CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Field Hockey -

[Copy link]
Post time 12-4-2008 11:38 PM | Show all posts
Hoki: Malaysia gagal ke Olimpik
12/04/2008 4:27pm


KUALA LUMPUR 12 April - Pasukan hoki negara gagal untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Beijing selepas hanya mampu seri 3-3 menentang Jepun dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Kakamigahara, Jepun hari ini.

Malaysia yang perlu mencatatkan kemenangan gagal untuk menghalang gol penyamaan Jepun di minit-minit terakhir perlawanan selepas mendahului 3-2 pada separuh masa pertama. - Utusan

--- .............................................. (no comment)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2008 06:00 AM | Show all posts
Cerita lama berulang lagi


PEMAIN Malaysia Kevinder Singh (jersi no 19) membuka tirai jaringan pada minit ke-10 menerusi pukulan Chua Boon Huat (kiri) ketika menentang Jepun dalam misi mencari tiket tunggal ke Beijing dan untuk melayakkan Malaysia ke perlawanan akhir Kejohanan Olimpik di Kakamigahara Gifu, Jepun. Keputusan berkesudahan seri 3-3 mengakibatkan Malaysia gagal mara ke Olimpik Beijing. - Foto AFP


GOL kontroversi Jepun pada minit-minit terakhir perlawanan menafikan peluang Malaysia ke perlawanan akhir Kejohanan Kelayakan Olimpik di Kakamigahara untuk mencari tiket tunggal ke Beijing, selepas terikat 3-3 dengan pasukan tuan rumah itu, semalam.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia yang kini berada di tangga ketiga liga dengan mengumpul lapan mata bakal bersaing bagi penentuan tempat ketiga dan keempat, manakala Jepun yang mengumpul 10 mata layak ke final untuk bertemu Jerman, hari ini.

Pada aksi cemerlang skuad kendalian Sarjit Singh yang berjaya mendahului tuan rumah 2-3 sehingga minit ke-68, Jepun akhirnya diberi peluang pukulan sudut penalti pada minit ke-69 selepas bola terkena kaki pertahanan negara, Madzli Ikmar Mohd Nor.

Bagaimanapun, berlaku keadaan mengelirukan selepas itu apabila bola hantaran luar yang gagal ditampan kemas pemain Jepun di garisan D, dipukul ke gawang Malaysia.

Walaupunn berjaya ditampan penjaga gol negara, S Kumar, keadaan kelam kabut di depan gawang menyebabkan bola yang terkena kaki dan tangan Kenichi Katayama berjaya ditolak masuk.

Keadaan itu menyebabkan perlawanan dihentikan hampir 10 minit bagi membolehkan kedua-dua pengadil - Hamish Jamson dari England dan Murray Grime dari Asutralia berbincang sebelum Grime mengesahkan gol terakhir milik Jepun.

"Kita sebenarnya cukup bagus untuk beraksi di final. Saya kecewa dengan keputusan yang dibuat. Memang jelas ia terkena kaki dan tangan," kata Sarjit ketika dihubungi di Jepun, semalam.

Terdahulu, pada saingan Jepun dan Malaysia di Stadium Green, kedua-dua pasukan saling berbalas asakan sebaik babak pertama bermula sebelum Malaysia membuka tirai jaringan pada minit ke-10 menerusi pukulan Chua Boon Huat yang memesongkan hantaran Madzli Ikmar ke bahagian atas gawang tuan rumah.

Ketinggalan 1-0 memaksa Jepun menggasak bertubi-tubi kubu Malaysia yang diselamatkan Kumar pada minit ke-12 dan barisan pertahanan pada minit ke-19.



Namun, cubaan anak buah Zenjiro Yasuda akhirnya menghasilkan gol penyamaan oleh Akiro Ito yang memesongkan hantaran bola dalam pada minit ke-22.

Malaysia kemudian berjaya memperoleh pukulan sudut penalti kedua pada minit ke-28, namun pukulan kencang Jiwa Mohan ditepis kaki pertahanan tuan rumah, Katayama yang menghasilkan pukulan penalti Malaysia dan disudahkan cantik Jiwa untuk gol kedua negara.

Walaupun mendahului 2-1, skuad pimpinan Sarjit terus ghairah mencari jaringan sebelum meraih gol ketiga menerusi tolakan perlahan dari kiri gawang oleh Kelvinder Singh Makbul Singh pada minit ke-32.

Bagaimanapun, Jepun yang enggan ketinggalan merapatkan jurang jaringan tiga minit selepas itu apabila Tomonori Ono menampan bola hantaran luar dari kiri gawang, sejurus sebelum wisel rehat dibunyikan.

"Secara keseluruhan saya berbangga dengan aksi terbaik pemain. Semua yang menonton kejohanan dapat menyaksikan sendiri kemenangan yang seharusnya milik kita.

"Tetapi apa lagi hendak dikatakan? Keputusan seperti itu memang boleh berlaku. Namun, kita harus akui Malaysia adalah pasukan kedua terbaik pada kejohanan ini selepas Jerman," kata Sarjit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2008 09:02 AM | Show all posts

gagal lagi...

Malaysia kempunan ke Olimpik Beijing

KUALA LUMPUR - Pasukan hoki negara terpaksa menerima hakikat gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik, Beijing selepas seri 3-3 dengan Jepun dalam perlawanan terakhir kelayakan di Kakamigahara, Jepun, semalam.

Gol Kenichi Katayama dua minit sebelum tamat perlawanan mengikat kedudukan 3-3 sekali gus menghancurkan harapan untuk melihat skuad negara beraksi di Olimpik selepas kali terakhir Malaysia layak ialah tahun 2000 di Sydney.

Malaysia yang perlu mengutip tiga mata penuh untuk layak ke perlawanan akhir bertemu Jerman, gagal menahan asakan Jepun di minit-minit terakhir perlawanan melalui jaringan kontroversi selepas mendahului 3-2 pada babak pertama.

Malaysia bermula garang dalam babak pertama dengan penguasaan baik sebelum memperoleh gol pertama menerusi pukulan sudut penalti Jiwa Mohan yang ditampan masuk Chua Boon Huat pada minit ke-10.

Ketinggalan 0-1 memaksa tuan rumah menukar strategi dengan gerakan pantas untuk mencari gol penyamaan tetapi kubu pertahanan Malaysia terus utuh menghalang jentera serangan Jepun.

Sehinggalah pada minit ke-21 pasukan tuan rumah berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk kedudukan 1-1 menerusi Akira Ito yang berjaya menghukum kelalaian benteng Malaysia.

Malaysia menambah jaringan selepas dihadiahkan pukulan penalti yang mudah disempurnakan oleh Jiwa Mohan pada minit ke-28.

Keceriaan pasukan negara diteruskan lagi melalui gol ketiga Kevinder Singh melalui gol padang pada minit ke-33.

Hari suram buat pasukan hoki negara tiba dua minit sebelum perlawanan tamat apabila Jepun sekali lagi dihadiahkan pukulan sudut penalti tetapi gagal disempurnakan dengan baik oleh pemainnya sebelum ia kembali ke kawasan bahaya dan ditolak masuk oleh Kenichi Katayama melepasi garisan gol untuk kedudukan 3-3.

Jepun akan mentang Jerman dalam perlawanan akhir hari ini bagi menentukan tempat ke Beijing, sementara Jerman, semalam mengekalkan rekod tanpa bolos selepas menang 5-0 ke atas Poland manakala Switzerland mengalahkan Itali 4-0.

------------------------------------------------------------------

bila la nak kembalikan kegemilangan  field hockey ni  eh....
malaysia kena smart up macam south korea~~ -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2008 06:27 AM | Show all posts
Hoki: Malaysia tempat ketiga

SKUAD hoki negara menamatkan pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2008 di Kaka- migahara, Jepun dengan menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Poland 3-0 semalam.

Walaupun dikecewakan Jepun kelmarin, skuad bimbingan Sarjit Singh tetap menunjukkan kesungguhan untuk mencari kemenangan apabila membuka jaringan pada minit ke-26 menerusi Tengku Tajuddin Tengku Abdul Jalil.

Mohd. Amin Rahim menambah gol kedua pada minit ke-53 sebelum Tengku Tajuddin memastikan kemenangan dengan gol ketiga negara minit ke-69.

Skuad negara sebelum ini memulakan saingan dengan menewaskan Poland 2-1 sebelum diikat Itali 4-4 pada perlawanan kedua.

Setelah mencatat keputusan seri dengan Itali, tugas skuad negara memburu tiket ke Olimpik bertambah sukar apabila tunduk kepada Jerman 0-3 sebelum mencatatkan keputusan seri 3-3 dengan Jepun pada perlawanan terakhir kumpulan.

Jerman pula menepati ramalan apabila menempah tiket ke Sukan Olimpik di Beijing selepas menewaskan Jepun 4-0 pada perlawanan akhir.

Pusingan kelayakan yang berlangsung sejak 5 April lepas membabitkan enam pasukan bagi merebut satu tiket ke Beijing.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 06:10 AM | Show all posts
Hoki: Gagal bukan bererti segalanya berakhir

KEGAGALAN skuad hoki negara beraksi pada temasya Sukan Olimpik buat kali kedua berturut-turut mengundang pelbagai reaksi daripada pemimpin sukan di negara ini, lapor SHAHRIL NIZAM ABDULLAH.

Ini kerana hajat skuad negara untuk berdepan Jerman pada perlawanan penentuan Kelayakan Olimpik Beijing 2008 di Kakamigahara minggu lalu telah disekat oleh jaringan kontroversi tuan rumah, Jepun.

Skuad bimbingan Sarjit Singh itu mendahului Jepun 3-1 pada perlawanan tersebut, namun akhirnya terpaksa akur apabila diikat 3-3 menerusi jaringan penyamaan kontroversi pemain tuan rumah pada minit akhir permainan.

Begitupun, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berharap jaringan kontroversi itu tidak perlulah dijadikan alasan kerana apa yang berlaku sebenarnya ialah pemain negara gagal mengekalkan konsistensi terutamanya selepas seri 4-4 dengan Itali.

"Kesilapan skuad hoki kita ialah mereka seri 4-4 dengan Itali sedangkan jika berdasarkan ranking dunia, kedudukan kita lebih baik daripada Itali," kata Zolkples ketika dihubungi semalam.

"Memang sasarannya ialah mara ke perlawanan akhir bertemu Jerman, tapi sasaran itu pastilah tidak tercapai jika prestasi pemain sendiri tidak konsisten.

"Jadi, tidak perlulah kita ungkit jaringan kontroversi itu. Perkara ini sudah berlalu. Apa yang perlu ialah kita mengkaji semula kelemahan dan cuba perbaiki prestasi pemain muda kita supaya mereka lebih konsisten," ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi pula berharap Persatuan Hoki Malaysia (PHM) melakukan post mortem terhadap kegagalan skuad muda negara.

"Bagi saya, PHM kena ambil serius perkara ini kerana jika kita lihat, pasukan negara lain di Eropah dan Asia khususnya Korea Selatan dan Jepun, sudah mempamerkan peningkatan dari segi kualiti," kata Kok Chi.

"Saya ada dengar mengenai jaringan kontroversi itu, tapi kita kena realistik dalam hal ini. Walaupun kecewa kerana kita gagal buat kali kedua, saya harap kita jangan salahkan pemain muda ini dan beri mereka peluang memperbaiki kesilapan.

"Saya masih percaya dengan kemampuan PHM kerana mereka ada rekod yang cemerlang. Tapi PHM kena rangka formula dan strategi baru untuk kita menebusnya pada kelayakan Olimpik empat tahun akan datang," tambah Kok Chi lagi.

Skuad bimbingan Sarjit menduduki tempat ketiga kejohanan kelayakan itu selepas menewaskan Poland 3-0 dalam penentuan tempat ketiga dan keempat kelmarin.

Mereka akan layak ke perlawanan akhir sekiranya menang ke atas Jepun, namun keputusan seri bermakna mereka hanya mengumpul lapan mata hasil dua kemenangan, dua seri dan satu kekalahan.

Begitupun, penjaga gol negara S. Kumar dianugerahkan penjaga gol terbaik kejohanan setelah beraksi cemerlang sepanjang kelayakan tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 03:23 AM | Show all posts
Skuad negara perlu post-mortem

KUALA LUMPUR - Kegagalan skuad hoki Malaysia layak ke Sukan Olimpik di Beijing sukar diterima, kata bekas jaguh negara, Mirnawan Nawawi.

Menurut Mirnawan, kegagalan itu meneruskan zaman gelap sukan hoki Malaysia di persada antarabangsa.

Mirnawan yang pernah beraksi dalam dua temasya berprestij itu berkata, kegagalan amat dirasai kerana ia merupakan kali kedua berturut-turut Malaysia gagal ke Olimpik selepas Athens 2004.

Katanya, ia menjadi sejarah hitam sukan hoki kebangsaan kerana Malaysia belum pernah terkandas ke Olimpik untuk dua kali berturut-turut.

Lebih daripada itu, jelasnya, kegagalan terbaru itu menunjukkan skuad negara tidak belajar daripada kegagalan lalu.

'' Apabila kita gagal ke Olimpik Athens empat tahun lalu, kita sepatutnya mengkaji kelemahan dan kesilapan supaya ia tidak berulang.

'' Tetapi skrip yang sama berulang lagi pada Olimpik kali ini.

'' Kita tidak mahu belajar daripada kegagalan silam. Sebagai contoh kita pernah gagal ke Olimpik 1988 di Seoul tetapi bangkit pada pada Olimpik seterusnya di Barcelona 1992,'' katanya ketika dihubungi, semalam.

Jelas Mirnawan, skuad negara perlu bangkit untuk memastikan Malaysia tidak terus tenggelam pada kejohanan Piala Dunia 2010.

'' Kita gagal layak untuk ke Piala Dunia 2006 di Jerman dan kita tidak boleh gagal ke Piala Dunia 2010 di India,'' katanya.

Malaysia gagal menempah slot terakhir ke Beijing 2008 pada pusingan kelayakan Olimpik di Jepun.

Bagaimanapun, skuad negara berjaya menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Poland 3-0 pada perlawanan klasifikasi.

Sementara itu, seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Maninderjit Singh pula berkata, kegagalan di Jepun memberi impak negatif terhadap masa depan dan perkembangan sukan itu.

Katanya, kegagalan demi kegagalan yang dialami menyebabkan ranking dunia skuad negara turut menurun dan ia menjejaskan minat generasi muda terhadap sukan itu.

'' Aksi di kejohanan besar penting demi imej sukan hoki kerana ia menjadi tarikan bakat-bakat baru.

'' Namun, apabila kita banyak terlepas kejohanan besar, tiada publisiti untuk sukan itu lagi dan ia lama-kelamaan akan menyebabkan minat terhadap sukan itu semakin pudar,'' katanya.

Tambah Maninderjit, satu bedah siasat besar-besaran perlu dilakukan untuk mengkaji punca kegagalan skuad kebangsaan di Jepun.

Jelasnya, kajian menyeluruh di semua peringkat perlu dijalankan.

'' Sedangkan suatu masa dahulu kita merupakan pasukan tetap di kejohanan besar seperti Olimpik dan Piala Dunia,'' katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2008 03:50 AM | Show all posts
'Jangan hukum Sarjit'


" Ini bukan zaman kejatuhan atau kemerosotan hoki," tegas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong.

Baginya, adalah tidak adil untuk terus menghukum skuad kebangsaan kendalian Sarjit Singh kerana gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir Kejohanan Kelayakan Olimpik di Kakamigahara, Jepun, yang berakhir kelmarin.

Mengakui kecewa dengan kegagalan misi skuad hoki terbaik kebangsaan yang turut memanggil semula pemain senior - S Kuhan, Mohd Amin Rahim dan Jiwa Mohan bagi memperkukuhkan jentera ketika Megat Azrafiq Megat Termizi gagal beraksi, Zolkples berkata, kini bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak, sekali gus merendahkan semangat pemain negara.

" Sebaliknya, kita perlu jadikan kegagalan ini sebagai senjata untuk terus bangkit dan berlari selepas jatuh.

" Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, ia bukan tugas mudah untuk layak ke Sukan Olimpik apa lagi apabila kita perlu menumpaskan Jerman - pasukan hoki nombor satu dunia," katanya.

Ketika mensasarkan sekurang-kurangnya layak ke final kejohanan enam negara itu, beliau mengakui keputusan seri 4-4 dengan Itali - sesuatu yang tidak dijangka, memberi tekanan kepada pemain ketika bertemu Jepun pada perlawanan akhir kumpulan yang menyaksikan keputusan seri 3-3.

" Ranking kita juga jauh rendah (berbanding Jerman dan Jepun). Maka, ini hakikat yang kita harus terima," kata Zolkples sambil mengakui post mortem mengenai aksi pemain di Jepun akan diadakan.

Malaysia yang pernah mencatat ranking keempat dunia - terbaik sehingga kini, beraksi di Olimpik buat kali terakhir di Sydney pada 2000 selepas penampilan sulung di Melbourne pada 1956.

Sehubungan itu, Zolkples berkata, laporan penuh akan diminta daripada Sarjit sebelum penilaian menyeluruh dibuat dan perbincangan semeja dilaksanakan bersama Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), selepas ini.

Baginya, menang atau kalah dalam pertandingan adalah lumrah biasa dan keputusan terbaru skuad negara yang menjadi antara ikon sukan Malaysia adalah masa terbaik untuk melihat balik kekurangan dan kelemahannya.

" Prestasi pemain hoki kita semakin meningkat. Namun, saya percaya aksi pemain negara lain lebih maju dan cepat daripada kita, seperti Jepun. Lantas, ia menjadikan kita bukan lawan sebenar mereka, ketika kita terpaksa bergelut menentang China."

Sambil mengakui masa yang ada agak singkat untuk mengembalikan semula kecemerlangan hoki negara, Zolkples membayangkan masih ada ruang buat Malaysia beraksi pada Olimpik 2012 di London.

" Skuad hoki kita hari ini dibarisi pemain muda seperti Tengku Ahmad Tajuddin (Tengku Abdul Jalil) dan Kelvinder Singh dan saya yakin menjelang Olimpik 2012, skuad ini sudah cukup bagus untuk beraksi.

" Cuma, pendedahan pemain kita perlu dipertingkatkan terutama pada perlawanan dengan pasukan dari Eropah yang terkenal dengan aksi kuat dan pantas."

--- :victory: :victory: hope mana2 pihak takde la asyik nak cari alasan atau nak menyalahkan sesiapa... benda dah berlalu, mulakan la langkah baru... moga prestasi skuad hoki malaysia akan semakin baik lepas ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 12:54 PM | Show all posts
MOM bimbang prestasi merudum skuad hoki negara

PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar melahirkan kebimbangan dengan dengan prestasi merudum skuad hoki lelaki negara selepas gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Beijing, Ogos ini.

Bagi Tunku Imran, kegagalan mara ke Beijing adalah petanda bahawa hoki negara gagal menunjukkan sebarang peningkatan selepas turut kecundang dalam pusingan kelayakan untuk ke Sukan Olimpik Athens, empat tahun lalu.

Oleh itu, katanya, Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) perlu melihat kelemahan itu yang mungkin berkaitan dengan struktur dan pentadbirannya, dan bukan disebabkan kepincangan pemainnya.

“ Ia satu kejutan dari lamunan buat PHM,” kata Tunku Imran mengulas kegagalan Malaysia mara ke Beijing selepas kecundang pada pusingan kelayakan di Kakamigahara, Jepun, minggu lalu. “ Untuk gagal mara ke Olimpik buat kali kedua berturut-turut adalah sesuatu yang mengecewakan.

“ Sudah pasti kegagalan ini menunjukkan skuad hoki gagal meningkatkan prestasi mereka berbanding empat tahun lalu ketika mereka kecundang di pusingan kelayakan ke Athens. Jelas sekali, ia semakin menurun.

“ Dalam hal ini, PHM perlu mengkaji sebab kegagalan itu. Mungkin tidak ada sebarang kelemahan kepada skuad hoki yang dibentuk, sebalik PHM perlu melihat kepada struktur mereka dengan menumpukan kepada perancangan jangka masa panjang,” katanya.

Skuad negara bimbingan Sarjit Singh gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2008 selepas sekadar seri dengan Jepun 3-3 dalam perlawanan kumpulan, sekali gus tidak layak beraksi ke final penentuan menentang Jerman, untuk mencari satu slot ke Beijing.

Bagi Tunku Imran, yang menjadikan kekecewaan itu lebih memeritkan ialah kegagalan skuad negara untuk berentap dalam penentuan final.

“ Memang kita menjangkakan sukar untuk mengatasi Jerman,” kata Tunku Imran. “ Malah kekalahan 3-0 Malaysia kepada pasukan itu di peringkat kumpulan menunjukkan jurang besar antara kedua-dua pasukan.

“ Tetapi apa yang lebih mengecewakan ialah kegagalan skuad negara untuk mara ke final, sedangkan mereka diramalkan mampu berbuat demikian.

“ Jika mereka mara ke final, mereka ada peluang untuk cuba merebut tempat ke Beijing. Untuk gagal di peringkat kumpulan, sememangnya cukup mengecewakan,” kata Tunku Imran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2008 04:26 AM | Show all posts
Misi tebus maruah


PERSEKUTUAN Hoki Malaysia (PHM) menuntut skuad hoki negara menjuarai Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-17 di Ipoh, Perak dari 8 hingga 18 Mei depan bagi menebus kegagalan layak ke Sukan Olimpik Beijing, minggu lalu.

Setiausaha Kehormat PHM, Hashim Mohamed Yusoff , berkata sasaran itu dilihat realistik selepas juara bertahan, Australia tidak mempertahankan gelaran mereka.

Lagipun, demi mengembalikan maruah yang tercalar selepas gagal layak dalam dua temasya Olimpik, kejuaraan itu mesti dicapai.

“ PHM yakin dengan kemampuan Sarjit Singh dan barisannya memperbaiki pencapaian 2007 (naib juara). Setakat ini, saya belum bertemu mereka sekembalinya dari Jepun tapi yakin, mereka sedar langkah yang perlu diambil untuk merealisasikan sasaran itu.

“ Mereka dijadual kembali menjalani latihan di Stadium Hoki Bukit Jalil, esok (hari ini) dan mungkin saya berkesempatan bertemu Sarjit,” katanya.

Tujuh negara termasuk tuan rumah, Malaysia mengesahkan penyertaan termasuk Pakistan, yang menduduki ranking keenam Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Argentina (7), India (9), New Zealand (10), Belgium (12), Malaysia (14) dan Kanada (15).

Daripada jumlah itu, empat negara sudah layak ke Sukan Olimpik Beijing, Ogos depan - Pakistan, New Zealand, Belgium dan Kanada.

Mengulas tindakan PHM terhadap kegagalan skuad hoki layak ke Beijing, Hashim berkata, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat dipengerusikan Timbalan Presiden PHM, Tunku Abdul Majid Idris Sultan Iskandar di Johor Bahru, Sabtu ini.

“ Buat masa ini saya tidak boleh komen apa-apa mengenainya kerana sedang memberi tumpuan untuk menyiapkan laporan yang diminta Datuk Zolkples Embong (Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara) mengenai kegagalan itu.

“ Sarjit turut dijadual menghadiri mesyuarat Sabtu ini, tapi sebarang keputusan mengenainya perlu mendapat kelulusan Ahli Majlis PHM yang akan bersidang, 4 Mei depan. Tapi, besar kemungkinan tiada sebarang perubahan dalam skuad kebangsaan dalam tempoh terdekat,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 06:25 PM | Show all posts
Megat Azrafiq tak sabar sarung jersi negara
Oleh Hasnira Hassan
TEKAD mahu beraksi dalam Piala Sultan Azlan Shah kini membakar semangat tonggak pertahanan, Megat Azrafiq Megat Termizi untuk cepat pulih daripada kecederaan lama dan menyumbang keringat membantu kejayaan skuad hoki negara di Ipoh, bulan depan.

Pemain itu yang direhatkan hampir empat bulan akibat kecederaan tulang kering kaki kiri sehingga terlepas aksi kejohanan kelayakan Olimpik di Jepun, baru-baru ini bertekad menjadikan kejohanan itu sebagai medan aksi sulung baginya, tahun ini.

Kali terakhir dia menyarung jersi negara adalah di Kejohanan Trofi Juara-Juara di Kuala Lumpur, Disember tahun lalu.

Berikutan itu, pemain berusia 24 tahun memulakan latihan secara sendirian sejak 8 April lalu, meskipun kecederaannya boleh disahkan sudah pulih oleh doktor pasukan negara, Dr Mohd Shariff A Hamid.

"Imbasan kecederaan kaki saya hanya diteliti pegawai perubatan yang memaklumkan kepada saya bahawa tiada apa yang harus dibimbangkan.

"Malah, sehingga kini, saya tidak berasa sakit," katanya yang mengakui belum mendapat reaksi terakhir daripada Dr Mohd Shariff yang menyertai skuad negara di Jepun.

Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-17 yang dijadual berlangsung bermula 8 sehingga 18 Mei depan disertai tujuh negara iaitu Belgium, Kanada, Pakistan, New Zealand, Argentina, India dan Pakistan selain Malaysia selaku tuan rumah.

Skuad negara akan hadir dengan status selaku naib juara kejohanan selepas tewas kepada juara, Australia 3-1 dalam final tahun lalu. Australia menarik diri daripada kejohanan kali ini kerana mahu memberi tumpuan kepada kejohanan empat penjuru di Darwin dan Perth di antara 20 April dan 5 Mei ini.

Sambil itu, Megat berharap dapat menarik perhatian jurulatih kebangsaan negara itu untuk diserapkan semula pada skuad Piala Sultan Azlan Shah menerusi sesi latihan skuad kebangsaan, Isnin depan.

Malah, faktor pertambahan jumlah pemain tercedera di Jepun - S Kuhan (pertahanan), pangkal paha; Mohd Sharun Nabil Abdullah (tengah), urat lutut serta Baljit Singh Charun Singh (tengah) yang menerima empat jahitan di atas mata, dilihat membuka laluan buat pemain yang berasal dari Johor Bahru itu.

"Jika doktor (Mohd Shariff) menghadiri sesi latihan Isnin ini, saya berharap kata akhir daripadanya adalah positif," kata pemain tegap itu yang akur ketandusan kejohanan akibat kecederaan itu.


bila aku rajin  aku selalu gak pi  stadium hoki tun razak kat jalan duta sana.. mmg minat hoki.. cuma dok jauh sangat nak travel ke kl  nih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 10:27 PM | Show all posts
--- isu apa lak kali ni?? haiyooooo...

'Penumpang' terhormat


KEGAGALAN skuad hoki lelaki negara pada Kelayakan Sukan Olimpik di Kakamigahara, Jepun, menelan kos perbelanjaan sebanyak RM230,000.

Barangkali angka itu tidak mengejutkan Majlis Sukan Negara (MSN), begitu juga Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) kerana wang itu hadir begitu mudah. Ia adalah wang hasil pembayar cukai rakyat.

Malah, jika dilihat kepada pencapaian tempat ketiga dan keputusan keseluruhan perlawanan, sebenarnya ia tidak setimpal langsung dengan kos yang dibelanjakan.

Soalnya bagaimana sejumlah besar wang itu boleh diluluskan bagi satu kejohanan kelayakan? Untuk apa dan bagaimana ia dibelanjakan?

Jawabnya mudah. Perbelanjaan sebanyak itu adalah untuk menampung pemergian 33 anggota rombongan sepanjang dua minggu di sana.

Menjadi isu sekarang adalah jumlah pegawai yang terlalu ramai. Bayangkan 13 pegawai untuk mengiringi 18 pemain utama (tidak termasuk dua simpanan).

Ditolak beberapa jawatan utama - seperti pengurus, ketua jurulatih, jurulatih penjaga gol, doktor, tukang urut - yang membentuk kumpulan pegawai asas. Ini bermakna terdapat baki lapan pegawai tambahan turut serta.

Terdapat tiga pembantu jurulatih, pembantu perubatan (1), pegawai urut (2), penganalisis sukan (1), pakar pemakanan (1) dan chef (2).

Selain pengurus (Sathis Kumar), jurulatih (Sarjit Singh), jurulatih penjaga gol (Shahid Ali Khan), doktor (Mohamad Shariff A Hamid) dan tukang urut, kehadiran baki sembilan pegawai dilihat tiada kepentingan.

Lebih menghairankan, mengapa Paul Lissek selaku Konsultan Program Pembangunan PHM, bekas jurulatih negara, malah sebagai individu arif mengenai taktikal hoki Malaysia, tidak berada dalam rombongan itu kerana PHM sebelum ini galak mencanang pembentukan skuad ramuan pemain veteran dan bakat muda itu ialah demi mencipta kejayaan dalam jangka masa panjang.

Agak mengejutkan, perbelanjaan lebih RM230,000 hanya sebagai pendahuluan daripada jumlah sebenar iaitu sekitar 80 peratus kerana difahamkan, MSN masih menunggu tuntutan PHM untuk baki 20 peratus dalam tempoh terdekat.

Jumlah perbelanjaan itu turut membabitkan 13 pegawai PHM dan MSN yang sebahagian besarnya dilihat lebih terarah untuk ‘merasai musim sejuk sambil menikmati sushi Osaka’.

Terdahulu, kegagalan barisan Sarjit melepasi kempen kelayakan mengundang kekecewaan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar apabila menyifatkan situasi itu berpunca kelemahan pengurusan dan program pembangunan PHM.

Malah, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong mahu PHM menyediakan laporan kegagalan itu secepat mungkin dan dijangka memperolehinya, Isnin ini.

Namun, di sebalik ‘lebihan anggota rombongan’ skuad Olimpik Beijing, tindakan Sarjit menyenaraikan 20 pemain tidak boleh dipertikai sekalipun kuota hanya untuk 18 pemain bagi setiap perlawanan berdasarkan kecederaan menimpa S Kuhan dan S Selvaraju.

Malah, langkah itu dilihat tepat kerana dikhuatiri Malaysia lebih terperosok di tangga terbawah andai Sarjit tidak membawa dua pemain simpanan sebagai langkah berjaga-jaga.

--- apa ni??? ' merasai musim sejuk sambil menikmati sushi Osaka' ??? guna duit dari hasil CUKAI RAKYAT???!!! WTF!!! kalau menang ke apa tu leh tong2 la jugak, ni tidak... herus jugak campak mereka2 ni dalam tong爏ampahhh :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 12:00 AM | Show all posts
Tiada Penumpang Dalam Skuad Hoki Ke Kakamigahara, Kata MSN
18 April, 2008 22:08 PM - BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Majlis Sukan Negara (MSN) menjelaskan khidmat 13 pegawai yang mengiringi skuad hoki kebangsaan ke Jepun diperlukan sebagai sebahagian daripada strategi taktikal pasukan untuk layak ke Olimpik dan bukannya hanya sebagai penumpang terhormat.

Pengarah Cawangan Elit MSN, Arrifin Mohd Ghani berkata setiap pegawai itu mempunyai tugas tersendiri demi memastikan segala keperluan skuad negara diberi perhatian terutama untuk menyesuaikan diri dengan suasana di Jepun.

" Jumlah pegawai itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja antara MSN dan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) pada Mac. Seramai 13 pegawai dan 18 pemain disenaraikan ke Jepun pada mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong dan Presiden PHM Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor," kata Arrifin dalam satu kenyataan, di sini hari Jumaat.

Kenyataan itu dibuat bagi mengulas artikel 'Penumpang Terhormat' yang disiarkan oleh sebuah tabloid harian hari ini, yang menyifatkan jumlah pegawai yang mengiringi skuad negara ke Jepun sebagai tidak munasabah.

Akhbar itu juga mendakwa kehadiran 13 pegawai PHM dan MSN dalam skuad ke Jepun itu dilihat lebih terarah untuk "merasai musim sejuk sambil menikmati sushi Osaka".

Arrifin berkata selain 18 pemain, skuad itu juga dianggotai oleh pengurus pasukan (seorang), jurulatih termasuk konsultan (4), doktor (1), pembantu perubatan (1), tukang urut (2), pegawai pemakanan (1), Chef (2) dan pegawai penganalisis sukan (1).

Katanya tukang urut diperlukan untuk membantu pemain dari segi pemulihan keletihan, manakala dua chef bagi membantu menyediakan makanan halal yang sukar diperolehi, sementara pegawai penganalisis bagi merakam video aksi lawan, dan sebagai sebahagian daripada perancangan taktikal dan strategi pasukan.

" Segala justifikasi itu dibincangkan dalam mesyuarat pada Mac lepas dan MSN tidak menyembunyikan kos yang ditanggung kerana mengamalkan sikap telus," katanya.

Mengenai jumlah sebenar perbelanjaan skuad ke Jepun itu, Arrifin berkata MSN menanggung keseluruhan perbelanjaan berjumlah RM367,560.

"Jika dibandingkan dengan kos pasukan Jerman yang dianggarkan berjumlah RM408,825, jumlah yang dikeluarkan oleh Malaysia lebih kecil. Kos sara hidup di Jepun amat tinggi," katanya.

Pada Kelayakan Sukan Olimpik di Kakamigahara, Jepun yang berlangsung dari 5 hingga 13 April lepas, pasukan nombor satu dunia, Jerman, berjaya menempah tiket ke Olimpik Beijing, sementara skuad negara sekadar menduduki tangga ketiga.

-- haiiyoooooo... camana isu gini leh timbul ni? haiiiiiyooooooooooooooooo..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 06:43 AM | Show all posts
Sarjit mungkin panggil pemain skuad remaja
Oleh Hasnira Hassan

KETIKA jurulatih pasukan hoki remaja, V Muraleedharan baru mencongak skuad yang baru seminggu ditubuhkan, Sarjit Singh pula membayangkan kemungkinan menggunakan khidmat beberapa pemain muda untuk Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah, bulan depan.

Difahamkan, perkara yang masih di peringkat cadangan dan belum mencapai keputusan akhir itu bertujuan memberi pendedahan kepada anak buah Muraleedharan dalam usaha mempersiapkan diri menghadapi Kejohanan Hoki Piala Dunia, tahun depan.

“ Latihan skuad senior bermula esok (hari ini). Kita akan tengok pemain dulu. Skuad remaja ada latihan sendiri.

“ Mengenai perkara itu (penyertaan pemain remaja), kita belum buat sebarang keputusan. Tengoklah, mungkin kita akan berlatih dengan mereka. Mungkin satu atau dua pemain dipilih,” kata Sarjit semalam.

Baginya, penyertaan pemain remaja dalam skuad utama negara bukan perkara baru, malah, kebanyakan pemain seniornya hari ini juga diketengahkan buat pertama kali pada kejohanan yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau mengakui perkara itu bukan perkara mudah untuk dilaksanakan memandangkan pesaing dalam kejohanan antarabangsa yang dijadual berlangsung di Ipoh bermula 8 Mei ini, tidak kurang hebatnya.

“ Sukar juga, mana tidaknya, kalau kita kalah, pasti banyak pihak yang menuding jari,” kata Sarjit.

Tujuh negara iaitu Belgium, Kanada bersama Malaysia, New Zealand, Argentina, India dan Pakistan mengesahkan penyertaan pada kejohanan edisi ke-17 yang dijadual berlangsung dari 8 hingga 18 Mei ini.

Kejohanan kali ini bakal menyaksikan sama ada skuad negara mampu mempertahankan status selaku naib juara kejohanan tahun lalu selepas tewas 3-1 di final oleh Australia, yang menarik diri kali ini bagi memberi tumpuan kepada Kejohanan Empat Penjuru di Darwin dan Perth antara 20 April dan 5 Mei ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), C Paramalingam memandang positif pendedahan awal pemain remaja kepada kejohanan antarabangsa.

“ Secara peribadi, ia adalah perkara yang baik dalam usaha skuad remaja kita menghadapi Piala Dunia 2010,” katanya.

--- :victory: :victory: bagus la kalau bebetul nak cuba masukkan pemain muda... latih & bagi pendedahan awal2... hope skuad hoki malaysia dapat baiki prestasi & kedudukan...

--- gud luck utk kejohanan piala sultan azlan shah :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 10:25 AM | Show all posts
4 Mei tentu nasib Sarjit
Oleh Bazly Azmi - HARIAN METRO


KEPUTUSAN ‘bedah siasat’ kegagalan skuad hoki lelaki negara melepasi kempen kelayakan Sukan Olimpik Beijing akan diketahui menerusi pengumuman Timbalan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Tunku Abdul Majid Idris Sultan Iskandar, 4 Mei depan.

Satu sidang akhbar akan diadakan bagi menentukan nasib Sarjit Singh (gambar) dan barisannya selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PHM di ibu kota pada tarikh itu.

Setiausaha Kehormat PHM, Hashim Mohammed Yusoff, berkata buat masa ini pihaknya tidak boleh memberi komen mengenai kegagalan skuad Malaysia selepas beliau, Sarjit dan pengurus pasukan, Sathis Kumar mengadakan perjumpaan ringkas bersama Tunku Abdul Majid di Royal Johor Golf Club (RJGC), kelmarin.

“ Kedudukan sebenar akan diketahui selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi tapi, saya bayangkan tiada sebarang rombakan besar mengenai nasib pasukan Malaysia. Perjumpaan di RJGC hanya untuk memaklumkan Tunku mengenai segala yang berlaku di Jepun, saya tidak tahu sama ada dia berpuas hati atau sebaliknya,” katanya.

Menurut Hashim, skuad negara dijadual menjalani latihan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, petang ini selepas diberi pelepasan seminggu sebaik tiba ke tanah air, Isnin lalu.

“ Tiada sebarang keputusan mengenai kegagalan Malaysia melepasi sasaran PHM (final) di Jepun kerana perkara ini masih terlalu baru. Saya hanya sempat menemui Sarjit dan Sathis, kelmarin jadi perkara ini perlu dibincangkan kemudian.

“ Biarpun gagal ke Olimpik, perjuangan masih perlu diteruskan. Malaysia bakal menyertai Piala Sultan Azlan Shah, jadi saya harap pemain memperbaiki pencapaian naib juara edisi lalu,” katanya.

Malaysia muncul naib juara Piala Sultan Azlan Shah 2007, satu daripada empat kejohanan terbaik Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) apabila tewas, 1-3 kepada Australia pada final di Ipoh, Perak.

Juara bertahan itu yang juga juara Olimpik mengesahkan tidak beraksi pada edisi ke-17 kali ini kerana giat mengadakan persiapan menjelang temasya sukan terbesar dunia itu, Ogos depan.

Sementara itu, skuad bawah 16 tahun negara pimpinan K Rajan dijadual ke Jerman untuk menyertai Kejohanan Hoki Jemputan Empat Negara Bawah 16 Tahun bermula 9-12 Mei depan.

“ Baki tiga negara ialah tuan rumah, Jerman, Belanda dan Belgium. PHM tidak meletak sebarang sasaran terhadap skuad ini kerana penghantaran mereka hanya sebagai pendedahan di bawah program pembangunan PHM,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 04:12 AM | Show all posts
Tiada rombakan besar - Sarjit
- KOSMO


Kuhan belum pasti beraksi pada Piala Sultan Azlan Shah ekoran kecederaan.


JURULATIH negara, Sarjit Singh enggan membuat rombakan besar-besaran dalam skuadnya menjelang Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah, Mei depan biarpun anak buahnya gagal menepati sasaran pada kejohanan Kelayakan Sukan Olimpik 2008 di Jepun baru-baru ini.

Menurutnya, kegagalan beraksi di perlawanan akhir dan gagal menempah slot ke Sukan Olimpik buat kali kedua berturut-turut bukan bukti kemerosotan skuad kendaliannya itu.

Malah, bekas jurulatih skuad remaja kebangsaan itu juga berpendapat tiada alasan kukuh untuk merombak semula barisan pemain yang telah dikumpulnya sejak setahun yang lepas kerana setakat ini dia masih berpuas hati dengan prestasi anak buahnya itu.

" Saya telah mengumpul dan melatih skuad ini sejak setahun yang lalu selepas Piala Asia dan saya rasa mereka menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa," kata Sarjit ketika dihubungi semalam.

" Memang kegagalan pada kejohanan kelayakan itu amat mengecewakan, tapi kita kena realistik. Jika kita mara ke akhir sekali pun, kita mungkin sukar untuk mengalahkan Jerman.

" Jadi, saya tidak faham kenapa pasukan ini dipersalahkan kerana secara logiknya kita tahu akan peluang kita pada pusingan kelayakan itu. Jadi janganlah ungkit lagi pencapaian kita baru-baru ini. Apa yang penting kita tumpu pada Piala Sultan Azlan Shah bulan depan," katanya lagi.

Menurut Sarjit, meskipun turun selaku naib juara edisi tahun lepas, dia bagaimanapun enggan memandang mudah akan cabaran kejohanan kali ini biarpun tanpa penyertaan juara bertahan, Australia.

" Saya tidak mahu menetapkan sasaran untuk muncul juara kerana saya sudah serik dengan apa yang berlaku baru-baru ini (Kelayakan Olimpik).

" Kita seri 4-4 dengan Itali pun orang sudah melemparkan tohmahan dan kritikan, jadi macam mana pula jika kita gagal tepati sasaran sekali lagi pada kejohanan ini yang rata-ratanya disertai pasukan yang mempunyai ranking lebih baik daripada kita.

" Jadi bagi saya, tidak perlu tetapkan sasaran untuk kejohanan ini, tapi apa yang pasti, kami akan memberi aksi yang terbaik untuk mencipta keputusan seperti yang diharapkan. Itu jaminan saya," jelasnya lagi.

Begitupun Sarjit mengakui, dia mungkin terpaksa melupakan khidmat pakar flick negara, S. Kuhan yang mengalami kecederaan serta kelibat Jiwa Mohan yang kembali bersara selepas kejohanan kelayakan tersebut.

" Bukan Kuhan saja yang cedera, malah ada lagi pemain yang mungkin tidak disenaraikan seperti (Mohd. Sharun) Nabil (cedera) dan Jiwa.

" Jadi saya akan panggil pemain lain untuk menggantikan mereka. Itu perkara biasa saja," ujarnya lagi.

Sementara itu, bekas pemain kebangsaan itu turut menerangkan dia tidak bimbang dengan masa depannya sebagai jurulatih meskipun terdapat spekulasi yang ia akan dipertimbangkan pada mesyuarat exco Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) 4 Mei depan.

" Saya tidak bimbang dengan masa depan saya kerana saya baru mengambil alih tugas ini selepas Sukan Asia 2006. Jadi baru setahun saya di sini.

" Ingin saya tegaskan bahawa dalam masa setahun ini, pemain kita telah pamerkan prestasi yang memberangsangkan dan ia tidak sepatutnya terbantut hanya kerana kegagalan kita di Jepun.

" Kalau boleh kita perlu terus memberi kepercayaan kepada mereka dan beri mereka masa untuk memperbaiki diri kerana semuanya masih muda dan mempunyai potensi besar pada masa hadapan," ujarnya.


--- berapa banyak word "JADI" daaaa... harapnya betul2 menjadi daaaaa... ramai lak pemain utama yg injured, tskk...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 04:26 AM | Show all posts
Cuaca sejuk jadi penghalang
- KOSMO



CUACA sejuk dijangka menjadi halangan utama skuad hoki wanita negara dalam memburu slot terakhir ke Sukan Olimpik di Beijing, China Ogos ini.

Skuad kendalian ketua jurulatih, Yahya Atan yang berada Victoria, Kanada sejak Isnin minggu lalu terpaksa menghadapi keadaan cuaca sejuk di bawah 10 darjah celsius.

Malah Sabtu dan Ahad lalu, semua 18 pemain negara terpaksa menunggu salji cair sebelum dapat meneruskan latihan seperti mana yang telah dijadualkan.

Yahya berkata, dia terpaksa mengambil masa satu jam setengah untuk melakukan warm up dengan berlari sebelum melakukan latihan rutin setiap hari.

" Kami menjangkakan keadaan suhu di sini (Kanada) antara 18 hingga 15 darjah celsius tetapi sebaliknya berlaku. Malah, Sabtu dan Ahad lalu, kami terpaksa mengharungi salji.

" Keadaan ini diluar jangkaan kami dan ia dianggap sebagai pengalaman pertama bagi kebanyakan pemain.

" Begitupun kami bernasib baik kerana berada di sini lebih awal dan mempunyai masa yang mencukupi untuk menyesuaikan diri sebelum aksi pertama menentang Ireland Sabtu (Ahad) ini," kata Yahya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Yahya berkata, keadaan cuaca yang sejuk tidak sesekali menghalang misi dan persiapan skuad hoki wanita negara untuk menghadapi kempen kelayakan Olimpik ini.

Ketika ini, keadaan masih terkawal dan semangat pemain-pemain berada di tahap yang tinggi, sekali gus ianya mencipta sejarah apabila mara ke Sukan Olimpik buat kali pertamanya sejak tahun 1925.

Sepanjang seminggu di Kanada, skuad negara sudah menghadapi dua perlawanan persahabatan iaitu menang 3-0 ke atas pasukan berstatus kelab, University of Victoria sebelum tewas 0-1 kepada pasukan kebangsaan Kanada Isnin lalu.

Pada perkembangan lain Yahya memberitahu, dia berkesempatan untuk meninjau lokasi yang akan digunakan pada perlawanan sebenar dan permukaan padang tidak banyak bezanya dengan Stadium Hoki Tun Razak di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

" Pemain-pemain berada pada prestasi terbaik dan teruja untuk beraksi manakala permukaan padang tidak banyak bezanya dengan Stadium Hoki Tun Razak.

" Apa yang membimbangkan kami adalah keadaan cuaca sejuk kerana ia amat berbeza dengan keadaan cuaca di Malaysia," katanya.

Pada aksi kelayakan itu, Malaysia yang menduduki ranking ke-25 dunia akan berdepan lawan yang terdiri daripada Korea Selatan (ke-8), Ireland (ke-18), Itali (ke-23), Kanada (ke-24) dan Uruguay (ke-28).

Skuad negara meletakkan sasaran menjadi pasukan kedua terbaik bagi membolehkan mereka beraksi pada perlawanan akhir, sekali gus mencipta kejutan mara ke Sukan Olimpik.

--- c'mon skuad hoki wanita!!! :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2008 02:48 AM | Show all posts
Cuaca halangan skuad wanita
- UTUSAN

KUALA LUMPUR - Cuaca sejuk melampau yang menyelubungi Kanada ketika ini dikhuatiri menjejaskan persembahan anak-anak buah jurulatih, Yahya Atan dalam mengharungi kelayakan hoki wanita Sukan Olimpik.

Skuad hoki wanita negara apa pun mengharapkan cuaca sejuk melampau yang menyelubungi Kanada akan berkurangan menjelang pertemuan sulung menentang Ireland pada 26 April ini.

Yahya yang dihubungi Utusan Malaysia berkata, berdasarkan ramalan cuaca terbaru diumumkan oleh negara itu, suhu di bawah 10 darjah Celsius akan berkurangan dalam tempoh dua hari lagi.

" Itu hanyalah ramalan yang dikeluarkan oleh kerajaan Kanada. Kita tidak boleh menerimanya bulat-bulat dan kita perlu melakukan sesi pemanas badan lebih lama sebelum memulakan latihan.

" Malaysia hanyalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai musim sejuk dan ia begitu sukar kepada pemain kita untuk membiasakan diri dengan musim sejuk, terutamanya ketika berhadapan dengan suhu sejuk yang melampau," katanya.

Malaysia diletakkan dalam satu kumpulan bersama Kanada di tangga 24 dunia, Itali (23), Ireland (18), Korea (8) dan Uruguay (28) untuk bersaing mencari tempat di Olimpik Beijing, Ogos ini.

Pada masa ini, menurut Yahya, para pemain akan mempunyai satu lagi perlawanan persahabatan menentang Universiti Victoria, sebelum bertemu Ireland.

Katanya, pada dua perlawanan persahabatan yang dijalankan di Kanada sebelum ini, pasukan hoki wanita negara menerima kekalahan tipis 0-1 kepada pasukan kebangsaan hoki wanita Kanada dan mencatat kemenangan 3-0 ke atas Universiti Victoria.

Meskipun mengakui Ireland adalah sebuah pasukan yang mantap di Eropah dan mempunyai ranking baik di dunia, beliau berkata, pasukan bimbingannya itu masih positif untuk mencatat keputusan baik.

Menurut Yahya, selain berhadapan cuaca sejuk, pasukan negara juga berhadapan dengan persaingan fizikal yang begitu ketara berbanding negara-negara lain.

--- haiyooooo... hope skuad hoki wanita malaysia dapat sesuaikan diri, bertahan & bermain sebaik mungkin la... -10C, sejuk tu!
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 06:07 AM | Show all posts
Skuad hoki mahu tebus kecewa

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH


AKSI Azlan (kiri) ketika menentang Korea Selatan pada
Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah tahun lalu.


KAPTEN negara, Azlan Misron percaya kekecewaan pada Kelayakan Olimpik 2008 di Jepun baru-baru ini akan ditebus pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-17 bulan depan.

Menurut Azlan, kegagalan menempah slot ke Sukan Olimpik buat kali kedua berturut-turut itu pastinya mengundang rasa kecewa buat pemain negara.

Namun, dia mengingatkan bahawa barisan muda negara akan bangkit memberi aksi terbaik pada kejohanan yang akan diadakan di Ipoh itu nanti.

Malah, pemain berusia 25 tahun itu juga yakin skuad negara mampu sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir pada kejohanan yang dijadualkan bermula 8 hingga 18 Mei depan.

"Memang mengecewakan apabila kita gagal buat kali kedua (ke Sukan Olimpik), tapi kita kena lupakannya dan fokus kepada meningkatkan lagi prestasi kita," kata Azlan ketika dihubungi semalam.

"Saya rasa prestasi kami pada kejohanan kelayakan itu agak baik walaupun kita gagal ke akhir. Apa pun, saya yakin kami akan bangkit pamerkan prestasi seperti yang diharapkan.

"Sasaran kami ialah mara ke separuh akhir dulu, kemudian baru fikir perkara seterusnya. Peluang memperbaiki pencapaian naib juara itu masih ada, tapi kami kena berusaha lebih keras lagi," katanya.

Skuad negara muncul naib juara tahun lepas selepas tewas 1-3 kepada Australia pada perlawanan akhir.
Begitupun, tanpa kehadiran juara bertahan itu pada saingan kali ini, skuad negara mungkin berpeluang memperbaiki pencapaian tersebut.

"Walaupun tanpa Australia, saingan kali ini tetap sengit kerana pasukan yang menyertainya kali ini mempunyai ranking lebih baik daripada kita," kata Azlan.

"Jadi kami tidak mahu memandang mudah pada cabaran kali ini dan matlamat kami ialah meningkatkan lagi persefahaman dalam pasukan dan juga mencari kosistensi dalam kemenangan.

"Saya harap dengan sokongan padu peminat di Ipoh nanti, kami sekali lagi dapat melakar kejutan dan sekali gus membuktikan keupayaan sebenar kami," tambahnya lagi.

Tanpa khidmat pemain senior seperti S. Kuhan yang cedera dan Jiwa Mohan yang kembali bersara, Azlan turut berharap kubu pertahanan negara tidak akan terjejas.
"Saya tahu Kuhan masih cedera dan Jiwa pula bersara semula, jadi ia mungkin menjejaskan sedikit benteng pertahanan kami.

"Tapi saya yakin dengan dua lagi pemain senior iaitu Muhd. Amin Rahim dan Madzli Ikmar. Mereka pemain berpengalaman dan saya harap mereka dapat membentuk persefahaman yang baik dengan pemain muda nanti," tambahnya lagi.

Kejohanan yang diadakan bersempena ulang tahun Keputeraan ke-80 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah itu disertai empat pasukan yang telah layak ke Sukan Olimpik iaitu Pakistan (ranking ke-6 dunia), New Zealand (10), Belgium (12), dan Canada (15)

Selain Malaysia (14) selaku tuan rumah, dua lagi pasukan ialah Argentina (7) dan juga India (9).
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 09:36 AM | Show all posts
Barisan wanita negara tidak gentar

SKUAD hoki wanita negara tidak bimbing dengan fizikal pemain Ireland ketika kedua-dua pasukan bertembung pada perlawanan pertama kelayakan Sukan Olimpik di Victoria, Kanada awal pagi esok, lapor MN NORZASRUDIN.

Sebaliknya, anak buah Yahya Atan itu teruja untuk melaksanakan misi memburu tempat ke Sukan Olimpik di Beijing Ogos ini.

Yahya berkata, pemainnya memiliki kekuatan tersendiri dan mampu menewaskan Ireland sekiranya kurang melakukan kesilapan dan tidak mudah berputus asa.

"Sasaran kami pada perlawanan ini adalah mengutip sekurang-kurangnya satu mata kerana ia akan menjadi pembakar semangat untuk menghadapi perlawanan yang seterusnya.

"Jika dilihat dari segi fizikal, saya akui terdapat perbezaan yang amat ketara antara kedua-dua pasukan tetapi itu bukan sebab untuk kami menyerah kalah.

"Skuad negara ada kelebihan tersendiri dan saya percaya, dengan kemahiran yang ada, kami mampu menewaskan Ireland," kata Yahya ketika dihubungi semalam.

Di atas kertas, Ireland yang menduduki ranking ke-18 dunia dilabel sebagai pasukan pilihan pada perlawanan pembukaan ini berbanding pasukan negara (ke-25).

Begitupun, Yahya berkata, keputusan di padang lebih penting daripada memikirkan ranking pasukan lawan.
Berdasarkan rekod, skuad negara tidak pernah bertemu Ireland dalam mana-mana pertandingan.

Kemenangan ke atas Ireland amat penting bagi skuad kendalian Yahya kerana mereka bakal berdepan tugas sukar apabila bertemu pasukan pilihan, Korea Selatan pada perlawanan kedua Isnin ini.

"Saya akan gunakan perlawanan pertama menentang Ireland sebagai ujian untuk bersiap sedia menghadapi Korea Selatan pada pertemuan seterusnya.

"Peluang kami masih terbuka dan kami tidak akan mempersia-siakan peluang yang ada untuk mencipta sejarah melayakkan diri ke Sukan Olimpik."
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 05:26 PM | Show all posts
Peluang tebus duka Olimpik
- HARIAN METRO

JURULATIH hoki, Sarjit Singh mahu barisannya mengubat kegagalan kempen kelayakan Sukan Olimpik Beijing dengan menjadikan Pakistan mangsa sulung percaturan terbaru menjelang aksi pembukaan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak, 8-18 Mei depan.

Undian dikeluarkan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), semalam menyaksikan Malaysia berdepan musuh tradisi itu buat julung kali tahun ini sejak Pakistan menang, 3-2 ketika penentuan tempat ke-7/8 Trofi Juara-Juara 2007.

Biarpun dilanda tiga siri kecederaan menimpa S Kuhan, Muhammad Razie Rahim dan Mohd Sharun Nabil Abdullah, namun Sarjit optimis, barisannya mampu untuk setidaknya mengulangi pencapaian selaku naib juara kejohanan kelompok empat terbaik FIH itu.

“ Nasib ketiga-tiganya akan diketahui menerusi laporan doktor pasukan, Isnin ini. Tapi, buat masa ini mereka tidak dibenarkan berlatih demi mengelakkan kecederaan menjadi lebih serius.

“ Mengenai Pakistan, perlawanan pertama selalu sukar, jadi saya mahu pemain memberi sepenuh fokus sepanjang sesi latihan dalam tempoh dua minggu terakhir sebelum kejohanan.

“ Buat masa ini moral pemain sudah melonjak sejak gagal di Kakamigahara dan perkara itu sesuatu yang amat positif. Mereka dilihat bersemangat sejak latihan bermula Isnin lalu.

“ Saya fikir pemain mampu memadam kegagalan kempen kelayakan dengan menjadikan Pakistan sebagai pasukan pertama ditewaskan untuk mara jauh ketika beraksi di tempat sendiri,” katanya.

Namun, wujud kebimbangan di fikiran bekas kapten Malaysia ketika era 1980-an itu apabila difahamkan, Pakistan memanggil semula sekurang-kurangnya tiga bekas bintang utama mereka.

Bekas kapten Pakistan, Muhammad Sakleen menerajui senarai yang turut membariskan Shakil Abbasi dan Muhammad Imran itu sekali gus membentuk jentera serangan menggerunkan untuk baki enam negara bertanding.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.089236 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list