CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: belaianjiwa

Sharifah Amani

[Copy link]
Post time 17-8-2006 08:35 PM | Show all posts
aku rasa dia dah sedar sebab dia kata "i now know it's hard to be witty". dia nak cakap lain tapi benda lain yang keluar. sebenarnya tahap english dia belum sampai tahap bintang-bintang hollywood yang boleh mengeluarkan kata-kata sindiran yang tak menglukakan mana2 pihak. Aku rasa dia harus dimaafkan tapi dia kena denda belajar berbahasa inggeris dengna lebih baik lagil. bahasa melayu tak yah lah, nanti entah apa2 lagi dicarutkannya..kahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2006 09:03 PM | Show all posts
Jumpa Rais

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
[email protected]

KUALA LUMPUR: Selepas tiga hari berlalu, pelbagai pihak terus menyatakan rasa tidak puas hati dengan kenyataan lantang Aktres Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-19 (FFM19), Sharifah Amani atau Nani, 20, pada malam kemuncak festival itu, Ahad lalu.

Pengerusi Majlis Muzik Malaysia, Datuk A Rahman Hassan, berkata pelakon muda itu sepatutnya bersemuka dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk memohon maaf atas keterlanjurannya.

Beliau berkata, ini kerana tindakan Nani adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal dan amat memalukan memandangkan majlis itu ditonton secara langsung jutaan rakyat Malaysia.

Katanya, perbuatan itu jelas mencabar semua pihak termasuk kementerian yang bersungguh-sungguh memperjuang dan memartabatkan bahasa Melayu.

Alasan keturunan atau gaya hidup tidak boleh diterima sama sekali. Apa yang dia (Nani) boleh lakukan berjumpa dengan Dr Rais untuk memohon maaf kerana kejadian berkenaan berlaku di depan mata menteri.

Kemudian, mohon maaf kepada penganjur diikuti permohonan maaf terbuka kepada orang ramai, katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Pelakon dan model iklan itu mengungkapkan `it sound stupid, if I speak Malay (saya nampak bodoh, jika bercakap Melayu) ketika menerima anugerah itu menerusi lakonannya dalam filem Gubra.

Perkataan lain dikeluarkan pelakon mula dikenali menerusi Sepet ini, Lets do it more often if (kita lakukan lebih kerap lagi jika) filem ini dikatakan mencemarkan budaya.

Ucapannya yang dianggap sebagai kurang ajar itu mengejutkan hampir seluruh yang hadir di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan sekali gus merosakkan acara FFM19.

Acara yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan radio SinarFM turut mencetuskan kemarahan Dr Rais yang terkejut dengan insiden itu sehingga menyifatkan pelakon itu bintang filem perasan.

Menurut Dr Rais, tindakan itu merendahkan reputasi bangsa dan bahasa sendiri, selain memberi amaran kejadian memalukan itu berulang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 09:18 PM | Show all posts
Originally posted by AyieBoyZ at 17-8-2006 08:07 PM
ok.. maap tue die mesti buat, mmg die wat salah.. tp luka x kn smbuh klu die mnangis air mata darah skalipun.. korang x rase ke die memalukn kite..???


Tak sangat. Bukan dia saje yang belagak cakap BI sedangkan boleh cakap BM. Berjuta lagi yang buat macam tu including myself. :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 09:50 PM | Show all posts
Originally posted by AyieBoyZ at 17-8-2006 08:07 PM
ok.. maap tue die mesti buat, mmg die wat salah.. tp luka x kn smbuh klu die mnangis air mata darah skalipun.. korang x rase ke die memalukn kite..???


tak terasa pun.

so aku ni tmasuk golongan 'pencemar budaya' ke?<-----ini hanya kata2 sinikal.takut ada pulak wartawan tak paham.

[ Last edited by  maberik at 17-8-2006 09:51 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 09:55 PM | Show all posts

Reply #214 maberik's post

eh...1st time nmpak maberik kat board ni.
kalo tak sbb amani n gubra, jgn harapla nak masuk sini kn...ehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 10:06 PM | Show all posts

Reply #215 sayangidaku's post

baru saya perasan  nic ni...
maberik -- maverick..

interesting ----
napa sayangida -- maverick minat amani ye  :nerd:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2006 10:39 PM | Show all posts
oleh sebb amani dah mintak maap aku pon rase kite semua patut cool down.

she is stil young.

semua org patut diberi pelang ke-2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 10:41 PM | Show all posts
kesian pulak aku tgk dier.

tapi aku heran!!!!!!!

apasal kenyataan raja azmi dimasukkan dalam metro.

dah la buat filem hampeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2006 10:50 PM | Show all posts

Reply #217 dacrusade's post

most  everybody  deserves a second chance...
(saya kata most  kerana ada orang2 yang kita tak patut
or tak boleh beri second chance or not deserve it..)

sh amani not exception...
as long as dia realized dan dah pun meminta maaf --
it is all wadder under the bridge.... ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 12:00 AM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 17-8-2006 09:55 PM
eh...1st time nmpak maberik kat board ni.
kalo tak sbb amani n gubra, jgn harapla nak masuk sini kn...ehehe.



haha u got me

ya mmg aku minat Amani(as an actress).aku tak kisah pasal personal life dia....dia fail spm ke tak reti cakap bm ke itu masalah dia.as long as she give good performances on screen she'll always be alright in my book.

oh ya kata2 raja azmi "orang Malaysia tak mampu pikir sedalam tu!!" dan kata2 racistnnya tak jadik kontroversi lak.kenapa ye?

[ Last edited by  maberik at 18-8-2006 12:02 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 12:20 AM | Show all posts

Reply #220 maberik's post

apa kata2 racist dia..
maaf  saya tak ikuti sangat  raja azmi ni..
apa yang controversy dari kata2 dia??
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 01:21 AM | Show all posts

Reply #220 maberik's post

maybe sbb org malas nak layan raja azmi, sbb dia bukan betul sgt. ahaha...
so apa2 yg dia bebelkan tu, org ignore je.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 10:18 AM | Show all posts
Azean -  Usah keterlaluan menghukum Sharifah Amani


KUALA LUMPUR: Buang yang keruh, ambil yang jernih. Berilah peluang kedua kepada Sharifah Amani, 20, untuk memperbaiki kesilapannya.

Begitulah luahan dramatis terkenal, Azean Irdawaty, 56, yang kesal dengan sikap pihak yang terus menghukum Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19) itu.

?umi mana tidak ditimpa hujan, lautan mana tidak bergelora. Insiden pada malam FFM19 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 13 Ogos lalu, barangkali meninggalkan kenangan pahit kepada Amani yang tidak langsung menyangka ungkapannya, ? sound stupid if I speak Malay, so I will make my speech in English? (saya nampak bodoh bila bercakap Melayu, lebih baik saya berucap dalam bahasa Inggeris) meninggalkan kesan kepada penonton yang menyaksikan festival itu,? katanya.

Azean berkata, usah menghukum Amani keterlaluan kerana tiada siapa boleh mengaku pada usia 20 tahun dia tahu segala-galanya dan tidak pernah melakukan sebarang kesilapan.

?angan heret isu ini menjadi lebih panjang. Dia sudah pun meminta maaf secara terbuka dalam akhbar, pada hal dia menyebut perkataan itu tanpa niat.

?adangkala percakapan dalam bahasa Inggeris mempunyai maksud lain contohnya bila dia sebut, I sound stupid if I speak Malay.

?ia tidak bermaksud malu bertutur bahasa Melayu cuma dia tidak petah jadi lebih baik dia berbahasa Inggeris,? katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 10:27 AM | Show all posts
Originally posted by archik at 17-8-2006 05:09 PM


Ini bukan sebab menghukum beb.
Camni aje ikut basic ajele. Samy vellu yang tunggang langgang bahasa melayu pon boleh cakap melayu. Takda pulak si Dato sammy nak kata "I am look stupid tal ...


:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 10:31 AM | Show all posts
tapi tak pernah tgk filem lakonan Amani..
tak tahu nak nilai..

[ Last edited by  suraya76 at 18-8-2006 10:33 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 01:02 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 18-8-2006 12:20 AM
apa kata2 racist dia..
maaf  saya tak ikuti sangat  raja azmi ni..
apa yang controversy dari kata2 dia??


aku tak igt sangat.dah lama jugak.tapi agak membawa maksud "orang dpd bangsa lain tak patut kahwin/ada hubungan cinta dgn org bangsa melayu."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2006 01:13 PM | Show all posts

Reply #226 maberik's post

oooOOOoooo..
whoaa --  tak patut betul la cakap
cam gitu.. eh...

tu macam nak kata bangsa melayu yang baik sangat..
bukan bangsa yang mencerminkan kebaikan kita..
tapi budi bahasa dan jiwa dan cara hidup kita --
dalam masyarakat -- dan keluarga --
tak kira apa bangsa sekalipun...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 02:31 PM | Show all posts
org dah mintak maap tu udahler..
ngado2 tul depa neh
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 02:34 PM | Show all posts
tak abis abis lagi pasal nie...

ermm... kesilapan adalah pendidikan terbaik... :ah: ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 02:38 PM | Show all posts
satu lagi..aku rase maybe dia pun geram kot..
sbb tu perli psl "filem cemar budaya" tu
ekekke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.128474 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list