaktu mengiringi Jon Lucien pada tahun 1972.
Sejak itu dia sering diundang mengiringi penyanyi-penyanyi terkemuka termasuk Harry Belafonte. Malah Hassan juga menjadi pemuzik undangan untuk album rakaman Dizzy Gillespie, Grover Washington Jr., Herbie Hancock dan Sadao Watanabe.
Hassan yang turut menjadi guru muzik di Roland Music School, Bukit Bintang berkata, untuk menjadi pemuzik seseorang perlu ada minat dan kesungguhan.
?iapa kata muzik untuk orang berada sahaja. Sebenarnya, kalau seseorang itu ada minat dan tekun pasti mereka boleh berjaya,? katanya yang mengajar muzik seminggu sekali.
sumber: utusan malaysia 22 Jun 2006
[ Last edited by eddysheddy at 23-6-2006 10:46 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
rizmai This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
Fiz@h This user has been deleted
|
penaCt semalam mengenai apa ya? my dear ruffly belum updatekan ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
KOSMO 25 JUN 2006
SAMA-SAMA KITA BERSABAR
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera kepada semua rakyat Malaysia umumnya dan pembaca-pembaca KOSMO! Ahad khususnya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul!
Perumpamaan itu sesuatu yang sangat signifikan dalam kehidupan peribadi saya semenjak seminggu yang lalu.
Mengapa saya berkata sedemikian? Saya pasti sebilangan besar daripada anda sedia maklum kenapa saya meluahkan perasaan sebegitu.
Secara jujurnya, saya tidak berniat menyalahkan sesiapa andai anda semua terus berteka-teki, membuat spekulasi, telahan dan sebagainya.
Kalau anda semua tidak sabar-sabar untuk mengetahui kedudukan sebenar emosi dan jiwa saya, demikian juga dengan saya tuan punya badan.
Sebolehnya saya sendiri mahu berkongsi segala cerita gembira khususnya kehidupan peribadi saya dengan anda.
Cuma, batasan saya pada ketika ini hanyalah waktu. Saya memerlukan sedikit lagi waktu sebelum anda semua mengetahui segala-galanya.
Kalau boleh di ruangan ini saya mahu catatkan setiap detik-detik manis yang perlu dikongsi dengan anda.
Namun, ada beberapa lagi urusan yang harus saya selesaikan terlebih dahulu sebelum saya mendedahkan segala-galanya.
Apa urusannya biarlah ia menjadi rahsia saya dan bila waktunya pula sukar untuk saya ramal kerana segala-galanya berkemungkinan untuk berlaku.
Harapan saya yang menggunung tinggi agar setiap daripada anda bersabar untuk sedikit masa lagi.
Saya tahu anda sendiri sudah tentu bosan mendengar kalimah bersabar. Sabar, sabar, sabar dan sabar. Sampai bila harus bersabar?
Sudah tentu itulah persoalan yang diajukan oleh peminat-peminat setia saya serta anda yang sudah puas menunggu.
Tiada perkataan lain yang mampu saya luahkan di sini melainkan daripada terima kasih banyak-banyak kepada semua peminat yang terus bersabar.
Bahkan, saya juga sedar ramai peminat saya yang sentiasa berdoa agar kebahagiaan menjadi milik saya selepas saya berumah tangga kelak.
Untuk peminat-peminat, salam kasih sayang daripada saya buat anda semua kerana sentiasa menjadi tulang belakang kepada kejayaan saya selama ini.
Sepanjang minggu ini juga, saya membaca semua laporan akhbar mengenai perkembangan saya di dada-dada akhbar.
Sudah menjadi kewajipan rakan-rakan media menjalankan tanggungjawab mereka melaporkan apa yang mereka dengar dan nampak.
Selepas lebih sedekad menjadi artis, saya sudah semakin memahami kerjaya rakan-rakan wartawan khususnya wartawan hiburan yang sentiasa berada di sisi saya ketika saya susah dan senang.
Saya cuba menjadi manusia yang rasional dan sangat terbuka setiap kali membaca tulisan rakan-rakan wartawan.
Memilih kehidupan sebagai artis menyebabkan saya harus membenarkan kehidupan saya dikongsi oleh setiap lapisan masyarakat.
Kepada abang-abang dan kakak-kakak wartawan serta adik-adik yang baru berjinak-jinak dalam dunia kewartawanan, saya sangat terharu kerana anda semua sentiasa tidak pernah penat mencari bahan berita mengenai saya.
Cuma buat kali ini hanya satu yang saya pinta berikan sedikit ruang dan waktu untuk saya dan orang-orang yang terdekat dengan saya sebelum kami benar-benar bersedia untuk memberikan kenyataan secara rasmi.
Jangan bimbang dan gusar, seperti yang sering saya janjikan saya akan tetap mengumumkan bila sampai masanya kelak.
Saya sedar kedudukan saya sebagai artis dan kerana itu saya perlu memaklumkan apa sahaja perkembangan terbaru mengenai diri saya.
Rasanya cukuplah setakat itu yang boleh saya kongsi dengan anda semua mengenai cerita yang berlaku seminggu lalu.
Sebelum saya berundur, ingin saya mengajak peminat-peminat tersayang untuk beramai-ramai dating ke Berjaya Times Square, Jalan Imbi, Kuala Lumpur pada pukul 11.30 pagi ini.
Hari ini saya diberi penghormatan oleh siding editorial majalah hiburan paling popular di Negara ini iaitu URTV untuk melancarkan wajah baru majalah berkenaan.
Alhamdulillah majalah terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (anak syarikat Kumpulan Utusan) itu sudah berusia 36 tahun. Tahniah buat semua sidang pengarang majalah URTV.
Saya difahamkan, selain saya ramai juga artis ternama yang lain seperti Erra Fazira, Anuar Zain, Nurul, Ajai, Elyana dan lain-lain akan turut menjayakan acara itu.
Jadi tunggu apa lagi, marilah kita beramai-ramai ke Berjaya Times Square. Kita jumpa di sana. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KOSMO 2 JULAI 2006
PESANAN SITI BUAT PEMINAT
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat anda semua pembaca setia akhbar KOSMO! Ahad dan peminat-peminat saya.
Bertemu lagi di ruangan yang cukup istimewa ini. Seminggu dua ini saya agak sibuk memberi tumpuan pada pelbagai aktiviti seni yang diatur oleh pihak pengurusan saya, Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd.
Alhamdulillah dalam kesibukan berkejar ke sana ke sini, saya gembira dengan kehidupan yang saya lalui. Saya tidak menafikan keghairahan memberikan yang terbaik untuk masyarakat.
Seperti yang anda semua ketahui, semalam saya menjayakan acara perasmian Festival Kuala Lumpur yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Saya diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu tema festival berkenaan yang dicipta oleh komposer Ayob Ibrahim selain lagu Zapin Budi.
Usaha kerajaan mencetuskan idea melancarkan Festival Kuala Lumpur saya fikir satu usaha yang sangat baik untuk memasyhurkan kesenian dan kebudayaan bangsa Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Bahkan, penglibatan golongan artis popular dalam acara yang julung-julung kali dianjurkan ini juga sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan apresiasi khalayak tempatan terhadap kesenian negara.
Hari ini pula bermula pukul 3 petang, saya akan mendekati sekumpulan adik-adik pada acara anjuran Nickelodeon di pusat membeli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur untuk beramah mesra dengan mereka.
Untuk pengetahuan anda semua, peluang mendekati golongan kanak-kanak merupakan detik yang paling istimewa dalam hidup saya kerana beramah mesra dengan mereka lazimnya memberikan saya kepuasan yang maksimum.
Masakan tidak, kanak-kanak merupakan golongan yang sangat jujur dan lazimnya meluahkan apa yang tersirat di ruang fikiran tanpa sebarang perasaan skeptical. Kemesraan mereka sangat-sangat menyenangkan saya.
Dua tahun sebelum ini, golongan ini pernah memilih saya sebagai pemenang anugerah Nickelodeon dan tahun ini saya diundang pula untuk mengadakan persembahan dan beramah mesra dengan mereka.
Sebelum terlupa, saya juga mahu mengingatkan peminat-peminat setia saya agar jangan lupa untuk menonton persembahan saya secara eksklusif dalam rancangan Zoom In yang akan disiarkan oleh RTM1 pada hari Sabtu depan (8 Julai).
Terubat akhirnya kerinduan saya untuk muncul menjayakan persembahan secara live di kaca televisyen. Saya juga mengharapkan kemunculan saya pada rancangan itu nanti akan menghiburkan anda semua.
Paling istimewa, saya turut mengundang rakan artis senior yang sangat-sangat saya hormati |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
taiqoaboi This user has been deleted
|
KOSMO AHAD -9/7/2006
Indonesia, aku datang lagi!
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat peminat-peminat setia saya dan pembaca-pembaca akhbar KOSMO! Ahad.
Ketika anda membaca artikel ini barangkali saya sedang dalam perjalanan ke Jakarta, Indonesia atau sudah sampai untuk menjayakan acara pelancaran album terbaru saya Transkripsi yang diatur oleh pihak pengurusan saya, Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. dengan kerjasama syarikat rakaman EMI Music Indonesia.
Jakarta sentiasa dekat di hati saya. Entah kali berapa berkunjung ke sana saya sendiri sukar untuk mengingatinya.
Biar kerap ke sana, negara itu sudah menjadi 憆umah kedua |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dealova luahan cinta Siti Nurhaliza?
Oleh Nor Fadzilah Baharudin
Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Dealova dengan penuh penghayatan dan penuh erti.
--------------------------------------------------------------------------------
MENGHAYATI setiap bait lagu Dealova yang kini menjadi siulan remaja terutama mereka yang sedang bercinta, memang tidak dinafikan ia seolah-olah membayangkan gelora hati seseorang yang begitu setia dalam cinta dan sentiasa memuja kekasih hatinya.
Sebaris demi sebaris bait lagu itu dinyanyikan oleh Once, membuatkan mereka yang mendengar dendangannya bagaikan berada di alam percintaan yang begitu indah dan mengasyikkan.
Siapa sangka lagu yang kini menjadi kegilaan remaja hari ini rupa-rupanya dalam diam turut diminati oleh penyanyi Siti Nurhaliza yang kini dikatakan hatinya berbunga dengan cinta.
Dealova yang menjadi lagu tema filem yang menggunakan nama yang sama bukan sahaja berjaya mencuri hati remaja malah ia turut mencuri hati penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza. Sambil mengakui menyukai bait-bait liriknya, Siti berkata;.
揇alam banyak-banyak lagu pasti ada lagu orang lain yang kita nak nyanyi. Siti pun nak nyanyi lagu ni kerana bagi Siti ia merupakan sebuah lagu yang menarik dan liriknya juga best. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jusco PEARL July 2006
|
|
|
|
|
|
|
|
KOSMO 16 JULAI 2006
BERDUET DENGAN MELLY
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat pembaca-pembaca setia akhbar KOSMO! Ahad khususnya dan peminat-peminat setia saya.
Baru pulang dari Jakarta, Indonesia Jumaat lalu, saya masih lagi kepenatan kerana jadual saya yang terlalu ketat lantaran banyak benar aktiviti yang diatur sepanjang enam hari saya di sana.
Syukur kepada Yang Maha Esa kerana saya berpeluang melancarkan album terbaru saya, Transkripsi yang berlangsung penuh lancer tanpa sebarang masalah.
Gembira tidak terkata kerana saya diberi penghormatan untuk mengadakan majlis pelancaran yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen Trans TV iaitu salah sebuah stesen televisyen popular di sana.
Banyak khabar gembira yang saya peroleh terutamanya mengenai album Transkripsi yang mendapat sambutan hangat daripada peminat-peminat.
Lebih manis lagi, kejayaan melancarkan album itu juga menjadi lebih bermakna apabila komposer dan penyanyi Melly Goeslow turut hadir berduet dengan saya menerusi lagu Biarlah Rahsia.
Kesudian Melly muncul di pentas menyanyikan lagu ciptaan beliau yang dimuatkan dalam album terbaru saya itu bagaikan satu penghormatan. Terima kasih Melly.
Begitu juga dengan penyanyi Desy Ratnasari. Aduh, bukan main seronok sekali saya dapat berduet dengannya menerusi lagu Tenda Biru dan Desy pula menyampaikan lagu popular saya Bukan Cinta Biasa.
Seperti lazimnya, saya juga mengadakan sesi bertemu wartawan-wartawan hiburan Indonesia pada sidang media yang diatur dan seperti yang saya jangka, mereka juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan pada pertemuan itu bertanyakan saya soalan peribadi.
Menyedari dan memahami kerjaya mereka, saya tidak dapat lari untuk menjawab apa sahaja persoalan dan pertanyaan mereka khususnya ramai yang ingin bertanya sejauh mana kebenaran saya akan menamatkan perkahwinan saya tidak lamalagi.
Sudah menjadi prinsip saya selagi belum tiba masanya, selagi itu saya tidak akan membuat sebarang pengumuman.
Jawapan yang sama saya berikan kepada rakan-rakan media di sana dan Alhamdulillah, mereka juga seperti rakan-rakan wartawan saya di sini yang masih bersabar menanti jawapan daripada mulut saya biarpun pada masa yang sama yang mendengar banyak versi cerita peribadi saya disiarkan di akhbar-akhbar di negara ini sepanjang saya berada di Jakarta minggu lalu.
Itulah harga menjadi artis popular. Saya tidak berniat untuk menyalahkan wartawan menulis apa yang mereka dengar. Tersasar pula tulisan saya minggu ini.
Pada kesempatan ini saya cuba untuk tidak berkongsi cerita mengenai kisah peribadi saya kerana seperti yang dijanjikan, sampai masanya saya akan umumkan juga. Bersabar ye!
Berbalik cerita mengenai kerjaya seni saya, semalam saya diundang sebagai pengkritik program Akademi Fantasia 4 (AF4) terbitan Astro.
Lagi satu pengalaman baru yang saya peroleh. Saya fikir kehadiran saya sebagai pengkritik undangan bukan sekadar berkongsi apa sahaja ilmu dan pengalaman saya dengan para pelajar akademi itu.
Sebaliknya, saya juga menimba pelbagai ilmu baru menerusi apa yang saya dengar daripada dua orang pengkritik lain.
Malam ini pula, saya akan berada di Stadium Negara, Kuala Lumpur sebagai penyanyi jemputan program Hits 1 terbitan RTM.
Untuk minggu-minggu akan datang banyak lagi acara dan aktiviti yang harus saya penuhi dan sudah tentu saya akan bercerita di ruangan istimewa ini.
Akhir kata, sehingga jumpa lagi minggu depan. Salam sayang daripada saya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ARTIKAL 21/06/07
BERITA HARIAN (HIP)
Siti Nurhaliza bagaikan puteri
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
APABILA Siti Nurhaliza, 27, mengumumkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang duda beranak empat, Datuk Khalid Mohd Jiwa, 47, pastinya yang dinanti-nantikan ramai pihak adalah persiapan menjelang detik bahagia itu.
Paling yang dinantikan adalah imej dan penampilan Siti yang sebelum ini memang tidak pernah menggayakan sebarang busana pengantin untuk sebarang fotografi kerana barangkali bimbang hilang seri tatkala tiba hari bergelar isteri.
Bagaimanapun, keinginan peminat Siti untuk melihat penyanyi popular itu tampil cantik dengan pakaian pengantin ciptaan pereka fesyen terkenal tempatan dan luar negara bakal direalisasikan sedikit masa lagi.
Pasti banyak mata yang terpana dengan kejelitaan penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu. Sudah pasti juga Siti akan kelihatan bak puteri jelita yang turun dari kayangan.
Walaupun sudah ada peminat yang tidak berapa setuju Siti dan suami dibawa berarak menaiki kereta kuda menuju ke Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC) tetapi pasangan itu akan meneruskan hasrat mereka itu. Lalu, apa yang dapat dibayangkan adalah sebuah sketsa daripada cerita dongeng Cinderella.
Bagaimanapun, ini bukan lagi dongeng tapi pasti. Bagaikan Puteri Diana dan Putera Charles, Siti akan melambai mesra ke arah ribuan peminat yang sedia menanti dengan gaun cantik bernilai RM50,000 rekaan pereka muda Khoon Hooi dari fabrik jenis sutera satin Dutchess.
Fabrik berkenaan amat jarang digunakan kerana harganya agak mahal. Namun, apalah salahnya sesekali berhabis sekali dalam seumur hidup. Khabarnya fabrik berwarna krim itu diterbangkan khas dari Eropah.
Siti pasti akan kelihatan anggun dengan gaun rekaan Khoon Hooi itu. Apa lagi Siti juga akan muncul sedondon dengan bakal suaminya, tuxedo krim juga rekaan Khoon Hooi.
揝aya sudah melakar tiga rekaan gaun untuk digayakan Siti pada persandingan di KLCC nanti. Tetapi Siti belum lagi memilih rekaan yang mana satu. Sebaik saja Siti membuat pilihan, saya dan tenaga kerja seramai enam orang akan mula menjahit pakaian mereka.
揥alaupun tinggal sebulan saja lagi, itu bukan masalah besar kerana saya pernah bekerjasama dengan Siti sebanyak lima kali dan tahu cita rasanya, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ARTIKAL 21/06/07
HARIAN METRO
M Nasir, Siti jadi pilihan
Oleh Norhayati Nordin
POPULAR dan punya ramai peminat menjadi faktor utama M Nasir dan Siti Nurhaliza dipilih pemaju hartanah, S P Setia Berhad menjayakan `Konsert Malam Bersama Bintang S P Setia |
|
|
|
|
|
|
| |
|