CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ecam

Merged : Semua Tentang BONSAI

[Copy link]
Post time 28-8-2009 08:57 AM | Show all posts
bukan pokok mengkudu ker tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2009 10:11 AM | Show all posts
he...he...he.......
pkk mengkudu lah tu............
skrg pun pkk ni dah makin pupus............
kalau dulu senang jer jumpa.............
tu yg teringin nak tanam............
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 10:23 PM | Show all posts
150# cdini

I pun ada sepokok mengkudu...tanam dalam pasu jugak...ambik kat pantai masa pergi makan seafood celup tepung haritu...banyak sangat buah di pokoknya walaupun pokok tak setinggi mana...anak2 pokok pun agak banyak....so i minta kat kakak kedai tu beberapa anak pokok...heheheh...dapatlah agih2 kat jiran2 sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 09:17 AM | Show all posts
teringat masa pantang...ambik daun tekap kat batu panas...org kata 'demah' kat perut baby.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 11:37 AM | Show all posts
152# Sunor

I ambil pucuknya...hiris2 masuk dalam sos ikan bakar...tapi pahit sikit...suami dan anak tak suka...

Rasanya selain dari boleh digunakan untuk mendemah perut...boleh jugak digunakan sebagai air rebusan sauna...tak tau betul tak...tapi ada orang cakap...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 11:48 AM | Show all posts
sayur lemak pun sedap...tumbuk hancur, masak lemak.  Mak sedara saya hidangkan utk saya time pantang hari tu...

Masa remaja2 dulu tak makan pun kalo dia buat sayur.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2009 11:51 AM | Show all posts
153# shiina evy pernah tengok kat tv,dorang bungkus ikan dgn pucuk mengkudu kemudian pangang ikan tu..ada satu lagi resepi,dorang buat ulam2 pucuk mengkudu..nampak macam sedap sangat tapi ada org ck pucuk mengkudu ni pahit..pahit dia tu sama macam peria ke..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 11:59 AM | Show all posts
154# Sunor

Yelah...maybe masak macam tu pun sedap jugak kan?...tak pahit sangat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2009 12:01 PM | Show all posts
155# evy8

Betul tu evy...ada orang gunakan daunnya tu untuk balut ikan bakar...then boleh makan sekali daun tu...yang i rasa haritu...rasanya memang pahit...tapi tidaklah sepahit peria...i boleh makan...ok jugak...cuma anak dan suami je tak suka...diaorang cakap lain kali jangan letak lagi...hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 12:31 PM | Show all posts
157# shiina kalu mcm tu sedap juga kan.evy peria pun suka makan.ada satu pokok mengkudu kat kawasan tempat tinggal evy,nanti nak cuba minta tuan punya pokok tu..nak try masak ikan panggang pucuk mengkudu....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 02:13 PM | Show all posts
156# shiina

shiina...tumbuk perah air dia, baru masal lemak.  Sedap!
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 02:34 PM | Show all posts
tadi baru beli pokok miracle fruit. ingat nak bonsaikan ler pokok tu. nanti nak beli cooper yg tebal skit. yg jeliti tu beli last mth pong lom sempat nak lilitkan cooper. tgk lam minggu ni kalu sempat
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 02:40 PM | Show all posts
159# Sunor

Oooo...kena tumbuk dulu ke?...sampai hancur ke camana?...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 04:01 PM | Show all posts
jgn hancur jadi cam tumbuk inai....tapi hancur kecik2, camne nak describe ni.  Alaaa besar dari teh kering tu kot...pecah kasar2 gitulah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 11:25 AM | Show all posts
162# Sunor

Oooo...Insya Allah...i boleh imagine...then lepas perah airnya...kena bilas tak?...biasanya kalau sekali masak kita guna berapa helai sunor?...guna pucuk atau daun tua pun boleh?...hmy3:...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 03:09 PM | Show all posts
saya tak pernah masak sendiri cuma pernah tgk.  Ambik bahagian pucuk yg tak terlalu muda tu, kan lembik pulak.  Agak2 boleh makan, tua karang pahit plak.  Kalo tak silap bilas jugak, seingat kuah dia (santan) jadi ijau kekuningan.  Byk ke skit tu atas kehendak kitalah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2009 03:17 PM | Show all posts
164# Sunor

Oooo...ok...nanti boleh jugak try...thanks sunor......
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 10:21 AM | Show all posts
Bonsai dan Noryadi bagai lagu dan irama


Noryadi Noruddin antara anak Melayu yang begitu gigih mendalami seni bonsai.

"BONSAI" (disebut bonzai) iaitu amalan menanam satu spesies pokok di dalam pasu mula bertapak di China lebih seribu tahun yang lalu. Ia kemudian berkembang ke Jepun dan pada peringkat awal, ia hanya menjadi bahan hiasan kediaman mewah golongan elit sebelum tersebar dalam kalangan masyarakat umum negara itu.

Di negara matahari terbit itu juga, seni bonsai mempunyai kedudukan yang tinggi dan dianggap sebagai simbol kebudayaan dan keunggulan.

Seni bonsai juga turut mempunyai peminat yang ramai di Korea di mana ada yang mengusahakannya sebagai seni taman yang begitu indah dan menakjubkan.

Di Malaysia, meskipun seni bonsai lazimnya dikaitkan dengan masyarakat Cina tetapi sudah ada peminat bonsai daripada masyarakat etnik lain yang aktif menceburi bidang seni yang unik ini.

Noryadi Noruddin, 34, ialah antara anak Melayu yang begitu komited dengan seni bonsai. Beliau jatuh cinta dengan keunikan seni bonsai ini ketika menuntut di Institut Teknologi Mara (kini dikenali sebagai UiTM) pada 1997.

Mula aktif dalam seni bonsai padak 2003, Noryadi dan bonsai kini boleh diibaratkan sebagai lagu dan irama, tidak boleh dipisahkan.

Hilang stres

Bagi anak muda kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini (Kelantan), meskipun dia mempelajari bidang perbankan, jiwanya lebih menjurus kepada bidang seni.


Pokok-pokok bonsai ini adalah antara koleksi bonsai Noryadi Noruddin yang kesemuanya berjumlah 150 pokok. Di kiri ialah Pokok Kayu Hitam (nama saintifik Maba Buxifolia) sementara di kanan ialah Pokok Beruas atau nama saintifiknya "Premna Microphylla".

Sebelum bonsai, beliau meminati seni lukisan dan seni pembuatan. Noryadi juga gemar berkunjung ke tapak-tapak semaian kerana tumbuhan dan bungabungan baginya memberi ketenangan.

Minatnya kepada bonsai bermula apabila beliau terbaca sebuah artikel mengenainya di akhbar.

"Semasa belajar memang banyak stres dengan jadual belajar yang padat di tambah kegiatan lain. Melalui pembacaan saya dapati seni bonsai boleh menjadi pengisian masa lapang yang mampu menghilangkan stres.

"Saya kemudian mula mengumpul maklumat mengenai bonsai terutamanya di peringkat global menerusi pautan dengan Bonsai Club International (BCI)," Noryadi memberitahu Bernama dalam satu wawancara baru-baru ini.

Minatnya terhadap bonsai semakin mendalam apabila membaca buku mengenai tokoh bonsai tempatan, Mohd Bohori Che Makhtar, pelopor bonsai tersohor juga dari Kelantan.

"Saya banyak mendapat sokongan dan tunjuk ajar daripada Mohd Bohori atau Sifu Yi. Beliau ialah ikon saya dalam bidang ini. Saya boleh dikatakan perantisnya," katanya.

Asah minda

Bonsai bagi Noryadi yang dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Seni Bonsai Kelantan (PSBK) Jun 2009, bukan sahaja satu seni tetapi imej serta jati diri orang yang bergiat dalam bidang itu.

Baginya, bonsai dapat mengasah minda, mempertajam daya pemikiran serta menjadikan seseorang itu kreatif dan inovatif di samping membentuk sikap untuk menjadi lebih tenang dan sabar.


Hobi Noryadi Noruddin, 34, dalam bidang seni bonsai turut dikongsi isterinya, Wan Ruzaini Wan Othman dan tiga dari empat cahaya matanya, Nor Adeeb Ayman, 6, Nor Adam Khalish, 4 (duduk di lantai) dan Nor Dhiya Myra, 2 tahun.

Pembuat bonsai juga, katanya, memerlukan daya imaginasi dan daya kreativiti yang tinggi untuk menentukan masa depan setiap bonsai yang dibentuk dan digubah.

"Bagi saya bonsai ialah satu seni yang tak habis. Dengan bonsai, saya dapat mencabar keupayaan minda saya untuk menyempurnakan penjadiannya dan proses ini bukan boleh dicapai dalam masa yang singkat.

"Membentuk bonsai kepada kesesuaian gaya yang diidamkan memakan masa bertahun-tahun. Di sinilah letaknya keunikan seni bonsai yang memerlukan kesabaran yang tinggi," tegas Noryadi.

Mengenali bonsai

Semurah-murah bonsai yang boleh dibeli mungkin sekitar RM10 tetapi kalau ditanya, bagaimana pula dengan harga paling tinggi, jawapan yang diberikan Noryadi ialah tiada ada harga siling untuk bonsai.

Bagaimanapun, harga bonsai dikatakan bergantung kepada karektor pokok dan masa yang diambil untuk menggubah satu-satu pokok bonsai.

Beliau juga berkata tiada tempoh tertentu untuk mendapatkan bentuk pokok bonsai.

"Yang perlu diperhatikan ialah bagaimana kita membentuk bonsai, menyusun kedudukan batang bonsai, mengawal tumbesaran termasuk dahannya.

"Saya mungkin mengambil masa tiga tahun tetapi orang lain mungkin mengambil empat tahun dan ini juga bergantung kepada kaedah yang digunakan," katanya, sambil menambah, karya seni bonsai ialah hasil imaginasi seniman bonsai berdasarkan fenomena alam sebagai sumber ideanya.



Noryadi kini mempunyai koleksi sekitar 150 bonsai, hasil bentukan tangannya sendiri dan ada juga diperoleh dari luar negara termasuk Taiwan dan Indonesia.

Memandangkan ruang yang terhad, hanya sebahagian daripada koleksi bonsai tersebut disimpan di kediamannya di Taman Pelangi, Semenyih, terletak kirakira 35 km dari Kuala Lumpur.

Selebihnya disimpan di kampungnya di Kelantan di mana beliau turut mempunyai ladang di mana ditanam beberapa spesies pokok yang boleh digunakan untuk keperluan seni bonsai di samping dijual kepada yang memerlukan.

Spesies bonsai

Di Malaysia, bahan mentah untuk pokok bonsai paling banyak boleh didapati di pantai timur.

Seperti kata Noryadi, negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu mempunyai banyak pulau yang kaya dengan spesies pokok sesuai untuk dijadikan bonsai.

Beliau menamakan dua spesies iaitu pokok cucur atap dan pokok beruas.

"Sebelum ini, spesies paling top untuk bonsai ialah santalia, spesies tempatan dan paling banyak terdapat di pantai timur. Sekarang, tempat ini diambil alih pokok cucur atap atau nama saintifiknya, Beackea Frutescens," jelasnya.

Bercakap lebih lanjut tentang pokok cucur atap, Noryadi berkata spesies ini biasanya tumbuh di kawasan paya yang sudah kering dan di kawasan pulau. Pokok cucur atap juga boleh tumbuh setinggi pokok kelapa.

"Biasanya untuk tujuan bonsai, kita menggali sehingga ke akarnya dan panjang batang mungkin antara satu kaki hingga 3 kaki. Untuk menanamnya di dalam pasu, media tanah yang paling sesuai ialah tanah dari jenis bukan organik.

"Baja pula kita letak selepas enam bulan ditanam di dalam pasu. Baja paling sesuai ialah baja kimia tetapi ia juga bergantung kepada kehendak pokok. Ini memerlukan pembacaan atau boleh mendapatkan nasihat daripada mereka yang pakar," kata Noryadi, berkongsi sedikit tip penanaman bonsai.

Beliau berkata lazimnya, pokok bonsai yang baru ditanam jarang mati kecuali kesilapan baja atau tidak disiram.

Pelbagai gaya

Di alam lumrahnya, pokok akan membesar tetapi ditanam di dalam pasu, saiznya boleh dikawal dengan menggunakan kemahiran.

Terdapat juga beberapa gaya yang boleh dipilih untuk membentuk bonsai dan menurut Noryadi, ini perlu dirancang lebih awal semasa batang hendak ditanam di dalam pasu.

Antara gaya bonsai ialah cokan iaitu batang ditanam menegak. Batang juga boleh ditanam secara 'slanting' (condong), 'cascade' (dengan dahan berjuntaian), 'semicascade' dan 'windswept' (dahan yang dibentuk oleh tiupan angin).

Tunas pokok, katanya akan bercambah selepas enam bulan dan cuma satu atau dua tunas perlu dipilih untuk dijadikan dahan utama, dahan kedua dan dahan ketiga.

"Kita juga perlu faham mengapa dahan itu membesar ke satu-satu arah. Ini kerana ia mengejar cahaya matahari. "Bagaimanapun, pembesaran dahan juga mesti bersesuaian dengan struktur batang dan keseluruhan pokok itu sendiri," kata Noryadi.

Berkongsi hobi

Noryadi yang sudah berumahtangga juga berkata beliau masih menjadikan seni bonsai sebagai aktiviti sambilan.

Di samping waktu malam, beliau turut menghabiskan cuti hujung minggu untuk aktiviti bonsainya termasuk berkunjung ke rumah anggota PSBK di seluruh negara sebagai sebahagian daripada kegiatan persatuan.

Sehingga ini PSBK mempunyai 200 anggota di seluruh Malaysia di samping beberapa anggota dari Indonesia.

Hobi beliau ini turut dikongsi isterinya Wan Ruzaini Wan Othman dan tiga dari empat cahaya matanya, Nor Adeeb Ayman, 6, Nor Adam Khalish, 4 dan Nor Dhiya Myra, 2 tahun. Anak bongsunya, Nor Afiff Andre baru berusia sebelas bulan.

"Isteri saya yang juga anggota PSBK memahami minat saya dan dia pun semakin gemar dengan tanaman bonsai ini malah dia mempunyai beberapa pasu bonsainya sendiri.

"Anak-anak pula saya sudah dedahkan dengan bonsai sejak mereka kecil lagi. Saya biarkan mereka tanam sendiri dan latih mereka untuk menjaga pokok masing-masing. Mereka memang menunjukkan minat," katanya. Meskipun hanya aktif pada 2003, Noryadi telah berjaya memenangi beberapa anugerah dalam pertandingan bonsai peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Antaranya ialah Pertandingan Mini Bonsai di Chan Shu She Yuen Association, Kuala Lumpur pada November 2008. Bonsai Noryadi dari spesies Buxus Harlandii mendapat tempat ketiga dalam kategori saiz kecil.

Pada Jun 2009, di Pameran & Pertandingan Bonsai & Suiseki Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur, bonsai beliau daripada spesies Beackea Frutescens (Cucur Atap) mendapat dua anugerah berganda dalam kategori saiz besar iaitu Excellent Award (tempat pertama) dan Creative Award (anugerah khas untuk kreativiti dalam pembuatan bonsai).

Kejayaan beliau yang terkini ialah di Pameran dan Pertandingan Orkid & Bonsai Peringkat Antarabangsa di Johor Baharu pada Ogos 2009 di mana empat bonsainya memenangi empat anugerah.

Bagi mereka yang berminat dengan bonsai, sila layari blog rasmi PSBK di alamat www.bonsaikita.blogspot.com BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 10:34 PM | Show all posts
Bonsai dan Noryadi bagai lagu dan irama


Noryadi Noruddin antara anak Melayu yang begitu gigih mendalami seni bonsai.

...
Syd Post at 4-9-2009 10:21



Kalau tak silap beliaulah yang berjaya menjadi JOHAN dalam salah satu kategori pertandingan Bonsai iaitu Kategori C di Pertandingan Okid & Bonsai Antarabangsa di Danga Bay Johor Bahru yang diumumkan pada 6 Ogos 2009. TAHNIAH!!
Bonsainyer memang CANTEKK!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2009 11:15 PM | Show all posts
Sesiapa yang berminat bonsai, dijemput datang ke laman ini...

http://www.facebook.com/pages/Wr ... Bonsai/125482868669
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.084783 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list