|
Originally posted by saifulms at 18-7-2007 08:18 PM
Aku nampak beza sedangkan kalian mungkin menutup mata kerana hendak memelihara keharmonian kesatuan umat Kristian amnya. Namun tidak mungkin akan tertutup sama sekali, pastinya suatu hari nanti akan menyerlah semuanya....
Saya rasa, umat Kristian sekarang semakin matang. Banyak usaha telah diadakan oleh kedua-dua pihak untuk meleraikan apa yang kusut. Walaupun belum 100% bersetuju antara satu sama lain, tetapi sekurang-kurang kedua-dua pihak telah mula belajar untuk menghormati satu sama lain dan apa yang paling penting, kedua-duanya adalah saudara seiman dalam Kristus.
terdapat beberapa persidangan dan persepakatan telah dicapai. Antaranya adalah :
1) Antara RC dengan Anglican, isu yang melibatkan Baptism, ministry, dan the Eucharis
2) Antara RC dengan Lutheran, isu yang melibatkan justification ( 31 Oktober 1999)
3) Antara RC dengan Methodist (23 Julai 2006)
4) Antara RC dengan Orthodox dll
Jadi, banyak usaha yang telah dan sedang dilakukan telah menghasilkan buah. Memang masih terdapat perbezaan dan pertentangan, tetapi ia tidak menghalang umat Kristian untuk bersatu atas nama Kristus. Contohnya, walaupun orthodox masih tidak mengiktiraf peranan Pope, tetapi sekarang mereka telah sedra, bahawa RC dan orthodox adalah begitu erat dari segi sejarah dan tradisi.Begitu juga, RC sangat mengiktiraf dan menghormati tradisi orthodox.
Begitu juga, kerjasama sesama Kristian juga telah diperluaskan ke dalam aspek lain. Contohnya berkongsi kepakaran untuk menterjemahkan Bible, berkongsi pendapat dalam isu social. Dalam kes terdekat, dalam ketika kontroversi Da Vinci Code, banyak juga penulisan Protestan yang mengkritik buku tersebut...
Terima kasih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by witara at 19-7-2007 10:32 AM
saiful... pa khabar? Peranjat beruk nampak..
ok, saya ada kat sini tak mau sentuh pasal 'kamu kristian apa', atau 'kamu kumpulan kristian mana...'. Tapi saya cuma datang sebagai seorang y ...
Witara.. aku baik2 saja.. Hehehee memang terperanjat pun sebab keadaan engkau disini sebenarnya tidak memberikan gambaran iman engkau yang sebenarnya.. Di Indonesia, jika engkau seorang Protestan, engkau tidak akan mengeluarkan ayat2 yang sedemikian kecuali diatas maksud2 yang lain.. Ini adalah kerana aku menulis diatas dasar untuk membezakan iman diantara keduanya, maka apa yang engkau tuliskan itu tidak menepati dasar tersebut.
Namun setelah aku membaca post dari cik Julia yang aku quote kat bawah ni, baru aku dapat faham sedikit keadaan yang sebenarnya.. Jadik sekarang, engkau jangan bimbang lagi, aku takkan terkezut lagi....
Originally posted by casejulia at 21-7-2007 10:41 PM
Protestant pun banyak section, setiap section pun mungkin ada berlainan ajaran tentang iman. seperti kenyataan saya sebelum ini, saya tak tahu apa ajaran Protestant tentang iman. apa yang saya tahu adalah apa yang "gereja saya" dan Alkitab ajarkan tentang iman.
...
Walau apapun aku nak ucapkan terima kasih kat engkau Witara, kerana meskipun post engkau hanya sedikit, tetapi telah memberikan pengertian yang besar buat diriku.. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by shalom at 19-7-2007 05:52 PM
Dokumen UNITATIS REDINTEGRATIO dikeluarkan pada 21 November 1964, sementara DOMINUS IESUS dikelurkan pada 16 Jun 2000.
Banyak lagi dokumen yang boleh saya kemukakan, malahan ada diantara decree tersebut bertarikh pada abad ke 4, yang menyebut baptisan non catholic adalah valid. Tetapi memandangkan masa tidak mengizinkan, agak sukar untuk saya memyelongkar library saya卙ehehehee..
Satu lagi, walapun RC ada mengeluarkan decree bahawa sesetengah ajaran terutamanya cults adalah sesat, tetapi RC tidak pernah secara rasmi mengistiharkan mereka ini bakal dihumban ke dalam neraka |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shalom at 19-7-2007 05:59 PM
Sangat bersetuju...Seperti apa yang telah saya jelaskan, penjelasan yang diberi oleh cik mod dan witara tidak berbeza dengan apa yang difahami dan diajar oleh RC. Mungkin terdapat perbezaan sedikit...sedikit sahaja, tetapi tidak bercanggah dengan RC...
Ok lah. Kalau dah begitu jawapan engkau, aku NO KOMEN lah.. ! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shalom at 19-7-2007 06:03 PM
Ini merupakan antara contoh perbezaan teologi. Tetapi pada akhirnya, maksud dan tujuannya adalah sama. Menyembah Bapa, Putera dan Roh Kudus.
RC juga boleh berdoa terus kepada Allah, tanpa melalui Mother Mary..Berdoa kepada Mother Mary bukan suatu kewajipan.Tetapi digalakkan.
Tetapi pada akhirnya, kedua-dua RC dan Protestan sama-sama menghormati Mother Mary...
Haaa.. Yang ni aku nak kasi komen sikit..
Aku akan menafsirkan perkataan 'teologi' ni adalah 'gerak rasa untuk bergaya hidup dalam bertuhan' atau lain perkataan 'tradisi untuk bertuhan'. Setiap Bangsa2 bertumbuh dan hidup dalam suasana yang mewujudkan gaya hidup masing2 dan setelah sekian lama ia di sebut sebagai 'tradisi. Setiap bangsa dan etnik memiliki tradisinya masing2. Agama datang dengan membawa ajaran2 yang akan memperbaiki gaya hidup sesuatu bangsa itu. Ajaran yang terkandung didalam agama itu adalah atur cara kehidupan yang terbaik yang telah diajarkan Allah kepada para nabi2Nya. Tradisi ciptaan manusia itu pun ditolak dan dihapuskan dan diganti dengan cara kehidupan dalam agama tersebut.
Berkaitan dengan ini, adakah ajaran berdoa melalui Bonda Maria itu merupakan suatu tradisi bangsa2 yang terdahulu? Adakah Protestan tidak berdoa melalui Bonda Maria kerana hendak menolak amalan tradisi ini?
Engkau telah mengatakan, umat Katolik boleh berdoa terus kepada Allah tanpa melalui Bonda Maria, itu sudah bagus. Sebaliknya mahukah Protestan berdoa melalui Bonda Maria, jika disuruh berbuat demikian? Maaf ya, aku nak petik kata2 seorang Protestan dari Indonesia, katanya, "Ah! Mana bisa pak, aku berdoa via Bonda Maria, kelak aku kan digelar orang menyembah Bonda Maria pula......!"
Emm.. Pe komen kalian?
[ Last edited by saifulms at 22-7-2007 04:23 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shalom at 19-7-2007 06:43 PM
Saya rasa, umat Kristian sekarang semakin matang. Banyak usaha telah diadakan oleh kedua-dua pihak untuk meleraikan apa yang kusut. Walaupun belum 100% bersetuju antara satu sama lain, tetapi ...
Dari tulisan engkau ini aku seolah2 telah nampak adanya satu usaha yang sangat kuat untuk menyatukan seluruh umat Kristian. Memang satu usaha yang sangat bagus. Semoga berjaya.
p/s: Maka terkenang pula daku sekiranya ada satu usaha yang sekuat ini untuk menyatukan umat Islam.. Satu usaha untuk memantapkan iman2 mereka. Bersaudara dalam satu kalimah 'Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad itu Rasul Allah" |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #207 saifulms's post
Saya pun berminat nak komen gak..
Bagi saya teologi dan tradisi membawa konotasi yang berbeza
Teologi merupakan ilmu yang membincangkan ilmu ketuhanan sementara tradisi lebih berkait dengan kebudayaan.
Tetapi kedua-duanya juga saling berkait terutama seandainya kita ingin memahami teks Alkitab. Contohnya seorang ahli teologi Kristian juga perlu memahami kebudayaan dan corak pemikiran masyarakat yahudi pada abad pertama untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh Yesus.
Contohnya dalam perumpamaan Yesus tentang orang samarita yang baik. Berdasarkan tradisi masyarakat yahudi masa itu, golongan samarita dianggap third class dan tidak mengenal tuhan atau apa-apa yang seangkatannya. Tetapi berdasarkan teologi, ada sesuatu mesej yang cuba disampaikan oleh Yesus dalam perumpamaan Good Samaritan tersebut.
Apatah lagi, dalam masyarakat Judea masa itu, kadang-kadang tradisi juga berkait rapat dengan agama.
Selain itu, kami orang katholik terdapat satu lagi, apa yang dikenali sebagai Tradisi Apostolik. Tradisi Apostolik merupakan tradisi dan ajaran yang diperturunkan oleh Para Rasul tetapi tidak terdapat/dicatat dalam NT.
Pada tahap inilah terdapat berbezaan antara RC dengan Protestan. Menurut RC, sumber iman Kristian adalah Bible dan Tradisi Apostolik, sementara Protestan pula berpendapat hanya Bible atau Sola Scriptura.
Berbalik isu berdoa kepada Bonda Maria. Dari segi cerapan dan teologi RC (begitu juga orthodox) apa yg dibuat oleh RC adalah betul. Konsep perantaraan bukanlah sesuatu yang negatif dalam pandangan teologi RC. Apa yang penting, KESEMUA perantaraan ini mengarah kepada Kristus sebagai kepala Gereja.
Ia tidak menjejaskan konsep hubungan individu secara terus dengan Tuhan. Ini adalah pemahaman RC. Bagi RC, kehidupan kristianity merupakan satu komuniti. Dalam komuniti terdapat hubungan peribadi dan juga hubungan sesama komuniti. Inilah yang cuba dicerap dan ditekankan di dalam teologi RC. Tetapi ahli teologi Protestan mungkin mempunyai pemahaman yang agak berbeza.
Sama ada berdoa kepada seseorang yang telah meninggal, merupakan sesuatu tradisi budaya yang wujud pada agama/budaya lain, saya tidak pasti. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shalom at 19-7-2007 06:12 PM
/s Witara : anang..ringat agi ok...mohang oku dika ..
apa maksud dia 2 ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #212 tinangol_csm's post
aku pun tak paham2 tinang....
tolong aku tanya kat dia apa dicakapnya tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa anda semua percaya bahawa Adam, Jacob, Isaac, Solomon, David, Noah dan sebagainya itu sebagai Nabi. Tetapi Jesus Tuhan??
Bukankah tuhan akan turunkan Nabi2 dari zaman berzaman2... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #213 witara\ catat
alahai engko ni, pe pasal sekarang baru nak tanya...?
Shalom dah takder kat sini, dia dah gi merantau kat semenanjung maa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sedondon at 5-11-2007 08:38 PM
Kenapa anda semua percaya bahawa Adam, Jacob, Isaac, Solomon, David, Noah dan sebagainya itu sebagai Nabi. Tetapi Jesus Tuhan??
Bukankah tuhan akan turunkan Nabi2 dari zaman berzaman2...
Jika engkau nak tahu kenapa mereka berfaham sedemikian, aku ada jawapannya...
Nabi - nabi itu bukanlah maksum sebagaimana kepercayaan umat islam. Mereka percaya para nabi juga tidak sepi dari melakukan kesilapan atau dosa2 sebagaimana manusia biasa cam kita ni, cuma para nabi itu ada keistimewaannya yakni mereka itu pendamping Tuhan. Itu jer. Lagi pun darjat NABi tidaklah setinggi manapun didalam kepercayaan umat kristian. Buktinya, mari kita merujuk Al Kitab;
Nabi2 yang tidak berdaya....
1raja-raja 18:13 Tidakkah diberitahukan kepada tuanku apa yang telah kulakukan pada waktu Izebel membunuh nabi-nabi TUHAN, bagaimana aku menyembunyikan seratus orang nabi-nabi TUHAN dalam gua, lima puluh lima puluh sekelompok dan mengurus makanan dan minuman mereka?
Nabi2 pendamping Berhala....
1raja-raja 18:22 Lalu Elia berkata kepada rakyat itu: "Hanya aku seorang diri yang tinggal sebagai nabi TUHAN, padahal nabi-nabi Baal itu ada empat ratus lima puluh orang banyaknya.
Nabi2 bersepakat untuk berkata dusta...
1raja-raja 22: 13 Suruhan yang pergi memanggil Mikha itu, berkata kepadanya: "Ketahuilah, nabi-nabi itu sudah sepakat meramalkan yang baik bagi raja, hendaklah engkau juga berbicara seperti salah seorang dari pada mereka dan meramalkan yang baik."
Demikianlah halnya para nabi2 yang dikisahkan didalam Al Kitab. Namun masih ada nabi2 kepercayaan umat islam seperti tertulis didalam kitab tawarikh ini;
2tawarikh 24: 19 Namun TUHAN mengutus nabi-nabi kepada mereka, supaya mereka berbalik kepada-Nya. Nabi-nabi itu sungguh-sungguh memperingatkan mereka, tetapi mereka tidak mau mendengarkannya.
Maka apa yang dapat aku fikirkan disini adalah, mana bisa Yesus juga berdarjat nabi sebagaimana yang lain2 tu. Tentunya ia perlukan darjat yang jauh lebih baik dan lebih berkuasa dari para nabi2 itu...
Ada betul ka?
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi, manusia2 sebelum Masihi tiada tuhan? Sebab Yesus belum lahir?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sedondon at 6-11-2007 04:13 PM
Jadi, manusia2 sebelum Masihi tiada tuhan? Sebab Yesus belum lahir??
Jangan gitu...
Kan Muhammad s.a.w. lebih tua dari Adam A.S. sewaktu mengimani solat di Mikraj.
Ingat cerita dia kan?
So, kena cari le Jesus yang mana satu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by saifulms at 6-11-2007 03:42 PM
alahai engko ni, pe pasal sekarang baru nak tanya...?
Shalom dah takder kat sini, dia dah gi merantau kat semenanjung maa..
Huh? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Pooja at 6-11-2007 09:11 PM
Jangan gitu...
Kan Muhammad s.a.w. lebih tua dari Adam A.S. sewaktu mengimani solat di Mikraj.
Ingat cerita dia kan?
So, kena cari le Jesus yang mana satu.
Ler.. Adam mana pulak ni.. Kalau Adam yang dengan Hawa tu, mana ada Muhamad wujud masa tu? Sapa yang tua sebenarnya ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|