CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gjoy_chester

MUKHSIN [gjoy_chester+ fairytale]

[Copy link]
Post time 24-2-2007 03:37 AM | Show all posts
apa kata kalau aku spoilkan sikit cerita nih, pasal aku memang dah tengok...mueh mueh mueh....memang agak slow sikit, tapi satisfying.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Miss_Ted This user has been deleted
Post time 25-2-2007 12:21 AM | Show all posts
Originally posted by DemonOnion at 24-2-2007 03:37 AM
apa kata kalau aku spoilkan sikit cerita nih, pasal aku memang dah tengok...mueh mueh mueh....memang agak slow sikit, tapi satisfying.


hooo mementang dah tengok ya...
kalau nak letak spoiler pun, kasi warning terang2 dulu... tak tu tak aci woo kat mereka2 yg belum tengok
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 07:35 AM | Show all posts
Originally posted by <i>DemonOnion</i> at 24-2-2007 03:37 AM<br />
apa kata kalau aku spoilkan sikit cerita nih, pasal aku memang dah tengok...mueh mueh mueh....memang agak slow sikit, tapi satisfying.
<br />


apa kata engkau keep your opinions to yourself until lepas kita dah tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 07:12 PM | Show all posts
citer ni tak nak hantar oscar ker?
Reply

Use magic Report

Miss_Ted This user has been deleted
Post time 28-2-2007 09:12 AM | Show all posts

Scoop Mukhsin Preview Screening

( Original link )




Semalam (27 Feb) di panggung 12 GSC Midvalley telah diadakan tayangan pratonton filem Mukhsin kepada pihak media, rakan-rakan produksi, penaja dan beberapa pihak lain.

Yasmin Ahmad dalam ucapan beliau sebelum tayangan mengungkapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kemenangan berganda Mukhsin (anugerah Grand Prix kategori juri profesional dan anugerah Special Mention kategori juri kanak-kanak) dalam festival filem Berlinale baru-baru ini serta terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang telah menyokong filem-filem beliau dari mula.

Jika dulu Sepet hanya ada sepuluh salinan untuk diputarkan jadi jumlah pawagam yg dapat menayangkannya adalah sangat terhad serta tempoh masa singkat utk bagi peluang tayangan pawagam lain pula, untuk Mukhsin beliau memaklumkan dengan gembiranya terdapat TIGA PULUH salinan, bermakna lebih banyak pawagam dapat menayangkan filem ini pada satu-satu sama, "which is a luxury", ujar beliau dgn penuh rendah diri.

Antara yang menarik lagi adalah apabila beliau menyatakan 'dewan pawagam ini dipenuhi oleh kawan-kawan dan orang-orang yang memang menyukai saya, kecuali dua orang'.

Mahukah anda tahu siapa dua orang yang dimaksudkan itu?

Jeng jeng jeng.... mereka adalah pengarah/penerbit filem tempatan iaitu Puan Raja Azmi dan Encik David Teoh. Memang tak sangka. Well, begitulah sepatutnya dalam industri filem tempatan yang tidak seberapa saiznya ini... pusing-pusing orang itu jugak kan, hari ini kawan bertepuk tampar cium-cium pipi silap-silap esok jadi musuh, hari ini bertikam lidah esok-lusa mungkin duduk makan semeja. Tak ada salahnya untuk memberi sokongan moral hasil usaha orang lain walaupun mungkin kita tak setuju dengan idea-idea mereka atau mempunyai pendapat yang saling berbeza.

Bagaimanapun kedua-dua mereka meninggalkan dewan tayangan sejurus tamat filem Mukhsin, jadi Miss Ted tak sempat nak tanya pendapat mereka tentang buah tangan terbaru Yasmin Ahmad ini.

Mukhsin mungkin tiada CGI, tiada aksi letup lompat bot, jetski atau kereta kebal, tiada perlanggaran lapanbelas kenderaan pileup, tiada sesiapa mandi berkemban, tiada rambut yang basah dan tiada dengusan nafas berahi (aksi 'terganas' dalam Mukhsin adalah lagak samseng seorang budak yg memukul seseorang dgn kayu di kepala, aksi 'terpanas' adalah si Mukhsin dengan teragak-agak menepuk tangan Orked yang sedang kesedihan). But for me, the second time around watching Mukhsin, dulu on small projector screen and now on big screen - it just gets better. Tontonlah dengan penuh rasa. RASA. 'Rasa'nya sahaja sudah cukup untuk memenuhkan ruang deria anda bagi kepuasan menonton filem ini.

Jadi nantikan tayangan Mukhsin di pawagam tempatan mulai 8 Mac depan.

[ Last edited by  Miss_Ted at 28-2-2007 04:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 12:42 PM | Show all posts
sorry sorry

[ Last edited by  badiuz at 28-2-2007 12:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2007 12:43 PM | Show all posts
Yasmin ralit bercerita dalam Mukhsin
28-02-2007 12:25:03 PM
Zieman

Bermacam pujian dan persepsi dibuat tentang Mukhsin, buah tangan terbaru Yasmin Ahmad. Hampir kesemuanya berbau positif dan seakan memberi restu kemenangan besar filem yang mendapat anugerah Hadiah Utama Antara Juri (Kategori Generasi) di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57 yang berlangsung di Berlin pada 17 Februari lalu.

Bagi mereka yang pernah menonton filem lain arahan Yasmin Ahmad seperti Rabun, Sepet dan Gubra, Mukhsin hanyalah kesinambungan penceritaan pengarah yang terkenal dengan teknik 'Storyteller' nya.

Yasmin cukup bijak mengeksploitasikan subjek yang biasa-biasa saja ke layar perak.
Sentuhan 'magik'nya untuk menghidupkan setiap watak dalam Mukhsin terutama Sharifah Aryana (Orked), Mohd Syafie Naswip (teraju utama Mukhsin), Sharifah Aleya (Mak Inom), Irwan Iskandar (Pak Atan), Adibah Noor (Kak Som), Rozie Rashid, Nur Khiriah dan Sharifah Amani membuat filem ini boleh dibanggakan.

Memang wajarlah Mukhsin diangkat sebegitu rupa kerana inilah satu-satunya filem Malaysia yang berjaya mengangkat slogan 'wajah kita filem kita.'

Justeru wajah filem kebangsaan kita diberi 'daya penarik' yang bersifat tradisi seperti permainan galah panjang, sawah padi, permainan layang-layang, ais krim Malaysia dan budaya umpat dan gosip di kalangan orang Melayu.

Maka seharusnya kita berbangga filem ini turut mendapat jemputan daripada penganjur festival filem antarabangsa dari Norway, Sweden, San Francisco, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Hong Kong.

Kalau sesiapa yang berani katakan filem Yasmin ini tidak hebat, tentu jauh terpesong rasa patriotik dalam dada orang itu. Sepatutnya orang-orang macam penulis tumpang bangga dengan pencapaian Yasmin kerana berjaya mengangkat martabat filem Malaysia ke peringkat antarabangsa tapi tidak.

Sebenarnya penulis jadi keliru dan terperangkap dengan konflik diri untuk mengiyakan yang terbaik atau mempersoalkan kehebatan karya Yasmin ini yang menolak beberapa idea hebat pengarah ini.

Mungkinkah Yasmin terlalu idealistik memaparkan cinta suami isteri begitu rupa atau ianya sekadar idea menarik yang disaji di setiap filem arahannya agar ianya menjadi ikutan.

Masih di lingkungan 'cinta' antara suami isteri, ayah ibu, dua budak meningkat remaja dan cinta antara mak saudara dan anak saudara, semuanya membawa mesej yang sama.

Dalam Mukhsin, Yasmin masih membawa idealismanya tentang kehebatan cinta suami isteri yang sempurna dan bertolak dari situ, dipaparkan bagaimana bibit-bibit cinta mula membunga di hati budak lelaki bernama Mukhsin yang akan mencecah usia akhil baligh.

Cinta Mukhsin kepada Orked, seorang gadis berusia 10 tahun yang dibesarkan dengan ciri-ciri Melayu moden tapi tetap mempertahankan prinsip dan jitu diri sebagai individu.

Mukhsin pula melambangkan elemen tradisional yang menjadi kebanggaan Yasmin. Selama dua jam kita dipaparkan tentang dua nilai yang bertentangan ini, antara nilai tradisi dan nilai moden.

Juga diselitkan taboo masyarakat Melayu yang suka mengumpat dan menurunkan pusaka dan 'tradisi' ini kepada anak-anak mereka seperti watak 'pengantin', yang juga rakan sepermainan Orked.

Bertolak dari insiden yang biasa-biasa seperti permainan galah panjang, panjat pokok, main layang-layang dan main bola, Yasmin seolah menerangkan kenapa kita perlu akur kepada kehendak masyarakat sedangkan kita boleh buat pilihan.

Tidak semestinya seorang perempuan tidak boleh bermain dengan lelaki dan membuat hobi yang lelaki suka seperti panjat pokok dan main layang-layang. Ia juga seolah menggambarkan Orked itu adalah Yasmin Ahmad yang tidak rela menjerut diri di tengah masyarakat dengan melakukan apa yang mereka mahu dia lakukan.

Mungkin juga, Orked adalah medium untuk Yasmin menceritakan predicament yang pernah dan sedang dilaluinya. Orked tidak seperti gadis lain yang sebaya dengannya. Walaupun moden dan fasih berbahasa Inggeris dan pergi ke sekolah Cina, Orked masih tertarik dengan ciri-ciri tradisi yang ada dalam diri Mukhsin.

Tarikan inilah yang menguatkan jalan cerita Mukhsin. Atas alasan signature scenes, maka adegan-adegan suami isteri berdakapan dan menari, dialog suami isteri mandi bersama dan keunikan pasangan Pak Atan dan Mak Inom, Mukhsin-Orked duduk berdua seperti dalam filem Sepet masih diteruskan lagi dalam filem ini. Jemu? Lain orang, lain persepsinya. Terpulanglah...

Kejayaan Mukhsin di peringkat antarabangsa mungkin kerana Yasmin bijak mengeksploitasi elemen tradisi untuk 'diimpot' ke luar sana. Bagi orang kita, melihat semua imej tradisi ini di layar perak, akan membuat kita tersenyum bangga atau sekurang-kurangnya kita akan terkenang saat manis ketika menikmati ais krim Malaysia, bersembahyang jemaah bersama keluarga atau mengaji Quran bersama.

Inilah kekuatan penceritaan Yasmin. Kita bagai diwakili dalam filem Mukhsin. Ini juga antara daya penarik filem berjiwa halus kepunyaan Yasmin Ahmad. Namun momentum stroytelling yang cuba disampaikan pada kali ini agak lambat. Hanya orang yang mempunyai kesabaran akan dapat menghayati bersama-sama perasaan kasih Mukhsin pada Orked.

Ada satu adegan menari Pak Atan-Mak Inom yang turut dimeriahkan oleh Oked dan seorang lelaki. Penulis tercari-cari backstory lelaki ini yang alih-alih ditonjolkan dalam adegan ini. Siapa dia dan di mana dia berada sebelum adegan ini tidak dapat dikesan?

Beberapa foreshadow yang diselitkan dalam filem ini juga cukup berjaya seperti kucing membunuh ayam, lambrator merah yang digosok berulang kali bagaikan menatang minyak yang penuh, permainan 'pengantin-pengantin' yang kemudiannya berakhir dengan perkahwinan kedua ayah pengantin kecil itu dan juga baju Mukhsin yang disangkut di atas pokok.

Kadangkala penulis merasakan sedang menonton satu collage yang besar kerana terpaksa menghimpunkan kesemua adegan dalam filem-filem Yasmin sebelumnya untuk mendapat jawapan.  

Filem ini juga padat dihiasi dengan subteks yang menarik minat penulis. Yasmin cukup pintar mengatur dan meyelitkan mesej di setiap adegan misalnya di dalam adegan sembahyang jemaah di mana Pak Atan telah membaca sepotong doa yang membawa maksud janganlah kita berdengki dan bermusuh.

Ianya seolah memberi peringatan kepada mereka yang pernah menyimpan perasaan cemburu kepada Yasmin agar berubah tapi dalam filem itu, ianya ditujukan kepada jiran Pak Atan yang suka mengambil tahu tepi kain rumahtangganya.

Dari segi lakonan, Aryana dan Mohd Syafie mempunyai chemistry yang cukup serasi sekali. Lakonan mereka cukup membanggakan dan dengan bimbingan yang betul, bintang kedua mereka akan lebih bersinar lagi.

Barisan pelakon dalam filem ini juga harus dipuji cuma watak Mak Inom yang diberi kepada Aleya agak kurang sesuai. Sungguhpun Aleya tampil hebat disebabkan wajahnya yang terlalu kebudakan menyebabkan peranan itu tidak dapat dihayati dengan sepatutnya.

Dialog Inggeris yang banyak diselitkan dalam filem ini bagaikan satu lagi trademark filem Yasmin Ahmad. Tidak mengapa Mak Inom bertutur begitu kerana itulah watak yang dicipta oleh Yasmin dan kesinambungan watak itu pernah kita lihat dalam filem Sepet dan Gubra ketika Ida Nerina melakonkan.

Kesimpulannya, apapun yang dibicarakan pasal Mukhsin, baik kekurangan atau kelebihan, hakikatnya Yasmin Ahmad, The Storyteller sudah mempunyai 'brand'nya tersendiri.

Sesiapa yang suka brand ini akan tetap pergi ke panggung mendengar dan menghayati santapan yang disajikan pada kali ini, walau apapun kata pengkritik.

Jadi, jangan lupa saksikan Mukhsin di panggung bermula 8 Mac nanti.   




tolong saya boleh tak?

register website ni, free jer... Win Cash & Mobile Phone


http://www.play2win.com.my/flash/?ref=badiuz


thanks. luv u
Reply

Use magic Report

Miss_Ted This user has been deleted
Post time 28-2-2007 01:05 PM | Show all posts
Originally posted by badiuz at 28-2-2007 12:43 PM
Yasmin ralit bercerita dalam Mukhsin
28-02-2007 12:25:03 PM
Zieman

....Ada satu adegan menari Pak Atan-Mak Inom yang turut dimeriahkan olehOked dan seorang lelaki. Penulis tercari-cari backstory lelaki ini yangalih-alih ditonjolkan dalam adegan ini. Siapa dia dan di mana diaberada sebelum adegan ini tidak dapat dikesan?....


Pelakon tersebut melakonkan watak Anuar dalam filem Gubra. Beliau ada muncul seketika di babak awal filem Mukhsin, waktu Kak Yam (Adibah Noor) menyanyikan lagu Hujan. Bagaimanapun dalam Mukhsin watak beliau tidak dinyatakan namanya melalui jalan cerita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2007 05:53 PM | Show all posts
tak sabar nak tgk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2007 09:01 PM | Show all posts
tahniah mukhsin diatas kemenangan kat Berlin........congrat...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 09:05 AM | Show all posts
Arghhhhhh!!!!lambatnya nak tgu 8 mac ni.....huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 10:46 AM | Show all posts
nak tgok tak sabar nak tunggu
8 mac
8 mac 8mac
dah tgk kita komen membina or complaints k
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 03:36 PM | Show all posts
ustaz nak tanye ...

1. kak diba jadi orang jadi family orked since when ek ?? memang dari kecik ke ??

2. bukan ke si rozie rashid ade anak laki kat dalam Gubra .. mane ade anak pompuan .. ke anak pompuan die tu yg jadi pelacur sesame ngan die kat gubra ??

3. si orked memang skolah cine eh ?? ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 09:01 PM | Show all posts
MUKSHiN NYE THE MAKING OF

KLIK GAMBAR TUK BESARKAN





CREDITS : http://8tv.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 09:09 PM | Show all posts
Originally posted by Ustaz_SUFI at 1-3-2007 03:36 PM
ustaz nak tanye ...

1. kak diba jadi orang jadi family orked since when ek ?? memang dari kecik ke ??

2. bukan ke si rozie rashid ade anak laki kat dalam Gubra .. mane adeanak pompuan .. ke anak pompuan die tu yg jadi pelacur sesame ngan diekat gubra ??

3. si orked memang skolah cine eh ?? ..


biar aku try jawab soalan adik sayang sorang ni.

1. kak diba @ kak yam mmg jadi orang gaji since orked kecik tapi family orked tak pernah anggap dia cam orang gaji. berdasarkan dari dialog antara orked + kak yam dlm sepet.

2. watak rozie rashid dalam Gubra tak ada kena mengena ngan sepet @ mukhsin. gubra tu ada 2 cerita dalam satu movie. satu cerita ttg orked satu lagi ttg family bilal + jirannyer rozie tu.

3. mungkin masa dia kecik la kot sbb masa sepet tunjuk dia baru lepas spm + rasanya itu bukan sekolah cina.
Reply

Use magic Report

Miss_Ted This user has been deleted
Post time 2-3-2007 12:06 AM | Show all posts

Reply #216 aYuGiLeR's post

benarkan saya tambah sikit ya. Yasmin pernah mention that although thefour films - Rabun (telemovie), Sepet, Gubra and Mukhsin all revolvearound watak yang bernama Orked, it's not necessary to be treated as a'series' per se - each story are also to stand on its own. jadi taksemestinya apa yg ada dalam sesuatu filem tu, perlu sama 100% danberkesinambungan secara direct dgn filem yang lain-lain.

my opinion lah, this may be one of the reasons why Yasmin sengaja'shuffle' watak-watak dalam filem2 tersebut di sekitar pelakon yg sama(contohnya Rozie Rashid pegang watak Temah dalam Gubra, watak Nor dalamRabun & Mukhsin; Nurkhiriah pegang watak Orked dalam Rabun, Masdalam Gubra dan sbg cameo/kemunculan satu babak saja dalam Mukhsin),supaya penonton treat setiap filem secara berasingan.

[ Last edited by  Miss_Ted at 2-3-2007 12:09 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2007 12:48 AM | Show all posts

Reply #217 Miss_Ted's post

hmmm... ok..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 12:56 AM | Show all posts
Originally posted by Miss_Ted at 28-2-2007 09:12 AM

Mukhsin mungkin tiada CGI, tiada aksi letup lompat bot, jetski atau kereta kebal, tiada perlanggaran lapanbelas kenderaan pile up, tiada sesiapa mandi berkemban, tiada rambut yang basah dan tiada dengusan nafas berahi (aksi 'terganas' dalam Mukhsin adalah lagak samseng seorang budak yg memukul seseorang dgn kayu di kepala, aksi 'terpanas' adalah si Mukhsin dengan teragak-agak menepuk tangan Orked yang sedang kesedihan). But for me, the second time around watching Mukhsin, dulu on small projector screen and now on big screen - it just gets better. Tontonlah dengan penuh rasa. RASA. 'Rasa'nya sahaja sudah cukup untuk memenuhkan ruang deria anda bagi kepuasan menonton filem ini.


thank you.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 03:09 PM | Show all posts
SO SI YASMIN BUAT SUME PILEM TAK SEMESTINYE CAM BERSAMBUNG LAH EK ?? ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 06:07 PM | Show all posts
oooh, patut ler...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.055092 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list